Awas dengan tanaman hiasan yang cantik tapi berbahaya

Biji Kesturi

Biji Kesturi

Tidak dinafikan ramai yang suka menghias landskap, sama ada di kawasan kediaman, pejabat atau ruang perniagaan. Elemen natural seperti tumbuh-tumbuhan menjadi pilihan ramai. Namun demikian, kita perlulah bijak memilih jenis tumbuhan  untuk menghias. Ini kerana, kebanyakan tumbuh-tumbuhan hiasan itu cantik tetapi ada yang beracun dan membahayakan kesihatan kita. Kebanyakan tanaman diketahui mengandung sekian jumlah racun (seperti alkaloids) untuk mekanisme pertahanan dirinya.  Jadi, kenali jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk anda.

1.  Tumbuhan yang beracun

Tumbuhan berduri, beracun, atau mempunyai getah yang gatal tidak sesuai ditanam sekiranya mempunyai anak-anak kecil. Contohnya  spesies tumbuhan berikut:

- Bunga Jepun Thevetia sp;  Oak leaf Euphorbia sp;  Bunga cina Tabernaemontana sp. – Getahnya gatal

- Kecubung Datura sp; – Daun , bunga , buah yang memabukkan

- Buta-buta Excoecaria sp;  dan Tulang-tulang Euphorbia tirucalli -Getah beracun

- Bunga loceng Allamanda cathartica;
Getah beracun (seluruh tumbuhan)

- Adenium Adenium obesum
Getahnya boleh jadi racun ikan

- Jarak buncit Jatropha podagrica
Boleh menyebabkan koma kalau makan

- Saga laut Abrus precatorius; Biji beracun (1 biji boleh membunuh)

- Balung ayam Celosia argentea
; Daun beracun

- Keladi hiasan Caladium
sp; jusnya beracun

- Bunga tahi ayam Lantana camara; buahnya beracun boleh membawa maut

- Bushmanspoison
-  digunakan oleh suku Khoisan di Afrika Selatan sebagai  racun untuk anak-anak panah mereka. Meski tanaman ini berbunga harum dan buahnya yang enak, tetapi getahnya merupakan racun berbahaya. Daun-daunnya sendiri boleh dijadikan bahan obat-obatan. Racunnya ini juga dikenal dengan sebutan “wintersweet”.

- Angel’s trumpet
-sejenis  penyebab halusinasi yang seharusnya tidak digunakan  kerana boleh pengsan  Kandungan aktifnya adalah atropine, hyoscyamine dan scopolamine yang diklasifikasikan sebagai zat penghilang kesadaran atau anticholinergics.

2. Begitulah juga  bagi penggemar tanaman herba. Terdapat herba beracun seperti:

- Bintangur Laut
– Keseluruhan pokok terutama daun dan bijinya didapati mengandungi minyak perengsa yang mengakibatkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit jika termakan. getahnya pula merbahaya kepada mata dan kulit.

- Bakung – Gel lendir atau jus pokok ini mengandungi racun alkaloid likori yang tahan haba. Sangat merbahaya jika termakan walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan.

- Balung ayam
– Bahagian daunnya dikesan mengandungi sejumlah bahan alkaloid. Ia tidak merbahaya jika direbus dahulu sebelum diambil sebagai ubatan tradisional namun dalam jumlah atau kepekatan yang tinggi, ia boleh memudaratkan kesihatan.

- Seri pagi – Bijinya yang matang dikesan mengandungi racun alkaloid indol yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kabur penglihatan

- Kemunting cina- Daunnya yang tua mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya dalam keadaan mentah. Dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan.

- Sesudu- Kulit yang terkena getah akan merengsa merah dan bagi mereka yang berkulit halus pula akan menunjukkan kesan bagaikan terkena asid. Pandangan mata yang terkena getah akan menjadi kabur dan bagi keracunan serius, buta sementara. Getahnya jika tertelan akan menyebabkan muntah-muntah dan diarea yang teruk.

- Biji kesturi (castor bean) - Racun tanaman paling berbahaya di muka bumi. Sebiji kecil kesturi cukup untuk membunuh seorang dewasa hanya dalam beberapa minit saja kerana racun ricin di dalamnya.

- Rosary pea
- akan menyebabkan demam, mual, mengeluarkan muntah berbusa, disfungsi gula darah, kejang-kejang, lalu menyerang ginjal,  pendarahan retina, dan luka dalam yang sukar pulih.

Rumusannya, anda pasti terkejut jika  sedar bahawa ada beberapa tanaman yang benar-benar sangat berbahaya tumbuh di sekitar kita, bahkan  menghiasi  meja makan kita? Jangan risau, setelah mengenali spesies tumbuhan yang berkenaan,  semoga info  di atas memberi manfaat.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Isn, Sep 01, 2014 10:38:00 AM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 29, 2014 2:20:00 PM, Continue reading at the source
Jum, Ogo 29, 2014 11:52:00 AM, Continue reading at the source
Kha, Ogo 28, 2014 5:33:00 AM, Continue reading at the source
Aha, Ogo 24, 2014 5:11:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mei 13th, 2010 dan difailkan dibawah Dekorasi, Petua Hiasan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

9 Ulasan Dari “Awas dengan tanaman hiasan yang cantik tapi berbahaya”

  1. munira berkata:

    eh, cantik biji kesturi tu..

  2. awe berkata:

    good info
    keep it up!

  3. edris berkata:

    klau dapat d sertakan gambar2 tu bunga bracun lagi ok kot

  4. home berkata:

    This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I enjoy seeing websites that understand the value of providing a prime resource for free. I truly loved reading your post. Thanks!

  5. Org Awam berkata:

    Akan lebih bermakna jika disertakan gambar.
    Ramai yg tak tau nama, hanya tau cantik shj

  6. shafirah berkata:

    Keep posting stuff like this i really like it


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud