Bagaimana melindungi komputer anda

Bersihkan Komputer

Bersihkan Komputer

Jika anda telah lama menggunakan komputer anda pasti perasan bahawa pemacu cakera keras perlu dibersihkan supaya komputer beroperasi dengan lebih laju. Tetapi bagaimana pula dengan komponen luaran dan aksesori? Bagaimanakah ia boleh menjejaskan keupayaan komputer? Jom kita fahami kepentingan membersihkan komputer dan cara-cara paling mudah untuk melakukannya.

Komputer anda boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria jika anda tidak membersihkannya secara berkala. Persekitaran di mana komputer anda berada memainkan faktor utama yang akan menentukan sekerap mana harus anda melakukan pembersihan. Adakah komputer anda berada di rumah atau pejabat? Jika di rumah, anda mempunyai haiwan peliharaan? atau anak-anak menggunakannya untuk game? melakukan kerja sekolah? Ataupun komputer anda berada berhampiran mesin basuh atau mesin pengering di mana habuk biasa berkumpul. Segala lokasi diatas menuntut kekerapan pembersihan komputer anda. Jadi, bagaimana membersihkannya? sila baca nota dibawah.

Tip Membersihkan Papan Kekunci

Papan kekunci merupakan tempat utama di mana kuman dan bakteria membiak dan tempat paling kerap disentuh manusia. Papan kekunci yang kotor akan menjadi ruang untuk virus merebak terutamanya penggunaan komputer lebih dari seorang. Kotoran, minyak, rambut dan makanan akan berkumpul di bawah dan di antara kekunci walaupun anda mengelap permukaannya dengan kerap. Pernahkan anda tertuang kopi atau soda kepada papan kekunci anda? Jika ada, ini akan menyebabkan kekunci melekit dan menggangu keupayaan komputer.

Anda boleh menggunakan udara yang bertekanan tinggi untuk mengeringkan kotoran cth: pengering rambut atau vakum untuk menyedut dan meniup habuk dari celah-celah kekunci. Ada juga produk tertentu yang direka khas untuk membersihkan papan kekunci.  Produk anti bakteria seperti “Dettol” juga sesuai sebagai agen pembunuh kuman, ia mudah didapati, selamat, dan boleh digunakan untuk membersihkan papan kekunci, komponen dalam kereta,  pelbagai produk teknologi dan juga telefon Blackberry anda!

Mengelap Monitor Komputer

Cuci monitor komputer dengan menggunakan pencuci cermin biasa. Tutup sambungan elektrik sebelum menyemburkan sebarang cecair pencuci ke skrin. Lap perlahan-lahan dengan kain lembut sehingga betul-betul kering. Gunakan kain untuk mengelap habuk yang ada atau gunakan tuala mikrofiber atau pembersih habuk yang lebih efektif..

Bersihkan Bekas Komputer

Bekas komputer melindungi pemacu cakera keras sambil membenarkan udara masuk untuk penyejukan cakera. Bersihkan habuk dari bekas dan lap semua habuk yang berkumpul di ruang pengudaraan. Ini bukan sahaja akan memperbaiki rupa bekas komputer anda tetapi akan memastikan komponen dalaman sejuk dan boleh berfungsi dengan baik.

Ada baiknya anda juga mengunjungi pakar komputer setiap enam bulan sekali untuk membersihkan komponen dalaman komputer anda seperti papan induk (motherboard). Habuk, rambut dan barangan lain boleh masuk ke dalam bekas komputer dan menjejaskan keupayaannya.

TIPS LAIN

Jangan sekali-kali menyembur cecair kepada bekas komputer atau papan kekunci. Gunakan vakum kecil atau kompresor udara untuk mengeluarkan habuk dari kawasan yang sukar dibersihkan itu. Jauhkan komputer dari lantai jika boleh dan periksa sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk timbunan habuk di ruang pengudaraan. Pastikan sentiasa mencabut wayar elektrik sebelum mencuci komponen-komponennya. Komputer riba pula mempunyai kaedah pembersihan yang agak berbeza kerana rekabentuk yang berbeza.

Ingat, komputer yang bersih mempunyai keupayaan lebih baik dan tahan lebih lama! Gunakan tip-tip ini supaya komputer anda sentiasa dalam keadaan cemerlang!

Popularity: 1%


Dikirim Oleh on Ogo 25th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Artikel menarik untuk dikongsi



Tinggalkan ulasan anda