Beli rumah berhampiran infrastruktur apa yang penting

Mobile Infrastructure

Mobile Infrastructure

Memang setiap kali kita memilih rumah, infrastruktur yang disediakan oleh pemaju menjadi pilihan kita. Mungkin anda pernah mendengar ungkapan “lokasi,lokasi, lokasi, ” itulah kreteria penting sebelum pelaburan hartanah dibuat. Pada hari ini bandar-bandar seperti Kuala lumpur dan Petaling Jaya menjadi “hot -spot” tetapi berapa orang yang dapat membelinya? sebagai contoh rumah jenis Townhouse di subang jaya sudah pun mencecah RM680,000. Tetapi di bandar-bandar baru rumah-rumah jenis ini anda boleh perolehi dengan RM150,000 sahaja. Jadi dimanakah yang berbaloi? Pada yang punyai bajet besar silakan, tetapi pada yang kurang bajetnya… cari lah townhouse di bandar-bandar baru, harganya mungkin akan melonjak seperti bandar-bandar besar diatas selepas 20 tahun.

Tetapi sebelum anda membeli mana-mana projek perumahan baru, pastikan dahulu infra asas dan akan datang. Tahukah anda infrastruktur ini ada dua jenis kategori.

1. Infrastruktur dari pemaju
2. Infrastruktur dari kerajaan

Infrastruktur dari pemaju lebih penting, sebelum anda membeli mana-mana rumah bertanyalah pada eksekutif jualan apakah rancangan pemaju untuk tanah-tanah disekeliling anda. Adakah didalam masa terdekat ini akan punyai sekolah rendah dan menengah, kolej, universiti, tapak-tapak komersial seperti pusat-pusat perniagaan atau mega mall.Jika anda berminat dengan “landed property” buat masa ini carilah rumah diatas tanah yang dimajukan oleh syarikat besar, sebagai contoh projek-projek perumahan mega seperti sebuah projek perbandaran (township). Sebuah projek perbandaran lebih strategik dengan akses jalan yang bersistematik. Perancangan bandar yang terancang memudahkan pengguna dan meningkatkan nilai hartanah itu pada masa akan datang. Sebagai contoh bandar terancang di Malaysia adalah Bandar Putrajaya.

Memang diakui hartanah di Putrajaya amat mahal, kerana anda membeli rumah dengan infrastrukturnya sekali. Itulah yang membezakan hartanah yang bersistematik dengan taman-taman perumahan. Nasihat saya, jika anda ingin membeli rumah dari pemaju, pastikan syarikatnya tersenarai di Bursa Malaysia dan mereka membina sebuah bandar baru, cuba elakkan membeli rumah dari pemaju yang membina sebuah taman. Kerana berkemungkinan besar rumah yang anda beli itu tidak dapat dibina didalam keadaan ekonomi sekarang.

Selain itu cuba tanya mereka-mereka yang telah membeli hartanah dari pemaju ini sebelum anda. Mungkin anda akan dapat membuat pilihan yang tepat. Jika penduduk disitu suka dengan suasana dan infrasturktur kawasan itu, mesti ada sebabnya yang anda perlu ketahui. Jadi semak “track record” pemaju itu.

Bersambung:

Dikirim Oleh c-mi on Apr 30th, 2009 dan difailkan dibawah Tips Hartanah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2010 Drumah Media. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan pengurus web secara bertulis.

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

6 Ulasan Dari “Beli rumah berhampiran infrastruktur apa yang penting”

  1. am_2009 berkata:

    Saya setuju dengan artikel en c-mi, perumahan berdekatan highway yang baru dibina terus melonjak naik seperti projek di sebelah Guterie highway, NPE, DUKE dan banyak lagi. saya juga ada dengar2 ada highway dalam pembinaan di Shah Alam untuk menyambung antara federal ke KESAS. perumahan di situ akan melonjak naik 15-20% dalam masa 1 tahun apabila highway siap dibina. sekarang harga cuma 360k sahaja.

    • amirah berkata:

      betul ke akan melojak sampai 20%? dimana hartanah itu?

      • am_2009 berkata:

        anggaran kenaikan harga 20% adalah dari studi kes yang terkini daripada projek yang berhampiran. lokasi di sek 25, shah alam (berhadapan pojek kemuning utama)

  2. wan berkata:

    patut la rumah dekat putrajaya mahal gilleerr…

  3. mat.g berkata:

    belilah rumah drp pemaju yg macho dan gagah spt Simedarby, Island & Penisular, SP Setia …etc

    Lebardaun pon ok.. tp LBS kureng sikit la sbb suka buat rumah kecik2 dan workmanship hancur.

    • c-mi berkata:

      ikut kemampuan masing2 x perlu terikut2.
      yg penting kita ada rumah untuk berteduh. selamat hari raya pada semua…

Tinggalkan ulasan anda