20,000 Unit Rumah Mampu Milik Akan Dibina Di Sabah Dalam Masa 5 Tahun

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Satu perkongsian pintar antara Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (SHTDA) dengan pemaju dari Semenanjung akan menyaksikan 20,000 unit rumah mampu milik dibina di seluruh Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek tersebut adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 2008, kata Pengurus Besar SHTDA Jenar Lamda pada sidang akhbar selepas taklimat dengan pemaju projek tersebut Probil Sonati Development Sdn Bhd, di sini, pada Selasa.

Projek tersebut yang melibatkan kos RM2 bilion akan dijalankan dalam empat fasa dengan sokongan daripada Bank Rakyat, Maybank, EON Bank dan Etiqa Insurance, katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi merangkap Presiden Sonati Group Bhd Datuk Ir. Nik Mokhtar Hassan berkata projek itu akan berasaskan kepada permintaan, bergantung kepada kajian kemungkinan.

Menurutnya, fasa pertama akan dilancarkan pada Mei tahun ini dengan 6,000 unit rumah teres di Kunak, Kudat dan Sandakan dijangka disiapkan dalam masa dua tahun, melibatkan kos kira-kira RM616 juta.

Kawasan-kawasan lain yang telah dikenal pasti bagi projek tersebut ialah Tawau, Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, dan bandar-bandar di kawasan pedalaman.

Selain rumah teres, jenis rumah yang akan dibina ialah pangsapuri, rumah berkembar dan banglo. Harga bagi unit-unit tersebut adalah antara RM85,000 dan RM2 juta dan agak rendah berbanding rumah-rumah lain dalam kelas yang sama.

Jenar berkata selain ciri rumah tiga bilik dan dua bilik air, ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti akses wi-fi dan jalur lebar untuk menyediakan kepada keperluan generasi akan datang.

“Permintaan bagi rumah-rumah seperti itu ada. Menerusi projek ini, kami berharap misi kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik akan dapat dicapai,” katanya.

–BERNAMA

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Sel, Jul 22, 2014 7:21:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Jul 16, 2014 1:45:00 PM, Continue reading at the source
Sab, Jul 12, 2014 1:47:00 PM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Feb 8th, 2011 dan difailkan dibawah Berita Harta, Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

51 Ulasan Dari “20,000 Unit Rumah Mampu Milik Akan Dibina Di Sabah Dalam Masa 5 Tahun”

  1. santiah berkata:

    saya amat berharap dapat memiliki rumah kos rendah ini.. sebab saya tidak mampu utk beli rumah yang mahal.

    • sesalak berkata:

      itu di sabah bah..di kl semua mahal bah

      • ayang berkata:

        kl lgi murah berbanding sandakan.sepatutnya sabah murah kerana pendapatannya lebih rendah berbanding kuala lumpur.lalau nak tahu kuala lumpur lagi murah tau

        • syafar berkata:

          beruntung nya kalau dapat memiliki rumah kos rendah.sebab saya kurang berkemampuan utk membeli rumah yg begitu mahal..

          • jumalyn berkata:

            Memang betul seperti Pengomen yg lain di Atas, disabah terutama SANDAKAN rumah memang mahal sya dah 3thun cuba cari rumah murah di tanah kelahiran saya sandakan tapi sanpai ke hari ini saya selum putus asa mencari dan menunggu rumah murah,kini saya dengar ada perumahan kos rendah akan di bena di taman kenari saya harap harga tu berpatutan

      • ggrawk berkata:

        emm… mari dtg sabah… tgk harga rumah cni mcm sial jak mahalnya… sabah negeri kaya.. tp rakyat termiskin disebabkan pemimpin korup. spatutnya negeri kaya… rakyat dpt hidup dengan senang dan selesa..

        • jamali berkata:

          betul lah tu,negara pendapatan tinggi negeri kaya rakyat papah kedanah,apa guna negara pendapatan tinggi kalau rakyat susah,rumah murah jangan harap semuah tipu je…..mampu mimpih je kalau harga ratus ribuh.

  2. hotmagma berkata:

    sabah kah…kL kah…mana2 tempat skrg pun rumah mahal gilak!!! sia takut mau bili rumah Lor…

  3. ayang berkata:

    sandakan -Namanya aja ada projek rumah utk rumah pertamaku ataupun mampu milik tapi MAHAL juga tu di jual sampai dlm RM100.00 LEBIH JUGA TU PADAHAL APARTMENT.KENAPA DISEMANJUNG RUMAH MAMPU MILIK LEBIH MURAH BERBANDING DISABAH.PADAHAL PENDAPATAN ORANG SABAH BERBANDING ORG SEMANAJUNG LEBIH BESAR.?????ORANG SANDAKAN SABAH GAJI BERAPA RM?? AJA.HARAP PIHAK BERKENAAN DAPAT MENGKAJI SEMULA.SEKIAN TERIMA KASIH

    • rafidah abd rahim berkata:

      eya ba kan..harap2 gaji kerajaan dan swasta boleh niak lagi…jadi taraf hidup n pembangunn boleh cepat maju..seperti gaji org yg duduk di kl..sya pun heran brg keperluan makin mahal tpi gaji tak pandai naik2…susa sgat k pihak swasta yg kedekut sgat 2 c naik gaji…dngan stakat gaji 3,4.6 ratus tu mana la cukup c mkn ank binik pd zaman skrg ni..dgn byar bil mcm2 lg..hmm..harap2 tak lama lgi sabah akan terus maju….n muju…

      • pembangkang berkata:

        jgn haraplh gaji swasta bole naik…bukan kerajaan bagi duit sama syarikat swasta, malah kerajaan minta cukai sama syt swasta. Tapi org sabah ni memang palui kecuali AKUlah, masih juga mengundi umno, dr dulu perkerja swasta gaji begitu2 juga bayangkn gaji sekuriti Rm600 dgn keadaan sekarang ini.Tapi itu org masi juga mengundi umno.cubalh sekali sekala kasi jera umno..Tapi org sabah ni bodoh di bagi Rm250 masa pilihanraya utk undi umno terus mengundi umno tapi menderitanya 5 tahun.ha..ha.. kesian juga org sabah ini katak bawa tempurung…

      • jamali berkata:

        sabah memang maju,rakyat takkan maju taraf hidupnya tau! kalau terus mcm ni……orang asing lg maju buat stinggan senag je kalau orang tempatan baut stinggan cepat pihak berkuasah pi baut tindakan tapi kalau org asing tidak,terbukti,banyak sangat stinggan kat sabah ni,

    • mustaming bin abu berkata:

      Sebab di sabah ini dalam hal pembinaan perumahan cina yang control…….Mereka mau untuk lebih bah……..

    • mustaming bin abu berkata:

      Sebab di sabah ini dalam hal pembinaan perumahan cina yang control…….Mereka mau untung lebih bah……..

  4. harry berkata:

    napa runah dekat balung apas tawau lambat siap??

  5. pembangkang berkata:

    Selagi pemerintah mau kumpul harta jgn harap kamu org dpt rumah murah…ha..ha bodoh betul kamu org ni sapa suruh undi YB2 umno keparat.berapa puluh tahun sudah kamu di janji…begitu2 juga.Cubalah kasih menang pembangkang sekali saja.Baru itu dorang putih mata.Lepas pilihanraya lagi kasih menang umno klu pembangkang pun sama.

    Tapi yg pasti org sabah ni semuanya palui…bayangkan gaji sekuriti Rm500 sebulan, pekerja supermarket Rm450 tapi masih juga mengundi itu umno kasih jera bah sekali sekala…kasih kalah umno pilihanraya kali ini. Membela rakyat tapi gaji rakyat tdk di kasi naik, yg dikasi naik harga barang.

    • jamali berkata:

      kalau mau gagi tinggi keja sediri baru dapat oh,sudah di beritahu menjelng 2020 negara bependapatan tinggi,bukan rakyat berpendapatan tinggi tapi negara,bermakna orang dalam pati umno yang berpendapatan tinggi yang kamu undi dia apa hal di orang apa kesah naik harga barang tak payah ada dapur kat rumah pun boleh keterig hari2 pun boleh,

