Your search results

7 lokasi Projek Kediaman Terbaik di Lembah Klang Tahun 2013

Posted by c-mi on 05/06/2013
| 3 Komen

7-lokasi-hartanah-terbaikSekali lagi Drumah.com akan menyenaraikan lokasi pilihan editor untuk 7 Lokasi hartanah terbaik di Selangor. Seperti tahun-tahun lepas, kebanyakkan pemaju perumahan di lembah klang hari ini tertumpu pada pembangunan bertingkat sederhana sehinggalah penempatan teres dan banglo mewah khususnya dibandar-bandar utama.

Dari pemerhatian yang dibuat, majoriti hartanah yang di bina oleh pemaju swasta untuk rumah bertingkat pada suku pertama tahun ini adalah hartanah yang berada pada harga RM262 sekaki persegi dan keatas. Ini menunjukkan peningkatan harga sebanyak 22% dari purata harga jualan pemaju pada pertengahan 2012.

Walau bagaimanapun jumlah pembeli di selangor pada tahun 2012 meningkat sebanyak 7.5% berbanding suku tahun yang sama pada tahun 2011. Permintaan hartanah baru masih kukuh di dalam pasaran, malah aktiviti jualan masih berjalan seperti biasa. Ini berikutan dengan pertambahan penduduk di Selangor dan pendapatan golongan pertengahan yang semakin meningkat.

Kadar tanah kosong yang semakin mengecil jumlahnya setiap tahun, memaksa pemaju hartanah di lembah klang membina penempatan bertingkat dengan rekaan dan fasiliti yang lebih baik untuk penghuninya.

Hartanah bertingkat di Selangor mewakili 81% pembangunan hartanah baru ni negeri ini. Walau bagaimanapun keseluruhan pembangunan untuk suku tahun pertama masih rendah berbanding pelancaran projek kediaman pada waktu yang sama tahun lepas.

Jika disusuri setiap pemaju dan lokasi yang di cadangkan ini, hampir kesemua pemaju yang tersenarai mempunyai model dengan lokasi hartanah yang berbeza. Kebanyakkan pemaju di lokasi bandar secara purata menawarkan rumah bertanah dengan harga RM800 ribu ke 2.3 juta. Manakala projek bertingkat pada harga 345 ribu dan keatas.

Drumah.com menyenaraikan 7 Lokasi Pembangunan Kediaman Hartanah Terbaik Pada Tahun 2013 Pilihan Editor; lokasi tersebut adalah;-

1. M Residence 2 Alpine, Rawang (Mah Sing)
2. Citrina, Alam Impian, Klang (Naza TTDI)
3. Sentral Residences, Kajang (TKS Projects)
4. Kota Puteri, Rawang (PKNS)
5. Hijauan Saujana, Shah Alam (Esquire Corner)
6. Kinrara Residence, Puchong, (Mah Sing)
7. Verdi Eco-dominiums (UEM Land)

Laporan ini berdasarkan skor kredit  editor pada lokasi dan fasiliti, reka bentuk hartanah, keluasan tanah, luas binaan, spesifikasi, tawaran harga realistik, lanskap (township) dan nilai tambah pelan pembangunaan masa hadapan jangka singkat sekurang-kurangnya 5 tahun.

Dari perbandingan diantara contoh pembangunaan diatas, permintaan keatas pemilikan hartanah berpagar di kawasan Kuala Lumpur terus menerus mendapat sambutan; manakala daerah Hulu Langat bakal mencatatkan permintaan tambahan tahun ini. Hartanah berpagar kini menjadi satu kemestian untuk hartanah mewah. Malah kebanyakkan pemaju hari ini membuka sesuatu kawasan baru dengan menawarkan fasiliti tersebut, yang mungkin menepati selera pembeli dari sudut keselamatan.

Drumah.com mencadangkan pada pelabur semua pada 3 daerah/ lokasi sasaran untuk pelaburan hartanah di Selangor. Daerah Sepang, Daerah Gombak dan Daerah Klang. Ke tiga-tiga daerah kini mempunyai prospek pertumbuhan baik dengan pelan pembangunan sokongan dari pihak Majlis Tempatan yang dilakukan secara berperingkat. Oleh kerana lokasinya berangkaian diantara satu sama lain, pamaju-pamaju pada lokasi diatas menjadi “trendsetter” untuk lokasi terbabit.

Dari sudut sewaan, hartanah-hartanah yang berada di kawasan utama seperti Bangsar, Damansara Heights, Kota Damasnara, TTDI dan Bandar Utama terus dijadikan tumpuan pelabur dengan tawaran gaya hidup moden dan faktor keselamatan menjadi pilihan. Lokasi lain yang di dalam carta manaik adalah Wangsa Maju dengan projek komersial dari Seri Meraga dan Hedgeford untuk kondominium dan komersial.

Secara keseluruhannya, tawaran pembangunan hartanah kediaman dan plot pada tahun ini mungkin akan mengalami sedikit kenaikan. Walau bagaimanapun, nilai hartanah di bandar-bandar besar utama seperti Kuala Lumpur, Damansara Heights dan Daerah Petaling mungkin akan mengalami kenaikan singkat berbanding lokasi lain yang mungkin mendatar sehingga ke penghujung tahun.

Pada tahun ini mungkin ada beberapa hartanah lain yang mungkin bakal menjadi perhatian pelabur, Suria Residen Cheras dari Glomac yang menawarkan rumah berkembar dengan anggaran harga 1.5J keatas, hartanah 19 tingkat di Sg Pencala dari Expert Development dengan anggaran 230 ribu seunit dan Savanna Executive di Bangi dengan harga 280 ribu dan keatas seunit. United Malayan Land, (UM Land) pemaju Bandar Sri Putra, Bangi juga di katakan bakal melancarkan satu projek hartanah mewah bertingkat dengan fasiliti seperti pusat membeli-belah pertama yang akan berintegrasi dengan pengguna PLUS kearah selatan.

Sudah pasti ada beberapa projek dari beberpa pemaju lain yang tidak termasuk di dalam carta tahun ini. Senarai ini di buat untuk projek hartanah yang di lancarkan pada tahun 2013 dan setakat separuh tahun pertama sahaja.

Sudah pasti ada kemajuan hartanah dari pemaju lain seperti Sime Darby, YTL, DRB, Sunway dan beberapa pemaju lagi mulai akhir 2012 sehingga sekarang masih mempunyai stok hartanah yang masih belum dijual. Tetapi tidak termasuk di dalam senarai hartanah terbaik 2013 kerana tidak di lancarkan pada awal tahun 2013.

Mengikut jangkaan, kemungkinan besar, pasaran hartanah pada tahun hadapan akan menunjukkan momentum menaik di mulai pada akhir tahun 2013.

Oleh itu harga bagi setiap hartanah baru akan terus meningkat dari 5%-25% bergantung pada kawasan. Oleh itu pihak Drumah.com mencadangkan agar belian hartanah dan penilaian pelabur di mulai dari hari ini.

Tujuh lokasi terbaik pembangunan kediaman tahun 2013 adalah satu cadangan dari pihak pengarang (Editor) Drumah.com untuk komuniti majalah hartanah online nya. Pelabur dan pembeli dinasihati untuk membuat penilaian yang lebih mendalam sebelum membuat sebarang tindakan berdasarkan artikel ini.

Bagaimana dengan anda? Sekian, semoga berjaya pelabur semua.

3 thoughts on “7 lokasi Projek Kediaman Terbaik di Lembah Klang Tahun 2013

  • aizat
    on 06/06/2013

    menarik!
    akan di ikut nasihat tuan ini.
    mcm mn nk cek lokasi projek tu? ade info admin?

    • c-mi
      on 07/06/2013

      pegi dekat search box atas sebelah kanan. taip projek tersebut, boleh dapat info projek tersebut

  • izwan
    on 13/04/2014

    Salam.. sesiapa yg ade berminat nak beli rumah di M Residence Rawan boleh hubungi saya. Saya baru angkat 1.. so kalau ade yg berminat nak tau lebih boleh contact saya. Incentive dari developer kita boleh tomg tong..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <strong> <em> <pre> <code> <a href="" title="">