Secara umumnya kebanyakkan pemaju perumahan di lembah klang hari ini tertumpu pada pembangunan sedarhana sehinggalah penempatan mewah khususnya dibandar-bandar utama.
Dari pemerhatian yang dibuat, majoriti hartanah yang di bina pada suku pertama tahun ini adalah hartanah yang berada pada harga RM400,000 keatas yang mewakili 81% pembangunan hartanah baru. Walau bagaimanapun keseluruhan pembangunan untuk suku tahun pertama masih rendah berbanding pelancaran projek kediaman pada waktu yang sama tahun lepas.
Jika disusuri setiap pemaju dan lokasi yang cadangkan ini, hampir kesemua pemaju yang tersenarai mempunyai model pembangunan yang serupa iaitu pembangunan sebuah bandar pintar. Setelah membuat perbandingan menyeluruh, Drumah.com menyenaraikan 7 Lokasi Pembangunan Kediaman Bandar Pintar Terbaik Pada Tahun 2010 Pilihan Editor; lokasi tersebut adalah;-
1. Bukit Jelutong, Shah Alam (Sime Darby)
2. Bandar Seri Putra, Bangi (UM Land)
3. Denai Alam, Shah Alam (Sime Darby)
4. D’Alpinia, Puchong (Hap Seng Land)
5. Alam Sari, Bangi (I&P Menara Sendirian Berhad)
6. Laman Granview, Puchong, (IJM Land)
7. Jade Hills, Kajang (Gamuda Land)
Laporan ini berdasarkan skor kredit (+1, -1,0) pilihan editor pada lokasi dan fasiliti, reka bentuk hartanah, keluasan tanah, luas binaan, spesifikasi, tawaran harga realistik, lanskap (township) dan nilai tambah pelan pembangunaan masa hadapan jangka singkat sekurang-kurangnya 5 tahun.
Dari perbandingan diantara contoh pembangunaan diatas, terdapat permintaan dan tren pemilikan hartanah berpagar di kawasan Kuala Lumpur; manakala daerah Hulu Langat bakal terus mencatatkan permintaan yang berterusan.
Daerah Sepang kini mempunyai prospek pertumbuhan baik dengan pelan pembangunan sokongan dari pihak Majlis Tempatan yang dilakukan secara berperingkat. Oleh kerana lokasinya yang berdekatan dengan Putrajaya dan KLIA ia menjadikan Sepang sebagai lokasi berpotensi untuk diterokai.
Dari sudut sewaan, hartanah-hartanah yang berada di kawasan utama seperti Bangsar, Damansara Heights, TTDI dan Bandar Utama terus dijadikan tumpuan pelabur dengan tawaran gaya hidup moden dan faktor keselamatan menjadi pilihan.
Secara keseluruhannya, tawaran pembangunan hartanah kediaman dan plot pada tahun ini mungkin akan mengalami sedikit penurunan. Walau bagaimanapun, nilai hartanah di bandar-bandar besar utama seperti Kuala Lumpur, Damansara Heights dan Daerah Petaling mungkin akan mengalami kenaikan singkat berbanding lokasi lain yang mungkin mendatar sehingga ke penghujung tahun.
Tujuh lokasi terbaik pembangunan kediaman untuk tahun 2010 adalah satu cadangan dari pihak editor Drumah.com untuk komuniti majalah hartanah online nya. Pelabur dan pembeli dinasihati untuk membuat penilaian yang lebih mendalam sebelum membuat sebarang tindakan berdasarkan artikel ini.
Bagaimana dengan anda? Sekian, semoga berjaya pelabur semua.
Popularity: 14%
bagus ade report mcm ni. jimat masa dan tenaga buat survey
terima kasih atas sokongan.
Mcm mana dgn cheras? masih ok ke sy nak invest sana?
Kak nk minta majalah Drumah.com buat pendedahan ttg pemaju yg asyik bt property mewah. kami yg pendapatan sederhana tertekan setiap hari sebab x ada rumah sendiri. harap dpt tlg kami.
Sebelum ni sy silent reader saja, tapi hari ini nak bg komen sikit ttg property pilihan editor. Pada pendapat saya senarai hartanah tu sebagai panduan am saja pemaju2 ni bukanlah saja yg terbaik sangat pun. byk lagi yg baik.
kalau lihat pd senarai tu, semua hartanah diatas kita dh tahu mmg mahal. bukan semua org mampu beli. sebaik-baiknya pihak editor senaraikan kawasan yg rata2 org kita mampu beli. bukan buat senarai lokasi yg kita x mampu. nak buat apa sokong pemaju ca ya nun alip, kan byk lagi pemaju kita yang bagus2 untuk diketengahkan. contoh mcm uda, emkay, tabung haji, naza mereka juga ada hartanah yg berpotensi. mmg lah byk faktor lain mcm fasiliti, diberi keutamaan, tp jika diberi peluang pemaju kita pun boleh buat benda yg sama.
harap dpt kita fikir2kan masalah ini, kalau kita sendiri x sokong pemaju kita, siapa lagi.
Pendapat ikhlas
Amran Hj Hanafiah
terima kasih atas cadangan.
Sime Darby dan Gamuda tu adalah GLC dan Bumiputra, harga mmg mahal sbb quality terbaik dan kwsn yg best.. penuh fasiliti. Rumah bukan takat buat kosong je, dah penuh dgn touch up, mcm hotel dah bilik airnya, tiles, dinding, kemasan dalaman.. etc
sakng ni harga semua dah 1/2 juta paling murah rumah teres.. tp kalau beli tak rugi.. harga akan naik lg.. 2 or 3 tahun lagi harga rumah bermula drp sejuta keatas.. so ada berani?
Rumah area Puncak Alam masih lagi murah..tapi jauhlah..tapi dgn adanya UITM dah start happening dah.. rumah teres pun dah start dari 280,000 dulu rasanya 100K pun ada..
Dalam iklan rmh yang diofferkan mmg dah start 800K ke atas. Ini area Selangor and Klang Valley.
Apa yg kita blh buat sbb harga yang melampau mcm ini pun, takers dia tetap ada, jadi developer mmg confident letak harga yg melampau2.
Sime Darby punya property yg masih murah dekat Klang, dekat 400K itu paling murah.
Saya rasa puncak alam masih murah. Dalam iklan dia jual memang mahal tetapi sebenarnya masih murah. Sebagai contoh ters 2 tengkat dijual dnegan harga 246K. Tp bila kita tanya dengan IJM, harganya cuma 214K (masih mahalk sebab sebelum sebelum ni murah).
Saya ada rmah semi D. Masa saya beli 193K sahaja, tp dalam iklan dijual sampai 236K. Saya tak ingat diskaun yang diberi selain 7% diskaun dan rebet 6K rasanya. Cuma jaraknya jauh. Tp tiba tiba puncak alam naik. Tesco dan Econsave hendak dibuka. Pusat commercial alam jaya pun menjadi. Ada uitm dan penjara baru. Sapa yang nak invest boleh le… Ni pandangan peribadi sahaja
mmg le property atas tu mahal2 tp lihat lah kualiti yg diberi. pembeli2 mmg puas hati dgn hasil pembangunan disini.
ikhlas dari warga bkt jelutong
Denai Alam dh jatuh plak. tahun lepas no.2
mungkin jauh la sbb tu x dpt second place
nice tips, keep it up!
boleh buat senarai hartanah terbaik di sabah?
kami akan usahakan
nice thread
mcm mana dgn sg buloh? gomen ada byk rancangan kat sana
Tanah LGM pun akan dibangunkan oleh KWSP. Nama pemajunya pun mcm baru..KWASA .. Diorang dah start tanam kabel besar2, hrpnya tak mahal sangat kat sini, tapi diorang kena buat jalan baru utk hubungkan Pejabat Tanah Daerah Petaling, Mahkamah syariah yang tersorok berhampiran Paya Jaras.
thanks for the info siti
rumah di taman banting baru juga dalam pembinaan harga 205k DS 22×70…komen…mahal ke berbaloi
saya nak tahu mcm mana nak beli rumah dan had untuk buat loan rumah.saya memang tgh mencari rumah sekarang ni..
1.tentukan area yang hendak dibeli
2.cari iklan/ajen/developer/pameran hartanah kena survey-kalau ada yang berkenan kaji latar belakang developer dan previous project
3.tentukan kelayakan untuk membeli, boleh minta nasihat mana2 banker utk kirakan
kelayakan. kalau gomen servant ada kelayakan pinjaman perumahan bergantung dgn basic gaji-blh combine dgn wife kalau kerja sektor yang sama, kalau minta pinjaman swasta, compare byk2 bank mana yang paling rendah interest, pinjaman konvensional vs pinjaman islamik ada kelebihan masing2
4.masa booking- kena byr booking and kena settlekan 10% within time limit
5.harga rumah makin meningkat skrg- kalau mampu belilah skrg.
saya nak beli rumah di saujana utama sg buluh harga 215.rumah baru dlm 4tahun.keja di kl.org rumah berkerja di cheras.berbaloi ke klu sy beli di sana
shamsul, kalau beli saujana utama sungai buluh nanti tak larat jem. pagi pagi teruk kat jalan batu arang. But for the future very promising. Kalau harganya 215, cuab cari cari kat puncak alam, mana tau dapat smei d. Pincak alam dah nak bukak tesco
kawasan alam impian mcm mane rasenye? dkt dgn shah alam.nice housing area..rasenye harga naik lg kot?
1- Bagaimana dgn perumahan d kwasan bdr kinrara pula?. bakal dibina perhentian LRT. adakah dgn itu harga rumah bakal naik.
2- Adakah cara yang saya fikirkan iaitu beli rumah baru dan bertukar jual rumah yang sedia ada. contoh mcam beli kereta baru dgn tolak kereta lama dgn erti kata memudahkan urusan. bolih ke?.
Kota Warisan skrg tengah boom, Super Link yg pada 2007 harga 250k skrg valued @ Rm400k…..fasa 3, the price starts at 312k ( 1600m/o kalau 10% dp )
salam…sy nak bli rumah area sg buluh…saujana utama…br tgk rumah di sana…
br launch mgu lpas..hga uma RM270K….tp berbaloikah…?mcm mahal….minta pdgn…combine salary RM4K ++
yang cik nisa beli taman apa..saujana ,seri alam, pristana
rumah di bukit jelutong memang happening ,rasanya harga tidaklah terlalu mahal,tetapi yang membuatkan ia menjadi terlalu mahal adalah broker yang menaikan harga rumah sesuka hati…..mengambil peluang menyatakan bahawa kawasan tersebut kawasan eksklusif.Harga market jadi tidak menentu..
thanks…tp sy mencari area sg buluh….mn yg berbaloi….ble rumah tp xnk duduk lg o bli tanah dlu…nk tau mcmane prosedur bli tanah….harap dpt mbantu…
takkan lah Desa Parkcity tak masuk dalam list langsung…
Tersengih jap baca your komen. It’s obvious yang semua list kat atas tu area melayu. Byk je area lain yang lebih promising tapi maybe di luar coverage (sebab harganya pun diluar kemampuan).
Bandar Seri Putra? Musykil apa yang buat ianya hebat. Apa catalyst? Alam Sari is better pada pandangan saya.
berapa byk sime darby bayar web nih? bersepah iklan dia. sakitt matee. bg le gambar colorful skit. ape ntah