Tuan rumah sewa hari ini lain dari yang dulu. Semakin “advance” dan cekap untuk mengurus hartanah-hartanah mereka. Yang menariknya saya dapat belajar sesuatu dari seseorang yang saya panggil “uncle” semalam. Dalam berborak tu, ada juga selit-selit skill tuan haji ini memilih rumah sewa, dan benda ini dah diapraktis sejak 15 tahun dulu. Sekarang alhamdulillah memang tak silap katanya.
Orang-orang lama memang banyak pengalaman dan rata-rata mereka telah memiliki hartanah sejak 15 tahun dahulu. Hari ini pelabur senior ini dah boleh “relax” sebab kebanyakkan hartanah mereka telah mencapai tahap matang dan sewa bulanan juga meningkat tinggi.
Orait!… hari ini saya tidak mahu sentuh mengenai kejayaan atau menceritakan betapa bertuahnya mereka yang telah membeli rumah-rumah diatas. Hari ini saya ingin berkongsi info dan teknik kepada pelabur yang baru merancang atau sedang berkira-kira untuk melabur.
Baik, kepada mereka yang tidak mempunyai wang banyak, atau kurang wang deposit apa kata anda cari hartanah selain dari kawasan emas seperti Kuala lumpur, Petaling jaya and Subang Jaya kerana hartanahnya agak mahal. Cari lah projek perumahan atau bandar satelite baru.
Untuk mencari hartanah dengan tujuan sewaan. Anda harus mengetahui, mengapakah hartanah anda akan disewa, siapakah yang akan menyewa? agak-agaknya apakah kerja si penyewa?
Kenapa penyewa memilih untuk menyewa rumah anda, adakah ia berdekatan dengan tempat kerja? adakah ini berdekatan dengan rumah mertua? berdekatan dengan sekolah bistari? berdekatan dengan universiti? atau pun ia berdekatan masjid?
Jadi sebelum anda membeli rumah pasti kan dahulu apakah aktiviti pekerjaan di sekitar kawasan rumah anda. Pastikan rumah anda berdekatan dengan zon industri atau sekurang-kurangnya ada aktiviti komersial seperti kompleks membeli-belah. Ini kerana jika tiada aktiviti sosial seperti itu memungkinkan rumah anda sukar untuk disewa atau mencari penyewa.
Lokasi yang strategik berdekatan pula dengan tempat kerja penyewa pasti menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi terdapatnya aktiviti sosial di kawasan sekitar pasti kadar sewaan meningkat naik setiap tahun.
Selain itu, jika punyai wang yang banyak boleh juga anda membeli rumah yang sedia ada. Hanya tukar hak milik rumah dan penyewa itu boleh terus menyewa dengan kontrak baru dari anda. Selain dari mengurangkan faktor-faktor risiko tiada penyewa, ia lebih mudah dan cepat.
Jika ikutkan risiko, memang rendah membeli rumah yang telah sedia penyewa. Tetapi jika boleh “explore” lah lokasi-lokasi baru yang menarik kerana anda punyai banyak pilihan dari rumah-rumah lama itu.
Popularity: 2%