4 Tip bijak melabur didalam hartanah

Bijak Melabur

Bijak Melabur

Bagaimana melabur didalam hartanah dengan cara paling bijak? Statistik menunjukkan hampir 95% dari rakyat Malaysia hari ini akan bersara pada umur 65 tahun. Warga senior ini kebanyakkannya akan bergantung pada rakan, keluarga dan kerajaan untuk membiayai kewangan mereka untuk hari tua.

Dari kecil lagi kita telah di didik dengan konsep kehidupan pergi ke sekolah, dapatkan “grade” yang baik dan jaminan pekerjaan adalah impian pada setiap graduan. Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing, walaupun anda tidak bergaji dan berpangkat besar, anda juga boleh berjaya didalam pelaburan hartanah mengikut cara yang betul.

Pelaburan hartanah sentiasa menjadi satu alat untuk ramai orang mencipta kekayaan di Malaysia. Sesiapa saja boleh berjaya didalam industri ini,  Saya pernah berjumpa dengan seorang pelabur hartanah yang tidak mempunyai sijil PMR pun. Bagaimana? beliau berusaha dan mendapatkan ilmu khusus tentang industri.

Pelaburan hartanah sentiasa menjadi satu kaedah terbaik dan terpantas untuk mencipta kekayaan dan ianya terbukti dengan kelahiran ramai pelabur hartanah yang dilahirkan dari industri ini. Yang penting apabila anda faham akan asas pelaburan hartanah, pasti semua orang mampu melakukannya.

Setiap pelabur baru di nasihatkan untuk mempertimbangkan kondisi dan lokasi, sekurang-kurangnya lakukan sedikit kajian dan perbandingan kawasan. sebelum anda mula berperang, saya rasa elok rasanya anda pertimbangkan empat faktor dibawah ini;

1. Tahu cara untuk pemodelan semula dan kos-kos yang akan mempengaruhi pembaik pulihan hartanah. Pastikan dahulu kerja-kerja yang anda boleh lakukan sendiri dan bentuk kerja yang di perlukan dari pihak lain.

2. Lokasi dan reka bentuk rumah adalah dua perkara terpenting untuk dipertimbangkan. Kaji kejiranan tersebut, ruang komersial (agar mudah membeli keperluan) dan pengangkutan awam.

3. Untuk hartanah jenis apartment, anda sebenarnya membuat keuntungan apabila anda hendak membeli hartanah. Bukan apabila anda ingin menjualnya. Jadi pastikan anda memperolehi harga yang dirasakan sesuai sebelum membidanya.

4. Anda harus membiayai hartanah tersebut semaksima yang boleh dan sepanjang tempoh pinjaman yang dibenarkan. Pelaburan hartanah berbeza dengan mana-mana jenis pelaburan, kerana lagi sedikit wang dari poket yang kita keluarkan lagi berbaloi hartanah itu pada anda.

Walaupun ianya nampak mudah tetapi kadang-kadang kita akan tersalah pandang. Maklum sahaja, pembelian hartanah bukan sahaja melibatkan faktor kewangan tetapi faktor emosi kadang-kadang mempengaruhi fikiran logik dan mengatasi segala rasional diri didalam pemilihan hartanah.

Dikirim Oleh c-mi on Jul 2nd, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

2 Ulasan Dari “4 Tip bijak melabur didalam hartanah”

  1. Guest berkata:

    leasehold pon boleh beli sbb tempoh dia lama 99 tahun dan ada kemungkinan besar utk disambung lagi.. lagipon kalau area bandar besar dan berdekatan spt putrajaya/cybrjaya mana ada lagi freehold, semuanya leasehold.. jadi beli saja.

  2. manan berkata:

    nk tanya, kalo umah leasehold untung x beli? sy cdg nk nk try inves kt bangi…umah pansga 2bilik…

Tinggalkan ulasan anda