
Zero Entry Cost Promotion
Pada artikel sebelum ini saya pernah berkongsi cerita mengenai konsep pelaburan hartanah. Dari sini anda telah mula faham sebagai pelabur hartanah lebih sedikit wang yang kita keluarkan lebih bernilai hartanah itu pada kita. Salah satu cara untuk kita membeli rumah tanpa deposit adalah dengan megambil 100% pinjaman dan wang muka sifar (zero entry cost) pada pakej pinjaman bank anda.
Adakah saya tidak perlu keluar duit langsung?
Wang muka sifar bukan lah bermaksud anda tidak perlu keluar duit langsung untuk membeli rumah, tetapi ia sebenarnya salah satu cara untuk kita mengurangkan pengantungan wang pada hartanah itu. Wang muka sifar atau sedikit tidak bermakna tiada bayaran langsung. Apa yang saya maksudkan jika adna mengambil pakej 100% pinjaman dari bank. anda masih perlu mencari wang “extra” untuk yuran guaman, duti setem, insurans dan kos-kos lain.
Apakah kelebihan wang muka sifar atau “zero entry cost” pada pelabur?
1. Membayar wang sedikit atau tanpa wang lansung
2. Boleh membeli sebanyak mana hartanah yang boleh
3. Tidak perlu menunggu wang simpanan cukup untuk deposit
4. Eksekutif baru boleh memiliki rumah
5. Pelajar kolej juga boleh membeli rumah, dengan jaminan ibu bapa
6. Membina portfolio hartanah semasa muda.
Wang muka sifar ini bukan hanya dapat memberi manfaat pada mereka yang mempunyai tabungan rendah malah ia juga dapat menggalakkan lebih ramai lagi eksekutif-eksekutif muda untuk memiliki rumah. Jika anda dapat membeli hartanah hari ini kenapa anda menunggu hari esok? bukan kah harga rumah-rumah semasa akan melonjak naik setiap tahun? jika anda dapat membeli hartanah hari ini lebih bagus dari menyesal untuk membeli hartanah yang lebih mahal keesokkan harinya.
Popularity: 30%
SAYA DLM PROSES MEMBELI RUMAH SECONDHAND DI KUANTAN,RM 120 RIBU..DAH BAYAR DEPOSIT PD PENJUAL RM 1000,BYR PEGUAM RM 5400. BYR ORG TENGAH YG KENALKAN RUMAH TU RM 600,DAH BAGI DUIT KAT PEGUAN UTK DUIT 10% SEBANYAK RM11RIBU UTK DIBERI PD PENJUAL.MASALAH SEKARANG PROSES TERLALU LAMA.. SETAHUN DAH BERLALU….SEKARANG PEGUAM KATA KENA BYR RM 250 UTK PENUKARAN NAMA DI PEJ TANAH…TAK TAU LAH ADA KOS2 LAIN KER…MASALAH NYA NAK TUKAR NAMA PUN AMBIL MASA SEBULAN…..BOLEH BAGI PENERANGAN TAK PROSES PEMBELIAN RUMAH NIE DAN HAGE YG DIKENAKAN SETIAP PROSES…. TERIMA KASIH
Salam…saya berniat nak jual rumah teres setingkat yang saya beli 6 tahun dulu di melaka…dgn harga 79k…sekarang saya nak jual pada harga 105k….siap kitchen cabinet dan plaster syiling.boleh ke saya jual pada harga tersebut …
Salam.
Saya nak tanya. Gaji saya dalam 2500 sebulan tp tak ada commitment lain. Berapa harga rumah yang saya boleh beli dan berapa loan yang boleh saya dapat. umur saya dalam 28 tahun. Saya berminat nak beli rumah area puncak jalil & harga dalam 290k. Agak-agak layak tak saya untuk beli rumah tu.
sy nk beli umah kt bangi lama@bukit mhkota umah 2hd dlm 80-120k pastu sy xde 10% duit epf adela cane yek leh x nk beli umah tu cmane crnye. ade sesape leh tlg x?
salam..sy nak mntak pendapat…saya bercadang nak beli rumah… brp kelayakan maksimun yg leh sy pinjam dgn bank? sy hanya kakitgan awam bergred 17… isteri sy juga bergred 17, boleh ke buat pinjaman bersama..mmg xda pengalaman langsung…k terima kasih yg bg perhatian…
nk beli umah 2nd nk gune epf je utk byr 10% leh x…nk kuar duit poket xde..leh dpt x…@ gune skim rumah pertamaku leh x
hye.sy tengha mencari rumah serkang,beli dan disewakan.besok sy akan g tengok rumah area bandar kinrara n bandar sri putra bangi ,dua2 harga dalam 90k ke bawah.so dlm permikiran sy skg,sesuai ke sy beli dan sewakan?sy cume takot,sy takde pengalam dalm mebeli rumah.sy nak buat gov loan,tp aptment/flat agent tu ckp tak boleh..kenapa yer?dan agent tu mitak 10 %.setahu sy mane ade 10% kalau gov loan.tolong lah sy.help meeeeeeeee
Nak minta pendapat. Saya bekerja swasta dgn gaji RM3600 sebulan manakala wife kakitangan kerajaan gred 41. Kami berhasrat membeli sebuah rumah semi-d berkeluasan tanah 2870kps di kuantan berharga RM310,000. Rumah telah siap dibina selama 3tahun tetapi masih belum diduduki kerana rumah tersebut pada asalnya ingin diduduki oleh pemaju sendiri tetapi tak jadi dan pemaju berhasrat untuk menjual kepada orang awam yang berminat. Harga asal rumah tersebut adalah Rm235,000 sahaja ketika mula dijual. Persoalan saya adalah adakah berbaloi untuk saya membeli rumah ini?dan jika saya ingin membeli dgn menggunakan gov loan isteri yg kelayakannya hanyalah RM255,000, apakah cara yg boleh saya gunakan untuk menampung baki Rm55,000 harga rumah tersebut?
HAI, SAYA INGIN MEMBELI RUMAH SECONDHAND BERHARGA 260K DI KERTEH, X TAU PROCEDURE MCMANE, ADAKAH MEMERLUKAN 10% CASH DEPOSIT ATAU 100% LOAN, MCMANE PENGELUARAN KWSP,
DAN INI RUMAH PERTAMA SAYA
BOLEHKAH 10% DEPOSIT CASH DIAMBIL DARI EPF
BOLEHKAH LOAN DAN PENGELUARAN EF DI COMBINE DENGAN SUAMI…
BLUR PASAL LOAN RUMAH.. PLS HELP, TQ
sya akan brkhwin mei 2012..gaji basic sya dan husband 4300..kmi krja tmpt yg sme…pyslip ade,epf n socso mjikan tolak dlm pyslip…tp xcrum…blh ke sya dh suami bli rumah..mcm mne cre trbaik …dan minimum hrga brae blh lps…area lmbh klng…
saya telah membeli rumah 2nd hand (freehold) daripada penjual pada bulan 1 Oktober 2011. Sehingga kini bulan ke-4, process untuk payment masih belum dibuat lagi disebabkan lawyer (untuk bank loan) tak buat kerja dgn betul. Saya akan dikenakan penalti sebab lewat buat settlement. Bolehkah saya buat tuntutan kepada lawyer yang menyebabkan kelewatan process settlement ini? Jika boleh, bagaimana caranya?
salam..sy nk tye mcmne nk beli rumah yg x payah 10% tu..tuan rumah yg sy sewa skrng nk jual 100k..so sy nk beli tp xtau mcmne..kalau pergi bank terus bole ke?peguam mcmne plak?
Assalamualaikum
Minta pandangan dari tuan/puan yang arif.
Saya memiliki syarikat secara perkongsian. 2 pemilik. Dan syarikat kami berstatus Enterprise. Adakah rumit untuk saya membeli rumah ?
Mohon pencerahan
saya ingin mengetahui peluang saya untuk memiliki rumah sendiri,,, saya berpendapatan dalam 2xxxx.xx dan bayak tanggungan, dan sekarang saya masih menyewa,wang simpanaan kwsp saya mencecah 70,000.00 tapi saya tak tahu bagaimana untuk mengunakan nya untuk membeli rumah,,, kerana saya bimbang di kenakan 10% untuk urusan guaman(perguam) saya tidak ada wang untuk urusan itu .boleh kah pihak kwsp mendulukan pembayaran 10% urusan perguam itu,,,,,, dan boleh kah pihak kwsp mendulukan pedahuluan,,,, untuk membeli tanah,,??