Aturan perabot didalam bilik

Ruang Gelap

Ruang Gelap

Anda pasti pernah melawat rumah-rumah contoh pemaju perumahan yang direka dengan kesan khas lampu dan perabot. Sekali pandang terus terpikat untuk membeli rumah tersebut. Jadi kenapa tidak anda cuba untuk membina dan menghiasi bilik idaman? lebih-lebih lagi tempat yang terbaik untuk kita mulakan adalah bilik sendiri.

Dengan imaginasi dan teknik susunan yang betul pasti anda juga mampu bersaing dengan pereka dalaman yang profesional.

Sebelum memulakan atur susunan pastikan dahulu dimana pandangan utama didalam bilik tidur. Adakah perhiasan dinding atau almari anda? selepas itu pastikan sudut yang terbaik untuk katil diikuti pula perabot-perabot lain. Jika berani, anda juga boleh meletakkan katil anda di buju bilik untuk mencipta kelainan.

Susunan Ringkas

Susunan Ringkas

Letakkan lampu dikedua-dua belah sisi katil untuk mengimbangi ruang dan pandangan. tidak lupa tempat aksesori tambahan seperti gelas minuman, buku ataupun jam loceng.

Cuba letakkan satu kerusi malas berbentuk S di depan ruang kaki katil anda untuk mencipta ruang tambahan atau tempat duduk.

Sentiasa pastikan bilik anda harus mempunyai cermin bagi menampakkan satu titik kemewahan dengan meletakkan cermin bersaiz penuh di tempat menghias diri.

Untuk menampakkan kelainan dibilik anda, dapatkan perabot yang menyerlahkan kretiviti dan punyai reka bentuk unik dan jenis yang berbeza.

Dikirim Oleh on Mac 15th, 2009 dan difailkan dibawah Deko Rumah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

2 Ulasan Dari “Aturan perabot didalam bilik”

  1. jaja berkata:

    bguz ar tips ni…leh cuba nih

  2. baby emo berkata:

    hehe..ley la gne utk keje seni sy.. x ciap ag nih.. aceh.. cntek la..


Tinggalkan ulasan anda