7 lokasi hartanah terbaik di Selangor pilihan penulis

Selected property by me

Selected property by me

Tujuh hartanah terbaik di Selangor ini adalah pilihan penulis. Saya rasa hartanah-hartanah ini terbaik kerana jaminan kualiti rumah dan reka-bentuk binaan.

Sejak seminggu lepas ada beberapa “feedback” dari pembaca drumah yang inginkan senarai hartanah terbaik untuk di pilih. Oleh itu saya pun membuat beberapa “research” dan melawat beberapa tapak lokasi disekitar Selangor, dan dibawah adalah hasilnya selepas seminggu menjadi “spy”. hehee…

1. Bandar Seri Putra, Bangi

2. Denai Alam, Shah Alam

3. Cahaya SPK, Section U9, Shah Alam

4. Sunway Damansara, Petaling Jaya, SE

5. Bukit Jelutong, Shah Alam

6. Bandar Kinrara, Puchong

7. Subang Bestari, Shah Alam

Lokasi-lokasi strategik diatas dipilih berdasarkan beberapa faktor. Faktor-faktor ini terdiri daripada lokasi hartanah, reka bentuk hartanah, bahan binaan hartanah, fasiliti hartanah dan serta luas kawasan dan harga yang dirasakan realistik. Walau bagaimanapun, setiap hartanah itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Jadi cuba anda buat penilaian anda sendiri pada lokasi-lokasi diatas, diharap dengan senarai hartanah ini dapat membantu anda memilih hartanah (property) yang terbaik.

Popularity: 55%

Dikirim Oleh c-mi on Apr 27th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

89 Ulasan Dari “7 lokasi hartanah terbaik di Selangor pilihan penulis”

  1. megat_johari berkata:

    macam mane dgn badnar klang? area klang x bagus ke tuan?

    • isaac berkata:

      Klang “HOT” properties as follows:-
      1. Bukit Tinggi-WCT Berhad
      2. Bandar Bukit Raja-SIME Darby Berhad
      3. Bandar Setia Alam-SP Setia Berhad
      4. Kota Kemuning-GAMUDA Berhad
      5. Kemuning Utama-SPK Group
      6. Alam Jaya-LION Group.

      Stated abovementioned are amongst the best buy properties & viable for occupation & investment.

      Regards,

      Isaac Hat
      Former valuers & registered auctioneer.

      • c-mi berkata:

        fuh! cekap brother isaac nih..
        owh, sp setia pun property cantik2 jugak..

        • am_2009 berkata:

          cantek2 cadangan bro c-mi, tak ketinggalan bro isaac memang berpengalaman luas,,, trima kasih & teruskan menyumbang idea2 menarik

  2. hamba berkata:

    eh…. tumpang tanye mcmne pulak dengan BANDAR SAUJANA PUTRA ??

    hari tu ada singgah wa… mcm menarik aman… damai… n sibuk membangun.

    minta pendapat ye….

    • am_2009 berkata:

      dimakanakah lokasi tu? boleh bagi lokasi yang tepat,, terima kasih

    • hamba berkata:

      dekat are nk ke dengkil…
      ikut hyway elite arah ke putrajaya… ada satu kawasan baru membangun

      EXIT brape xpasti lak…. tapi mmg ada BANDAR SAUJANA PURA. try bukak
      http://www.lbs.com.my/.

      tq sbb respon…

      • am_2009 berkata:

        oh projek tu saya tau, sebelah highway elite,, flyover dari elite highway dah siap ke kawasan tersebut(dulu jadi isu sebab xde access nak masuk). mungkin sekarang kena bayar toll ke tak saya tak pasti,, untuk jangkamasa 2-3 tahun lagi tempat tu potensi jugak untuk pelaburan,, sekarang baru launch rumah 1 tingkat kat sane,,

  3. gjie berkata:

    Bandar Seri Putra mmg menarik tapi Market Value rendah…:(

  4. amirah berkata:

    yang value rendah bukit mahkota. bandar seri putra so expensive! tapi hairan ramai kawan2 i kata sana.

  5. lajep berkata:

    macam mana dengan Taman Mawar Salak Tinggi,ada feng shui baik ke kat sana?

    • Isaac berkata:

      Hi…Lajep..

      Taman Mawar, Salak Tinggi. Kalau tuan nak tinggal x ade masalah terutamanya kalau tempat kerja dekat. Banyak org yg beli kat sini keje dekat KLIA atau Bandar Baru Nilai..Kawasan nie dah agak matang lagipun dah lebih 5 thn pembangunannya…kalau utk pelaburan x berapa sesuai kerana harga pasaran “maintain” sahaja….Feng shui kene ikut umur & tarikh lahir encik…biasanya menghadap utara adalah lebih baik…kalau nak tahu lebih lanjut mungkin kena beli buku Feng Shui Joey Yap….banyak info kata sana. cari kat MPH atau Popular.

      Terima kasih

      • reene berkata:

        Taman Mawar Salak Tinggi …ramai jugak member2 saya yg keja di putrajaya beli umah area situ..market dia dasat gak skrg ni. Nyesal x beli. Dulu i survey umah teres setingkat baru rm113 skrg dh naik rm151…

        • incek berkata:

          Kat Salak Tinggi masih boleh dapat rumah 2 stry below 200k (sub-sale). So, dpd beli umah 1sty Leasehold, baik beli yg 2 sty terus kan. Kecuali kalau u suka dok uamh baru..Boleh rujuk di komuniti BBST, ada perbincangan tentang market value rumah sekitar BBST kat sana.

  6. nurmohd berkata:

    macam mana dgn bukit bandaraya, shah alam? ii is worth to buy or not?

    • mat.g berkata:

      bukit bandaraya shah alam pon amat direkemen utk didiami dan sbg investment sbb dekat dgn bandaraya shah alam yg mmg totally fasiliti semua dah ada.. tu tak kira lagi fasiliti dekat bukit bandaraya itself yg tgh dibangunkan.. sebelah jer bukit cerakah suasana segar kehijauan dlm bandaraya shah alam… tp leasthold.. harga sakng masih dpt from 350K utk 2storey terrece 24×70.

      saya baru je beli sebijik.. lagi 2 tahun baru siap :D

      • aziz vespa berkata:

        bagus tu. harge ok. tp leasehold tu yg mcm tak berkenan. tempat tu mmg ok

        • mat.g berkata:

          leasehold takde masalah sbb 99 years.. masa tu kita pon dah tak wujud kat dunia ni..

          satu lagi mana nak ada dah hartanah freehold area shah alam.. kecualilah yg pinggiran saja spt Alam Impian(I&P), Bukit Jelutong(SD), Denai Alam(SD)… etc tp harga semua dah 450K keatas semuanya.

  7. ct berkata:

    nak tanya kawasan bandar saujana putra under LBS perumahan ok ker area sana ???saya ada survey utk beli rumah disana …apa pendapat U?

    • am_2009 berkata:

      untuk jangkamasa panjang pelaburan di sana boleh menguntungkan, ini kerana di dalam bandar tersebut semua fasiliti akan disediakan, termasuk sekolah kebangsaan di dalam kawasan perumahan tersebut,, saya juga ada terdengar LBS telah membeli tanah bersebelahan yang dulunya milik TALAM CORP, jadi pembangunan keseluruhan dapat dikembangkan secara sistematik dan menyeluruh

    • Mohd berkata:

      saujana putra dulu ada satu access jer & kene bayar tol..tp sksrg ni access baru da kene buat(uc), for investment makan masa sket tp tempat okey maybe 3-5 years market da stabil. last time pg in October byk lg rumah u/c & yg da siap pun byk yg kosong.

  8. darus berkata:

    mcamana pula dgn bkt permata gombak, design sederhana harga RM>300k

  9. Puan Saodah berkata:

    Selamat sejahtera, saya nak tanya tentang kawasan hulu langat… berbaloi tak membeli hartanah di sana? dan masih adakah rumah-rumah teres baru yang berharga dalam lingkungan 150,000?

    Terima kasih didahulukan

    • Mohd berkata:

      ok kot…klu tgk dlm draf rancangan kt MPAJ, nnt ada jalan baru dr karak trus ke pekan batu 14(correct me if im wrong)..Puan kene pegi site tgk klu2 ada project baru n call developer klu nk wat confirmation..

