Bagaimana ingin menilai harga sebenar rumah saya

Penilaian Hartanah

Penilaian Hartanah

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana anda dapat menilai rumah anda sendiri. Menilai harga rumah bukanlah satu benda yang sukar tetapi penilaian anda berkemungkinan terlalu mahal kepada pembeli.

Didalam pasaran, harga sesebuah rumah berbeza diantara satu sama lain. Jika anda mendapati rumah disebelah dapat dijual dengan harga 10% lebih tinggi dari harga pasaran rumah hari ini, ia tidak bermakna rumah anda juga bakal dijual dengan harga begitu. Walaupun didalam kawasan kejiranan yang sama.

Mencari harga yang dirasakan seimbang dengan meneliti kemampuan pembeli serta mengambil kira apakah yang penjual sendiri dapat menerima tawaran tersebut. Didalam pasaran hari ini terdapat dua perkara untuk dipertimbangkan iaitu apakah perbezaan rumah ini dengan rumah-rumah yang telah dijual baru-baru ini? apakah nilai tambah hartanah dan fasiliti lain disana?.

Didalam pasaran, harga atau nilai hartanah diasaskan oleh dua faktor bekalan dan permintaan. Sebagai contoh, Anda telah membuat penilaian keatas hartanah tertentu. Melalui penilai anda mendapati hartanah anda berharga RM125,000. Tetapi disebabkan oleh kurangnya sambutan pelanggan keatas hartanah ini dan bersepah jenis hartanah yang sama untuk dijual. Apabila anda memanggil agen hartanah untuk menjual hartanah, hartanah ini hanya dapat dijual dengan harga tidak kurang dari RM90,000. Itu adalah realiti sebenar harga pasaran terkini.

Adakah harga sering berubah-ubah?

Harga rumah ini diakui oleh setiap agen malah penilai sendiri. Tiada harga yang tetap atau tepat untuk rumah anda sebenarnya, sebagai contoh nilai minima hartanah bermula pada titik x sehingga lah titik y. Perbezaan diantara dua garisan xy ini mungkin bernilai 15%, bergantung pada siapa yang berada di dalam pasaran utnuk membeli dan berapa banyakkah hartanah saingan. Dan berapakah harga jualan mereka.

Ada beberapa elemen kritikal yang digunakan untuk mendapatkan perbandingan yang tepat;

Lokasi atau kawasan. Bagaimanapun perbandingan yang sebenar sebenarnya boleh didapati pada jiran tetangga. Mungkin anda harus pergi mengetuk pintu rumah jiran dan bertanyakan tentang harga rumah dikawasan ini jika beliau mengetahuinya. Dengan harapan anda mungkin boleh mendapatkan harga transaksi jualan rumah dikejiranan itu. Jika anda berusaha untuk lebih mengenali kawasan itu lebih baik penilaian anda terhadap hartanah tersebut.

Kemudahan. Adakah rumah sasaran anda memiliki kolam renang? bilik tambahan, bilik tetamu, garaj, berhampiran klinik kerajaan, dewan awam, atau taman rekriasi? dari dalam hingga ke luar kawasan persekitaran juga memiliki nilai tertentu.

Saiz Rumah. Bilangan bilik, keseluruhan kaki-persegi rumah, saiz tanah, saiz binaan juga menjadi penanda aras mencari perbandingan anda. Sebagai contoh jika rumah anda sebelum ini berkeluasan 1900 kaki-persegi, dan anda telah mengubahsuai keseluruhan rumah sehingga keluasan bertambah pada 2230 kaki-persegi dengan kos RM150,000. Tidak bermakna rumah yang anda jual ini bertambaha seratus lima puluh ribu. Mungkin hanya setengah dari boleh dimasukkan kedalam harga.

Walau apa pun elemen diatas, anda dituntut membuat sedikit analisis mengenai hartanah sebelum anda mengesahkan hartanah anda untuk dijual.

Minta bantuan agensi hartanah dikawasan anda. Kebanyakkan pemilik rumah membuat kesilapan dengan meminta agensi hartanah yang berada diluar kawasan untuk menjadi perantara hartanah anda. Jadi nasihat saya dapatkan agensi yang berhampiran rumah anda.

Buat lah carian diinternet untuk mencari agensi hartanah didaerah anda. Kerana merekalah yang benar-benar faham pasaran semasa kawasan sekitar.

Buatlah sedikit analisis agar anda benar-benar mengetahui nilai sebenar hartanah itu sebelum meneruskan sebarang transaksi. Menilai hartanah anda mungkin sesuatu yang boleh disangkal banyak pihak. Tetapi lebih baik anda mengetahui faktor-faktor yang menambah nilai hartanah anda supaya dapat di maksimakan.

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Rab, Apr 23, 2014 1:05:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Apr 23, 2014 12:58:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Apr 22, 2014 4:04:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Apr 22, 2014 12:56:00 AM, Continue reading at the source
Sel, Apr 22, 2014 12:50:00 AM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Apr 8th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

6 Ulasan Dari “Bagaimana ingin menilai harga sebenar rumah saya”

  1. zinuddin berkata:

    Saya bercadang nak jual rumah yang saya beli pada tahun 1984 di Taman Pelangi, Langkap, Perak. Saya beli pada harga 74000 tanpa sebarang ubahsuai. Saya nak tahu harga pasaran rumah kembar dua setingkat saya itu.

      (Petikan dari)  (Balas)

  2. sit aishah berkata:

    saya nk tau..nilai rumah di taman pelangi langkap…dulu beli pada awal tahun
    2000 rm80,000.nk tau nilai semasa tahun 2013

      (Petikan dari)  (Balas)

  3. siti rahimi bt Ismail berkata:

    saya bercadang nak menjual rumah saya di temerloh makmur.saya beli pada harga 45000 pada tahun 2007.saya nak tau berapakah harga pasaran terkini 2013

      (Petikan dari)  (Balas)

  4. saya bercadang membeli rumah kos rendah di perumahan sg karang 1. kawan saya ingin menjual rumah tersebut dengan harga rm65000, rumah tersebut adalah rumah terbengkalai dan telah siap dibaiki.berapakah arga sebenar rumah tersebut

      (Petikan dari)  (Balas)

  5. Johan berkata:

    terima kasih untuk perkongsian tips. amat berguna untuk saya. :)

      (Petikan dari)  (Balas)


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud