7 Tip perkara harus tahu sebelum tandatangan perjanjian jual beli

Persoalan Jual Beli Harta

Persoalan Jual Beli Harta

Adakah anda menyelidiki perjanjian jual beli? Pasti ada diantara kita pernah melalui beberapa transaksi jual beli hartanah. Jika diingati sewaktu kita membeli hartanah dahulu, membeli hartanah adalah satu kerja yang mudah. Dengan menurunkan tandatangan pada cek dan perjanjian jual beli segala-galanya boleh dilakukan tanpa masalah dan lancar.

1. Topik menarik untuk dikongsi hari ini adalah; “apakah yang sepatutnya anda tahu sebelum anda menandatangani sebarang perjanjian jual beli”. Seperti biasa, jika anda telah terpikat untuk memiliki sesuatu hartanah itu, anda akan menandatangani satu dokumen yang dinamakan “Offer Purchase” atau didalam bahasa melayunya “Tawaran Belian”. Dokumen ini selalunya disediakan oleh agensi hartanah atau pemaju hartanah. Ada juga diantara pemaju yang menggunakan borang “profoma” hartanah sebagai ganti surat minat ini. Didalam dokumen profoma ini tercatat megenai ciri-ciri hartanah dan harga belian rumah atau hartanah.

2. Seperti biasa… anda dikehendaki membayar sejumlah wang untuk bayaran pendahuluan. Pembayaran pendahuluan ini berbeza diantara pemaju, sesetengah pemaju menghendaki anda membayar RM100, RM500, RM1000 atau RM3000. Bergantung pada tahap promosi dan deposit juga boleh mencecah ke puluhan ribu ringgit jika pamaju mensyaratkan deposit sebanyak 3% atau 5% sebelum menandatangani perjanjian jual beli.

3. Anggap sahaja anda telah menyediakan segala kos dan wang deposit yang diperlukan. Kebiasaannya perjanjian jual beli hartanah adalah “standard” mengikut akta hartanah negara dan ia bertujuan untuk melindungi anda dan pemaju secara saksama. Tetapi tidak salah jika anda mengambil masa sedikit untuk membacanya. Kerana itu adalah hak anda sebelum membuat sebarang komitmen, manalah tahu jika ada seseuatu yang meragui segeralah bertanyakan kepada peguam akan istilah berkenaan.

4. Dapatkan keterangan muklumat tentang bayaran baki sebanyak 10% (jika pinjaman 90% dari bank) kepada pihak pemaju. Ada sesetengah pemaju membenarkan dan menyediakan carta bayaran bulanan untuk menyelesaikan baki berkenaan. Sebagai contoh jika hartanah yang anda beli itu berharga RM150,000 bermakna 10% daripadanya adalah RM15,000. Setelah ditolak wang RM500 sebagai wang pendahuluan, bakinya adalah RM14,500 dibahagi kepada 3 bulan. Bermakna anda boleh menyelesaikan wang baki tersebut sebanyak RM4,833 sebulan. Dengan cara ini ia memudahkan anda untuk menyelesaikan baki berkenaan dengan mengeluarkan wang kwsp.

5. Bertanyalah pada tetuan berkenaan tentang status hartanah. Untuk hartanah pegangan kekal atau strata kebiasaannya disediakan sekali salinan geran untuk pembeli. Tetapi berbeza dengan jenis hartanah pegangan pajak yang dibawah Geran Induk. Yang mana anda mungkin mempunyai sedikit masalah untuk menjualnya, lebih-lebih lagi jika pemaju anda itu sudah tidak wujud lagi. Walaupun peguam anda boleh menyelesaikan segala masalah ini, tetapi ia mencuri sedikti masa , mengganggu kehidupan anda selama beberapa bulan.

Manakala ada juga kes-kes seperti pangsapuri dan kondo yang mana geran strata belum dikeluarkan lagi oleh pamaju. Disebabkan situasi ini, peguam anda terpaksa menulis kepada pemaju bagi mendapatkan kebenaran menjualnya. Pada kebiasaan pemaju akan memberikan kebenaran pada anda untuk membelinya tetapi anda perlu menyelesaikan kesemua kos-kos seperti bil air, servis, caj-caj penyelenggaraan, cukai tanah, penilaian dan caj-caj pembentungan (Indah Water). Yang paling “best” ada sesetengah pemaju akan mencaj anda yuran pentadbiran sebanyak RM500 atau 0.5% daripada harga belian. Jadi nasihat saya, cuba dapatkan hartanah geran individu atau strata untuk mengelak segala langkah-langkah ini. Tetapi masih bergantung pada bajet anda juga.

6. Berhati-hati dengan denda. Harus diingati tentang denda ini agar anda tidak mengeluarkan wang berlebihan, kadang-kadang denda ini boleh jadi membebankan. Kebiasaanya pemaju akan mengsyaratkan pembeli untuk membayar baki deposit pada waktu yang ditetapkan. Disebabkan ini sesetengah pemaju selalunya akan mengenakan denda sebanyak 8%-10% setahun dari jumlah baki deposit. Ambil nota ini; sesetengah pemaju membina syarat-syarat tersembunyi untuk merampas bayaran 10% anda jika didalam tempoh 4 bulan anda tidak dapat menyelesaikan baki tertunggak itu.

Tidak perlu terkejut jika anda berjumpa dengan pemaju yang mengenakan denda sehingga 15%-25% setahun. Didalam proses pemilikan hartanah tertentu, tanya dan cari jawapan dari soalan diatas pada eksekutif jualan yang menguruskan anda.

Semoga berjaya, pelabur semua….

Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Sel, Jul 22, 2014 7:21:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Jul 16, 2014 1:45:00 PM, Continue reading at the source
Sab, Jul 12, 2014 1:47:00 PM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jun 30th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud