Apartmen Sg. Buloh, tasik biru

Projek tasik biru

Projek tasik biru

Kali pertama saya kesini, memang terasa diri berada di pantai. Suasana nyaman, angin sepoi-sepoi bahasa. Boleh dikatakan yang projek SPNB di sg. buloh ini adalah satu lokasi strategik yang hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari pusat bandar Damansara.

Projek pangsapuri kos sedarhana ini adalah sebuah lagi projek dari Syarikat Perumahan Negara Berhad. Jika anda berminat untuk tinggal disatu lokasi yang berhampiran dengan Damansara dan Shah Alam tetapi mempunyai suasana pantai disinilah tempatnya.

Mengikut penerangan dari spnb, pangsapuri tasik biru sg. buloh ini sudah 95% siap. Dan dijangka boleh diduduki pada pada bulan tujuh tahun ini. Pangsapuri ini lengkap dengan lif, kedai-kedai, tadika, surau, dewan komuniti, 24 jam kawalan keselamatan, taman permainan kanak-kanak, tempat letak kereta, gelanggang bola keranjang, sepak takraw, badminton dan bola tampar.

Harga bermula pada RM87,966 dan yuran guaman percuma diberi pada pelanggan. Jika anda merancang untuk mencari rumah dengan harga patut. Cuba lah datang dahulu ke tasik biru dan lihat sendiri suasana dan kondisi rumah disana. apa-apa pun layan gambar dibawah ini dahulu.


Bilik Kedua

Bilik Kedua

Dapur

Dapur

Tasik Biru

Tasik Biru

Bilik Utama

Bilik Utama

Popularity: 29%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mei 12th, 2009 dan difailkan dibawah Hartanah Hari ini. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




1,267 Ulasan Dari “Apartmen Sg. Buloh, tasik biru”

  1. acai berkata:

    ‘terbakar kampung nampak asap,terbakar hati siapa yg tahu’.
    Aduan Rakyat,TV3 ambil berat.
    Karam Singh Walia…tunggu……………… he2

  2. sya berkata:

    hi kengkawan, sy pun beli apartment ni. sy blok F. sy tinggal blkg apartment ni je…blh dikatakan tiap2 minggu sy pegi jenguk…kali terakhir minggu lepas pegi tgk dah byk perubahan…jalan masuk sume dah siap tp dorg tutup…pak guard kt depan pintu pagar pun dah ada…besi2 tu tinggal sket2 je lg…dgr kata pun bulan mac ni dpt kunci ek..hrp btol la kan..dah lama sgt menunggu…tak sabar rasanya nk pindah

  3. pembeli yang takut kene tipu berkata:

    saya tak suke pada pengurusan lawyernye (Zahrien) yang lambat dan selalu jawapannye tunggu and tunggu…bile call SPNB cakap dah siap dokumen…tapi bile tanya dah call lowyer cakap dah…bile call lowyer, lowyer cakap SPNB tak call…and apa semua nie? apa ingat kite nie bola ke boleh tendang sane sini? macam tu? Semuanye lambat? kenapa janji macam-macam kalo betul tak dapat…bgthu secara jujur….ini membuatkan pembeli-pembeli terasa tertipu!! Pembeli yang membeli rumah ini bukan semua mempunyai pendapatan yang tinggi..mane mampu nak bayar dua rumah sekali gus? FIKIR la…cube pihak tuan berada di tempat kami…apa Pihak tuan nak buat? Kalo betul rumah tu tak dew masalah…ngape CF lambat dapat? takkan dari 2008 sampai sekarang dah 2010 tak dapat CF lagi?
    Jangan Tipu KAmi….

  4. acai berkata:

    semakin nak siap rumah ni,semakin panas kat sini..hee..hee
    aku baru ja,sain loan,la ni nak tunggu lawyer pulak.tapi tak tesa sangat la,sebab baru ja buat proses nak beli rumah.kesian yg dah lama beli,kena bayar loan.
    tapi memang betui,dah ada perubahan kat sana.jalan pun tar baru,ada guard,ada kerja2 pemasangan kat sana.harap2 ada berita baik.

  5. shayra berkata:

    takde ape2 latest info ke?

  6. acai berkata:

    latest info kita tunggu bulan 3 ni laa.kalau pembeli terdahulu tak dapat kunci lagi tak tau laa.mesti jawapan SPNB,CF tak dapat lagi.
    saya skrg ni tunggu sain S&P & loan.lambat pun tak ape,rumah pun tak leh duduk lagi.

  7. Hariz berkata:

    siapa yg dok block D

  8. shayra berkata:

    dak takde ape2 info ke?

  9. yani berkata:

    Saya block D tingkat 6. Sama dgn Shayra. Dah tak sabar rasanye nak pindah…..
    dah 1 thn tuggu. Lampu untuk rumah baru dah beli lama dah…. tapi x pindah2 lagi…
    Dah berabuk kut… He…He….

  10. shayra berkata:

    bilela kita dpt duduk kat laguna biru ni yee…
    ada agent rumah spnb call nak jumpa…call husband saya…dia bukan lawyer & bukan juga org bank….confuse gak…agak2 nape ek?

    • salyanie salleh (yanie) berkata:

      Shayra kalo dh jupe agent tu bgtau la pe cite tau.. nk gak tau kalo2 de cite terbaru..
      mnla tau die nk kate umah tu x boleh duduk ke, CF xkn lulus ke..hehehe

    • acai berkata:

      shayra:-agak2nya sapa yg call tu? jgn nak jumpa nak minta tambah duit ke,apa ke dah laa.kalu jumpa suruh sain SNP ok gak.

      • shayra berkata:

        dah jumpe…org bank…org tu kate kdg2 ade certain umah yg dijual dia nk bg penuh dulu baru dia bg kunci…pd yg dh beli thn 2008 tu,mayb time tu umah tu belum ramai beli…tu yg dia hold smpi laaa skrg…pastu dia kate lg oleh kerana skrg ramai dah beli..so kmungkinan btolla tak lame lagi dpt kunci…[taktaula dia nak sedapkan ati ke ape tu...huhuhu...] dia kate S&P mmg lmbt siap…mkn bln2 gak…so pd yg baru beli mcm saya…sabaryee…dia kate lg..pd yg baru beli kemungkinan start byr dlm bln 6….so klu dpt kunci bln 3,bole dok dulu….ntah aaaa….tunggu je laa… :)

        • acai berkata:

          org bank pulak yg bagi kenyataan mcm tu..sepatutnya SPNB.tak pa,kita tunggu bulan 3 ni.

          • shayra berkata:

            org bank tu byk la kot pglmn dgn kes2 gitu…tu yg dia ckp cmtu…SPNB?hmmm……tanye diorg jwpn ttp same…takpelaa..kite tunggu bln 3…klu takde ape2 prkmbangan…kita ramai masuklaa tv…aduan rakyat..hehehe…

  11. shayra berkata:

    tadi dlm kol 2.00 saya ngan suami saje2 cari kedai mkn kat area laguna biru..pastu gi survey umah…dah ade lampu jln….kire perkembangan yg positif laa…harap ape yg diorg kate bln 3 tu btolla yee…dh bersemangatni…

  12. Pembeli Takut berkata:

    bagus la kalo betul camtu…sape yang adew info terbaru leh la bgthu kat sini erk…

  13. yani berkata:

    Hari Ahas lps, husband saya sje pg tngk umah tu, kebetulan agent ade kat umah contoh. So husband tanye.. bila nak dpt kunci, agent bgthu mgkin bln 3 ni…Pmbeli pun dah ramai.. harap betullah…

    Lepas tu pglah tngok umah, tngk dari luarlah, so my husband ckp ptutlah lmbt siap,
    pkrja bangla yg buat krja….. Kita tggulah bln 3 ni….

    • shayra berkata:

      hehe..yani…klu pekerja indon lg cpt ke? :)
      ahad lps gak saya gi dgn husband tengok dh ade lampu jln TNB…kire ade prkembangan gak aaa…..

  14. khyrul1 berkata:

    Salam…

    Saya antara pembeli terawal..
    sain S&P bln Feb 2007…
    Beli block E(ngadap tasik) tingkat 16 (saje beli tinggi2… apa guna rumah tinggi, tapi dok kat bwh… hahaha)
    masih sabar menanti… tak sabor nak dapat rumah sebab nak kuarkan KWSP…
    hahaha

  15. sya berkata:

    bilalah agaknya kita sume nk dok umah ni ye…penantian satu penyeksaan

  16. ana kl berkata:

    ader pembeli dr blum kawin beli umah nie… sampai dah kawin… sampai dah dpt anak masih x dpt kunci lagi…..aiii lain macam jer bunyi nyer…. klu nak cancel balik ok x…. mcm dah x percaya kat SPNB lagi…. tension gak nihhhhh….

  17. salyanie salleh (yanie) berkata:

    boleh ke cancell..?? interest dh start byr x rugi ke kite nati..
    cian kan kt kite sume.. angan2 dok umah baru x dpt2.. hehehe

  18. shayra berkata:

    ni dah nk masuk bln 2….tak lame lg bln 3….

  19. yani berkata:

    Dah msk bln 2 ni.. x de info terbaru ke….. Jadi ke kita smua pindah bln 3 ni…
    suspen la rasanye….

    • shayra berkata:

      btolla yani..rase suspen je…lawyer dh call suruh sign s&p….tp serba salah nk gi…kang klu sign cpt,cpt kne byr…dgn bank dh sign…klu sign s&p skrg dpt masuk bln 3 takpegakle…korang rase cmn?

      • acai berkata:

        shayra:berapa lama tunggu nak siap S&P tu? betul gak,kalau sain awal,tak dapat duduk lagi,buat penat jerr bayar loan.
        Tapi yg bestnya,boleh la kluar duit EPF tu dulu.he2.
        Sekarang ni saya malas nak call Lawyer,nak tanya pasal2 S&P ni.biar lambat skit tak pa.

  20. Hariz berkata:

    kepada penduduk laguna biru…baru semlm saya g ke spnb bertanya tentang bila boleh duduk????mereka berkata bulan 3 paling lewat.sebab tgh tggu TNB buat pemasagan….lagi pun tggl cf sahaja…mereka ada bagi list yg mane belum siap….keseluruhan banggunan,jalan,lampu dah siap…cuma tggu TNB sahaja…spnb tggh kejar TNB sekarang….klu x spnb kena bayar pampasan….

    • acai berkata:

      awak gi SPNB ke?bagus laa.sekurang-kurangnya ada perkembangan.
      terima kasih atas info tu.TNB ni kena hulur dulu,baru cepat buat kerja kot…

    • sya berkata:

      wah..ye ke..mcm gembira je dgr..hrp jd kenyataan…tak sabar dah ni nak dok umah sdr…tq for ur info

      • yani berkata:

        Ye la Haris… SPNB pun ade bgthu diorang kena bg kunci selewatnye bln 3 ni sbb kena bayar pampasan kat pembeli 2007. S&P kan cuma tiga tahun je… so siapa S&P dah sain tiga tahun bolehla minta pampasan kat SPNB. Tak silap Yani bulan 2 ni dah tiga tahun la…

        Kepada pembeli yg paling awal cpat lah minta pampasan kat SPNB. Jadi bila ada orng minta pampasan, SPNB x blh lari, so kena juga bg kunci kat kita selewatnye hjung bln 2 atau awal bln 3 ni…. Betul tak …


Tinggalkan ulasan anda