Pangsapuri (Apartment) Belimbing Heights di Sg. Besi untuk dijual.
Pangsapuri Belimbing Heights adalah satu lokasi hot-spot terbaik untuk hartanah yang berhampiran kuala lumpur. Pangsapuri ini mempunyai ciri istimewa yang digelar “Hatten” dengan reka bentuk kehidupan tropikal. Mempunyai bukaan lantai yang luas dan siling tinggi menjadikan pangsapuri (apartment) ini berbeza dari mana – mana pangsapuri yang sekelas dengannya.
Belimbing Heights Seri Kembangan ini hanya dipisahkan oleh 20 kilometer jarak perjalanan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Di sini anda bakal menikmati kemudahan hiburan terhebat di dalam negara seperti pusat membeli belah Mines dan Mines Resort, Palace of Golden Horses yang terkenal dengan restoran – restoran bertaraf antarabangsa .
Hartanah ini juga berdekatan dengan kawasan pembangunan selatan dan mempunyai akses jalan yang sama untuk ke Cheras, Kajang, Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya. Lapangan terbang Antarabangsa KLIA dan Litar Sepang juga hanya 30 minit sahaja perjalanan dari sini.
Jenis Hartanah: Pangsapuri (Apartment) + Dengan fasiliti kondo
Luas Binaan: 926 kaki-persegi
Bilik: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Jenis Dalaman : Sebahagian diubahsuai
Jenis Milikan: Pegangan Bebas (FreeHold)
Fasiliti lain; Kawasan khas BBQ, tempat letak kereta berbumbung, taman permainan, kolam renang, kawalan keselamatan 24 jam
Harga Jualan: RM170,000 (boleh runding)
Hubungi: 016 – 203 4402
Popularity: 13%
Salam. sy ingin bertanya pendapat sesape yg tinggal or tahu ttg belimbing heights. Harap boleh kongsi pengalaman. Sy sedang mencari rumah area KL….Adakah berbaloi sy beli/ ada suggestion lain. My hubby kerja PJ…
Sy mmg tggal d sana. Location bagus. Dekat dgn mines & jusco balakong. Selesa tggl di sana. Nyaman. Jauh dr hiruk pikuk bandar. Cuma kalau pagi2 tu jln sesak kat exit mines. Sy bekerja d KL. Kalau pg2 kena keluar around/b4 7am. Kalau x, sangkut kat situ. Stres kalau lbt. Kalau keluar awal pg mmg cepat spi. Sama gak kalau ptg, jln sesak ke sana. Tp byk alternative road blh amik kalau tau.
tenkiu sb bg respon. sy nk tanya kalau saya beli untuk wat sewa senang tak nk carik penyewa?
So far cr penyewa senang gak. Kalau xpun blh mtk tlg mgmt ofc advertise kan. Normally foreigner students sewa or yg bekerja area bangi, putrajaya, kajang mmg ok. My personal opinion, good investment. U view d hse & area dulu then u decide.
untuk makluman hajar… rumah tu memang ade penyewa sekarang nak continue sewa pun boleh rasanya.
salam
rumah ni dah dijual ke?