Bahana rumah sewa pada pelabur

Rumah Sewa

Rumah Sewa

Pada sabtu lepas saya berpeluang untuk melawati beberapa lagi rumah menarik untuk dijual. Perjalanan saya bermula ke sebuah hartanah di Bandar Baru Selayang. Disana saya dapat mengambil beberapa gambar untuk diletakkan disini. Apa yang pasti, hartanahnya memang cantik, secara peribadi saya agak terpegun dengan suasana dan kondisi rumah yang cantik dan nyaman. Kondominium ini nampak eksklusif dan sesuai untuk mereka yang mementingkan privasi.

Setelah tamat “road-tour” di Kipark selayang, saya pergi pula ke rawang. Tuan rumah di rawang ini sedang berkira-kira untuk menjual rumahnya, tetapi sebelum itu beliau ingin mendapatkan kepastian nilai sebenar rumah beliau sebelum membuat keputusan. “Fast Forward” kedepan, pada hari itu saya sempat berjumpa dengan Isaac dan pada petangnya saya mula bergerak pulang ke bangi.

Didalam perjalanan, tiba-tiba saya mendapat panggilan dari Datin Ann. Beliau mahu membincangkan satu perkara, penting katanya. Kebetulan saya belum pun keluar dari Kuala Lumpur saya pun berpusing balik menghala ke PJ kembali. Didalam 15 minit saya sampai di lokasi yang dijanjikan.

Kami berborak dengan beberapa rakan yang lain, membincangkan mengenai beberapa topik semasa dan pada waktu itu Datin Ann mula membuka cerita tentang bisnes hartanah beliau. Datin Ann mempunyai masalah dengan perniagaan hartanahnya kerana anak saudaranya yang tidak begitu komited untuk menguruskan kesemua hartanah sewanya. Malah beliau mula rasa “malas” untuk meneruskan lagi perniagaan ini. Bukan itu saja duit sewa tidak dikutip dan membiarkan separuh dari penyewa-penyewanya tidak membayar wang sewa yang kini hampir-hampir mencecah tempoh setahun.

Datin Ann adalah pelabur hartanah yang aktif, khabarnya beliau banyak membeli hartanah dari karnival lelongan awam yang dijalankan oleh pihak bank sejak 10 tahun lepas. Beliau pada hari ini telah memiliki hampir 33 buah rumah sewa dan kesemuanya dibeli pada lelongan awam.

Wah! saya pun terkejut, 33 buah rumah sewa patutlah anak saudaranya tidak dapat menguruskan rumah tersebut. Malah lokasi rumahnya bersepah sehingga ke Seremban. Hari ini beliau merasakan segala pelaburan yang dilakukannya tidak berbaloi malah bayaran bulanan pada pihak bank setiap bulan terasa seperti sia-sia. Jadi beliau memerlukan nasihat yang rerbaik untuk situasi ini.

Dari senario diatas, kita mendapati beberapa kesilapan Datin iaitu;

1. Terlalu mempercayai anak saudaranya didalam pengurusan hartanah
2. Terlalu ghairah membeli rumah lelong tanpa memikirkan kesannya
3. Terlalu banyak rumah sewa dan membebankan kewangan
4. Terlalu terpengaruh dengan “hype” rumah lelong
5. Meletakkan pelaburan hartanahnya pada satu sumber
6. Tiada persediaan dan perancangan sistematik untuk pengurusan hartanah

Jadi apakah yang terbaik untuk beliau?

Didalam pelaburan hartanah, memang anda dapat menikmati keuntungan jauh lebih lumayan dari menunggu secara pasif untuk hartanah bertanah. Malah pelaburan didalam rumah sewa mungkin bakal membuatkan anda menjadi jutawan. Jika mengikutkan kiraan ringkas 33 buah rumah sewa yang membawa purata sewaan RM1500 setiap bulan mampu menjana pendapatan RM49,500 sebulan. Didalam Setahun Datin mampu menjana pendapatan kasar RM594,000. Didalam tempoh 3 tahun sahaja beliau mampu menjana pendapatan hampir 2 juta.

Menarik kan? “number magic” apabila kita mengiranya diatas kertas segalanya nampak lancar dan menguntungkan. Tetapi hakikat dan realitinya tindakan beliau yang menghimpun hartanah lelong selama ini menjadi satu tekanan didalam kehidupan.

Jika anda berminat untuk melabur didalam industri hartanah, “jangan meletakkan kesemua telur didalam satu bakul”. Agih telur-telur itu supaya jika salah satu bakul terjatuh anda mempunyai satu atau dua bakul yang lain sebagai “back-up”.

Jika anda merancang membuat pelaburan dari sewaan. Anda perlu selidiki beberapa pilihan lain sebagai contoh sewaan kedai. Bagaimana melabur didalam perniagaan sewaan kedai yang menguntungkan? bagaimana mengenal pasti sewaan kedai yang akan naik sewanya? Ikuti sambungan artikel ini esok.

Popularity: 1%


Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Jun 8th, 2009 dan difailkan dibawah Isu Semasa, Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.




4 Ulasan Dari “Bahana rumah sewa pada pelabur”

  1. ibnu said bin muslihat berkata:

    Kasihan betul Datin Ann tu ya. tapi pada pendapat saya Datin itu tidak bersedia melabor dalam Hartanah dari segi ilmu pelaboran hartanah, walaupun ia berduit tapi dari segi ilmu ia tidak mampu melabor. oleh itu pada pandangan saya kalau anda nak berkecimpung dalam apa apa hal pun kena ada ilmu yg berkaitan
    ALLAH HU ALAM

    • wan kembang berkata:

      duit banyak otak kureng ler tuh. orang2 kita kebanyakkan malas membaca benda2 ilmu , tapi bab hiburan semua dalam kepala.

      • ibnu said bin muslihat berkata:

        Betul kata wan tu, kita perlu memperbanyakan ilmu….. tapi bukan ilmu hiburan… ilmu yg menjadikan kita dan keturunan kita senang dunia akhirat.
        ALLAH HU ALAM

  2. ct berkata:

    tamakkkk, malas harap kan orang menjalankan perniagaan sedangkan empunya diri duduk goyang kaki, kemudian beri gaji tak setimpal klau okey pun banyak ragam. Masalah nhi dah biasa sangat didengari terutama kepada yang berada.


Tinggalkan ulasan anda