Syarat yang dicadangkan bagi pemaju perumahan di negeri ini agar memperuntuk 30 peratus projek perumahan baharu bagi pembinaan rumah kos rendah adalah bagi faedah kebanyakan rakyat Sabah, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor, pada Rabu.
Kumpulan Syarikat Drumah melalui syarikat pengurusan hartanahnya Drumah Bina Sdn Bhd akan melancarkan projek kediaman mampu milik yang bernilai 58 Juta dengan penawaran sebanyak 131 unit hartanah bercampur pada awal tahun 2012 nanti.
Khairul Adha Azman begitu teruja apabila mendapat tahu Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan sesuai untuk golongan sepertinya.
Sebanyak 83 daripada 167 projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai sejak tahun 2009 berjaya dipulihkan sehingga akhir bulan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Chor Chee Heung.
Seramai 686 orang yang mendakwa ditipu untuk membeli rumah murah Khamis menghantar memorandum kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuntut supaya Menteri Besar Selangor itu membela nasib mereka.
Kerajaan negeri menubuhkan Pusat Sehenti (OSC) Perumahan Negeri bagi menyalurkan maklumat tepat berkaitan projek perumahan kerajaan dan swasta yang berpotensi dimiliki di bawah kendalian Lembaga Perumahan Melaka
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 dengan Akta Pengurusan Strata yang dijangka dilaksana tahun depan.
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan mencari tanah yang sesuai untuk membina rumah kos rendah dibawah program Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Harga purata unit kediaman di ibu negara meningkat dua kali ganda iaitu RM448,750 seunit berbanding harga purata nasional RM201,851 dalam tempoh separuh pertama 2011, demikian menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Jumaat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok bagi membincangkan mengenai pengambilalihan tanah untuk Projek MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang di Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang.
Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan bahawa 400,000 rakyat Kelantan yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan masih tidak mampu membeli rumah dianggap sebagai sesuatu yang serius dan perlu dilakukan sesuatu bagi menanganinya.
Sime Darby Berhad diminta memberi penjelasan berhubung pembelian 30 peratus saham syarikat pembangunan hartanah Eastern & Oriental (E&O) berjumlah RM776 juta secara tunai yang menimbulkan banyak keraguan serta dilihat sebagai satu urus niaga kurang bijak.
HomeGuru, laman web hartanah di Malaysia yang dimiliki AllProperty Media Pte Ltd dari Singapura, menyediakan jaminan bertulis tidak akan mengeluarkan senarai hartanah yang didakwa diambil daripada iProperty.com.my.
Pemilik hartanah di Jalan Sultan di sini yang terbabit dengan projek pembinaan terowong bawah tanah bagi MY Rapid Transit (MRT) membantah pembelian tanah dan pengambilalihan premis mereka.
MCA Selangor menyifatkan skim pemilikan kediaman persendirian yang diperkenalkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, sebagai satu umpan politik semata-mata.