KOTA KINABALU, 27 April (Bernama) — Pemohon pinjaman perumahan di Sabah kini tidak perlu menunggu kelulusan daripada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan di Putrajaya, kerana proses kelulusan permohonan pinjaman perumahan, urusan gadaian dan penyediaan baucer bayaran kini dapat diselesaikan di cawangannya di Sabah sejak ia beroperasi sepenuhnya 16 April lepas.
“Hanya pengeluaran cek dibuat di Putrajaya berdasarkan baucer bayaran yang BPP Sabah,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Noor dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Operasi Sepenuhnya BPP Cawangan Sabah dan Taklimat Pinjaman Perumahan Perbendaharaan di sini Isnin.
Teks ucapannya disampaikan oleh pembantu menteri berkenaan Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.
Dengan pembukaan BPP di Sabah, proses kelulusan pinjaman perumahan hanya mengambil masa sehari berbanding satu atau dua bulan sebelum ini manakala
Pengeluaran baucer bayaran pula mengambil masa seminggu berbanding berbulan-bulan sebelumnya.
Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah Datuk Susan Wong berkata pembukaan pejabat BPP di Sabah menggembirakan pihak pemaju dan pembeli rumah di negeri itu.
“Selama ini, kami (pemaju) terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan permohonan pinjaman pembeli dan ini tidak menyenangkan,” katanya.
– BERNAMA
Popularity: 7%
patut la org2 sebelah sana nak beli rumah susah, and approval lambat sangat. Harap2 lepas ni semua berjalan lancar
memang,kami orang sabah selalu dianak tirikan….
sy org sabah n keja d smenanjung..harga rumah kat sabah n smanjung jauh beza..sabah mahal sgt r..
mmg sabahan slalu dialayan dgn cara tidak adil……mahal3!!!!
mahu beli rumah pun kena fikir beribu kali. Apa guna beli rumah tapi sentiasa kesempitan wang?kata ada projek ppr mampu milik tapi harga mencecah ratusan ribu ringgit!
memang lah geng.kebykkn 2 brg2 smua dri semenanjung. .2 lah x mhal.yg hran ya knpa lah kerajaan tk bg susidi.di isuruh rakyat sabah tk da rumah bah ni.klu d bantu pun dpt umah lppb.sewa pai mati..lamak gaji ckup2 mkn ja mcm kitaorg mau beli rumah ni.hai kerajaan cuba lah pkir masalah rakyat ni x guna 1 msia klu rakyat tdak di utamakn…….
saya pun orang sabah juga…asal dari pedalaman tapi keja kat kota kinabalu, plan nak kahwin ujung taun ni….cari rumah la kononya…tp smpai skg x jumpa2 rumah pun mahal sgat..
ala..mmg sudah jadi begitu semuanya mahal..konon ONE MALAYSIA…Tapi only one Sabah Bah …nah..pandai pandai lah kamu…
RUMAH Di SABAH MAHAL? Sedangkan RUMAH Di SEMENANJUNG HARGA sesuai dan BERPATUTAN. Bagi Penduduk SABAH yang berpendapatan RM1500 Hingga RM2000 sebulan lupakan saja tentang pembelian rumah sebab anda tentu tidak mampu memiliki rumah yang mahal di SABAH (Tinggallah di rumah sewa sampai bila-bila atau belilah papan buangan untuk tampal rumah kayu kita). Dan Bagi mereka yang berpendapatan RM3000 hingga RM5000 keatas, Kamu akan menanggung beban hutang yg besar dan bayar hutanglah kamu beratus ratus ribu.
Sepatutnya jika ada isu sebegini Ketua Menteri SABAH buatlah sesuatu. Jika alasan disebabkan oleh bahan mentah yang mahal (Musa AMAN, K.Menteri Sabah) buatlah peracangan untuk bina kilang sendiri di Sabah atau apa saja yg mampu mengurangkan dilema ini.
Kita sebut begini sebab di Sabah yg paling ramai ialah rakyat berpendapatan sederhana dan miskin. Takkan inipun nak tunggu duit dari golongan rakyat ini baru ada semua ni. Macam tu (Musa Aman) tak perlulah jadi ketua menteri. Lepaskanlah Jawatan tu dan bagi orang seterusnya pegang jawatan kalau dah tak mampu nak berfikir dan berkerja untuk rakyat.
Yang Benar,
Sabahan