  10. nany berkata:

    saya nak tanya pendapat bro tntang hartanah kat puncak alam. coz byk sgt rumah lelong kt situ. kalu saya beli as pelaburan, is it worth it or not?
    lagi satu nak tanya pasal rumah di bandar putra permai, rawang. saya ada bayar duit booking utk rumah 2 sty kat situ. but now rasa serba salah sama ada nak proceed beli or not. coz nk ke tmpt tu agak jauh gak. nak mintak pndapat bro tntang area tu coz menurut pemaju nak wat h/way kat situ but x thu bila. so, mintak pendapat ckit ye bro..
    thanks…

    • kamarul_Maybank berkata:

      puncak alam okay saje…
      tpinvestment mmg slow.. giler punya arr slow.

      klu nak tinggal sana x pe.

    • aziz vespa berkata:

      pendapat aku..area rawang ni ramai org takut beli. harge jatuh bukannye naik nanti. lebih baik beli area selatan lembah klang mcm bangi, nilai ataupun seremban

  11. Bibi berkata:

    Saya nak tanya pasal Mutiara Anggerik kat Dataran Otomobil Shah Alam, Seksyen 15. Worth buy or not?

  12. happy_feet berkata:

    salam,

    tumpang tanyer, kalau rumah kat cahaya spk dlm range berapa yer,
    kalo beli rumah ka bandar botanic klang tu okay tak?

  13. Hawa berkata:

    Assalamualaikum… lega hati rasanya baca comments dari am_2009 tentang rumah di Bandar Saujan Putra.. Saya salah seorang penduduk disana :D kekadang rasa cam duduk nun jauh dalam tetapi yelah bila fikirkan dlm masa 2-3 tahun..value umah kat sane mesti naik melonjak.. Nak tanya masa saya beli rumah, agent memberitahu akan ada jalan dari saujana putra ke puchong perdana melalui puchong permail. Any idea pasal tu? ada dengar apa2 perkembangan tak? Jauh rasanye pusing ikut tol nak ke puchong perdana.. Jln tanpa tol teruk..

  14. rEmY zALAL berkata:

    senarai area kl???
    perumahan br nk naik ade x???
    atau yg br siap pun ok jer

  15. izan berkata:

    bagaimana hartanah di sekitar rawang

  16. Fariz berkata:

    Selamat sejahtera..nak tanya, kalau kat bandar tasik kesuma, beranang mcm mana? ok x? Saya bercadang nak beli kat sana..Alpinia teres 2 tingkat 18×70..rm212000 belum diskaun. Pemaju Namfatt.

  17. Mimi berkata:

    Saya nak beli rumah kat Taman Kantan Permai, Kajang, RM85k. Low cost, berbaloi x….Area tu Jem X …ada x sape-sape yang tau market value kat sana…

  18. Mat Kilau berkata:

    Salam semua..saya baru nak berjinak2 dgn pelaburan hrtanah ni. Nk tya pndapat otai2 mengenai area saujana utama sg buloh. Bagus ke kalau saya beli area sana untuk invest?

  19. ct berkata:

    kalau bandar tasik kesuma mcm mana? value utk rumah 2nd bank amik rendah sgt…even developer jual mahal..bila nk jual balik, value rendah sgt

  20. dilaz berkata:

    salam… nak bertanya pasal property in shah alam 2 puncak alam..mm ok ke klu beli kat sana..nampak cam akan membangun tp dr segi jaln kuar n masuk takut jamm..

  21. luqman hakeem berkata:

    Salaam semua..minta pendapat dan nasihat dari sifu2 n kawan2 disini.sila rujuk info dibwh :

    Address: Denai Alam, Shah Alam (Carina Phase B8)
    Property Type: 2-sty Terrace/Link
    Tenure: Freehold
    Land Area : 22′ X 65′
    Built Up: 1,635 sq.ft.
    Status: Completed With CF
    Type : Corner (not sure how big/measurement)
    Price : 565K from developer (Sime Darby)

    Soalan :
    1. Adakah harga yg diberikan oleh developer sesuia dgn harga pasaran?
    2.Wakil Sdarby menasihatkan saya utk membuat pembelian pd tahun ini juga.jika tidak ada “cukai” yg perlu dibyr tahun depan.tak pasti ape term “cukai” itu. btol ke?
    3. Saya ada terbace di internet menyatakan projek rumah Sdarby biasanye overpriced..btol ke?sy risau memikirkan isu ni.
    4. bolehkan sy minta diskaun dr developer? atau harga developer adalah fix?
    5. sy dikatakan tidak layak utk dpt 7% diskaun bumiputra kerana unit yg saya ingin beli ini telah penuh quatanye. btol ke?

    harap sgt feedback dr kwn2 disini..1st time nak beli rumah ni.. dah baca byk blog/website tapi masih nak pendapat kawan2 semua. terima kasih.

