Your search results

Bayaran ansuran rumah melalui kwsp

Posted by am_2009 on 03/06/2009
| 4 Komen

Pengeluaran Kwsp

Pengeluaran Kwsp

Adakah anda terfikir untuk membayar ansuran bulanan rumah anda melalui potongan KWSP?

Berikut adalah syarat-syarat terperinci pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan;

• Ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2 boleh membuat pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan mereka.

• Jumlah minimum pengeluaran bulanan ialah RM100 bagi tempoh minimum tidak kurang daripada enam bulan manakala jumlah maksimum pengeluaran bulanan tidak melebihi jumlah ansuran bulanan pinjaman perumahan.

• Jumlah simpanan dalam Akaun 2 yang diperuntukkan untuk pengeluaran ini tidak boleh dikeluarkan untuk pengeluaran-pengeluaran lain.

• Ahli juga mesti belum mencapai umur 55 tahun dan tidak mempunyai tunggakan ansuran pinjaman perumahan.

• Syarat-syarat pengeluaran bulanan ini adalah seperti berikut:

  1. Ahli mesti pembeli atau pembina dan peminjam serta pemilik ke atas rumah kediaman atau rumah kedai dengan unit kediaman.
  2. Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan.
  3. Rumah tersebut telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman dan pinjaman telah dikeluarkan sepenuhnya (full disbursement) oleh pemberi pinjaman.
  4. Ahli boleh membuat pengeluaran bagi mana-mana rumah tertakluk kepada sebuah rumah untuk setiap ahli dan tidak terhad kepada rumah yang pernah dibuat pengeluaran lain sebelum ini. Bagaimanapun, pengeluaran untuk kali kedua dan seterusnya hanya dibenarkan untuk rumah yang sama.
  5. Pembiayaan semula (refinance) yang tidak berkaitan dengan pinjaman perumahan adalah tidak dibenarkan bagi pengeluaran ini.

• ahli yang pertama kali membuat pengeluaran ini perlu

  1. Mengisi Borang KWSP 9P (AHL)
  2. Mengemukakan dokumen sokongan yang disahkan iaitu salinan Kad Pengenalan, salinan buku/penyata akaun bank yang masih aktif, surat pengesahan baki pinjaman perumahan, Surat Perjanjian Jualbeli/Bina Rumah, surat kelulusan pinjaman perumahan dan Borang Gadaian dan Suratan Hakmilik atau Suratan Ikatan Serahhak.

• Manakala bagi pengeluaran seterusnya sekiranya ahli masih mempunyai baki pinjaman, ahli hanya perlu mengisi borang pengeluaran dan mengemukakannya berserta salinan Kad Pengenalan, salinan buku/penyata akaun bank yang masih aktif dan surat pengesahan baki pinjaman perumahan terkini.

• KWSP akan membatalkan pengeluaran bayaran bulanan ini dan ahli akan hilang kelayakan memohon pengeluaran tersebut di masa depan sekiranya didapati:

  1. Ahli mempunyai hutang tertunggak (non-performing loan) dengan pemberi pinjaman.
  2. Pinjaman telah dibatalkan/diselesaikan.
  3. Rumah telah dijual/dilelong/telah dipindahmilik kepada pihak lain.
  4. Ahli disabitkan menipu dengan mengemukakan dokumen/butiran palsu untuk pengeluaran ini.

Tetapi untuk pengetahuan anda, jika rumah anda dibeli pada tahun lepas (rujuk tarikh dalam perjanjian jual beli) anda boleh membuat pengeluaran sekaligus amaunt dalam akaun II.

Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi KWSP. Terima kasih.

4 thoughts on “Bayaran ansuran rumah melalui kwsp

  • c-mi
    on 03/06/2009

    wah bagus info ni. thanks bro!

    • am_2009
      on 04/06/2009

      terima kasih atas komen c-mi, sama-sama lah kita kongsi informasi

  • sweet_lady
    on 05/06/2009

    tq. appreciate ur effort.

  • Agrirejouro
    on 05/06/2009

    Hi, Congratulations to the site owner for this marvelous work you’ve done. It has lots of useful and interesting data.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <strong> <em> <pre> <code> <a href="" title="">