Jika anda sedang merancang untuk membeli rumah, pasti anda sedang mencongak-congak baki Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP). Untuk makluman anda, setiap caruman yang dibuat oleh anda dan majikan 30% dari jumlah itu akan di bahagikan pada Akaun II.
Anda boleh mengeluarkan simpanan Akaun II sahaja untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu atau secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, suami,isteri, adik-beradik atau pun anak-anak).
Tidak kiralah anda ingin membeli rumah terus dari pemaju atau dari individu anda boleh menggunakan jumlah baki akaun II anda untuk dijadikan “downpayment”. Bukan itu saja, anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP ini untuk pembelian rumah lelong.
Jadi apakah syarat-syaratnya? Jika anda sedang merancang untuk membeli sebuah rumah kediaman jenis bungalow, teres, berkembar, apartment, kondominium, studio apartment, servis apartment, townhouse atau soho anda layak untuk memohon pengelauran wang KWSP.
Untuk pengeluaran wang KWSP, anda harus memastikan dahulu baki akaun 2 anda. Matlamat sebenar untuk mengeluarkan wang KWSP adalah untuk membayar baki belian rumah. Sebagai contoh jika pinjaman rumah anda hanya 90% dari harga rumah, baki Akaun II anda mesti mencukupi atau lebih. Jika tidak anda kenalah tambah sendiri. Selain itu KWSP juga boleh dikeluarkan untuk membayar bill guaman dan pengurusan pemindahan hak milik.
Mengikut perbincangan saya dengan pegawai KWSP baru-baru ini, selain dari pengeluaran pertama anda juga boleh membuat pengeluaran kedua untuk menyelesaikan baki pinjaman. Para pencarum boleh memohon untuk mengeluarkan wang KWSP untuk membayar baki pinjaman sekali pada setiap tiga tahun.
Selain itu berita baik pada pencarum KWSP. Bermula pada 1 januari 2008, setiap ahli KWSP yang memiliki pinjaman perumahan boleh mengeluarkan wang didalam Akaun II untuk tujuan bayaran bulanan baki pinjaman perumahan. Had pengeluaran minima bulanan yang dibenarkan ialah RM100.
Menarikkan? sila hubungi cawangan KWSP yang berdekatan untuk maklumat lanjut.
Siapakah yang tidak layak untuk mengeluarkan wang KWSP? mereka adalah;
- Membeli tanah atau lot tapak bungalow.
- Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja “renovasi” kepada rumah yang sedia ada.
- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
- Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
- Membeli rumah ketiga.
- Membeli rumah di luar negara.
Di harapkan maklumat ini dapat membantu anda, semoga berjaya pelabur semua.
Popularity: 24%
utamakan pada pembeli rumah yang pertama kali mahu beli rumah
ermm… blh ya klu klua utk ubah suai rmh.. bkn hanya utk byr baki pinjaman ke..
selain membeli rumah ada, ada kah akaunt ke2 boleh di keluarkan untuk tujuan lain? apa syarat untuk mengeluarkan akaunt ke2?
blh x klu nk buat bayaran ahlong?mtk kje sama dri pihak kwsp kerana sye perlukan duit 2 dgn segera hendak membayar ah long….
Salam..syarat KWSP skrg agak ketat..boleh ke dengan membawa SPA dan surat tawaran bank dah boleh keluarkan ekaun II, skrgni dh xblh mcm tu..pls betulkn and share jika ada sapa2 yg baru kuarknnya utk 2011 ni..
Nak beli jugak melalui skim ini kalau ada yang hendak dijual di Pahang
salam . sye ade wat loan kerajaan tuk bli umh scnd. suami sye kerja swasta persoalan nye skrg adakah boleh suami sye kuarkan akaun 2 dia. lg 1 blhkh sye bli umh 2 gn nme kami bersama. sdgkn sye kerja kerjaan , dia pula swasta, sye amt mmrlukan jwapn dengan segera.tq
Boleh kalau perjanjian jual beli rumah itu direkodkan nama puan dan suami sebagai pembeli bersama, walaupun loan hanya atas nama puan..
bg yg blacklist cmner nk kuar kn?xkn nk tungu smpai 55thn bru leh kuar?
Apa maksud SPA? saya kurang arif.
sales purchase aggrement
klu blacklist,kesp blh kluar tak,,cthnya byr untuk beli rumah lelong
boleh bro dengan syarat tak buat loan bank n duit kwsp lebih dari harga rumah
salam boleh x .sy nk kluarkan utk mengurang baki pinjaman isteri sy.
betul kah utk pembelian rumah wang kwsp ak 2,pencarum boleh keluarkan semua..
saya ada beli rumah pakai 2 nama ngn isteri,campur 2 akaun 2 ada la 29k,brapa saya boleh wat kuar?
kalau dah pencen boleh kuarkan sume wit kwsp kan?
bagaimana sekiranya kita ingin membeli tanah sahaja daripada individu..dapat kah kwsp dikeluarkan???
salam sejahtera..saya ingin tahu sekiranya saya ingin membeli rumah tapi memandangkan suami saya di senarai hitam oleh bank kerana menjadi gerento kereta seorang kawan.bolehkah suami menjadi nama kedua untuk mengeluarkan kwsp,ini kerana jumlah keawangan suami lebih banyak dari jumlah kewangan saya.
saya ingin bertanya,sekiranya suami saya ingin mengeluarkan wang kwsp yg ada kerana beliau kini tidak lg mencarum dgn wang kumpulan simpanan pekerja untuk membuat modal perniagaan sendiri,adakah beliau dapat membuat pengeluaran wang tersebut?
saye pernah kuarkn akaun 2 utk membeli sebuah rumah pangsa guna 2 nama bersama sepupu pada tahun 2007.bolekah saya kuarkn lagi akaun 2 utk tujuan membuat rumah di tanah sendiri?
salam..saya ingin brtanya,bolehkan saya gunakan caruman akaun 2 utk membuat bayaran court mamot..sebab saya sd dberikan notis perintah mahkamah,memandangkan sya tiada pekerjaan yg tetap dan tidak mampu utk mbuat bayaran yg diarah kan oleh syarikat itu…tolong la….
sya nk tya, bleh tak sya dn suami ingin mengeluarkn wang kwsp secukupny untuk menjelaskn pinjmn perumahan sya
salam benarkah apabila membeli rmh…segala urusan hndaklh 100% siap bru blh kuarkn Epf..
Sya ingin bertanya tentang pengeluaran akaun ke 2 utk pembelajaran anak( diploma)..yuran pendaftaran dan apa syarat-syaratnya…