Bagaimana membuat pembelian hartanah terbaik

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pasaran hartanah di Malaysia  melalui tempoh proses peralilhan yang  sangat perlahan dan sikap berhati-hati di dalam pemilihan hartanah adalah sesuatu yang digalakkan.  Apakah waktu yang sesuai untuk membeli hartanah? Itulah persoalan dan delima pada  bakal-bakal pelabur sejak dari dulu lagi.

Pendek kata membeli hartanah bukan hanya “ambil, bayar dan bawa balik” seperti membeli pakaian di pasaraya. Perihal utama yang perlu diambil perhatian ialah khidmat ejen hartanah.

Sebagai pembeli anda mempunyai hak untuk memilih ejen hartanah yang bersesuaian . Ini kerana jika pembeli silap percaturan memilih ejen maka pembeli terdedah dengan risiko penipuan semasa pembelian asset tersebut. Sebagai contoh;  ada ejen-ejen tertentu mengambil wang pendahuluan pelanggan dan melarikan diri tanpa dikesan.

Menurut maklum balas dari sebuah badan kerajaan iaitu Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah  terdapat ratusan laporan dari orang ramai yang telah ditipu oleh ejen-ejen yang tidak bertauliah setiap tahun. Fungsi badan karajaan ini sebagai mengawal selia ejen-ejen hartanah di negara ini agar ia lebih professional didalam bidang tersebut.

Oleh itu, pelanggan sendiri harus bersedia dan perlu mengikis sikap acuh tak acuh dalam memilih khidmat perunding hartanah. Sekali lagi diingatkan, pemilihan ejen hartanah menjadi elemen penting di dalam proses urusan jual beli harta. Ia memudahkan jika dikendalikan oleh orang yang tepat.

Secara dasarnya, pelaburan hartanah merupakan suatu pelaburan jangka panjang dan melibatkan komitmen selama 20 tahun atau 30 tahun untuk pembiayaan bank. Sebagai pelabur anda harus cekap menghidu potensi pada hartanah yang hendak disewakan. Setelah memperolehi penyewa yang sesuai, secara tidak langsung penyewa tersebut telah membiayai ansuran bulanan peminjam dan pemilik tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar ansuran bank.

Apabila tempoh pembiayaan bank tamat tuan tanah tadi bakal memperolehi wang pencen yang lumayan pada hari persaraan kelak. Tidak dapat disangkal lagi, pembelian hartanah adalah satu instrument terbaik untuk mencipta kekayaan… inilah yang dikatakan “wang bekerja untuk anda bukan anda bekerja untuk wang”.

Sebagai contoh seseorang itu membeli sebuah rumah teres berharga RM250,000.00 dan menjualkannya dalam lingkungan harga RM370,000.00,  setelah 15 tahun, secara kiraan kasar tuan tanah tadi bakal memperolehi keuntungan sebanyak RM120,000.00 sebagai pulangan risiko yang diambil pada pelaburan yang dilakukannya pada tempoh tersebut.

Dengan ini, Sebelum membuat sebarang percaturan memiliki hartanah, pembeli dinasihatkan untuk mempertimbangkan beberapa langkah dibawah:

1. Menaik taraf asset tersebut. Berapakah kos membaik pulih sesuatu bangunan tersebut? Perkara ini penting kerana membaik pulih atau menaik taraf asset melibatkan kos yang kasar dan jika tidak berhati-hati kemungkinan besar ia boleh melebihi kos pembelian asset. Jadi sebelum beli buat jangkaan kos baik-pulih.

2. Kedudukan ataupun lokasi asset. Adakah asset tersebut berada di bandar besar, pekan, kawasan kampong ataupun infrasturuktur berdekatan seperti perkhidmatan bas, stesen komuter atau LRT bagi memudahkan urusan harian penghuni nanti.

Lewat kebelakangan ini banyak projek pembangunan “township” berada di kawasan luar bandar. Jika anda berminat dengan projek “township” pilihlah projek pembangunan yang bersebelahan lebuhraya. Ianya terbukti seperti projek  Township Subang Jaya yang kini menjadi lagenda dan “role-model” pada kebanyakkan pemaju untuk membina sebuah lagi pembangunan bandar terancang seperti itu.

3. Jenis hartanah juga perlu di ambil kira di dalam pemilihan tersebut. Sebagai contoh hartanah bertingkat seperti apartment, rumah teres ataupun rumah jenis banglo yang mana peratus peningkatan nilai hartanah tersebut amat berbeza walaupun berada dilokasi yang sama.

4. Pegangan, seperti pegangan bebas ataupun pegangan terhad. Dalam konteks ini, jelas menunjukkan pegangan bebas memperolehi pulangan yang lebih tinggi daripada pegangan terhad. Hartanah yang mempunyai geran pegangan bebas mendapat permintaan tinggi kerana ia mudah untuk diuruskan semasa proses jual beli dan urusan penama untuk tujuan wasiat sebagai harta pusaka suatu hari kelak. Jika anda membeli hartanah untuk tujuan sewaan, pegangan bebas atau tidak bukan halangan, tetapi selidiki dahulu potensi dan kadar sewa disana sebelum membuat komitmen.

Disini dapat kita pelajari bahawa pembelian hartanah bukan sesuatu perkara yang susah. Walaupun ia melibatkan kos-kos tertentu, dengan pemahaman dan persediaan yang cukup anda dapat mengelak dari membuat perhitungan yang salah dan memberi kesan psikologi sosial jangka panjang pada diri anda. Oleh itu bakal-bakal pembeli perlu bijak semasa membuat penilaian agar pemilikan hartanah menjadi mudah dan sempurna. Jika anda kurang pasti mintalah khidmat agen hartanah dan sila pastikan yang anda benar-benar serasi bersamanya agar keseluruhan proses jual beli hartanah nanti berjalan lancar. Sekian sahaja…

Semoga berjaya pelabur semua.

Popularity: 3%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Mac 30th, 2010 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




10 Ulasan Dari “Bagaimana membuat pembelian hartanah terbaik”

  1. jaja berkata:

    Saya ingin mintak pendapat sesiapa sahaja akan nilai hartanah y beralamat jln. bukit mewah, 9/16, taman bukit mewah, fasa 9c, kajang.Adakah nilai hartanah di sini berbaloi untuk dimiliki dan mempunyai potensi?

  2. jaja berkata:

    kn bayar ke?sory sb tak tahu.br nk blajar ttg hartanah ni

  3. isaac hat berkata:

    Valuer x perlu bayar….masuk web valuation firm sure dapat..

  4. Lan berkata:

    Mana yg perlu diutamakan dan menjadi pilihan yg baik?

    1) Jarak rumah dari tempat kerja dekat tapi harga rumah tinggi sedikit dan keluasan rumah adalah standard (20×70) teres 2 tingkat?

    2) Jarak rumah dari tempat kerja agak jauh (termasuk hway) tetapi harga rumah lebih murah dan rumah lebih luas (22 x 75) teres 2 tingkat / rumah banglow sebuah.

    Kedua2 kawasan rumah adalah strategik iaitu dekat dgn kemudahan awam.
    Minta pandangan semua.

  5. Rumah Lelong berkata:

    Kalau pada pendapat saya, saya akan beli rumah yang dekat dengan tempat kerja dan juga dekat dengan tempat anak2 sekolah.Ini kalau saya fikir pasal jimat dan senang kalau ape2 hal berlaku bila anak2 dah sekolah ni.

    Kalau duduk jauh,nak kena pikir maintenance kete,minyak lagi, lepas tu kalau ada emergency kat rumah jauh pulak nak ulang-alik.

  6. Alia berkata:

    Saya plan nk beli rumah.tp takut buat kputusan yg salah. Berbaloi tak beli rumah di kuala selangor.projek tu under pkns.rumah teres setingkat.kwsn sekitarnya ada pejabat2 kerajaan,tesco, kwsp,mahkamah,stadium dll.harga below 150k.tujuan beli adalah untuk pelaburan.macam mana potensi nilai hartanah di kuala selangor?

  7. Alia berkata:

    Saya nak tambah sikit
    Rumah di kuala selangor tu pegangan leasehold,20×65,867psf(kalau tak silap), rumah endlot,rumah dh siap dengan cf


Tinggalkan ulasan anda