    • jernk berkata:

      Salam..I can only answer question no 1..I pun ada beli rumah di Denai alam Phase C5 Alstonia..Tapi kalau ikut the size and land area memang “overpriced” sikit..But that housing area is very good for investment and stay..Just go for it..we can be a neighbour later..cheers..

  22. c-mi berkata:

    1. Kebiasaan pemaju akan ikut harga pasaran hadapan. Sebab rumah kebiasaan akan siap dalam 2 tahun. jadi harga sesuatu pasaran akan mengikut projection harga 2 tahun lagi.

    Selain itu harga listing juga mempengaruhi kos-kos pembinaan, dan jika pada tahun hadapan kos pembinaan naik pemaju akan menanggunnya. jadi perlaksanaan harga itu melangkaui pelbagai sumber dan penilaian.

    Jika rumah yg telah siap selalunya pemaju akan menjual ikut harga hartanah pesaing (diantara pemaju). Mereka tidak tengok harga pasaran semasa. Cuma masalah dengan bank yg mane bank akan value rendah dan u kena keluar mungkin deposit 20%-30%.

    2. Cukai ape pula? saya x tahu.. u tanya dia balik cukai ape? banyak cukai dalam Malaysia ni.

    3. Saya tak tahu.. mungkin ada alasan mereka untuk letak harga macam tu. atau ade nich market tertentu..

    4. Diskaun dari developer bergantung pada pihak pengurusan mereka. kalau nak minta try tulis official letter. kalau dapat bagus lah, tp kalau x dapat u tak rugi ape2 pun… just try your luck.

    5. Mungkin ada juga kemungkinan. selalunya apabila CF dah keluar pemaju akan menjual hartanah itu mengikut “as is where is basis” tidak ada guarantee, dan tidak ada diskaun untuk bumi. kalau ade.. u beli jer properti tuu jgn tunggu2 haahaha..

    • luqman hakeem berkata:

      Terima kasih bro c-mi,
      baru lepas jumpe officer dr 2 bank.. a lot of advice from them too.. mereka akan tlg sy semak harga yg diberi tu, sesuai atau tidak. call developer td, ckp pasal surat utk minta diskaun..mereka ckp boleh..they will draf for me nanti.. nasib bro c-mi bg advice.. yg sy perasan td..harge utk rumah yg siap maybe mahal skit..tp interest yg diberi oleh bank lg rendah compare dgn rumah yg tak siap.. rase mcm win2 situation juga.. btw, terima kasih bro c-mi..

  23. lock the dragon slayer berkata:

    7 lokasi hartanah terbaik di Selangor

    Consider the following:

    1. Alam Impian SEk 35 near LKSA – I & P Shah Alam – township of the arts

    2. Alam Sari Bangi – neighbourhood of academia

    3. Setia Alam/Eco-park

    4. Cahaya SPK – U9 Shah Alam

    5. Denai Alam – lebuhraya guthrie

    6. Temasya Glenmarie – I & P Space to live, live with space

    7. Nus putra – puchong

  24. Haida berkata:

    Sya nk tanye ttg hartanah dkt bandar tasik kesuma, beranang…Rase22nye berbalaoi tak klu bli rumah kat area Beranang or semenyih?

    Terima kasih..

  25. aziz vespa berkata:

    Saya nak tanye pasal rumah kat Nilai Impian. (sime darby). ok ke situ?. kalau banding harge mmg situ murah sikit berbanding di area bangi, seri putra, bukit mahkota selangor walaupun berdekatan. nak tau prospek pelaburan.

  26. jernk berkata:

    Bandar seri putera tempat pertama?Rasanya jauh tempat tu dari KL..byk tol plak tu..Denai Alam I setuju,not bias as I got one there but memang harga rumah kat situ cepat naik,developed by Sime Draby plak tu..Very good for investment and for stay..

  27. melor berkata:

    bandar seri putera dekat KLIA dan byk U. developed by UMLand…tp mmg harge mahal jugak

  28. yazid berkata:

    mark up price tinggi sangat, nak ke sana kena tol lagi. sila lah bertimbang rasa kalau nak letak harga rumah. ikut apa kata jawatan kuasa penilai. tolong la melayu, ramai lagi lagi mereka yang memerlukan rumah.ok?

  29. isma berkata:

    Salam, saya nk mintak pendapat tentang beberapa perkara:
    1) Nilai hartanah di area seksyen 9, Shah alam( Khususnya di Seri Mahligai
    Townhouse)
    2) Pandangan Tuan tentang hartanah tersebut untuk tempoh 5-10 tahun akan
    datang, adakah nilai nya akan naik atau pun hanya kekal statik?
    3) Nilai hartanah mana yg lebih baik dibeli rumah jenis TOWNHOUSE @
    RUMAH TERES?
    Saya harap tuan dapat menjawab persoala saya ni sebab saya dalam proses membeli rumah untuk didiami di kawasan tersebut.
    Sekian, terima kasih.

  30. sahrul berkata:

    salam 1 malaysia…
    sy nak bertanya..apa pandangan saudara tentang kawasan taman perumahan damai perdana II,cheras,kl.. that one also pre mature township..izzit ok..interm of property value in the future..tq..sahrul

  31. sanusi berkata:

    Puncak Alam sebenarnya ok utk pelaburan kerana sekarang ini ramai student ITM nak menyewa, sy tinggal disana.
    satu lagi area yg baik (dekat cahaya SPK) ialah Alam budiman. Senibinanya amat cantik dengan bata merah, buid up > 2300ft2. harga > RM280K (22×70)
    http://www.shlcb.com.my/sa/sa_abud.html
    sy juga beli 1 unit kat sana. Cuba lihat sendiri pasti terpikat.

  32. Mimi berkata:

    Saya berminat nak beli rumah di IJM Land, Shah Alam 2 (Puncak Perdana). Rumah cantik, reasonable…corner lot, about 300K plus…Concern saya utk rumah ni:
    1. Leasehold
    2. Jauh (40 km to Kelana Jaya-saya kerja di Kelana Jaya)
    3. Saya ragu-ragu dgn development progress tempat ni, dgr kata very slow…

    Apa pendapat anda semua?

    • aizul berkata:

      saya baru je pegi tgk rumah model TATE smalam kat tempat yg u mention. btul, mmg cantik sgt especially lot tepi. masalahnye cume satu, jauh (33 km ke tempat kerja di pj). tp sbb tu la pemaju design cantik2 n bg insentif such as low dpayment n rebate 10%. pendapat saya kalu sanggup ulang alik hari2 dengan jarak yg jauh tu (kos petrol, tol, maintenance), ok je. jgn tunggu..

  33. suhaimi berkata:

    emm aku ade minat nk beli umah dkt bandar baru sendayan sebelah seremban2…ok x kalo beli umah kat ctu? tp kalo ikutkan developer Matrix Concept Sdn Bhd bandar tu besar dan akan dimajukan…theme park, nursing college, sek, kedai2 modern etc…so ape pendapat otai2 di dalam ni….TQ…

  34. Mohamed berkata:

    Sy bli 2 unit townhouse Ariza Garden Villa, Taman Raintree, Selangor. Mklumat cri di http://www.impianaland.com.my – Dpt knci bln Mac ni. Xnk dduk & nk trus jual. 2(28×86) kp, 8 bilik tidur, 6 bilik air, 4 parking dll. Dibka kpd jutawan, terutama dktor @ lwyer Hindu sbb sy p’cya mrk mmpu & dkt dgn kuil Batu Caves. Kpd yg b’mnat, emel sy di hidayat@live.com.my – T/ksh.

  35. dania dylan berkata:

    benar kah bandar puteri dan bandar putera klang dibawah pemajunya IOI developer tidak elok kawasan perumahannya..saya dengar kawasannya itu adalah tanah gambut..sesuaikan tanah gambut dibuat projek perumahan..?

    • c-mi berkata:

      x tentu juga, kalau sesuatu kawasan x elok mungkin sebab lain. tanah lombong pun orang boleh buat rumah, inikan pula tanah gambut. mane2 tanah pun kena kaji ground water dia kalau x blh control mmg akan jadi masalah bila handover nanti. ape pun saya bukan orang yg sesuai utk komen ttg hal teknikal ni. mungkin ada orang lain yg boleh bantu. tq

      my2cent

  36. mamat berkata:

    bro Isaac Hat

    kalau sy nk buat loan perumahan sebanyak 100% dgn bro,
    berapa kadar faedahnya?
    apa nama bank?

    tq.

  37. syuk berkata:

    salam, bro apa yang dikatakan oleh kawan2 semua ok cuma nak dapat gran untuk selama lamanya yang susah sikit. kalau ada pun mahal…
    banyak yang pajakan 99. tapi saya syorkan kalau nak beli umah carilah kat kawasan lembah klang selatan ( nama baru), area sepang, banting, nilai dan bangi…(OOOpss ) bangi jauh 2.. kerana di kawasan ini ada IPTA UITM, USIM, UPM, UKM, MMU, UNiten, akan datang UIA membina kampus perubatan di bandar enstek nilai, itu tak termasuk kolej swasta yang ada kat nilai, sepang, bangi,
    laluan high way pun banyak Elite, Hway didikasi (Putrajaya-KLIA mengabungkan laluan menerusi MEX expressway untuk ke KL) Komputer di pekan nilai, ERL di Kota warisan,
    akan datang juga KPM telah membina institut di KG JIJAN ( NILAI) membina kampus induk berserta dengan sekolah berasrama penuh,
    di merentasi PUTRAJAYA, CYBERJAYA, KLIA,F1,LCCT yang berhampiran kawasan Kuala Langat ( BANTING),
    banyak taman perumahan baru tengah lounching so ramai ramai pergi survey market kat sana…
    Ini dari sudut pandangan saya..

  38. melor berkata:

    setuju dgn bro syuk….kawasan lembah kelang selatan mmg pesat membangun sebab ada KLIA. IPTA dan IPTS tumbuh macam cendawan. nak timba ilmu pun senang. Nilai paling cepat hartanah naik.

  39. asry berkata:

    tuan bagaimana dgn saujana utama sungai buluh banyak yang nak lelong tolong beri info sikit

  40. jaja berkata:

    sy nak tanya cane plak ngan area bukit mewah kajang?Ok tak untk wat investment?TQ

  41. hakim berkata:

    salam tuan/puan…
    saya confius utk memiliki rumah samada di area shah alam atau bangi.
    utk pengetahuan tuan/puan, saya dan isteri bekerja di chow kit dan setapak
    dan budget kami max dlm 370k.
    terima kasih.

  42. Nina Mues berkata:

    saya mencari rumah lot tepi untuk di jual di are hulu langat.tq

    • ainie berkata:

      Adakah anda sudah dapat rumah yang dicari? Saya ada rumah yang hendak dijual di taman Pelangi Semenyih.Corner lot,2storey.luas tanah ditepi 20

  43. hakim berkata:

    salam tuan..
    saya baru dapat tahu pg tadi dari kawan yg kerja d bank dan lawyer tentang pasaran hartanah sedang merosot…betul ker?

  44. az berkata:

    lst week tgl kat denai alam, latest launch, harga min rm506k for 22×75. 90%dah sold out. Tinggal lg 8buah ajer. Itupun yg 3story dan corner lot. Tak tanya pulak brp juta.Kata org sime sales tu, lepas ni new launch in may, starting price at rm510k for 22×70 tak silap. Kalau ikutkan, denai ni mmg overprice. Tapi menurut sime darby insider, tempat ni mahal sbb harganya termasuk utk township landscaping dan conceptnya.

  45. marzu berkata:

    bagi komen sikit tentang pembangunan di bandar putera 2, developer IOI Propeties..worth or not?

  46. ita berkata:

    Bagaiman dengan bandar teknologi kajang? berbaloikan beli rumah disana… tak kiralah untuk didiami ataupun untuk investment?

  47. ngomel berkata:

    apa pendapat tentang taman emas dengkil?

  48. syafizah berkata:

    saya nak tny pendapat berkenaan area bandar putra perdana puchong?semalam pg pusing2 sana nampak kawasan yg tenang..kalu blh sy nak dapatkan maklumat lanjut..thanks..

  49. mamat8543 berkata:

    saya nak tnya jika saya membeli hartanah di kawasan meru..adakah sesuai..tq

  50. VIJAY berkata:

    Saya sdn cari rumah berkembar 2 tingkat di kws Klang/pinggiran Shah Alam. bolehtak saya dapat beli hg dlm lingkungan RM350 000?. Saya nak menetap di situ.
    tq.

    • c-mi berkata:

      kalau ada rumah yg best2, selalunya kita akan update dalam web ni. jadi selalulah lawat kami disini

  51. airul berkata:

    Bagaimana pula dengan rumah di taman saujana puchong??? Market value and investment ok ke?

  52. kari berkata:

    ramai yang enggan tinggal di rawang..tapi, pilihan yang ditentukan dahulu adalah berbaloi..dulu tepi rumah botak…sekarang padang golf beralun,gated and guarded..ada anak sungai mengalir di tepi..dulu hanya RM150000 sekarang tiap2 bulan ada agent tanya : mau jual ka itu rumah? CHEERS FOR KOTA EMERALD (WEST) RAWANG!

  53. mama berkata:

    rumah di taman banting baru jugra..22×70 rm 199,888 bulan 7 ni naik kepada 205, 888…bebaloi x..kat sana ada sek men sains, kolej matrikulasi selangor dibuka mei 2010 politeknik, inst latihan perindustraian..

  54. arisa berkata:

    Salam. Saya tgh mempertimbangkan utk membeli rumah berkembar 2 tingkat di Tiara Heights, Sepang atas bukit belakang IPD sepang…pemaju Seri Pajam Development…price RM450K..freehold..30X70..tanah kat tepi tak luas sgt, sbb bukaan rumah lebar 25′.. kawasan ni rezab melayu…design moden, dapur n bilik air jubin smpi siling, parking pun tiles…lantai rumah tiles petak besar…

    Berbaloi atau tidak utk beli hartanah ni? Saya plan utk jadikan rumah yg kekal smpi tua…tp taktau la kemudian macamana, kalau nk jual pun kepada melayu je sbb tanah rezab melayu…
    Apa pendapat kawan2?

  55. abu berkata:

    hi to all,
    saya nk tanya mengenai kondominium taman raintree dekat batu caves? adakah harga kondo ini berpotensi untuk naik? bagaimana dengan potensi taman raintree ini di masa hadapan? untuk pengetahuan semua, taman raintree ini hanya 10 minit berjalan dari stesen ktm batu caves.

    • kari berkata:

      hi Abu, actually saya telah beli kondo taman raintree utk investment.saiz yang paling kecik dan beli parking satu lot. bagi saya, pemaju adalah ok coz dia gak buat perumahan mewah di mont kiara dan DUKE..kaum kerabat le. tp finishing tak cantik (tgk pada townhouse depan tu).Cuma x lama lagi akan ada terminal yang akan di bina di Gombak..LRT mungkin akan di sambung ke komuter batu caves..So, bayangkan harga pada masa tu..

    • Mimi berkata:

      Kondo Semarak & Penaga kan? Sape2 yg dh beli untung la, lg2 unit townhouse kt bwh tu. Hrganya dh naik 2x ganda wpn handover knci thn 2012! Bygkn la!

      • kari berkata:

        dah habis ke penaga tu..rasanya ada lagi tapi harga mahal sikit sebab luas dan tambahan finishing.dapat 2 lot parking.ok le wpun mahal..town house tu cantik terutama untuk tingkat bawah.harga dulu sama ngan condo.nyesal lambat..

  56. nsd berkata:

    Apa komen about Kota Damansara, Petaling Jaya? Access road memang bagus – LDP, NKVE, Sg. Buluh-Shah Alam, SPRINT.

    • Mimi berkata:

      nsd, TOL bermakna KOS, bkn ‘kmudahan’ dlm erti kata yg sbnr. Ada org sdg ‘mrompak’ di siang hri, tp kta xsdar2 jg…

  57. dilla berkata:

    salam..saya nk tnya…macam mana kalo area kota warisan, bandar baru bangi..stu ok x…!!
    ade x projek2 perumahan baru akan di bangukan kt stu..sya tengah mencari rumah utk didiami..tQ

  58. husna berkata:

    salam.how about rumah kat aman perdana yer di klang…dekat dgn klang sentral…terima kasih

  59. syafiq berkata:

    saya telah booking rumah di bandar saujana rawang. 1800 sqft, double stry, 24×75, rm263000. Persoalannya adakah ianya benar2 berbaloi sekiranya saya n isteri bekerja di KL? apa kelebihan n kekurangan yg ada di situ? hasil survey sy 70% kt tidak berbaloi dr segi kos, nilai hartanah ms hdpn, kesesakan tetapi bg mereka yg duduk di situ semuanya setuju jika sy beli di rawang. mohon pandangan.

  60. Zzr250 berkata:

    kalau kat area kajang ,kat Tman jenaris ok x?

Tinggalkan ulasan anda