Bagaimana bank isytihar hartanah anda di lelong

Moving house

Moving house

Mungkin kita selalu mendengar mengenai kawan-kawan kita yang berjaya memiliki rumah lelong pada harga tak logik rendahnya. Harga rumah murah ini kadang-kadang jadi satu tren dan “boring” bila terlalu banyak spekulasi dari pembida atau sindiket – sindiket rumah lelong.

Hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai rumah lelong, tetapi bukan cara beli rumah lelong tetapi bagaimana bank melelong hartanah anda. Dari setiap lelongan jika sesebuah rumah itu tidak dapat dilelong pada tarikh tertentu, pada tarikh lelongan akan datang, harga rumah lelong itu akan di turunkan sebanyak 5% hingga 10% berdasarkan pada harga lelong lepas.

Kesemua bank di Malaysia punyai prosedur tertentu dan syarat-syarat ketat sebelum mereka mengisytiharkan hartanah anda untuk di lelong. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan bank seperti; Menghantar surat peringatan pertama pada tuan rumah (peminjam).

Pada bulan kedua pula, bank akan sekali lagi menghantar notis susulan dengan peringatan akhir agar anda lekas-lekas membayar ansuran pinjaman rumah tersebut. Pada bulan ketiga dan keempat; bank akan menghantar surat kuasa dari peguam untuk menyuruh anda membayar semua baki tunggakkan dalam masa 14 hari.

Lepas tarikh yang ditetapkan oleh pihak bank, pihak bank akan sekali lagi menghantar surat kuasa penarikan balik kemudahan dari pihak peguam, dan sekali lagi menuntut anda membayar segala baki tertunggak termasuk keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh maksima 14 hari.

Kebiasaannya jika anda tidak dapat membayar ansuran rumah didalam masa 3 bulan berturut-turut secara rasminya Bank Negara menetapkan yang anda adalah sebagai hutang tidak berbayar (NPL). Setelah sampai tempoh lima bulan, dan anda masih tidak membuat sebarang bayaran, Notis akan dikeluarkan oleh pihak bank mengenai kemungkiran suatu gadaian (borang 16D) keatas pemilik rumah (peminjam).

Masuk pada bulan keenam dan ketujuh, anda mula dipanggil kemahkamah. Prosiding mahkamah ini bergantung pada jenis geran hartanah, peguam dari pihak bank pula cepat-cepat memohon untuk memperolehi arahan jualan dari pihak mahkamah, selain itu mereka juga sibuk untuk melantik pelelong, dan menetapkan tarikh lelongan dan juga harga rizab mengikut baki pinjaman semasa anda sebagai peminjam dan tuan rumah.

Kebiasaan disini, bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan harga rizab lelong berdasarkan harga pasaran yang dibuat oleh penilai hartanah lelong. Segala proses ini memakan masa dalam tempoh tujuh hingga lapan sebelum rumah anda disytiharkan sebagai rumah lelong.

Jadi jika anda tidak mahu rumah anda di lelong, berusahalah memastikan bayaran ansuran pinjaman berjalan dengan lancar.

Popularity: 6%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Apr 24th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




104 Ulasan Dari “Bagaimana bank isytihar hartanah anda di lelong”

  1. Azam berkata:

    Salam,

    Rumah saya telah di lelong pada februari 2010 lepas,

    1. Bagaimana sekiranya saya ingin menyelesaikan dgn pihak bank sekiranya rumah saya telah dilelong dan telah pon telah pon berpindah milik dgn orang yg memenangi lelongan tersebut.

    2. Apa yang patut saya lakukan untuk clearkan nama dalam Citos dan Citris.

    3. Adakah saya wajib selesaikan baki tunggakan pinjaman dan semua yuran2 penyelenggaraan?

    4. sekiranya ya, adakah boleh jika saya gunakan wang kwsp saya.

    Harap bantu. Terima kasih.

    • InaMobile berkata:

      Soalan 1. Rumah telah berpindah milik, x dpt nak buat apa kecuali En. beli semula dr pemilik yg baru. Jika harga lelongan lebih tinggi dpd baki pinjaman, lebihan harga jualan akan dikembalikan oleh bank kpd En dan En tidak disenaraihitam. Jika harga lelongan rendah dr baki pinjaman, En akan disenaraihitamkan sehinggalah baki tersebut diselesaikan.

      Soalan 2. Selesaikan baki pinjaman

      Soalan 3. Bank akan tuntut semua baki pinjaman wpun rumah telah dilelong. Baki pinjman adalah tungakan yg perlu dibayar selepas ditolak perolehan dr lelongan. Yuran penyelenggaran tak perlu bayar, Ia akan di bayar oleh pemiilik baru atau bank yg melelong. Sekira bank yg bayar, amaun tersebut akan ditolak dr RM yg bank dpt dr lelongan. Cukai pintu/tanah pun pemilik baru yg bayar. En cuma perlu bayar TNB dan Syabas shj. En juga boleh tuntut dep api dan air sekira bil lebih rendah dr dep yg dibayar.

      Soalan 4. Tak boleh guna wang KWSP utk tujuan di atas. En cuma boleh keluarkn sebulan sekali dr akaun 2 utk bayar pinjaman rumah.

  2. ariez berkata:

    Salam..saya ada saudara yg menghadapi masalah rumh yg didiami d penang akan d lelong..rumah itu hanya tinggal 8 tahun sahaja lagi(umur 35 dan pinjaman rumah 18 tahun)…. untuk hbs d bayar dan d sebabkan perniagaannya jatuh kini dia tidak mampu membayrnya. Mahkamah telah mengarahkan saudara saya membayar tunggakan rumah 30k lbh sebelum bulan APRIL 2011..jika tidak bank akan meneruskan prosiding lelong..saudara saya mmg tidak mampu untuk membayarnya…bolehkah dia menstruktur semula pinjaman dengan memanjangkan tempoh masa dan adakah bank akan membantunya kerana tidak ada lagi bukti pendapatan…dan adakah AKPK dapat membantunya walaupun telah mendapat arahan dari mahkamah..ini kerana dia belum d istiharkan muflis dan bank masih memberi masa untuk dia membayar tunggakan…sekian terima kasih

    • InaMobile berkata:

      Salam tuan…maaf lewat respon. Saya baru pulang dr negara China.

      Kami sarankan beliau berjumpa sendiri dgn pihak bank secepat mungkin utk mohon struktur semula tempoh pinjaman. Bank akan minta pembayaran minimum utk dijelaskan sebelum bersetuju melanjutkan tempoh pinjaman. Usia beliau masih muda, kemungkinan bank boleh lanjutkan loan dr 18 ke 30 tahun atau lebih.

      Melelong adalah jalan terakhir bank. Mereka turut rugi jika rumah anda dilelong. Dasar bank adalah memberi pinjaman dan mendapat untung dari faedah yg diterima dpd peminjam. Sekira rumah dilelong, bukan shj pendapatan faedah terhenti, besar kemungkinan mereka tak dapat semula baki wang yg mereka kerana harga lelongan mungkin lebih murah dpd harga asal rumah.

      Beliau masih ada 4 bulan utk bertindak. Elakkan dr dilelong sbb anda akan disenaraihitam, justeru sukar utk berurusan dgn bank pd masa akan datang.

      Sekian
      Kak Ina

  3. edy berkata:

    salam ,,,rumah saya dah di lelong,,dah pun dapat buyer,jadi,,berapa lama aggrement untuk owner baru,,selepas pada tarikh lelongan berapa lama saya dapat merasai rumah tersebut,,dan mcm mana untuk saya dptkn balik rumah itu,walaupun dah ada buyer,,brerapa lama proses kesemua tersebut???

    • InaMobile berkata:

      Salam,
      Soalan En Edy tak berapa jelas…wbp sya cuba berikan jawapan ikut faham sya.

      1. ..brapa lama aggrement utk owner baru?
      Pemilik baru perlu bayar harga lelong kpd bank dlm tempoh 90 atau 120 hari (ikut bank)

      2. selepas pada tarikh lelongan berapa lama saya dapat merasai rumah tersebut?
      Rumah tersebut jadi milik pembeli sebaik shj pembeli bayar amaun tersebut kpd bank. Selepas pemilik bayar sepenuhnya berkenaan, hak milik saudara terlucut.

      3. mcm mana untuk saya dptkn balik rumah itu,walaupun dah ada buyer?
      Jumpa dgn buyer, sama ada beliau bersetuju batalkan pembelian. Buyer boleh batalkan pembelian tetapi deposit beliau hangus. Jika saudara terlalu berhajat utk dapatkan kembali rumah tersebut, bayar kpd buyer amaun yg dipersetujui, ambilkira deposit yg hangus dan keuntungan beliau. Selagi buyer belum jelaskan amaun penuh kpd bank dan S&P belum keluarkan, rumah masih milik saudara.

      4. brerapa lama proses kesemua tersebut?
      Proses tukar serah milik kpd buyer, sehingga 90 atau 120 hari. Tetapi sekira buyer bayar kpd bank lebih awal maka pindahmilik juga lebih awal.

      Sekian
      Kak Ina

  4. siti berkata:

    salam saya nak tanya..rumah aruah kakk sy dah di lelong..dan bank dah bg cek balance duit rumah after tolak dgn charges2 len…so skg ni cek tu ada atas nama cimb bank..persoalanya skg mcm mn sy nak clear kn cek tu?

  5. NOR berkata:

    salam.en syukri, saya dah kol bank tanye apa masalah ttg pembayaran saya.dorang kata saya tak byr. bila saya kata saya dah bk in duit dlm bank, cuma bank yg tak tolak, dorng maklum hal itu. tpi still cari kesalahn lain spt saya pernah bt reshuadule, lepas tu ckp, saya tak byr selebihnya. saya tanye cuba check brapa saya perlu bayar. officer tu kata 1k++/maksudnye tuggakan saya sebulan je. saya kata kenapa tak kol (no tel tak perneh tukar)
    atau hantar surat jika ada masalah.sedangkn jiran saya bank yg sama dapat kol klu dorang terlewat byr…saya btul2 pening dgn bank ni. dorang tak link ant satu sama lain. nak bt refinance saya dah ctos. bank ni sangaja ke agar klien tak lari tpt lain…

    • syukri berkata:

      Salam..saya xfaham sgt masalah puan sebenarnya..kalu dah reschedule nak bayar selebihnya apa plak? tujuan reschedule adalah memanjangkan tempoh bayaran dan mengecikkan installment..
      selalu saya berhadapan masalah ini bila officer yang menjaga akaun puan tak faham @ buat2 xfaham..senang citer trus jumpa Head Of Collection kat head office bank tu..selesai :-)

  6. sri berkata:

    Salam,
    Pinjaman perumahan saya telah tertunggak selama 4 bulan.Dan diarahkan oleh pihak bank membayar sekurang2nya 2 bulan utk mengelakkan rumah dilelong. Persoalan saya disini ialah:
    1.Bilakah masa sebenarnya bank berhak/dibenarkan untuk mengambil gambar rumah, buat valuation dan menampal stiker rumah lelong?
    2.Apakah hak kita sebagai pemilik rumah jika ada officer bank yang memberitahu/seolah2 menggertak bahawa mereka hendak mengambil gambar/buat valuation dan tampal stiker rumah lelong jika bayaran tersebut tidak dibuat?
    3.Adakah pihak bank boleh berbuat demikan?
    Harap dapat penjelasan. Terima kasih

    • syukri berkata:

      salam cik/puan Sri.. sekadar berkongsi pengetahuan yang cetek ini.

      1. Bank berhak untuk mengambil gambar rumah, buat valuation dan menampal stiker rumah lelong apabila mencapai 3bulan gagal buat bayaran (Bank Negara menetapkan had NPL adalah 3 bulan). bagi kes nak tampal stiker lelong perlu puan tahu apa status legal pada ketika itu..adakah dah dapat Order For Sale dari mahkamah?kalau puan relakan saja mmg seronok la officer tu..kita ada undang2 untuk nak lelong rumah.

      2. Hak sebagai pemilik rumah pada ketika puan itu adalah mengetahui sejauh mana legal action berjalan..puan perlu faham proses untuk melelong sesebuah ‘aset’ makan byk masa..mana mungkin 4 bulan tertunggak boleh lelong melainkan LACA kes la. kalau rumah puan yang status tanahnya ‘master tittle @ Strata tittle bank tidak perlu melibatkan masa yang lama..2 minggu dah boleh lelong.. selain itu puan boleh membuat perbincangan untuk memulihkan akaun puan..mungkin boleh reschedule ke..

      3. seperti yang saya katakan di atas, pihak bank boleh membuat pelbagai tindakan kerana rumah puan tersebut bukanlah hak milik puan, tapi milik bank selagi tidak dijelaskan kesemua baki..

      sekian, terima kasih

  7. shahrul berkata:

    salam,ada x sapa2 leh bg info tuk cr umah lelong di area jitra@alor setar? tq

  8. logezzz berkata:

    Salam,
    Sekiranye ade guarantor yg terlibat semase meminjam loan dr bank, di peringkat atau bulan manekah yg guarantor ni terlibat. Ade x surat yg dihantar kpd guarantor jugak?

    Sebab mungkin ade possiblity guarantor yg x puas hati kaveatkan property yg nak lelong tu kan?

    Tq

  9. Ng berkata:

    Selamat tengahari,
    saya ingin tanya tentang projek terbengkalai yang telah dilelong.

    Pembeli telah membeli rumah terbengkalai dan belum menukar hakmilik. Bank (setelah mendapat perintah mahkamah) telah melelong kesemua hartanah projek terbengkalai kerana pemaju tidak membayar pinjaman. Tanah tersebut dimiliki oleh tuan tanah lain. Cuma ada JV antara pemaju dan tuan tanah.

    1. Apakah hak pembeii rumah terbengkalai setelah hartanah projek telah dilelong?
    2. Perlukah mereka membayar kepada pembiaya (end finiancier) bagi wang yang telah direlease oleh pembiaya sedang projek tersebut telah dilelong?
    3. Jika hartanah tersebut telah dikaveat oleh pembiaya dan pembeli, bolehkan bank (bridging finiancier) melelongkan tanah tersebut? Perlu dapat kebenaran pembiaya dan pembeli sebelum melelong?
    4. Jika ada kaveat, bolehkah penukaran hakmilik dilakukan?
    5. Apakah hak tuan tanah asal setelah projek dilelong?
    6. Apa cara untuk menghalang pelelongan bagi projek terbengkalai?

    Apakah bahan rujukan yang boleh saya rujuk untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang pelelongan dan hak setiap pihak yang terlibat.

    Sekian, terima kasih.

  10. Man dubai berkata:

    Salam. Ingin bertanya sesuatu.
    Saya bekerja di Dubai. Rumah kesayangan saya telah dilelong pada 24feb2011 yg lalu. Pinjaman tertunggak cuma 1 bulan + kos guaman. Pihak Bank menyatakan surat peringatan telah dihantar. Tapi isteri saya tiada menerimanya. Padahal sebelum ini segala penyata tahunan boleh pula sampai ke tangan kami melalui pos. Ini yg pelik Bolehkah saya fight dalam mahkamah jika saya x puas hati. Kerana mengikut prosedur yg saya baca disini bank perlu menyampaikan surat dalam apajua cara terutama melibatkan mahkamah. Bolehkah saya saman pihak bank kerana melanggar janji bahawa tunggakan 1 bulan dikira notis utk lelong bukan 3 bulan? Rumah yg saya beli 8 thn lalu di tasik puteri rawang. Dan kami perlu keluar dalam tempoh 120hari dari tarikh sesudah dilelong. Tolong saya.

    • Iffah berkata:

      Salam En man Dubai,

      Amat tidak bertimbang rasa sungguh pihak bank berkenaan.
      Boleh beritahu nama bank tersebut?

      Walau apa pun, En Man perlu berbincang dengan Manager bank tersebut dan dapatkan salinan surat drp mereka dan bukti penghantaran surat (slip post register misalnya) dan meneruskan tindakan undang2 terhadap pihak bank jika benar tiada surat peringatan diterima.

      Saya turut bersimpati dengan masalah yg dihadapi..

    • c-mi berkata:

      bank paling cepat yang saya pernah dengar lelong rumah orang ni adalah RHB. kalau tak bayar je 3 bulan dia dh elong rumah tu. tp kes ni paling cepat 1 bulan.

      cara dia macam ni, awak lantik seorang penasihat undang2… iaitu lawyer yang akan mewakili awak, dan cuba berbincang dengan pihak bank iaitu manager branch ke atau mana2 position yang boleh make decision.

      pastikan lawyer yang represent tu cekap dan tahu selok belok hartanah, jgn lupa perjanjian pinjaman diantara bank dan en man dubai di baca dan difahami bersama-sama lawyer. biasanya lawyer yg experiance mmg ada solution dlm hal2 ni…

      kalau x boleh settle jugak sampai ke HQ, baru lah masuk mahkamah, kes2 mcm ni agak lama lah, tp boleh claim tekanan perasaan berpuluh ribu…

      jgn anngap ini masalah, tp anggap satu challenge.. yg penting hal ni boleh settle.

      tp nk tanya en man dubai, rumah tu bank dh ada pembeli baru ke?

      • man dubai berkata:

        Bank yg lelong rumah saya tu SCB. Memang org pernah kata SCB cekik darah. Saya tahu saya ada masalah masa utk membayar tapi adatlah lewat 1~ 2 hari psl sini transaction ambik masa nak sampai ke Malaysia. Yang saya x puas hati mereka tidak mau ambik tahu psl apa jua perbincangan malah hanya nak cover loss aja. Saya akan balik ke Malaysia dalam masa terdekat dan akan ikut prosedur c-mi dan iffah. Dan akan tetap mengambil tindakan walau mcmana jua. lelong tau nak untung x ambil peduli tentang perimanusia langsung. Rumah tu saya call lawyer bank dan dibeitahu ada pembeli kaum cha ya nun aliff. Dan Manager bank tu kaum India. Pakar putar belit. Saya tengah kumpul bukti dan akan tetap saman bank tersebut biar kalah atau menang janji keadilan saya mahu utk saya sekeluarga dan org2 yg pernah berlanggan ngan SCB ni. Terima kasih pada yg menasihati. Salam dari Dubai

        • syukri berkata:

          Salam En Man Dubai..saya menyokong untuk En man bawa masalah ke tengah tapi mcm c-mi utarakan diatas tadi ada betulnya..periksa setiap transaksi sebelum buat keputusan. Rancangan En man nak saman tu mmg jalan terbaik, sbg bekas pegawai pelelong disebuah bank, ada gak kami terbuat keputusan salah. dapatkan lawyer yang mmg arif isu lelong ni

  11. Liza berkata:

    Saya ada tunggakan dengan bank 5 bulan.
    Saya dapat tahu tunggakan tu pun sebab bank called kerana
    alamat surat menyurat sebelum ini adalah alamat rumah sewa.
    Dalam masa sebulan tu, saya bayar ansur-ansur tunggakan sebab ingatkan bank akan deduct as bayaran bulan-bulan mcm biasa,
    rupanya bank nak bayar full tunggakan tu.

    Last month officer bank datang ke rumah bagitau pasal rumah nak kena lelong tu.So saya contact bank bagi tau saya akan buat full payment pada end of month untuk tunggakan which ada RM800 je lagi sebab dah bayar ansur-ansur sebelum tu.

    Pagi tadi dalam post box saya ada brochure pasal rumah saya untuk dilelong.
    Dalam brochure tu ada state semua details rumah dan nama-nama agent yang boleh dihubungi oleh interested buyer.
    So saya call bank tanya pasal balance tunggakan saya if any, then dia kata tinggal payment untuk this month je lagi. But mereka dah witdrawn offer dah untuk lelongan tu.

    Saya tak puas hati then, decided to call agent yang dalam brochure tu, katanya offer untuk lelongan tu still open until 10th this month.

    So sekarang, apa yang sepatutnya saya buat, or siapa yang sepatutnya saya hubungi?

    Sebab until now, saya tak received any letter from bank, lawyer nor mahkamah even saya dah tukar alamat surat-menyurat kepada alamat rumah sekarang.
    Thank you.

  12. syukri berkata:

    Cik liza, nasihat saya pi kat bank balik dan dapatkan hitam putih (surat) dari bank tersebut mengatakan rumah tu tak dilelong lagi. isu agent tu biasa berlaku. kadang2 senarai nak lelong dah kuar awal jd agent2 ni akan bersiap sedia ‘market’ dulu property tersebut

  13. Pn Lina berkata:

    Saya nak tahu bila selalunya pihak bank akan membayar balik balance penjualan rumah kepada pemilik yg rumahnya sudah dilelong. Rumah saya sudah dilelongsejak 3 bln lepas, tapi sehingga sekarang saya tidak dibayar baki hasil penjualan rumah tersebut. Sedangkan rumah yang dijual melebihi balance dibank.

    • syukri berkata:

      Salam Pn Lina,
      Biasa perkara tu berlaku puan..bank bukan senang nak lepaskan duit..amik duit mmg cepat..g trus office mintak

      • Pn Lina berkata:

        En Syukri,

        Saya sudah pergi ke ibu pejabat Bank berkenaan. Malangnya mereka kata didlm system mmg sudah “settled” tapi refund belum lagi. Saya masih tidak faham mengapa pihak bank tidak mahu membayar refund sedangkan pembeli sudahpun lulus pinjaman. Adakah pihak bank sengaja melewat-lewatkan refund kepada pemilik asal rumah tersebut, iaitu saya. Perlukan sy membuat aduan dibank negara.. sekian, terima kasih

        • syukri berkata:

          Pn Liza..

          Persoalan yang dok dlm kepala saya skrg ni..ada ke baki jualan selepas rumah puan dilelong? cuba dapatkan detail apa yang ditolak dari baki jualan lelongan rumah puan tu. sebab bila rumah dilelong, bank akan settlekan bayaran2 lain seperti bayaran pelelong, bayaran guaman, valuation dll. lebih baik juga rujuk terus ke bank negara, itulah perantara yang paling baik

  14. man dubai berkata:

    saya ada pertanyaan. jika rumah sudah dilelong tetapi meter TNB & air masih atas nama pemaju. (tidak sempat tukar nama). Bagaimana hendak membatalkan nama keatas pemilik meter TNB dan Syabas? Perlukah terus ke TNB walau rumah sudah dilelong/jual. terima kasih

    • syukri berkata:

      En man dubai,

      berdasarkan pengalaman saya terus ke TNB dan bawa bukti yang menyokong lelongan spt POS – proclamation of sale @ geran yang dah ditukar nama. tq

  15. ady berkata:

    Bapa saya membeli rumah di bukit merah jenis studio apartment & saya sbg penama no.2 walaupun waktu itu saya masih belajar. memang rasa tertipu dgn skim bayaran balik oleh pemaju,MK Land. sekarang saya telah blacklist & rumah tersebut akan dilelong dalam seminggu lagi. Harga asal Rm250K tetapi dilelong RM75K .
    soalan saya bolehkan saya membeli semula rumah yg akan lelong? apa yg perlu saya lakukan….. help

    • syukri berkata:

      En ady

      tuan boleh beli lelongan tapi mcm mana nak apply loan nnt?nama tuan semestinya dah blacklist sebab property dah kena lelong..sebaiknya pakai la nama isteri ke, nanti loan terus nama dia..sekadar bagi pendapat

  16. meera berkata:

    Hi, saya tidak dapat membayar pinjaman perumahan saya beberapa tahun yang lepas kerana masalah kewangan. pada tahun 2010 rumah saya dikeluarkan notis lelong, saya telah ke bank dan berbincang untuk reschedule. saya diminta jelaskan bayran setiapa bulan. kemudia saya bayar seperti yang dminta. last 3 bulan i tak dapat bayar tetapi i dah beritahu pihak bank bahawa bayaran akan dibuat pada hujung bulan itu dan janji untuk menjelaskan tunggakaln 3 bulan tersebut, tetapi bank telah keluarkan notis lelong kedua pada January 2011 . 4 hari dari tarikh notis tersebut adalah tarikh lelong. kami tiada pilihan lain, dan jelaskan semua yang tertunggak sehingga Januari 2011, iaitu dalam 35k. malangnya Feb kami tak dapat jelaskan payment lagi, dan saya telah menerima notis untuk jelaskan satu bulan tunggakan ini, jika tidak bank akan batalkan perjanjian. adakah ini wajar?, adakah bank boleh lelong kerana tidak jelaskan bayaran untuk sebulan. adalah saya akan menerima notis perlelongan selepas notis peringan ini atau bank akan terus lelong harta saya ini. saya amat memerlukan nasihat keran saya hampit trauma kerana masalah ini. semua simpanan dah jelaskan untuk bank Januari 35k, saya dah email pada bank tapi tiada response.

  17. siti berkata:

    nak tanya rumah ada tunggakan rm22ribu, ada sebutan pemula. tapi bank setuju menerima bayaran rm1500-00 setiap bulan. boleh ke bank melelong rumah tersebut walaupun setiap bulan ada bayaran. tetapi mengapa bank setiap bulan hantar sebutan pemula di mahkamah. boleh tak kalau tak hadir di mahkamah dan apa tindakan mahkamah. pegawai di mbsb memberitahu tidak hadir pun tak pe.

  18. mattked berkata:

    nak tanya..andai kata kita penyewa..bp lama process penyewa perlu kuar dr rumah tersebut??

  19. chaom berkata:

    Nak minta pendapat …rumah saya akan dilelong pada 27 may 2011…tetapi say telah ade pembeli yang baru dan loan tersebut telah lulus cuma belum lagi sain any aggrement dengan pihak bank….minta pendapat..
    terima kasih

  20. muhammad berkata:

    askum.. saya ada kmusykilan lah.. saya ada bli rumah pada tahun 2007.. sampai skarang ni saya masih lum duduki lagi.. saya mmpunyai msalah kwangan.. 3bulan saya xdapat mmbayar duit pnjaman sebanyak rm642.. dan hari ini saya dapat mesej F16D NOTIS PENGOSONGAN RUMAH.. saya tlah mmbuat pengeluaran kwsp tuk selesaikan masalah ni.. tapi yg plik nye ni camne saya nak kosongkan umah tu sdangkan saya x duduk di umah tu pun.. rumah xsiap lg.. adakah umah xsiap ni bley dilelong.. buntu memikirkan nye.. umah sewa nak baya,, umah xsiap pun kna bayar


Tinggalkan ulasan anda