Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini » c-mi

Pasaran Hartanah Diunjur Saksi Kelembapan Tahun Depan
Gambar Hiasan

Pasaran hartanah Malaysia dijangka menyaksikan kelembapan secara beransur-ansur tahun depan, dengan mengambil kira ketidakpastian dalam ekonomi global.

Presiden Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) Malaysia, Yeow Thit Sang berkata unit kediaman mewah telah mengalami kelembapan dalam harga dan kadar pembelian.

“Semakin kurang pegawai dagang dari syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang datang ke sini dan sewa dengan hasil antara enam dan lapan peratus tidak lagi dicapai.

“Pelabur dalam unit-unit ini perlu menunggu lebih lama untuk merealisasi pelaburan mereka. Kelembapan dalam ekonomi global pastinya memberi kesan kepada pasaran hartanah mewah,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Yeow yang turut menjangka penurunan untuk ruang pejabat tahun depan, berkata kategori berkenaan telah terlebih bina dan jumlah yang masih belum terjual dirasai di pasaran dengan sewa jatuh dan kadar pengambilan agak perlahan.

Bagaimanapun, terdapat permintaan besar untuk unit kediaman kos sederhana rendah dan kos sederhana di bawah RM300,000 dengan kebanyakan pemaju membina unit mewah untuk meraih untung pada masa yang baik.

“Usaha kerajaan dalam membina unit-unit itu dalam usaha sama dengan pemaju akan membantu mereka yang berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik.

“Membina unit sedemikian tidak akan cukup cepat untuk melegakan permintaan yang tertahan dalam masa lima tahun lepas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zerin Properties, Previndran Singhe berkata kelembapan dalam pasaran hartanah hanya akan bertahan pada suku pertama tahun depan dan industri akan stabil selepas itu.

“Harga akan kekal stabil, dengan harga yang diminta, bukan nilai, semakin munasabah setelah pemilik meneliti nilai mereka dengan harga sebenar.

“Pada masa ini, sentimen menurun akibat krisis kewangan zon euro dan kebimbangan kemelesetan berganda AS, yang telah berlanjutan untuk masa yang panjang, tetapi saya fikir kita lebih menumpu kepada Asia,” katanya kepada Bernama.

Jika dan apabila China mengalami pengunduran, maka akan menjadi kebimbangan di pasaran, sebaliknya, sekiranya tiada kejutan luar, industri akan stabil tahun depan, katanya.

Berganggah dengan kepercayaan dan jangkaan umum, pasaran hartanah mencatatkan 214,764 urus niaga bernilai RM64.75 bilion dalam tempoh separuh pertama 2011.

Berbanding separuh pertama 2010, jumlah dan nilai urus niaga mencatat pertumbuhan dua angka masing-masing sebanyak 18.1 peratus dan 29.7 peratus.

– BERNAMA

Kerajaan Diminta Contohi Negara Maju Beri Peluang, Pelepasan Kepada Golongan Muflis
Gambar Hiasan

Kerajaan perlu mencontohi negara maju yang memberi peluang dan pelepasan dengan syarat tertentu kepada golongan muflis untuk membina kehidupan baru, kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abd Razak.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 agar selari dengan keadaan semasa bagi mengelakkan golongan muflis terutama usahawan bumiputera berdepan masalah menguruskan perniagaan mereka.

“Mereka yang bankrap ini tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai sumber kewangan, malahan perlu membayar sejumlah wang kepada bank, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan dipenjarakan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tunku Azwil berkata kajian semula akta itu perlu dilakukan segera kerana ia bersifat menekan selain mendatangkan kesusahan kepada usahawan yang ingin memajukan perniagaan.

Sehingga hari ini, katanya, PPIM menerima kira-kira 80 aduan mengenai isu kebankrapan di kalangan usahawan bumiputera dengan pihak bank serta Jabatan Insolvensi Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) lebih prihatin dan profesional dalam membantu usahawan bumiputera untuk berjaya selaras dengan agenda kerajaan.

Beliau berkata PPIM menerima banyak aduan daripada usahawan bumiputera yang berdepan masalah ketika memohon bantuan kewangan untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan.

“Perkara utama ialah proses untuk SME Bank meluluskan permohonan pinjaman kewangan kepada mereka yang memakan masa bertahun-tahun. Mereka sudahlah tidak mempunyai modal cukup untuk berniaga, dan apabila berurusan dengan pihak SME Bank, terlalu banyak kerenah dalaman yang perlu dipenuhi,” katanya.

Nadzim berkata PPIM juga menggesa kerajaan agar lebih tegas dan mengekang kemasukan warga asing, terutama dari negara tertentu di Afrika, yang dilihat mendatangkan banyak implikasi negatif dan gejala sosial.

“Mereka ini datang kononnya menggunakan pas pelajar, namun dalam masa yang sama, terlibat dengan sindiket penipuan termasuk memerangkap gadis-gadis tempatan untuk dijadikan mangsa,” katanya.

– BERNAMA

Menteri Risau Banyak Permohonan Pinjaman Perumahan Ditolak Bank
Gambar Hiasan

Bilangan pembeli rumah yang gagal mendapat pinjaman perumahan bank  semakin meruncing dan keadaan itu akan menjejaskan sektor perumahan  negeri ini, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar  Abang Johari Tun Openg pada Khamis.

Katanya keadaan itu berlaku kerana ramai pemohon gagal memenuhi syarat   mempunyai baki pendapatan satu pertiga selepas ditolak bayaran balik  pinjaman.

Sebagai contoh, beliau berkata 100 daripada 300 pembeli rumah kos  rendah di Sg Tengah di sini terpaksa menolak tawaran kerana gagal  mendapat pinjaman dari pihak bank.

“Saya tidak mempunyai statistik namun pembeli rumah yang gagal mendapat  pinjaman perumahan dari bank semakin meruncing,” katanya pada satu  sidang media selepas berjumpa dengan wakil-wakil pihak bank dan  persatuan bank di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini pada Khamis.

Abang Johari menyarankan para pembeli rumah di negeri ini agar  memastikan baki pendapatan sentiasa berada lebih daripada satu pertiga.

Beliau berkata kerajaan telah mewujudkan Syarikat Jaminan Kredit  Perumahan Bhd (SJKP), syarikat milik penuh Menteri Kewangan, untuk  membantu mereka yang tidak berpendapatan tetap untuk mendapatkan  kemudahan kewangan bagi membeli rumah.

“Dengan ini, lebih ramai rakyat di negeri ini akan mampu memiliki rumah,” katanya.

– BERNAMA

Tiada Pembaharuan Pajakan Tanah Automatik, Kata Awang Tengah
Gambar hiasan

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak, Datuk Awang  Tengah Ali Hasan, hari Isnin memperjelaskan bahawa pajakan tanah tidak  diperbaharui secara automatik dan pemilik tanah perlu mengemukakan  permohonan untuk memperbaharuinya.

Memperjelaskan laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata  Sarawak menawarkan pembaharuan tanah pajakan secara automatik, Awang  Tengah berkata Sarawak atau mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia  termasuk Selangor dan Pulau Pinang, tidak menawarkan pembaharuan  automatik.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Survei menjalankan kajian  perbandingan berhubung amalan pembaharuan tanah pajakan di Selangor dan  Pulau Pinang pada September 2010.

“Hakikatnya tidak ada perkara seperi pembaharuan automatik, tidak juga  di Selangor atau Pulau Pinang atau negeri lain di Semenanjung Malaysia.  Pemilikm tanah perlu mengemukakan permohonan untuk memperbaharui tanah  pajak,” katanya dalam kenyataan.

Katanya pemohon di Sarawak perlu memohon pembaharuan dengan menggunakan  borang khusus, sama seperti di Pulau Pinang dan Selangor, dengan syarat  tanah berkenaan tidak diperlukan untuk tujuan pembangunan oleh kerajaan  atau penggunaan tanah berkenaan tidak bercanggah dengan syarat hak  milik.

“Permohonan untuk pembaharuan tanah pajak boleh dibuat pada bila-bila  masa sebelum tamat tempoh pajakan. Sekiranya permohonan dibuat selepas  tamat tempoh pajakan, tidak ada penalti dikenakan,” kata Awang Tengah,  yang juga Menteri Kemudahan Awam Sarawak.

Bagaimanapun, bagi Selangor dan Pulau Pinang, penalti dikenakan sekiranya permohonan dibuat selepas tamat tempoh pajakan.

Di Selangor, jumlah penalti adalah berdasarkan RM200 setahun serta  bayaran sewa tanah semasa kali dengan tempoh pendudukan tanah berkenaan.

Di Pulau Pinang, sekiranya permohonan dibuat selepas tamat tempoh  pajakan, penalti akan dikenakan berdasarkan bayaran TOL (Lesen  Pendudukan Sementara) dari tarikh tamat sehingga tarikh pembaharuan  diluluskan.

– BERNAMA

Rumah Untuk Dijual Tip Jual Rumah Cara Online
Drumah.my

Rumah untuk dijual atau menjual hartanah sememangnya memerlukan perancangan yang baik. Tetapi adakah anda tahu bagaimana menjadikan iklan hartanah lebih menonjol dari iklan pesaing yang lain?

Sejak pelancaran drumah.my (Portal Jual Beli Hartanah) bulan lalu, banyak email yang saya terima bertanyakan teknik menjual rumah yag boleh mereka gunakan. “Iklan dah letak tapi tak ada orang call pulak.. macam mana nak buat orang call ya?” tanya mereka.

Baiklah, hari ini kita akan kongsi beberapa teknik menjual hartanah “khas” secara maya. ikuti artikel ini; -

1. Langkah pertama adalah membersihkan rumah. Pastikan juga rumput dan lalang dipotong dan diracun. Kadang-kadang kita telepas pandang dan menganggap ia perkara biasa… padahal laman dan “porch” yang bersih bakal meyakinkan pembeli dan mencerminkan identiti pemiliknya. “First impression” sangat-sangat penting didalam urusan hartanah kita nanti.

2. Pastikan harga tawaran munasabah. Jangan asyik fikirkan keuntungan semata-mata. Semak dengan jiran-jiran atau penilai hartanah. Lebih mudah buat kajian sendiri dan nilai hartanah anda dengan rujuk pada artikel ini” Harga rumah dan strategi menilainya “.

3. Gunakan portal hartanah drumah.my untuk menjual. Letakkan seberapa banyak maklumat kedalam iklan. Lebih banyak maklumat lebih baik, ia membantu pembeli memahami keadaan hartanah dan mengelakkan anda “pitching” perkara yang sama berulang-ulang.

4. Sebuah rumah yang hendak dijual secara online sebaik-baiknya disediakan gambar. Pernah dengar “a picture tells a thousand stories” dengan sekeping gambar anda telah menceritakan pelbagai perkara menarik didalam rumah anda.

Semakin ramai pencari hartanah menjadikan internet sebagai rujukan utama mereka. Internet lebih mudah, tanpa kesana, pembeli sudah boleh merasai dan melihat kondisi hartanah sasaran. Lawatan maya “virtua tour” pada portal hartanah banyak membantu pembeli membuat saringan sebelum membuat keputusan.

Tidak seperti iklan-iklan diakhbar… hitam dan putih dan tidak menarik. Saiz dan ukuran gambar terhad kerana pengiklanan disana amat mahal. Dengan internet tugas anda menyediakan gambar dan info menarik agar pembeli dapat membuat pertimbangan dengan cepat.

5. Gambar apa yang perlu di ambil? Tiada had atau syarat tertentu apabila menjual hartanah secara online. Kebiasaannya gambar hadapan rumah, ruang tamu, dapur, dan bilik tidur adalah lokasi yang kerap menjadi sasaran kamera.

Lakukan sesuatu yang kreatif. Apa kata jika anda sendiri bergaya didalam gambar bersama rumah kesayangan. Tidak perlu takut atau malu…  anda pemilik rumah dan anda perlu bangga kerana memilikinya. Setakat gambar “posing” bersama rumah bukan buat apa – apa pun… : )

6. Jangan lupa untuk ceritakan sedikit tentang keadaan rumah. Kongsikan perkara menarik semasa anda membeli hartanah ini dulu. Mungkin rumah itu mempunyai dapur yang luas, ruang tamu dengan siling tinggi atau bilik tidur yang telah diubah suai.

Gambarkan dengan jelas, jika tidak anda mungkin akan terlepas pembeli yang berpotensi nanti.

7. Kongsikan keadaan sekeliling hartanah. Mungkin anda boleh berkongsi maklumat tentang jiran yang ramah atau profesion mereka. Ia bakal membantu pembeli memahami persekitaran hartanah itu dengan lebih tepat. Kebiasaanya hampir semua pembeli ingin mengetahui siapakah jiran-jiran mereka.

8.  Jarak hartanah juga menjadi satu perkara penting semasa membuat keputusan. Sediakan maklumat lokasi hartanah itu dengan lokasi tumpuan lain. Seperti 15 minit untuk ke putrajaya, 25 minit ke KLCC atau 500 meter ke pasaraya.

9. Serlahkan fasiliti yang terdapat didalam kawasan hartanah seperti berdekatan dengan sekolah, kolej, universiti, klink, hospital swasta /kerajaan. Pastikan informasi yang diberi benar-benar wujud, jika tidak anda banyak membuang masa melayan panggilan yang anda sendiri tidak mampu menyediakannya.

10. Penggunaan Map sangat penting. Bukan semua orang mahir tentang nama jalan, dengan bantuan dari “Google Map” ia memudahkan si pencari untuk mencari hartanah itu nanti. Dari kajian Drumah, hampir 80% pencari hartanah hanya “skimming” iklan dan  tidak membacanya. Oleh itu pengiklan perlu menyediakan maklumat yang lengkap bagi membantu si pencari hartanah tadi lebih memahami keadaan rumah dikawasan itu.

11.  Letakkan talian tambahan “backup” untuk iklan tersebut. Pada waktu-waktu tertentu anda mungkin tidak berupaya untuk mengambil panggilan. Jadi letakkan nombor telefon isteri atau jika anda mempunyai ejen hartanah letakkan nombor telefon mereka. Ini bagi mengelakkan anda terlepas panggilan yang berpotensi. Jika anda tidak mahu diganggu pada jam 12 malam, letakkan waktu yang sesuai untuk dipanggil, ikut keselesaan anda.

12. Jika talian kedua adalah individu yang tiada latar belakang menjual hartanah. Beritahu yang mereka hanya perlu mengambil nombor telefon si pemanggil dan seseorang akan menghubungi mereka nanti. Jangan lupa untuk bertanyakan waktu yang sesuai untuk memanggil beliau kembali. Jangan terkejut ada sesetengah orang akan menutup telefon seawal jam 6.30 ptg.

Walau apa juga kaedah atau teknik pemasaran yang kita guna. Jika anda perlukan khidmat profesional, jangan teragak-agak untuk melantik mereka.

Mungkin anda tahu beberapa perkara, tetapi bukan semua perkara anda tahu. Jadikan portal hartanah drumah.my sebagai platform untuk mempromosi hartanah. Atau sarankan ejen hartanah untuk mengiklankan rumah pada portal ini, kenapa tidak?  Ianya percuma sahaja.

Jika anda “copywriter” yang hebat, tiada salahnya anda sendiri mengiklanan hartanah tersebut pada portal hartanah drumah.my dan letakkan nombor ejen hartanah sebagai “hot-line” anda. Sama-sama membantu agar cepat-cepat kita dapat jual rumah tersebut.

Setakat itu sahaja tip kali ini, semoga berjaya pelabur semua.

7 keburukan pelaburan hartanah yang perlu anda tahu
Gambar Hiasan

7 keburukan pelaburan hartanah yang anda perlu tahu adalah senarai umum bagi seseorang yang mahu mula melabur didalam hartanah. Pembelian hartanah tidak lah semudah yang kita sangkakan tetapi dengan cara yang betul anda boleh meminimakan risiko disamping memaksimakan keuntungan.

Ramai yang mengatakan pelaburan hartanah adalah pelaburan yang terbaik dan paling menguntungkan. Memang diakui ia boleh mendatangkan keuntungan jika ia didalakukan secara berhemah. Malah akhir-akhir ini semakin ramai individu yang kini bergelar “guru hartanah” membuat seminar-seminar yang berorentasi pembinaan kekayaan dengan menggunakan hartanah. Satu petanda yang baik untuk industri, tetapi dalam kerancakkan ini kita perlu beringat agar setiap pembelian hartanah dimana sahaja pilihan kita ia berbaloi dengan keupayaan dan kemampuan poket si pelabur.

Himpunan keburukan pelaburan hartanah yang perlu diketahui oleh pelabur sebelum membina sebarang potfolio pelaburan. Mari kita telusuri sisi gelap atau dengan kata mudah keburukan pelaburan hartanah yang kita wajib tahu;

1. Hartanah adalah satu bentuk asset pelaburan yang sukar untuk dilupuskan berbanding dengan saham dan stok (tempoh kecairan asset stok dan saham lebih cepat dan  mudah). Jika anda boleh menjual saham pegangan dengan memberi arahan kepada broker saham broker atau agent hartanah mungkin terpaksa menjualnya dalam tempoh setahun. Ini kerana setiap hartanah mewakili nilai tertentu walaupun ianya berdekatan dengan lokasi popular. Anda terpaksa menunggu pembeli untuk datang dan menerima harga yang ditawarkan, lagi tinggi nilai hartanah lagi kurang pembeli yang layak.

2. Menjual hartanah lebih susah dan mahal berbanding  pelaburan yang lain. Ini kerana nilai hartanah bergantung pada tempoh milikan pemilik. Dalam tempoh penjualan carian nilai dan hutang yang ada pada hartanah perlu dilakukan. Semua ini tidak sahaja memakan waktu malah mengambil banyak sumber terutamanya sumber tenaga dan kewangan walaupun anda telah mempunyai pembeli yang diketahui mampu dan bersedia untuk membelinya.

3. Pegangan hartanah tidak seperti asset milikan (seperti komoditi) yang lain. Walaupun ada hartanah yang mempunyai pegangan bebas (Freehold), majoriti apartmen di Kuala lumpur dan Selangor adalah milikan sementara (Leasehold). Ini bermakna anda membeli hartanah tersebut untuk didiami pada tempoh tertentu bukan memiliki sepenuh hak pada hartanah berkenaan.

4. Pada tempoh tertentu pegangan bebas (Freehold) mungkin terpaksa ditukar kepada pegangan sementara (Leasehold). Begitu juga sebaliknya pegangan sementara kepada bebas. Sebagai pelabur anda harus memahami lebih sedikit tempoh milikan semakin banyak nilai hartanah itu terhakis. Tidak ramai yang tahu kebanyakkan hartanah yang susut nilainya adalah disebabkan semakin kurang tempoh milikan pegangan sementara (Leasehold) mereka.

5. Hartanah adalah satu asset yang mahal untuk dibeli. Sebagai contoh anda boleh membeli mana-mana saham berkuali dengan beberapa puluh ribu ringgit, tetapi dengan beberapa puluh ribu ringgit asset hartanah yang anda mampu beli mungkin tidak begitu berkualiti. Dan harga belian bukanlah satu-satunya kos yang ada semasa membeli hartanah. Duti stamp, peguam, ajen, juru nilai, kos pembatalan, insuran dan mungkin kos-kos pembaik pulihan adalah beberapa kos utama yang perlu diketahui sebelum membuat penilaian.

6. Hartanah adalah pelaburan yang memerlukan penyelenggaraan tinggi. Anda tidak boleh membeli dan melupakannya. Seperti mana apa yang sering dilakukan oleh pelabur saham dan stok ianya tidak seperti anda meletakkan wang didalam bank dan tunggu wang itu bertambah. Semua hartanah memerlukan peningkatan dan modernisasi agar nilainya kekal tinggi.

7. Seperti yang saya katakan diatas, semasa pemilikan hartanah ada juga kos-kos sampingan seperti cukai pintu dan cukai tanah, pinjaman perumahan, kos penyelenggaraan, kos perkhidmatan dan bil-bil ubahsuaian. Semua ini perlu diketahui agar setiap penilaian dan tindakan anda tidak menjadikan asset hartanah itu satu bebanan dikemudian hari.

Tiada jalan mudah untuk anda membina kekayaan, malah dengan memilih jalan sukar ini keuntungan didalam hartanah lebih kukuh dan mampu dilipat kali gandakan berbanding dengan mana-mana instrumen pelaburan yang lain. Sekian sahaja…

Selamat berjaya pelabur semua.

Pemaju Perumahan Dan Hartanah Sarawak Diminta Guna Pakai Standard CIDB Sebagai Penanda Aras Kualiti
Gambar Hiasan

Para pemaju perumahan dan hartanah Sarawak perlu menimbangkan dengan  serius bagi mengguna pakai standard Lembaga Pembangunan Industri Binaan  (CIDB) sebagai penanda aras kualiti masing-masing.

Naib Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA)  Joseph Ting King Sung berkata langkah itu adalah demi kepentingan  kualiti, keselamatan, kepuasan pelanggan, pembangunan dan produktiviti  perniagaan.

Beliau berkata demikian pada malam penghargaan media di sini Isnin  malam bersempena Pemeran Bergerak Rumah dan Hartanah 2010 selama tiga  hari persatuan itu baru-baru ini di Wisma Sanyan.

Kira-kira 23 pemaju dan institusi kewangan di seluruh negeri ini  mengambil bahagian dalam pameran bergerak dari 27 Ogos itu.

Ting berkata langkah mengambil ahli profesional dan pekerja terlatih  perlu dijadikan keutamaan oleh para pemaju kerana mereka berkemungkinan  dilengkapi teknologi terkini, pengurusan yang baik dan kemahiran kerja  yang berkualiti.

Pada masa yang sama, katanya mereka boleh menghantar para pekerja  masing-masing untuk dilatih di pusat-pusat CIDB.

Katanya malang sekali masih terdapat para pemaju yang tidak memberi  penekanan kepada kualiti yang menyebabkan banyak aduan daripada para  pembeli dan menyebabkan ketidakselesaan pada kemudian hari.

Menurut Ting, sesetengah pemaju kini mulai mengambil bekerja para  pekerja mahir dari China.

Katanya pekerja yang biasa ialah rakyat tempatan yang bekerja  bersama-sama dengan rakyat Bangladesh dan Indonesia.

Sementara itu, katanya pameran bergerak berkenaan telah mengumpul  perolehan  RM10 juta, dengan sebahagian besarnya merupakan jualan rumah  termampu.

“Kami sebenarnya menyasarkan perolehan RM8 juta tetapi dengan adanya  bilangan besar pasangan muda dan keluarga yang berminat membeli rumah  menyumbangkan dengan besar kejayaan itu,” katanya.

Ting, secara sendirinya merupakan pemaju rumah dan hartanah terkemuka,  telah meminta para pembeli rumah supaya menimbangkan pembelian hartanah  di kawasan tinggi yang jauh dari bandar ini kerana Sibu sering mengalami  banjir kerana terletak di kawasan tanah rendah.

Katanya kawasan yang boleh dipertimbangkan ialah seperti SibuJaya dan  Teku/Rantau Panjang serta Kemuyang.

– BERNAMA

13 perkara yang anda perlu tahu semasa melawat hartanah sasaran
Gambar Hiasan

Semasa mencari hartanah yang sesuai pasti anda tertanya-tanya apakah tawaran harga ini berbaloi dengan keadaan fizikal hartanah? Bagaimana melawat hartanah dengan cara yang betul?

Disini saya sediakan beberapa langkah yang perlu anda tahu semasa melawat hartanah nanti;

1. Taman depan dan belakang

Bagaimana keadaan dinding taman?

Adakah ia perlu kerja pembaikan ?

Adakah banyak sampah di belakang?

Apakah anda perlu landskap di taman?

2. Kawasan luar rumah

Adakah anda dapat melihat keretakan serius pada batu bata ?

Apakah ada keretakan di sekitar pintu dan tingkap?

Apakah ada keretakan berhampiran dengan tanah?

Adakah dinding kelihatan lurus?

3. Diding didalam dan luar rumah

Adakah terlihat dinding yang retak atau kawasan yang rosak dari kerja plaster?

Apakah ada keretakan di sekitar pintu dan tingkap?

Apakah ada keretakan berhampiran dengan tanah?

Bagaimana keadaan fizikal dinding?

Apakah ada tanda-tanda basah?

Adakah dinding kelihatan lurus?

4. Tingkap dan pintu

Material apakah tetingkap itu dibina?

Material apakah pintu itu dibina?

Adakah material tersebut mempunyai kualiti jenama dan pengiktirafan ISO ?

Bagaimana keadaan dari rangka dan kaca-kaca tingkap adakah ia masih didalam keadaan baik?

5. Bumbung

Apakah Kondisi bumbung rumah tersebut?

Adakah ia mempunyai karat didalam siling yang menunjukkan kebocoran?

Apakah kondisi siling rumah itu, adakah anda berpuas hati dengannya?

Bolehkah anda mengakses ke ruang loteng untuk mencari ruang bocor (cahaya matahari) melalui bumbung?

Apakah perlu pembaikan dari masalah diatas?

6. Lantai

Lantai rumah ini diperbuat dari apa?

Apakah ada kerosakan dari lantai?

Berapakah jubin yang pecah?

Berapakah jubin yang retak?

Adakah anda mahu membaik pulih lantai ini atau menukarnya?

7. Pendawaian Elektrik

Berapakah usia alatan elektrik disini?

Apakah ada sijil-sijil pengiktirafan pada setiap alatan elektrik disini?

Bagaimanakah keadaan kabel elektrik, lampu dan soket?

Adakah papan litar perlu digantikan?

Adakah rumah ini mempunyai Pendawaian 1 fasa – Untuk voltan rendah atau pendawaian 3 fasa – untuk voltan rendah hingga 60A

8. Paip Gas (Jika Ada)

Apakah kondisi paip gas ?

Adakah penggunaan paip gas tersebut mempunyai sijil-sijil keselamatan?

9. Bilik mandi

Bagaimana keadaan bilik mandi?

Bagaimana keadaan paip saluran air?

Apakah ada kebocoran air?

10. Dapur

Bagaimana keadaan dapur?

Adakah unit dapur ini memerlukan pembaikan atau penggantian?

Adakah posisi kabinet dapur sesuai dengan keselesaan anda?

11. Penghawa Dingin

Bagaimana keadaan penghawa dingin?

Telah berapa lama penghawa dingin ini digunakan?

Adakah apa-apa kerosakan ?

Adakah penghawa dingin ini memerlukan penyelenggaraan?

12. Pembentungan & perparitan

Bagaimana keadaan saluran sisa air?

13. Secara umum

Adakah rumah ini memerlukan anda melakukan pemodenan?

Adakah rumah ini perlu lukisan atau kertas dinding?

Adakah rumah ini perlu seri lantai baru seperti karpet atau lantai laminasi?

Apakah susun atur rumah ini sesuai dengan anda dan keluarga anda ?

Adakah ada beberapa pengubahsuaian diperlukan ?

Adakah dinding dalaman perlu di robohkan atau perlu dibahagikan dan bina dinding-dinding tertentu?

Akhir sekali berapakah kos penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang diperlukan untuk haranah ini?

Beberapa soalan diatas dapat memberi gambaran umum tentang bagaimana penilai hartanah profesional menafsir nilai pada sebuah hartanah untuk pelanggannya. Dengan bantuan soalan-soalan diatas kini anda juga boleh menilai hartanah sasaran dari kaca mata pembeli.

Nasihat saya, semasa anda menerima tawaran harga dari tuan rumah atau agen hartanah ketahui dahulu adakah mana-mana bahagian dalaman dan binaan yang tidak disertakan sekali didalam pakej pembelian agar ia tidak menjadi masalah dikemudian hari.

Semoga berjaya pelabur semua

Hanya Bank Negara Keluarkan Wang Yang Diiktiraf – Najib
Gambar Hiasan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hanya Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Mengulas mengenai pelancaran mata wang dinar dan dirham Kelantan, Perdana Menteri berkata BNM akan melihat perkara berkenaan dari segi percanggahan undang-undang.

“Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara sahaja boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf, yang sah dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di sini.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.

Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.

Diminta mengulas lanjut, Najib berkata: “Kita kena lihat sama ada ini bercanggah dengan undang-undang negara atau tidak, saya serah pada Bank Negara untuk mengkaji perkara ini.

“Kita biar Bank Negara buat kenyataan,” kata Najib.

Mengikut laporan akhbar Sabtu, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Kenyataan itu menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia.

– BERNAMA

40,000 Pekerja Bank Bakal Terima ‘Durian Runtuh’
Gambar Hiasan

Lebih 40,000  pekerja bank akan menerima ‘durian runtuh’ antara RM3,700  dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian  bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE)  dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

Setiausaha Agung NUBE J. Solomon memberitahu Bernama hari ini  sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri  dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula semalam, iaitu tarikh  perjanjian ditandatangani.

Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas hingga  31 Dis 2011 sebagai “yang terbaik dalam sejarah NUBE” kerana ia membuka  ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.

Antara faedah tersebut ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa  semalam, elaun sara hidup, peningkatan umur bersara daripada 55 kepada  57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun yang  dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara.

Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan  peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan  dinaikkan 20 peratus.

Solomon juga memuji persatuan kerana berjaya mencapai persetujuan dalam  masa kurang setahun.

Beliau memberi jaminan pekerja sektor itu akan meningkatkan  produktiviti selaras dengan penyelesaian yang dicapai.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengalu-alukan CA baru  sektor bank tersebut dan menggesa agar majikan sektor lain mengambil  langkah serupa.

“Kami khususnya menggesa sektor perkilangan dan perladangan agar  menyediakan suasana bekerja yang lebih baik dan faedah bagi pekerja  mereka,” kata Naib Presidennya A. Balasubramaniam said.

– BERNAMA