Your search results

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah

Dikirim Oleh Aiman Afiq on 03/01/2011
| 43 Komen
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

“Susah la nak buat sewa rumah ni.. penyewa selalu lambat bayar and rosakkan rumah aku…last2 aku pulak yang rugi…”

“Pelik aku.. macam mana die boleh apply loan sampai ada 5 rumah, tapi gaji die baru rm3000”

“Eh.. kipas bilik aku rosak ni..sapa kene bayar untuk repair.. kita ke atau tuan rumah?”

Percaya atau tidak, persoalan seperti ini sebenarnya agak normal dalam kehidupan seharian kita terutamanya apabila kita menjadi penyewa atau tuan rumah terbabit. Senario yang berlaku mungkin akan menjadi lebih teruk lagi jika kedua-dua pihak iaitu penyewa dan tuan rumah tidak sedar tentang hak masing-masing. Tetapi, hak dan nasib kedua-dua pihak akan terbela dan lebih terjamin jika Perjanjian Penyewaan Rumah (Tenancy Agreement) berjaya disediakan, dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Apakah itu Perjanjian Penyewaan Rumah?  Perjanjian ini merupakan satu dokumen yang menggariskan hak-hak dan tanggungjawab penyewa serta tuan rumah. Biasanya, perjanjian ini ditandangani sebelum penyewa menduduki rumah tersebut. Jangka masa untuk perjanjian ini ialah bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak; iaitu sama ada setahun, 2 tahun ataupun 5 tahun.

Apa yang anda perlu tahu tentang Perjanjian Penyewaan Rumah:

•    Perjanjian ini perlulah senang difahami oleh kedua-dua pihak. Walaubagaimanapun, pihak penyewa dan tuan rumah perlu memahami isi kandungan perjanjian ini dengan terperinci supaya hak masing-masing dapat ditegakkan jika berlaku perselisihan faham (dispute). Kadang-kadang, perjanjian ini disediakan oleh pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah namun persetujuan haruslah dicapai oleh bakal penyewa dan tuan rumah sebelum ditandatangani. Tuan rumah juga boleh menyediakan sendiri perjanjian ini berdasarkan sampel dokumen yang disediakan di bawah.

•    Perjanjian ini perlu menyatakan sewa bulanan yang perlu dibayar oleh penyewa. Bayaran untuk sewa bulanan akan ditetapkan pada tarikh tertentu (contohnya 1hb bagi setiap bulan) untuk memudahkan tuan rumah memantau kelewatan pembayaran. Akaun untuk pembayaran juga dinyatakan dalam Perjanjian Penyewaan untuk rujukan dan memudahkan kedua-dua pihak..

•    Selain itu, deposit untuk menyewa rumah juga (biasanya, bayaran sewa untuk 2 bulan dan utiliti) akan dinyatakan untuk menjaga hak tuan rumah sekiranya penyewa‘melarikan diri’ atau merosakkan harta benda di dalam rumah terbabit. Wang deposit ini akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila tempoh penyewaan sudah berakhir dan rumah ini ditinggalkan dalam keadaan baik dan terjaga.

•    Senarai inventori barang-barang yang disediakan di dalam rumah terbabit seperti kipas, lampu, sofa, peti ais, katil dan televisyen akan turut dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian Penyewaan sebagai senarai semak untuk kedua-dua pihak. Jika berlaku kerosakan kepada barang-barang terbabit (dalam kes ini, penyewa yang merosakkan secara sengaja), tuan rumah berhak meminta ganti rugi. Walaubagaimanapun, terpulang kepada budi bicara tuan rumah kerana mungkin barang-barang itu sudah lama digunakan dan kerosakan tidak dapat dielakkan.

•    Pembaikpulihan bagi kerosakan di dalam rumah perlu dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Penyewaan. Biasanya, kerosakan kecil (minor damage) akan dibayar terlebih dahulu oleh penyewa kemudian diberitahu kepada tuan rumah untuk pengurangan bayaran sewa pada bulan itu. Bagi kerosakan besar (major damage), tuan rumah perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti meminta kontraktor untuk membaik pulih kerosakan terbabit secepat mungkin. Contoh kerosakan kecil ialah pili air tersumbat dan kerosakan besar mungkin atap bocor atau lantai pecah.

•    Akhir sekali, selepas perjanjian ini dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua pihak, ‘stamping’ perlu dibuat di Jabatan Hasil supaya dokumen ini dikira sah disisi undang-undang. Jika tidak, sebarang masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan di mahkamah dan seterusnya boleh mengakibatkan ketidakadilan kepada penyewa ataupun tuan rumah.. Bayaran untuk “stamping’ biasanya dikenakan kepada penyewa. Bagi tuan rumah, dokumen ini boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan (extra income) jika ingin memohon pinjaman daripada bank.

Oleh yang demikian, penyewa dan tuan rumah perlu menyedari hak masing-masing dan hak ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian ini. Ketiadaan dokumen ini mungkin akan menjadi kesilapan besar kepada penyewa dan juga tuan rumah terbabit jika berlakunya sesuatu masalah.

Bagi pelabur hartanah pula, dokumen ini perlu dipandang serius kerana dokumen ini seolah-olah memberi jaminan pada hartanah yang disewakan tersebut.

43 pendapat dalam “Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah

  • pada 03/01/2011

    good refresher… kadang2 kita terlepas pandang.

  • abuya
    pada 03/01/2011

    right on time….thanks

  • abuya
    pada 03/01/2011

    boss….naper loading cth perjanjian sewa nyer slow sekali yer…dah sejam tak dapat…

    • c-mi
      pada 03/01/2011

      ye ke tuan… ok saya dh tukar link… ok x?

  • abuya
    pada 03/01/2011

    tuan…dah blh download….terima kasih banyak…very helpful

    • adi
      pada 27/11/2012

      saya tak dapat download lagi. 404 not found error

  • aiman
    pada 03/01/2011

    Bagi aku, penting dowh document ni.. as tenant or owner la.. kadang2 kite wat cikai2 jer..

    cam kes aku, umah sewa aku skang ni, kiteorang sign jer Tenancy agreement ngan owner.. tak baca ape2 pon..skali bile lampu dalam toilet masalah, gaduh2 kiteorang ngan owner..

    maybe dua2 pihak tak paham2 kot..

    just sharing on my experience la.. al de best sume..

  • pada 03/01/2011

    thank you..memang mantap

  • Pawang
    pada 04/01/2011

    Karanglah macamana baik , macamana canggih sekalipun (TA) kalau penyewa atau owner tak mahu ikut , depa tak ikut…

    Saya pernah sewakan appartment area KL kepada bangsa negeria, macam-macam dia nak suruh buat, aggrement, nak fully furnished lah,, alih alih 6 bulan tak bayar sewa, api air tak bayar, kena potong masih duduk lagi, pakai lilin, report polis suruh keluar pun dia tak mahu keluar…… aduh pening..

    last sekali jual rumah tu… hilang pening kepala.

    Ingat hati-hati sewakan rumah kepada bangsa Negeria ,, Jepun ok, mereka call nak bayar cash sewa rumah….

  • Anti Nigeria
    pada 04/01/2011

    yerp2… kalo sampai tahap tu, susah la nak control.. byk gak kes2 member aku yg kene cam ke pawang..kene berhati2 skit ngan nigeria ni… mmg teruk skit attitude dieorang… dah la wat bising n kecoh2 dalam rumah.. ganggu masyarakat setempat..Gov pulak cam tak amik ape2 action ke dieorang masuk secara haram pon..

    bile sewa umah, jadi cam kes Pawang..

    aku pon ade bad experience gak mase zaman blaja ngan grup ni.. tgk attitude dieorang, mmg logik la ekonomi die tak maju2 dan asyik2 kene jajah jer..

    off topic laks.. ape2 pon, aku stuju ngan en Pawang nyer komen..

  • MIjan
    pada 05/01/2011

    kalu sewa kat iranian nanti rumah korang jadi sarang syabu.. hahaha

  • Amiu
    pada 08/01/2011

    Kalau perjanjian semua ok. Tapi tenant tak bayar jugak… atau buat something yg melanggar perjanjian, apa tindakan susulan. Katakan report polis.. adakah sampai perlu ambil lawyer??.. berbaloi ke??.. last2 suruh tenant blah… kita owner tanggung semua nya… susah jugak ada rumah sewa ni…

    • Anti Nigeria
      pada 08/01/2011

      kalo tenant tak OK, takleh nak wat camne la..takleh nak expect sume smooth..

      kalo aku tgk orang cina wat sewa rumah, biasanye before org tu nak sewa, die wat interview dulu.. tgk slip gaji bulan2 mamat tu.. sebab kalo sewa ke orang sebarangan, dapat kes camtu la.. last resort kene panggil lawyer.. takpon halau dieorang kuar trus dan kire rugi la sewa utk beberapa bulan..

      • amiu
        pada 13/01/2011

        Sekadar berkongsi. Pengalaman sendiri, start bagi sewa rumah 2008. Tenant pertama, tiada perjanjian. Bayar sewa tip top, setiap 1hb mesti masuk. Tapi ada sekali tu masalah tenntang bayaran, miscomm, terus aku bagi 1 month notis. Immediately masuk 2nd tenant, sebelum masuk aku buat interview semua potential tenant pada hari yang sama diorang view rumah. Pengajaran from 2nd tenant, jika keluarga tu sorang je yg kerja dan kerja pulak bisness sendiri, kemungkinan akan berlaku ‘mispay’ sangat tinggi. Last2 bil2 tak bayar dan lari gitu je. (pengajaran dari kes ini jugak, pastikan kita register untuk akses kepada semua bil2 online termasuk air, elektrik dll) Jadi kita perlu monitor bil2 ini. Gap one month, masuk 3rd tenant, buat interview dan view rumah dimasa yang sama, cuma kali ni semua isi borang dan aku bagi slot sejam sorang. Malam tu selepas analisa diorang nyer particular, terus decide yg barjaya. Diorang kali ni budak bujang pompuan kerja gomen. aku ambik diorang sebab: kerja pejabat (most siang tak de di rumah), gaji stabil sebab Grad U, duduk tak ramai 5 org je, muda2 lagi (konon senang monitor). At last, after 2 month call aku kata nak keluar sebab 2 org member pindah kerja. Alamak tak matured pulak kali ni, carilah penganti..itu pun susah.. last2 aku setuju ngan diorang untuk pindah. Now, 4th tenant aku up lagi sewa, suami isteri, anak baru sorang, tengok dari segi kerjaya agak mantap. Sorang gomen dan sorang swasta. Mudah2an lama kot… Untuk makluman 2nd-4th tenant ada perjanjian.

  • dini
    pada 16/01/2011

    Boleh saya dapatkan tenet agreement yang versi bahasa melayu. TQ

    • Siti
      pada 30/03/2011

      Saya pun nak tanya benda yg sama. Sapa2 yang bermurah hati nak kongsikan perjanjian sewa rumah versi melayu teramat lah di alu-alukan.. bukan apa biasanya perjanjian dlm english ni ada yg tak baca.. penyewa buat tak kisah jer.. janji dpt rumah.. bila berlaku masalah katanya tak baca sangat perjanjian tu sbb in english.. berbelit-belit sudah nak paham.. hmm..

      tolong yer tuan tanah.. kalau ada share kat kitorang.. terima kasih..

  • owner bengang
    pada 09/12/2011

    bad experience sewa kan rumah kepada seorang budak perempuan sabahan. budak mintak sewa rumah katanya baru datang dari sabah untuk kerja di kl, janji bayar deposit 2 kali….so saya pun dengan baik hati setuju untuk bulan pertama….bulan kedua pergi kerumah untuk ambik sewa ada pulak negro kat rumah…katanya abgnya…sudah kahwin….so biarkan lagi deposit tak dapat lagii…janji 2dlm 2 minggu bayar. bulan ketiga terima panggillan dr balai polis bhg narkotik. simpan ganja 1kg.

    masalahnya i tak dapat nak sign agreement sebab tak bayar deposit…..selapas tu pegi tengok rumah….hati berkecai…rumah macam sarang tikus berulat .

    aggaran kerosakkan 1500 dengan tak bayar elektrik dan air.

    barang dia saya tahan….peti sejuk dan washing machine….

    laporan polis saya dah buat…mereka mintak saya ke makamah…

    apa cadangan dan pandangan sekalian….

  • effadd
    pada 06/03/2012

    sy penyewa bilik di sebuah kondo. semalam berlakunya pecah masuk bilik yang dipercayai dilakukan oleh salah seorang penyewa baru. persoalan skrg siapa yg perlu bertggjwb. penyewa @ pemilik? krn atas kecuaian pemilik yg mengambil mudah tanpa mndptkan maklumat diri penyewa baru. (nama, salinan ic dll). kerugian sy melebihi RM10K. apa nasihat anda? bolehkh tindakan sivil di ambil?

  • puan ani
    pada 13/03/2012

    assalammualaikum, di sini saya hanya ingin berkongsi cite.saya ada menyewa rumah saya di rawang kpd family india yang kononnya seorang bisnesman yg banyak duit.
    selepas dua bulan menyewa dia mula buat hal susah sgt nk bayar sewa. pada januari lepas krn rasa diperbodohkan dan dah x larat melayan karenah dia, saya telah memberi notis o rumah, tetapi dia enggan keluar & hanya bayar sewa bulan jan. skrg dah msk bulan 3 sewa utk bukan feb & bulan mac pun belum bayar.dia yg buat surat perjanjian nk bayar setiap 5hb, tapi dia sendiri yang tak ikut janji. sesiapa yg ada idea bagaimana nk halau keluarga india ni, boleh bagi idea kpd saya.

  • pejoy
    pada 31/07/2012

    saya ada menyewa kedai dan ingin menamatkan perjanjian awal daripada tempoh tamat kontrak kerana kekangan modal,jadi sya telah memberi notis 1bulan untu keluar dari perimis tersebut adakah saya layak untuk dapat deposit tersebut kembali,sebab dalam klausa ada menyatakan jika menamatkan perjanjial awal maka deposit akan hangus dan ada satu lagi klausa menyatakan jika ingin menamatkan perjanjian hendaklah memberi notis 1bulan sebulan sebelum keluar ,Persoalanyan adakah saya layak untuk dapat kembali deposit tersebut ?

  • pada 09/08/2012

    salam to u all…

  • pada 09/08/2012

    salam to u all…post td saya tertekan enter…konsep sewa ni, bayar dulu baru duduk pada bulan berkenaan kan??

    saya tak taulah penyewa baru saya ni…dorang student, nampak macam matang, tapi pemikiran kureng sikit sebab masih bergantung dengan family, pendek kata, ada masalah, call family walhal boleh selesai dengan sendirinya kalau dalam rumah tu bersepakat…

    perjanjian saya, setiap 3 hb kena bayar sewanya, tapi saya bagi tangguh sampai 10hb paling lewat…tu pun ada penjaga “BASUH” saya kononnya saya tak berperikemanusiaan, kejam sebab mintak student bayar sewa dalam jangka masa sebelum 10hb…

    adakah saya kejam sangat?? masa masuk takda pulak bertanya pasal ni…siap kata masa “BASUH” saya, “saya pun ada rumah sewa, tapi takdalah macam tuan rumah ni”…

    satu lagi, student tu tak paham, dorang ingat duduk dulu, hujung bulan baru bayar, ingat konsep makan gaji hujung bulan baru dapat…sampai ada student tu kata, penyewa rumah mak dia pun buat macam tu, hujung bulan baru bayar….

    pada saya, student tu yang tak paham, penyewa tu bayar pada hujung bulan adalah untuk sewaan bulan berikutnya…

    pening saya dengan student IQ macam ni…dah diterangkan, masih BLUR je…nampak matang, tapi…..

    fening…fening…

  • Emma
    pada 04/03/2013

    nak tanya sikit.. saya menyewa dengan rakan sekolej saya. dalam agreement hanya nama saya sahaja sebagai wakil. tempoh agreement ialah setahun namun, terdapat beberapa rakan saya yang mahu keluar sebelum tempoh agreement itu berakhir. nak tanya sesiapa yang boleh jawab, adakah saya patut membayar wang deposit kepada mereka sedangkan deposit itu masih belum boleh dikembalikan oleh tuan rumah? sekiranya tidak, adakah setelah tempoh agreement itu berakhir mereka boleh datang dan menuntut semula deposit mereka? tq.

  • yann
    pada 21/03/2013

    asslmualaikm….. saya adalah penyewa yang dah 7thn menyewa, masaalah yang saya hadapi sekarang adlh tuan rumah saya ni nak naik kn lagi kadar sewa rumah yg saya sewa sktg ini… saya ada tanyakn kpda nya… megape nak naik kn sewa ni..alasannya kerana harga barang semua naik, yg saya tak habis fikir ni…jika tahun ni saya akur akan kenaikan sewanya, tahun depan jika dia berikan alasan yang sama untuk naikkan kadar sewanya saya patut akur juga ke…. saya terasa saya sebagai penyewa ni akn tertindas… ape yg patut saya buat ye…? saya pening sekarang ni… tak tahu ape yg harus dilakukan….T_T

    • c-mi
      pada 21/03/2013

      hmm.. susah juga.. bincang la elok2.. compare dengan kadar sewa rumah jiran2 lain..
      kalau mmg harga sewa bawah market, mmg munasabah la tuan rumah nak naik sewa.
      untuk elakkan tuan rumah naik tiap2 tahun. buat perjanjian dlm tempoh 2 tahun naik sekian2..
      atau kalau dpt bincang ikat dlm tempoh 3 tahun ke 5 tahun ni naik dgn kadar yg tuan mampu..
      tapi selalunya tempoh 2 tahun sekali yg biasa owner terima.. :)

  • pada 26/04/2013

    terima kasih kerana berkongsikan maklumat ini..

    Inilah salah satu perkara yang sering tak diambil serius oleh kebanyakan tuan rumah. Dulu saya pernah bekerja di bank tempatan terkemuka dalam depart housing loan.

    Kebanyakan peminjam memang mempunyai 2 – 3 rumah yang mereka sewakan. Tapi malang sekali, tidak mempunyai perjanjian sewa yang mereka buat.

    Jadi, pendapatan hasil sewaan tak dapat dikira.. amat rugi sekali.

    Dengan adanya artikel ini, diharapkan lebih ramai lagi yang sedar tentang kepentingan perjanjian sewa ini.

  • ali
    pada 19/10/2013

    pejoy,

    Dear reader.. Saya perlukan pendapat oang yang arif pasal law isu sewa umah ni. Dec 2012 saya ada buat perjanjian untuk menyewa, tiada tenancy agrement disediakan tapi dengan verbal agrement je kerana saling percaya sebagai staff yang sama tempat keja. Sebelum menyewa saya ada bagi syarat paling minimum saya nk mnyewa dlm 3 thn n max 5 thn, kalau kurang daripada tempoh tu sya x nk mnyewa coz dah tau cmne penatnya pindah umah ni nk setup masa dan kos semua. Owner umah setuju dan mnegaskan dia x kn jual umah dlm masa terdekat ni, paling kurang pun dlm 5 thn coz dia pn nk cri pnyewa long term. Masing2 dh capai kata sepakat dan Jan 2013 sya strt mnyewa tapi hujung tahun ni juga sya kena pindah kuar coz dia ckp nk jual umah atas masalah kewanagn. Saya rasa memg tertipu n marah kerana terpaksa pindah 2 kali dalam masa setahun. Sewa umah x pernah miss n x pernah delay, bil api air smua tiada tunggakan, rumah memg x rosak n cantik coz bru 10 bulan sya mnyewa. Ingin ambil tindakn undang undang tp xde tenancy agrement mahupun black n white biasa je. Bolehkah kes saya ni di bawak ke mahkamah atas dasar kena aniaya dn masalahnya law boleh accept ke kalau buat agrement pakai verbal aje.. Bengang n sakit ati dgn owner umah ni..

    • c-mi
      pada 31/10/2013

      Nak ambil tindakan undang2 kene ade black and white. kalau mcm ni, mcm x ade harapan nk claim apa2…

  • pada 13/01/2014

    pada 1/12013 saya telah menyewa sebuah rumah dengan kadar sewa sebanyak RM 350 sebulan.pada permulaan awal saya duduk rumah itu saya telah membayar deposit 2bulan dan api/air rm 100 serta bulana 1 bulan….semasa saya menduduki rumah tu masih ada lagi barang si tuan rumah tu iitu penoh satu bilik [rumah tu mempunyai 3 bilik]…tuan rumah berjanji akan angkut semua barang nya nanti…tapi nak tuggu dia angkut mmamang lambat..so suami saya kadang2 tolong antar barang2 kerumah berdikit2 dng kereta merc suami saya [minyak mmang c claimlah]..bulan dua suami saya bayar RM 250..berbakiRM 100 buat akur janji dia ambik smua barang dlam bilik tu baru kami jelaskan…lain bulan kami bayar sperti biasa setiap 10b kami akan jelaskan RM 350.,,,,SIHINGGA bulan 7 tuan rumah sudah mula mengugut kami keluar dari rumah kerana duit yang tertuggak RM 100 tu [sedangkan bulan2 kami jelaskan seperti biasa…pda bulan 9 anak tuan rumah datanglah mengambil barang2nya itupon kerana saya memaksa suroh mengambil kerana sya nak buat kelas menjahit dalm bilik itu DAN saya pon menjelaskan hutang tu rm 100….tak adalah hutang…bayaran berjalan seperti biasa….TAPI kerana musibah datangtak kita ketahui pada bulan 3/11/2013 banjir besar datang melanda bukan sya sja sekuluarga bolih dikata seluroh bandar klu kampong bolih dikatakan 100 % terkena musibah banjir itu ….[ 5 hari jugalah duduk kat pusat perpindahan..dann tuan rumah pn terkena banjir juga]..pada 13/11 anak tuan rumah datang nak mengambil duit sewa..[biasa nya kami pergi antar tapi selalu tuan umah tak ada kat rumah kami suruh dia dtg mengambil kat rumah sahaja ]….saya bagi tau kami x bolih nak bayar duit untuk bulan ni kerana nak pakai duit dan akan bayar pada bulan depan sebulan sahaja dan bulan yang tertunggak saya akan akan gandakan pd bulan lain bila saya ada nanti……pada pagi saya terima sms dari tuan rumah mengatakan nak datang ambik sewa untuk 2 bulan …saya balas datnglah tapi sya akan jelaskan sebulan sahaja…dia balas balik dia x nak terima dia suroh kami keluar dari rumah tu dengan segera sebab dia kata sya mamang jenis manusia payah bayar duit swa rumah katanya ada orang bagitau dan perkara ini benar katanya ..dan dia buat repot polis atas dakwaan suami saya mengugut nak pukul dia [ suami mmang antar sms kat dia tapi xlkah mengugut nya sekadar menakutkan sja...cuma kat klu yng lepas aku dad pkul tuan umah kerna mulut mcam nulah ,,,sekadar cakap je buat tu tidak ]…
    bila dia sms macam tu ..saya pon balas kata kat dia ..awak dtang ngambik duit sewa umah tapi bawa sekali orang yang tukang fitnah tu baru saya jelaskan duit sewa tu…. lagipn dalam sms banyak juga lah dia kata kat suami ..gilalah,muka x malulah, tapi siap siap suruh keluar mamang berkali2lah…….tunggu punya tunggu dia tak datang2..tut..tut ada seoarang polis telipon suami saya dia buat report atas perkara tadi dan mintak berkira elok2…mmang niat kami nak berkira elok2..

    jadi macam mana pada pehak tuan …apa tindakan yang perlu saya ambil…

    1] saya memang nak keluar dan tengah mencari ruma lain yang lebih selesa.
    2] klu di ikutkan saya x berhutang apalagi klu di tolah deposit yang ada..dan kalu dia nak menghalu kami sekalipon dia kena bagi notis sebulan dulu betul tak ?
    3] saya ingat nak buat repot polis juga.dimana untuk menjaga maruah saya sekeluaga…dimana untuk menggelak dari di fitnah olih orang kampong kerna diwa mulut oih tuan rumah dan kroni2nya….

    sila bagi ideal kat saya macam mana saya nak buat repot polis dgn ayat yang ok…dimana bolih buat saya saman malu sekali…bolih x ???

    • c-mi
      pada 17/01/2014

      Di nasihatkan buat report polis atas apa2 ketidak adilan yang berlaku. Mungkin kita rasa kita betul, tapi orang lain pun rasa dia betul. Adalah lebih baik duduk berbincang berdepan. Cakap dalam phone ni kadang2 kita dengar pon boleh beremosi.

      Yang pasti, jika anda teraniaya, buat sahaja report polis. Kalau nak saman2 ni, lantik lah peguam, kalau tak mampu cubalah tribunal pengguna.

  • nizam
    pada 24/02/2014

    Katakan kontrak sewa 2 tahun. Penyewa berpindah keluar secara mengejut walaupun belum cukup 2 tahun. Tuan rumah belum dapat cari penyewa baru. Bolehkah tuan rumah tuntut sewa untuk cukupkan 2 tahun?

    • c-mi
      pada 24/02/2014

      kalau ada tulis tuan rumah boleh tuntut boleh lah.. selalu perjanjian yang baik ada klausa keluar dari perjanjian. contoh bagi notis sebulan. atau penalti sebulan atau deposit hangus.

      • nizam
        pada 24/02/2014

        Oh jelas dah. Notis sebulan @ deposit hangus. Situasi menang menang. Terima kasih tuan.

        • c-mi
          pada 24/02/2014

          sama2.. :)

  • ila
    pada 13/08/2014

    Saya dan suami menyewa rumah makcik saudara suami…kami hanya byr deposit sebulan sblm masuk dan sewa 300..total 600..stlh 4 bln kami dduk timbul perbalahan di antra suami dgn anak tuan rumah(sepupu suami)..dan mereka mnta kami keluar dr rumah ni..kami ambil kputusan utk cri rumah laen..kami minta tempoh 2 mgu..skg ni dah dpt rumah tgl nk byr deposit..mslh skg deposit rumah sblm ni dia xnk bg sbb nk tgk keadaan rumah..ade x tebok dinding dgn paku n mslh laen…kami pnyewa pertama dan rumah ni rumah baru..kami ade paku dinding utk ltak jam dan ayat quran dan pemasangn astro…adakah jd kesalahn utk kami buat perkara tersebut..mmg prosuder sewa rumah xblrh tebuk dinding ye..kami amik kputusan duduk sbulan kt sini..baru puas hati..btol ke tindakan kami ni ye?

    • c-mi
      pada 16/08/2014

      ikut dalam kontrak mcm mana…

  • pada 22/08/2014

    ____sorry tuan law pertanyaan saye ni tak elok di dengar,tapi saye mesti tanye pasal ni,sebab saye tadi kena marah dengan jiran,apa betul ke,undang-undang pangsapuri tak leh de anjing yang comel…?

    ____Tolong di balas y…. :V

    • c-mi
      pada 15/09/2014

      undang2 ni mmg ade pada apartment. ikut jmb masing2

  • insan bingung
    pada 13/11/2014

    Assalamualaikum…

    Pd tahun 2009 saya mnyewakn umah kpd pasangan suami istri yg baru brkahwin.. suaminye kerja sbgai askar dn istri surirumah… dn hingga kini pasangan itu sudah dkurniakn 4 orng anak…sewa rumah yg dkrnakan hanya rm 200 shj….. pasangan ini mmg mnghadapi sdikit masaalah keewangan.. atas dasar kasihan saya , mmberi kelongaran spt mmbayar sewa 2 bln skali.. dn ada kalanye mereka bayar hanya utk sbulan shj.. jd mmbuatkn sewa umah ada tunggakan.. dn slalunye tunggak mereka itu d langsaikan pd hujung tahun bila si suami mndpt bonus dr kerajaan.. tetapi pd tahun ini selepas istrinye melahirkan ank yg ke 4, pd bln sept yg lalu… istrinye telah mnghantar mesej mmberitahu akan mmbayar sewa pd ptengahan october … saya pd 20hb october cuba mghubungi tetapi gagal.. semua shingga kini… yg lg parah.. bila saya hubungi jiran saya… jiran saya mmberitahu.. bhawa pasangan itu ada mngambil barang mereka dn mmbawanye pergi pd pukul 5 pg… ttapi tidak semua sbahagian shj,,. dn bil api sudah bertunggak dn bekalan air juga sudah d potong.. dn tunggakn sewa berjumlah rm 1000,, jd apa yg boleh saya lakukan.. boleh x saya mengambil barang2 baki dlm rumah tu sbagai ganti rugi.. jika saya ambil barang2 mereka.. adakah mereka boleh mndakwa saya dkmudian hari…

  • insan bingung
    pada 13/11/2014

    FYI saya sudah masuk kerumah sewa saya… melihat keadaan umah itu mmg menyedihkn.. umah itu x trurus.. spt sudah lama d tinggalkan..

    • c-mi
      pada 18/11/2014

      Selalunya mmg owner2 rumah yg berdepan dengan penyewa lari ini akan sita barang2 penyewa.

      tapi kita sebenarnya tak boleh sita barang penyewa.. kita boleh ambil hak kita (property) itu balik saja.

      Mungkin boleh buat lapran polis mengatakan yg cik dah ambil semula property ni.. jika ada org lain atau penyewa yg cuba masuk… mereka dikira menceroboh. melinkan dpt kebenaran bertulis.

      jika nak ambil barang… bayar sewa yang tertunggak..

      lebih kurang lah.. :)

  • azie
    pada 10/12/2014

    Salam..
    Sy ad sewa satu rumah nie tp xsign ap2 agreement dengan tuan rumah. .
    Deposit dah byr. . Rm100 seorg x 6 org. .
    Sebelum masuk, katenye tuan rumah, nak siapkan semua kekurangan yg ad. .
    Tp malangnya, tuan rumah xbuat ap2 pun. .
    Jnji sediakan katil setiap org, tp xsediakan pun. . Seminggu jugak lahh. .
    So, sy dengan kawan2 yg bercadang nak pindah rumah. .
    Ap yg jadi ialah , tuan rumah tu suh kami byr rm850 untuk sewa 2 bln. .padahal kami duduk rumah tu pun seminggu sahaja. .
    Tuan rumah tu jugak ada ugut yg dye ak kerjakan sy dan kawan2 cukup2 kalau xbyr rm850 tu. .
    So, sape yg salah sekarang?
    Saya atau tuan rumah tu ??
    N apa sy perlu buat?
    Sebb saya n kawan2 xsign ap2 agreement dengan tuan rumah nie. .resit masa byr deposit pun tuan rumah xbg. .
    Tolong bg pendapat. . Tq :)

    • syed
      pada 11/12/2014

      cabut je dik.. hahaha
      biar padan muke tuan tanah kedaung..

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.

You may use these HTML tags and attributes: <strong> <em> <pre> <code> <a href="" title="">