Your search results

Bank Islam: Kontrak Bai Bithaman Ajil Sah

Dikirim Oleh c-mi on 03/04/2009
| 8 Ulasan
Pinjaman Bithaman Ajil

Pinjaman Bithaman Ajil

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Pelanggan Bank Islam Malaysia Bhd dan orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa kontrak Bai Bithaman Ajil (BBA) adalah sah dan terikat.

Ini susulan daripada keputusan sebulat suara hakim Mahkamah Rayuan semalam semasa prosiding yang melibatkan Bank Islam.

Keputusan itu mengesahkan amalan bank tersebut berkaitan dengan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah, kata Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut bank tersebut, Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa kontrak BBA adalah urus niaga jualan dan justeru itu tidak boleh dibandingkan dengan urus niaga pinjaman.

Kontrak BBA bermakna “jualan pembayaran tertangguh”. Ia merupakan kaedah pembiayaan Islam yang digunakan bagi hartanah dan kenderaan serta pembiayaan bagi barangan pengguna lain.

— BERNAMA

8 pendapat dalam “Bank Islam: Kontrak Bai Bithaman Ajil Sah

  • shukriah
    pada 14/10/2009

    Tolong deletekan nama saya dan email saya dalam blog ini, masalah saya sudah selesai. Terima kasih.

  • basketballk9
    pada 14/03/2010

    Hi there everybody, I just registered on this incredible online community and wished to say hey! Have a magnificent day!

  • Guen
    pada 21/07/2010

    Hello, How is going.
    I love drumah.com because I learned a lot here. Now it’s time for me to pay back.

  • catt
    pada 22/07/2010

    Thanks! I just bookmarked your site and will be back regulalry to keep on top of it. …

  • Tg Djan
    pada 27/10/2010

    Hello I’m new here. Wondering If some one here would be able to assist me to choose the better property. The forums here are absolutely great and certainly plan on sticking around for as long as I am welcome and learn more from you guys.

  • Rosdi BBMB
    pada 10/01/2011

    bithaman ajil adalah konsep perbankan yg diwujudkan untuk kepentingan keuntungan

  • Rosdi BBMB
    pada 10/01/2011

    Ahli-ahli politik dan peniaga-peniaga mengambil kesempatan dari sensitiviti umat Islam di Malaysia berkenaan halal dan haram untuk keuntungan.
    Asalnya sistem perbankan di Malaysia adalah berasal dari perbankan konvensional, kemudian kapitalis telah menggaji para ilmuwan yang paling top dalam pendidikan Syariah di Malaysia seperti Zaharudin, Daud Bakar, Hashim Yahaya dsb untuk melabelkan semula produk2 perbankan konvensional dalam bahasa Arab, kemudiannya menggunakan legal tricks dan disokong hujah2 bersandarkan al Quran dan Sunnah untuk menyokong produk perbankan Islam tersebut walaupun sudah amat terang dan bersuluh bahawa produk2 tersebut adalah haram kerana riba via the back door. Mana2 pun individu yang dibayar dengan gaji yang terlalu mahal dan sangat untung sanggup untuk menggunakan segala kepakaran mengerah segala kudrat untuk mempertahankan produk2 yang telah dihalalkan ini.

    Mana2 individu yang tersialap mengambil mana2 produk ini adalah sangat tidak bernasib baik kerana terpaksa menghadapi :-

    1. Bank – tuan punya produk ini.
    2. Peguam – balaci yang dibayar untuk berlawan bagi pihak Bank.
    3. Bank Negara-yang mempertahankan produk ini untuk menarik pelaburan luar seperti produk Sukuk yang bernilai berbilion2 dolar.
    4. Ulamak ekonomi – yang dibayar oleh Bank untuk menyokong dan memancung mana-mana pihak yang cuba untuk memangkah produk2 ini.

  • Wahyu_Munie
    pada 04/01/2012

    sy seorng plajar jurusan islamic banking & finance.. boleh jelaskan lati tntg BBA dan isu semasa tntg keraguan BBA yg telah dignti dgn Musyarakah Mutanaqisah.. boleh jelaskan lagi ttg isu ini?

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.