  6. Aduan Rasa berkata:

    Secara personel sy mmg berasa sedih n kecewa fikir psl rumah mampu milik ni.
    Sy adalah org yg mmg perlukn tpt tgl kerana sekarg sy menumpang. bl ada perumahan br sy akan cepat2 p tgk risa n harga rumah tu tp sy dpt tau sy x layak krna gaji rendah. DI semenjg ay tgk brita sng n cpt jk drg dpt rumah mampu milik siap dgn pakej skim rumah pertamaku bg yg br mbeli rumah tp realitinya tidak di sabah ni terutama sandakan projek perumahan ( LPPB ) blm lg mjlnkan kerja2,tnh pn msh blm di tolak jd sampai bl sy kena tgu kerajaan lambat sangat membantu keperluan rakyat mcm mana nasib rakyat sabah terbela dgn sikap sambil lewa ni…renung2kn la jgn tgu sehingga hati sy n org lain mjd tawar utk terus memilih kerajaan sekarang….peace

  7. syafar berkata:

    gaji kecil..x mampu nak memiliki rumah yg mahal..

    • madzlee bin jakiri berkata:

      yah lah frend.kerajaan sabah tunduk muka saja.kenapa warganegara susah mau dapat rumah.kenapa di telipok ria semuanya ada rumah yang guna imm 13.pun dapat dan ic merah.kenapa macam kita di ketipikan.kalau gitu rakyat asing di dahulukan rakyat sabah dikendalikan.

  8. Zaidi berkata:

    SAYA SUNGGUH KECEWA DENGAN PERUMAHAN D SANDAKAN KERANA SEHINGGA KINI HARGA MASIH MAHAL, NAK HARAPKAN SKIM YANG MY 1ST HOUSE TU JANGAN HARAP LA MASIH BOLEH DAPAT,,SUDAH 2 TAHUN LEBIH SAYA MENCUBA CARI RUMAH YANG SESUAI SEHINGGA SEKARANG TAK DAPAT,,,THIS IS VERY DISSAPOINTED ACTUALLY… WHAT DO U THINK..

  9. kadazan berkata:

    DAH 10THN SYA TGGL DI KK NIE,,,TIAP ARI CRI RUMAH KONON2 ADA RUMAH PERTAMA KU DI BENA…MURAH LG…..KECEWA JA ….KLU GAJI SETAKAT CUKUP MAKAN N BAYAR HUTANG JGN ARAP PI APPLY…TIME PELANCARAN KAT TV BUKAN MAIN…GAJI MINIMUM RM3000 KEBAWH PUN LAYAK…..TAPI BILA NAK APPLY….HUHUHU…KELAYAKKAN DI TEPIKAN…FIKIR2KN LA….KERAJAAN SEKARANG………

    • jamali berkata:

      macam mana murah bro,projeck perumahan jual 3 kali duluh lepas tu baru jual pada rakyat, a jual 80 ribuh bjual 150 ribuh c jula 200 ribuh sampai pada rakyat 250 ribuh.semuah mauh makan mcm mana.

  10. laiqah rafhanah berkata:

    saya sangat berhap projek ini dapat di laksanakan secepat mungkin,saya benar2 ingin memiliki rumah sendiri kerana saya dan suami tidak mampu memiliki rumah memandangkan harga rumah sangat2 mahal terutamanya di kota kinabalu ini.

  11. mohamad ridwan berkata:

    harap2lah rancangan perumahan ini menjadi kenyataan supaya impian saya untuk memiliki rumah juga bakal menjadi kenyataan amin

  12. jonathan unchang berkata:

    saya pun berharap moga projek perumahan dpt dilaksana seberapa cepat,memandangkan bagi kami yg kerja swsata perlukan juga rumah bah,

  13. james berkata:

    di sabah ni banyak ruma kana buat ,semua besar dan ada yg kecil, tapi yg heran harga ruma yg kecil pun lebi kurang dgn harga ruma yg besar pas tu smua ruma atas 3ratus k bukan semua org dpt beli bayangkan kalau gaji setakat 2000 pas tu harga ruma 3ratus ribu keatas mo di posit g 10 persen pas tu kalau bini suriruma lagi,selaps 30 taun akan datang apa kan jadi silap2 dalam kubur pun masi bayar hutang,yg mura pun apartment ,gaji di sabah ni kbanyakan di bawah 1500k itu pun pangkat supervisor kalau nak dapat banyak kana kerja 24jam lain la kalau yg kaya sedia ruma pun besar cukup makan nasib yg sederhana ni harap sewa ruma jala,.skarang ada diberi ruma kos renda tapi mau ada geran,jadi kalau keluarga tdk mpunyai tanh macamana?cubala kalau kerajaan ni bole buat rumah teres kos rendah kan baik ,tu cuma cadangan

  14. samara berkata:

    ruma kos rendah??????????apa brg ow….klu org gaji rm600…750 ble bli ka???????klu dpt bli pun pelampau byk syarat..jika sda trlalu byk syarat ..jwpannya pasti tdk dpt bli ruma lah……………..kata rakyat d dulukan????????????????

    • jamali berkata:

      rakyat dahuluh dtipukan pencapaian diutamakn,kita rakyat ni cukup kesian djaji bermacan kebaikan dan kemudahan tapi tak sampai2, dimana silap semauh ini.

  15. isteri merana berkata:

    saya pun dr start kawin duk menyewa jak..aply uma pprt pun tak dapat..gaji tak naik2..barang mahal rm50 tak d makna da zaman sekarang..nak pinjam duit d bank pun macam2 d minta..pakistan jak mahu tolong bg pinjam duit ansul2 bayar…sekarang sy menyewa tanah d bt5 bayar tahunan rm600 setahun..atap .papan.zink hutang ngan pakistan…biarpun tak selesa sekurang2nya dapat jg duk uma sendiri..harap pihak perumahan dapt melonggarkan…permohonan orng2 seprti sya…merana

    • anak malaysia berkata:

      saya setuju pendapat awak.kata rakyat didahulukan.tp x terfikir pasal masalah rakyat.saya pun menyewa tanah kat ice box tawau.nama jer anak malaysia warganegara nak apply perumahan kos rendah pun x mampu.kalau nak apply pun punyalah susah n banyak songeh.nanti yang dapat tu perumahan kos rendah yang gaji rm3000 ke atas.jadi yg gaji kecil macam saya cormform x dapat.dah puas i apply rmh kos rendah n.tp 1 pn x layak.hampeh.alamatlah sampai mati saya tinggal d rumah setinggan.

  16. madzlee bin jakiri berkata:

    saya lagi teruk langsung tiada rumah.selama 14 tahun saya kawin sampai sekarang saya tidak memiliki rumah.apa yang saya dapat jawapan dari lppb.tungu ada kosong baru ada rumah sampai bila dari tahun ke tahun saya tunggu.sampai skarang pun saya menyewa saja.pergi ke lppb tanya pasal permohonan rumah kos rendah.yang di jawab bila permohonan saya di daftarkan.bukan kah satu soalan bonus.sepatutnya semak ic je mereka dah tahu.sedangkan permohonan saya pada tahun 2006/sekarang mau masuk 2013 angin pun tiada ribut pun tiada apalagi jawapan dari lppb.teruk kerajaan sabah.

  17. calarice longkumin berkata:

    saya mo tau mcm mana sdh permohonan sya tu sdh mo msk 4 bln tapi blm ada jwban dr lppb..dlu sya tanya ckp blm siap..sya mo tanya ni berapa lama lgi tu rumah siap?

  18. sharmiesha berkata:

    saya pn mau bli rumah di KK ni..kalo ada rumah teres kos rendah..sya tgk mahalnya rumah di KK ni..tiada ka hrga rumah teres rm100k ke bwh..kalo ada tolong email kn sya..sya ni sdh bosan duk rumah sewa brapa thn..skrg kalo bole sya mau bli rumah..yg ptg kosnya rendah..tolong lppb senaraikan rumah teres kos rendah di sekitar KK dan emeilkn kpd sya..terima kasih..

  19. rumah ku ???? berkata:

    saya sentiasa ternanti-nantikan sampai bila baru saya dapat duk di rumah sendiri. . skim rumah pertamaku di mana ?????

  20. insan kasian berkata:

    d mna bha mau kna buat tu rumah prtama ku ney? d kk jsk pn ssh mau cri rumah y murah2..mcmna mau apply tu skim rumah prtama ku ar? bleh tlg?

    • Nurimah binti Lombong berkata:

      Macam mana memohon rumah mampuh milik tu, saya memohon rumah pprt di telipukria tu sudah 3 tahun belum ada jawapan, asik-asik k i b kalau ditanya. Di Tuaran tu mana mau di buat

  21. irwan bin hj basuni berkata:

    saya adalah anggota tentera,masalah sekarang nie adalah kami susah nak dapat rumah kos rendah.saya sokong 100%,,kawasan kinarut papar, beaufort pun boleh bah.rumah teres kos rendah itulah yang terbaik,

  22. izwanday bin suel berkata:

    saya sudah lebih 10 tahun menyewa rumah di area papar/kk. pernah apply rumah kos rendah selama 3 tahun tapi jawapannya rumah sudah habis. padahal saya pergi ke perumahan tersebut masih banyak yang kosong. yang ada tinggal di sana pun sebenarnya bukan org. berpenda[atan rendah tapi orang kaya2. siap ubahsuai lagi. rumah lain pula kebanyakan beli untuk di sewakan. lagipun kalau tiada kawan atau saudara dekat dalam pengurusan pembelian jangan mimpilah untuk dapat rumah tersebut. tq

  23. fritz berkata:

    kamu pigilah tawau tengook rumahnya.single storey pun 200k ke atas.

  24. abu ali berkata:

    Rakyat Sabah amat memerlukan projek sedemikian memandangkan harga rumah di Sabah makin MAHAL cth di kawasan Kota Kinabalu dalam tahun 2012: Rumah teres dua tingkat berkeluasan 18″ X 70″ berharga RM 250,000, 20″ X 80″ berharga 365,000 dan seterusnya. Seolah-olah segala bahan binaan diangkut dari Semenanjung. 10 tahun akan datang mungkin rumah berkeluasan 20″ X 80″ berharga RM 450,000-500,000. Kasihan kami rakyat Sabah ni…Ini realiti bukannya fantasi…. Lihat di Taman Kingfisher awal tahun 2012 RM390xxx, hujung tahun dah jadi RM500,000

  25. dayang berkata:

    ada tak perumahan di kawasan kudat?

  26. sylvestar francis berkata:

    Macam mna maw apply rumah mampu milik….sy tinggal di penampang sy mo cuba apply ni rumah mampu milik…law gaji sy rm1800 sbulan dan ada tanggungan 3 org anak….dan sy hrp dpt jawapan yg memuaskan…. no hp 0198826082

  27. cik eja berkata:

    tengok pendapat2 yg di atas mmg betul!! saya pun dah 3 tahun mngaply rumah di telipok ria tapi setiap kali pegi pejabat tuaran mesti jwapan yg sama (belum ada lagi ) ??? sampai bila nak tuggu ! padahal masih banyak rumah kosong di telipok ria. saya btul2 tak fhm apa yg kerajaan di sabah ni perlukan. nak hrpkan sewa dgn pemilik rumah tu mmg tak dpt lah mhl sgt smpai rm600 ke ats sdgkan dorang byr sebulan kerajaan cuma.rm149??? ini memang tak adil !!

  28. aras yambo berkata:

    kenapa harga rumah SPNB diTaman Cendrawasih Kunak Sabah tiba2 naik mendadak dri Rm 45,000.00-Rm 75,000.00 dan setelah terbengkalai projek tersebut selama 3 tahun harganya kini Rm 200,000.00 lot yang paling murah sedangkan projek tersebut adalah projek membantu rakyat yang kurang mampu membeli rumah,perlukan penjelasan

  29. aras yambo berkata:

    kenapa projek perumahan spnb selalunya terbengkalai,apakah pengurusan tidak cekap atau sebaliknya berbanding projek perumahan swasta sangat cepat,kita lihat sahaja dekat JPJ Sandakan da nak siap

    • c-mi berkata:

      Rasanya byk masalah dgn rumah spnb ni dari maincon + rumah murah, tapi kos buat rumah x murah sangat.

      • aras yambo berkata:

        saya rasa projek perumahan spnb hanya tiket sahaja sedangkan projek tersebut pemaju lain yang ambil alih contohnya taman gemilang lahad datu,taman cenderawasih kunak dan yang kekal ditawau taman apas,kalau tak silap sedangkan rakyat yang kurang mampu mengharapkan kerajaan dapat membinanya dgn sempurna dan cepat


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud