
Lelong rumah
“Beli rumah lelong? nah… sebelum tu awak kena pastikan benda ni… ni… ini…” itulah cakap-cakap yang kerap kali kita dengar dari kawan-kawan yang entah berpengalaman atau tidak dalam selok belok beli rumah lelong. Walau apa pun cakap-cakap orang, dibawah ini saya sertakan 7 tip beli rumah lelong. sila baca tip-tip dibawah.
1. Sebelum membeli rumah lelong, buatlah carian hak milik secara rasmi dipejabat tanah terbabit, lawat rumah lelong berkenaan dan jika boleh pergi ke pejabat pemaju untuk dapatkan maklumat selanjutnya. (benda ni kadang-kadang boleh dapat, kadang-kadang pemaju tak layan kita… apa boleh buat cari jalan lain lah!)
2. Hubungi pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat.
3. Selain itu, mungkin wajar juga anda meninjau sendiri rumah lelong itu dan mengambil gambar hartanah itu, lepas tu yang paling penting… datang tempat lelongan tepat pada waktunya.. kalau awal lagi baik.
4. Pada hari lelongan, pembida wajib sediakan 10 peratus daripada harga rizab harta atau rumah, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Cek selalunya tidak diterima.
5. jangan lupa pembida perlu membawa kad pengenalan asal dan 2 salinan kad pengenalan.
6. Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.
7. Kalau hantar wakil, wakil pun mesti bawa wang untuk bayar antara 10 peratus harga pembelian dan tandatangan jualan kontrak.
7 tip ini sebagai pengetahuan umum saja, dari pengalaman saya, 7 perkara ni memang wajib dan kena tahu. Walau apa pun rumah lelong mungkin ada masalah jika hartanah tu sendiri ada masalah. Jadi nasihat saya, dapat kan nasihat kawan-kawan dan selamat berlelong!
Popularity: 41%
terima kasih tips yang biasa-biasa jer.
tak ada tips2 yang gempak sikit ke?
aku minat nak baca lg ni
Sumpah! ako tak tau dan tak ambk tau sblm ni psl rumah lelong.
apa pun tip memang menarik buat beginner mcm ako.
10.Q, usaha yang bagus, keep it up!
kena byk info lg bro…bg teknikal sikit ttg auction…byk involved ttg law….kena study yer..anyway good effort …
Terima kasih mr. isaac, tuan dari rhb mesti byk pengalaman pasal auction.
anyway the article just for general advise bro. The following article will be much complete then.
hope will gain support from u sir.
terima kasih, artikel akan datang akan dikemaskini dan lebih terperinci.
boleh tak berikan saya seberapa banyak info tentang nilai hartanah di semenyih dan pemaju ini; PAGODA ANGGUN SDN. BHD.
syarikat tersebut sedang menjalankan projek perumahan di semenyih iaitu TAMAN SEMENYIH PERMATA, 4KM dr pekan semenyih.persoalannya, adakah berbaloi saya membeli rumah di kawasan tersebut. saya bekerja di putrajaya. harap dapat bantu saya.
terima kasih.
Sebelum tu…blh tanya tak.
1. Berapa harga beli?
2. Jenis rumah?
3. Pegangan-kekal atau sementara
4. Keluasan.
Ulasan:-
1. Menjawab soalan cik Sofia pada pendapat saya kawasan Semenyih memang sesuai untuk dibeli terutamanya berdekatan dengan bandar, lagipun cik bekerja di Putrajaya.. agak dekat. Persoalannya adakah rumah hendak dibeli ini untuk diduduki atau untuk pelaburan. Kallau untuk diduduki agak sesuai tetapi kalau untuk pelaburan mungkin banyak tempat lain yg lebih baik terutamanya dikawasn bangi..
2. Biasanya harga rumah teres dikawasan Semenyih dalam lingkaran RM180-200k (utk rumah 2 tingkat) & RM130-170k (utk rumah teres 1 tingkat). Dalam keadaan ekonomi yg tidak menentu pihak Bank terutamanya agak keberatan memberi pinjaman ke tahap maksimum kerana kawasan memainkan peranan yg penting…saya senaraikan kawasan dimana pihak Bank agak keberatan memberi pinjaman maksimum iaitu Semenyih, kawasan Rawang (Bukit Beruntung & Bukit Sentosa) & Kawasan sekitar Selatan Kelang…Ini kerana byk rumah yg telah dilelong di kawasan berikut….
3. Sila semak dahulu latar belakang kewangan pemaju tersebut…adakah ia “terapung” di papan utama & kedua bursa saham…Ini kerana kalau tak diteliti dengan betul mungkin project ini tidak dapat disiapkan pada masa yg ditetapkan..kerana byk projek terbengkalai dek kerana pemaju yg tidak kukuh dr segi kewangan & track record.
Banyak lagi yg perlu dihuraikan….nanti ada kelapangan saya akan huraikan dilain masa…kalau nak tahu lebih lanjut silalah contact saya di 016-2058205.
Bye…
kalau beli rumah lelong RM 80K,berapa kena ada duit dlm tangan secara kasar…pls bagi saya info,saya tak pernah beli rumah…
Lebih kurang:
1. 10% deposit = 8000
2. Lawyer fees(utk loan dan tukar nama) = 4000
3. Maintenance yg tertunggak = depend
4. Deposit tukar nama TNB = 150(lbh kurg)
5. Assesment rate = depend
6. Deposit tukar nama IWK = depend
7. Agent fee(kalau ambil agent semasa bidding)
8. Repair kalau ada kerosakan = depend
9. Denda kalau lambat urusan money disburse by bank(better amik yg boleh settle dlm masa 120 hari daripada 90 hari)
10. Maintenance fee, assesment rate tertunggak ada sesetengah bank cover, sstgh cover sikit, sstgh tak cover langsung
Nak bagi exact amount mmglah bergantung dgn the above requirement, itu sbb survey rumah penting, check maintenance fee dgn maintenances’ office, check assesment rate dgn tgk surat2 dlm post box dia, lawyers fee lbh baik ambil satu lawyer utk urusan tukar nama dan urusan loan lebih jimat.
Nak tau … kalau dah ssampai tempoh 120 hari still not settle .. boleh lanjut masa lagi tak ? untuk alasan2 yg macam mana dan proses nye bagaimana?
saya sedang dalam proses nak beli rumah lelong nih. harap bulih tlg bagi advice sket. saya bagi sket data yang saya ada.
1. rumah semi D . dah di tinggal agak lama. semak samun depan dan tepi2 rumah. tapi roof nampak elok, sebab perumahan lama. harap2 solid. sebelom saya beranak kot dah ader taman tuh.tak dapat tengok condition kat dalam.
2. MCL
3. saya dapat info direct dari agen
4. dah 2 kali lelongan di buat. ini kali ke 3. tak lama je lagi nih.
5. kawasan bandar. dekat dgn general hospital. pos office, masjid negeri ( even umah tuh pun selang 2 unit dari surau) etc2….paling best ada 7-E
saya rasa excited nak beli, tapi takut plak kot2 keputusan nak beli tuh salah. maklum lah rumah lama. tlg bagi panduan sket. thanx.
alahai lamanyer nak jawab. saya dah pun grab rumah tuh. memang keputusan paling besar pernah dibuat selepas keputusan berkahwin dan menentukan jumlah anak…ahaks!
alhamdulillah tak sia2 saya beli rumah lelong tuh….dari luar memang horror! tapi kat dalam steady lagik….tak der crack2 or kerosakan melampau. cuma anai2 je dah buat rumah sket. may be sebab tuan umah lama tinggalkan timbunan kertas dan kain baju kat bilik tengah. nasib baik satu bilik tu ajer dia letak…..so pest control dah tengok …. dan bajet…cuma kena RM800 jer…. gerenti 2 tahun. selamat… member saya kata mau makan RM 2000 ++ . dah lemah semangat dengor kan nyer. moral : jgn dengor sangat cakap oang.
yang buat saya teringin sangat rumah tuh sebab dia buatan tahun 70-an. bayangkan keutuhan struktur lama. lantai pun guna tile lama macam spital dedulu tuh. lagik satu sebab oang lama tuh dah extend dapor…. bleh tahan besor….. tuh ajer….terima kasih sebab membaca coretan saya dan berkongsi kegembiraan dgn saya. bye!
tahniah kepada wan kembang eh,,, da dapat rumah impian
tahnih bos… moga-moga dimurahkan rezeki lagi.
Puan Wan Kembang,
saya pon cadang nak beli rumah lelong tapi x tau prosedur..disebabkan u dah ader pengalaman … citer la skit…cer citer….
tak de `kaki’ nak kongsi keexcitedan saya sebenarnyer….hehe. bayangkan dalam masa seminggu …tetiba jer dah beli umah. skang sebenarnyer saya duduk ngan mak. hubby yang tak mau tinggalkan umah nih sebab kesiankan mak….. dulu kesiankan arwah pak ngan mak….skang mak lah pulak. mak dia terang2 duduk sensorang ….dia tak nak temankan… *bertuah eden*….
berbalik pada crite umah baru yang lama, kitorang betul2 sediakan deposit 10%. skang dalam poket ader ler dalam 2 – 3 ribu. hmmmm……seram gak kalau2 tak bleh nak `build up’ umah tuh. tapi pikir positip….. umah tuh nak tinggal lama….sampai mati Insya Allah….. so buat lah sikit2 dan pelahan2. bak kater tukang potong rumput hari tu…anai2 pun ambik masa lama nak buat busut yang cantik.
skang plan untuk baiki benda2 penting asal bleh tinggal selesa. clearkan anai2…. masukkan api air…potong pokok mangga 2 batang…..betulkan pagar depan belakang…. cat sket2….ok dah bleh tinggal. sib baik duduk umah mak….pun tak jauh dari umah baru yang lama.
errr…tengah nak apply loan lak nih….
belum apply loan lagi ke,, cepat2 apply loan sekarang ni BLR masih rendah,, hubungi en isaac kita, no kat atas,, ramai client saya berpuas hati dengan servic daripada en isaac,, en isaac akan ke australia ujung minggu ni,, buat apointment ASAP ya
kalu cam saya ni ada bcdang nk beli sebuah rumah dari pemilik pertama…tp rumah blom diduduki..
jadi boleh tak beri pandangan yang boleh membantu saya agar pembelian ini berbaloi memandangkan harganya melebihi rm100k
t.kasih
rumah tu kat mane tuan? apartment ke? bg detail sikit…
kalau buleh saya nk berhubung dgn talipon ….ni no saya 0192776807
saya rasa berbaloi atau tak ….bergantung pada faktor sekeliling dan sebab untuk dibeli. macam saya…… saya jual rumah pada adik saya kat puchong…mula2 dia nampak macam tak berbaloi….tapi bila dah tinggal…. berterima kasih yaamat pada saya sebab tersangat banyak fasiliti.
cuma saya je rasa tak berbaloi sebab jual murah kat dia….. tapi untuk nak tenangkan hati dan fikiran …saya andaikan yang beban untuk bayar rumah tuh dah tak ader ….coz sejak pindah ke melaka….dekat 6 tahun tak pergi2 puchong.
hmm… betul tu. dan sy ade sedikit tambahan… apabila beli rumah…
yang penting kita happy? kenapa kita happy? jiran baik? dekat balai polis? dekat hospital? dekat pasar malam? dekat tesco? mane2 yg boleh memenuhi keperluan anda adalah lokasi yg menarik untuk diduduki.
Jika anda beli rumah untuk tinggal disana kerana mempunyai beberapa sebab tertentu, macam dekat sekolah anak2, dekat dengan tempat kerja semua itu adalah baik untuk anda.
Melainkan anda bercadang untuk membuat pelaburan, dan rumah atau hartanah yg nak beli itu bukan untuk anda tetapi untuk disewa. Ini lain cerita, buat research dulu baru melabur.
Salam Bro,
Saya ni bru 1st time nk membeli rumah lelong. so der beberapa soalan disini, harap bro sudi membalasnye.
1. Sebelom g tmpt utk dilelong tu, de kena daftar pape ke?
2. mse nk 10% dr hrge umah tu, balance nye bila byr?
3. boleh ke wat pinjaman bank utk beli rumah lelong?
sekian sae utk kali ini…
salam,
mengikut pengalaman aku.
1. aku daftar dengan agen yang mana komisen beliau dikongsi bersama. 50/50 antara aku dengan dia. so aku suruh dia daftarkan…..setahu aku sebelum lelongan kalau baru nak daftar pun boleh, walk in daftar jer. yang penting ader bank draf 5/10% daripada RP.
2. balance lagi 90% bolehlah buat bank loan. bila menang bid, kontrak akan diberikan. hang bwklah kontrak itu untuk apply loan.
bagi aku utk kurangkan lawyer cost, amik satu lawyer yang effisien yang boleh settle dua perkara sekaligus, loan rumah dan pindah nama rumah tersebut. Aku compare rate yang lawyer bagi mmg lagi murah kalau satu lawyer blh combine dua perkara sekaligus. Kalau dapat lawyer yg lembap mcm aku punya skrg, mmg lambatlah nak dapat claim duit maintenance dari bank.
boleh ker tahu atau kongsi agen yg saudara gunakan…
tel saya .tq
ambe baru beli umah lelong kat pekan. dp 10% dah byr, cuma tgu loan lulus jer. rumah ambe tu kena repair ckit. blh tak ambe nak repair terus sbb nak masuk cpt. rasanya loan x de masalah.
Hai.. Sy ada bercadang nk beli umah lelong, tp….
1) sy x tau proses bg urusan tersebut..
2) umo y berkelayakan..
3) Jika sy dpt beli rumah tersebut, tetapi sy x dpt wat loan, adakah 10% depst td akn burn..??
4) Nk wat loan, bape intrst dia erk..??? Coz sy kurang faham berkenaan BLR nie..
salam bro, x sebut ponn pasal ‘ulat’.. ehehe
Di kawasan puchong perdana banyak iklan gantungan untuk rumah lelong. Harga kalau nak ikut market price murah gila.
Ada sapa2 ke yang boleh advise macam mana nak kenal pasti harga tu logic supaya tidak tertipu
Rumah corner lot 2 tingkat harga lelongnya RM178000.I berhajat nak ambil ni tapi takut kena ti… pulak
Rumah ni akan di lelong DI mahkamah tinggi shah alam pada 16/12/2009
Sapa yang berminat pergi fight .harga broker sekarang RM280000
dan jangan lupa kena layan kerenah ulat-ulat..
salamm,
“ulat-ulat’ ni aper, saya tak faham
boleh sy tau kos guaman yg akan dikenakan utk rumah lelong… plzz tlg sy… sy nak beli rumah lelong ni,,, harga dlm 105k.. deposit 10 % , bank mana yg ok utk buat loan,,, harapan dr semua… sila tlg sy,,, tq
Saya beli rumah link di Sek. 7 Shah Alam pada 2003 dari pemaju bersama PKNS & .. Sebab tak ada geran, pinjaman perumahan kerajaan tidak boleh diambil. Yang geramnya, tak mahu pendahuluan lesap, terpaksa ambil loan bank tapi yang bestnya, sehingga kini geran rumah tak dapat sama ada dari PKNS atau lawyer lembab. Letih kejar mereka, asyik “madah berhelah”. Minta nasihat tuan-puan. Terima kasih.
Salam…..
Blh tolong bagi idea kat sy pasal pembelian rumah memendangkan sy sedang mencari rumah untuk di beli di kawasan selangor
mungkin boleh datang ke midvalley 18 – 20 jun 2010. ada bumiputera property exhibition kat sana.
Jika saya tidak dapat rumah yang nak beli lelong,boleh tak saya dapat balik deposit
saya bayar. sila reply
boleh. bank draf tu akan dipulangkan 100%
nak tanya sket..selalunya beli umah lelong ni hidden cost spt bil tertunggak n maintenance dlm berapa duit ya?
selalunya bank tanggung kos tu. tp sebaik2nya tanya auctioneer utk semakan kedua
tak semua bank tanggung, terutamanya yg dah byk kali kena lelong, stgh tu tanggung sikit je(ikut klausa diorang lah)