Berita tak rasmi hari ini;
Berkemungkinan besar Bank-bank tempatan akan memulakan langkah menurunkan lagi BLR untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan. Kadar BLR semasa adalah 5.5%. Tetapi mereka akan mengurangkan kadar faedah pinjaman semasa yang terlalu kompetitif diantara bank.
Tindakan sepakat bank-bank Malaysia ini adalah susulan dari komen pengurusi Maybank di Sidang kemuncak bank-bank Malaysia yang ke 13 dua minggu lepas.
Ekoran dari penurunan BLR pada bulan March 2009 telah mengurangkan keuntungan bank malah ada sesetengah bank boleh menawarkan sehingga 3.3% kadar faedah setahun. Ianya ternyata lebih rendah dari pinjaman kerajaan yang tersekat pada kadar 4% setahun. Beliau mengatakan kadar ini mesti di kaji semula dan bank-bank harus memberi pinjaman mengikut risiko asas pinjaman. Disebabkan persaingan, bank-bank pada hari ini terlalu terikut-ikut tren pasaran dengan memberi pelbagai keistimewaan yang akhirnya mereka terlupa akan keuntungan.
Berita tidak rasmi yang diterima, berkemungkinan besar kadar faedah dari bank mungkin akan di “standard” kan sebagai contoh; Jika anda hari ini menerima tawaran kadar faedah BLR-2.2 atau BLR-2.4 yang paling tinggi, bermula pada minggu hadapan bank-bank akan mengurangkannya pada BLR-1.5 -+ atau BLR-1.7 -+.bergantung pada keputusan bank-bank tertentu.
Sebagai contoh: Jika anda membeli rumah berharga RM500,000
Mengikut kadar BLR-2.2 (Sekarang) dan pinjaman selama 20 tahun.
Bayaran pinjaman anda adalah: RM2564 +-
———————————————————————————————————————-
Setelah bank menyemak kembali kadar faedah Jun 2009: BLR (5.5%-1.5) (Dijangkakan) + pinjaman selama 30 tahun;
Bayaran pinjaman anda adalah: RM2727 +-
Pada tahap ini berkemungkinan pinjaman bank lebih kurang sama dengan pinjaman perumahan oleh kakitangan kerajaan.
———————————————————————————————————————-
Selain dari itu, berita tidak rasmi mengatakan ada diantara bank-bank sedang meneliti kelayakkan individu atau profil peminjam dan jika dipersetujui akan meletakkan syarat yang lebih ketat untuk seseorang itu membuat pinjaman.
Berkemungkinan kadar faedah baru akan di umumkan secara rasmi pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya minggu kedua jun 2009.
Persoalan disini, adakah benar BLR akan turun lagi? atau Bank negara akan menyemak kembali OPR dan meningkatkan BLR? sama-sama kita nantikan berita rasmi pada minggu hadapan.
Popularity: 1%