Your search results

Bank mega perlu mampu bersaing di peringkat global – Daim

Dikirim Oleh c-mi on 07/11/2014
| 0

Penggabungan bank mega adalah langkah positif untuk mengukuhkan perkhidmatan kewangan Malaysia, tetapi perlu mempunyai pengurusan yang baik, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Beliau turut menekankan keperluan pengurusan yang baik untuk memacu bank-bank besar ke arah keuntungan dan pada masa sama, mengukuhkan keupayaan untuk bersaing dengan peserta asing.

“Suatu yang baik untuk mempunyai bank-bank besar. Bagaimanapun, jika tidak diuruskan dengan baik, ia tidak membawa makna apa-apa.

“Ia juga bergantung kepada pelan perniagaan yang baik dan asas modal, di samping pengurusan,” kata Daim pada program perbincangan eksklusif anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd.

Beliau menjawab soalan daripada peserta berhubung pandangannya terhadap penggabungan antara CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB).

Pada bulan lalu, CIMB, MBSB dan RHB Capital mengumumkan cadangan penggabungan telah dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia.

Ketiga-tiga pihak akan melalui pelaksanaan kajian terperinci sebelum memeterai perjanjian jual beli muktamad pada awal 2015 dan perjanjian itu dijangka selesai pada pertengahan tahun depan. – BERNAMA

Tinggalkan Balasan

Email anda tidak akan diterbitkan.