Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini » Berita Harta

Syarat Kuota 30 Peratus Rumah Kos Rendah Baik Bagi Kebanyakan Rakyat Sabah, Kata Hajiji
Gambar Hiasan

Syarat yang dicadangkan bagi pemaju perumahan di negeri ini agar memperuntuk 30 peratus projek perumahan baharu bagi pembinaan rumah kos rendah adalah bagi faedah kebanyakan rakyat Sabah, kata Menteri Kerajaan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor, pada Rabu.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, kita mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kepentingan majoriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah, Datuk Susan Wong, yang berkata semalam persatuannya membantah keras cadangan itu.

Beliau berkata jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menambah kos pembangunan dan akan menyebabkan kenaikan harga rumah kos sederhana dan tinggi.

Mengumumkan cadangan itu pada sidang dewan undangan negeri baru-baru ini, Hajiji berkata syarat itu bertujuan membolehkan mereka yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri di kawasan bandar.

“Ini adalah suara rakyat, apa yang ingin dilihat oleh rakyat, seperti yang ternyata daripada saranan yang dibuat oleh seorang ahli dewan undangan negeri. Saya cuma memberi tindak balas kepada kehendak rakyat,” katanya.

Mengenai dakwaan Susan bahawa langkah itu akan meningkatkan kos pembangunan, Hajiji berkata sudah tiba masanya pemaju perumahan memainkan peranan yang lebih besar dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat masing-masing dan tidak hanya memikirkan keuntungan.

“Mereka harus memberi balik kepada masyarakat. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Wah Mie Group telah membuktikan ini boleh dilakukan apabila mereka turut membina rumah kos rendah dalam projek perumahannya di Sepanggar.

“Kerajaan menghargai langkah kumpulan itu,” katanya sambil menyifatkan Wah Mie sebagai warga korporat yang baik.

Susan juga berkata Lembaga Pembangunan Bandar dan Perumahan milik kerajaanlah yang seharusnya memberikan tumpuan kepada pembinaan rumah kos rendah.

Menjawab kenyataan ini, Hajiji berkata pihak berkuasa tetap membina rumah kos rendah yang diberikan subsidi besar oleh kerajaan.

“Disebabkan oleh kebanjiran warga desa ke bandar-bandar utama, rumah-rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan tidak pernah cukup. Kita memerlukan kerjasama sektor swasta,” tegasnya.

Berhubung kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, Datuk Seri Lajim Ukin bahawa Kerajaan Sabah tidak perlu tergesa-gesa melaksanakan cadangan itu, Hajiji berkata beliau agak hairan dengan kenyataan itu kerana dasar itu bukanlah baharu dan telah dilaksanakan dengan jayanya di peringkat kebangsaan.

“Sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan saya rasa beliau tahu latar belakang dasar itu,” kata beliau.

– BERNAMA

Drumah Bakal Bina 131 unit Rumah Tahun Hadapan
Kumpulan Syarikat Drumah melalui syarikat pengurusan hartanahnya Drumah Bina Sdn Bhd akan melancarkan projek kediaman mampu milik yang bernilai 58 Juta dengan penawaran sebanyak 131 unit hartanah kediaman pada awal tahun hadapan.

Pihak syarikat menjangkakan sambutan untuk projek hartanah bakal diterima oleh komuniti hartanah ini, kerana setiap rekaan rumah yang ditawarkan pada pembeli mengikut tren masa kini dan masih didalam lingkungan harga mampu milik dan selesa untuk didiami.

Menurut Ketua Pengarah Operasinya, En Azali Bakri, “Hartanah yang bakal dijual bukan sahaja cantik, tetapi ia dilengkapi dengan sistem keselamatan bagi setiap penghuninya nanti” katanya.

Azali berkata, “Buat masa ini, Syarikat kami akan menumpukan projek pembangunan di sekitar selatan Selangor dan Negeri Sembilan, kerana hartanah disini mempunyai banyak potensi untuk diterokai”. Selain itu Kumpulan Syarikat Drumah juga bercadang untuk membina rumah bertingkat “apartment” di bandar Klang. “Jika proses pengambil-alihan berjalan dengan sempurna InsyaAllah hartanah ini bakal menjadi satu mercu tanda pada bandar klang” tambahnya lagi.

Pada masa kini terdapat permintaan daripada orang ramai yang mencari hartanah mampu milik di sekitar kawasan tersebut, malah rentetan lonjakan harga hartanah pada dua tahun lepas telah mengakibatkan ramai pembeli terutamanya pembeli hartanah kediaman pertengahan tidak mampu membeli hartanah yang meningkat secara tidak terkawal.

Drumah rasa bertanggungjawab untuk mambantu pemilik hartanah hari ini melalui usaha syarikat pengurusan hartanah Drumah Bina Sdn. Bhd.,  Dengan harapan melalui inisiatif swasta  ini ia dapat memberi alternatif lain kepada peminat hartanah demi menyediakan hartanah mampu milik yang diperlukan oleh pasaran kita hari ini.

Drumah didalam proses pengambil-alihan sebidang tanah pegangan bebas di Nilai berkeluasan purata 15 ekar yang bakal dijadikan taman perumahan pertama yang diurus sepenuhnya oleh kumpulan syarikat.

Syarikat ini juga bercadang untuk menambah lagi simpanan tanah kumpulan dan sedang mencari tanah-tanah yang sesuai untuk dijadikan tanah simpanan untuk projek pembangunan masa hadapan.

Jika ada diantara pemilik tanah yang berminat untuk bekerjasama dengan Drumah atau ingin menjual mereka boleh menghubungi 03-9171 7207 – atau emailkan sebarang maklumat terus kepada projek@drumah.com untuk penilaian kesesuaianya nanti.

Terkilan Tidak Mampu Miliki Rumah PR1MA
Gambar Hiasan

Khairul Adha Azman begitu teruja apabila mendapat tahu Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) akan dilaksanakan sesuai untuk golongan sepertinya.

Namun apabila diberitahu harga setiap unitnya adalah antara RM150,000 hingga RM300,000, keterujaannya bertukar suram.

Bagi pegawai bank berusia 29 tahun ini, harga sedemikian masih di luar kemampuannya.

“Pada saya harga yang ditawarkan masih terlalu tinggi, kerana jika dicongak kembali, kos ini tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan,” katanya yang sudah berkahwin tetapi menyewa di Petaling Jaya.

Bagi dirinya, jenis hartanah yang wajar dibangunkan bagi kediaman bernilai tidak kurang dari RM150,000 ialah rumah teres, biarpun kecil tetapi selesa terutama bagi mereka yang telah berkeluarga.

“Kita masih banyak tanah terbiar yang boleh dibina rumah teres,” tambahnya.

Kerani syarikat swasta, Mohd Najib Shokri, 28, juga tidak mampu memiliki rumah tersebut.

“Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan bagi membina lebih banyak rumah teres berbanding pangsapuri,” katanya yang kini menyewa di kawasan rumah pangsa yang padat di Jalan San Peng di sini.

Bagi penjawat awam Mohd Iqbal Ikhwandy, 25, beliau mahu kerajaan mengkaji keperluan dan kemampuan rakyat untuk memiliki rumah PR1MA memandangkan kos sara hidup seperti di Kuala Lumpur yang tinggi.

Seorang pegawai agensi kerajaan, Mohd Fiqqrie Yahaya, 26, mencadangkan syarat memiliki rumah itu dilonggarkan seperti mengecualikan bayaran deposit dan mengurangkan ansuran bulanan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

“Walaupun saya dan isteri sudah menggabungkan gaji kami, namun ia masih tidak mencukupi dan sekaligus tidak melayakkan kami untuk membeli rumah PR1MA, katanya yang menetap di Kuala Selangor.

Di samping itu, peniaga Asyuat Din, 33 dan isterinya pekerja swasta, Zurin Tahir, 31, mahu syarat pemilikan rumah PR1MA diperketatkan agar mereka yang benar-benar layak sahaja dibenarkan memilikinya.

Sementara itu ejen perumahan swasta, Fazuli Ismail, 32, berkata publisiti mengenai pemilikan rumah tersebut masih tidak meluas.

“Walaupun bekerja sebagai ejen perumahan, namun saya dan rakan-rakan saya pun tidak tahu bagaimana hendak memohon rumah ini.

“Bila ditanya kepada ejen yang mengendalikan projek ini, mereka menjawab rumahnya telah penuh ditempah. Jadi bagaimana kita nak tahu lokasi rumah dan cara untuk menempahnya,” katanya yang masih menyewa di Gombak.

– BERNAMA

9,278 Pembeli Dapat Manfaat Daripada 83 Projek Perumahan Terbengkalai Dibaikpulih
Gambar Hiasan

Sebanyak 83 daripada 167 projek perumahan yang diisytiharkan terbengkalai sejak tahun 2009 berjaya dipulihkan sehingga akhir bulan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata kejayaan itu dengan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang telah memberi manfaat kepada 9,278 pembeli yang telah menunggu sekian lama untuk memiliki rumah.

“Sebanyak 62 projek atau 37 peratus lagi sedang dipulihkan dan berada dalam pelbagai peringkat kemajuan manakala baki 22 projek kini dalam perancangan untuk dipulihkan,” katanya ketika merasmikan Seminar Perumahan Kebangsaan anjuran bersama KPKT dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) dan Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Ahmad Kabit, Presiden Rehda Datuk Seri Michael Yam dan Setiausaha Agung Kehormat HBA Chang Kim Loong.

Chor berkata kebanyakan kes projek perumahan terbengkalai melibatkan pemaju tidak berlesen yang mengambil peluang mengaut keuntungan ekoran kurang kesedaran pembeli mengenai hak mereka sebagai pembeli seperti yang terkandung dalam surat perjanjian jual beli (S&P).

Beliau berkata kebanyakan kes rumah terbengkalai yang dilaksanakan pemaju tanpa lesen pula menunjukkan pembeli rumah tidak memahami aspek asas sebelum membeli rumah, iaitu pemaju memerlukan lesen pemajuan perumahan daripada kementerian.

Prihatin dengan keperluan rakyat khususnya dalam isu perumahan terbengkalai, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai untuk memantau dan memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara, katanya.

“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai dengan keutamaan kepada kos rumah rendah melalui Belanjawan 2012 yang lalu, dan peruntukan itu adalah bukti keperihatinan dan komitmen kerajaan terhadap masalah ini,” katanya.

Chor turut menyarankan supaya laman sesawang Jabatan Perumahan Negara (JPN) yang kini hanya memaparkan syarikat pemaju perumahan berlesen tanpa menyatakan butiran terperinci pemaju seperti tarikh tamat lesen, hendaklah juga memasukkan beberapa maklumat tambahan bagi memudahkan pembeli membuat rujukan sekiranya ingin membeli sesuatu hartanah.

Beliau turut menasihatkan bakal pembeli agar jangan terlalu ghairah dan terpengaruh apabila melihat sesuatu pelancaran perumahan dengan terus membuat bayaran pendahuluan dan menandatangani dokumen pembelian tanpa terlebih dahulu membuat semakan dengan jabatan perumahan.

Sementara itu Ahmad berkata isu perumahan terbengkalai sepatutnya tidak lagi berlaku jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa dalam meluluskan kebenaran merancang, kelulusan pelan bangunan serta tanah lebih efektif menangani perkara itu.

Beliau berkata sekiranya pemantauan PBT mendapati sesuatu projek itu dilaksanakan tanpa memenuhi syarat tersebut, PBT boleh mengambil tindakan di bawah bidang kuasa mereka tanpa perlu menunggu tindakan daripada kementerian.

“Pada saya kalau semua pihak PBT memainkan peranan yang berkesan dan berterusan isu pembangunan tidak berlesen yang melibatkan kelulusan kebenaran merancang, kebenaran bangunan yang diberikan oleh PBT, isu perumahan terbengkalai tentunya tidak lagi berbangkit,” katanya.

Ahmad berkata setakat ini pihaknya menyenaraikan sebanyak 195 pemaju perumahan tanpa lesen yang beroperasi di seluruh negara di mana 153 daripadanya beroperasi di Selangor.

“Daripada 195 pemaju tanpa lesen, 54 pemaju telah dipanggil untuk pendakwaan di mahkamah di bawah Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan 1966), dan mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5 (1) akta tersebut,” katanya.

– BERNAMA

686 Dakwa Ditipu Beli Rumah Kos Rendah Minta Dibela Menteri Besar Selangor
Gambar Hiasan

Seramai 686 orang yang mendakwa ditipu untuk membeli rumah murah Khamis menghantar memorandum kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuntut supaya Menteri Besar Selangor itu membela nasib mereka.

Memorandum diserahkan oleh wakil kumpulan itu Mohamed Durrany Izam, yang diiringi kira-kira 50 pembeli rumah murah berkenaan, kepada Pegawai Komunikasi Menteri Besar Selangor, Noor Amin Ahmad.

Mereka mendakwa ditipu seorang individu yang mengaku sebagai pegawai khas Menteri Besar Selangor hingga membuatkan mereka membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,100 bagi pembelian rumah kos rendah di Taman Botani Klang, Taman Selayang Mulia, Taman Harmoni Balakong dan Taman Intan Cheras yang didakwa atas kuota politik oleh individu terbabit.

“Kami pernah mengadu masalah kami kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin namun tidak mendapat jawapan yang memuaskan jadi kami harap Menteri Besar dapat membela nasib kami.

“Kami dijanjikan oleh individu yang turut mendakwa dirinya Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Malah diberikan surat oleh LPHS dan bawa kami melihat rumah tapi akhirnya kami diperdaya,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang turut bersama kumpulan itu berkata kumpulan itu juga mahukan permasalahan mereka dibawa kepada perhatian persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang sedang berlangsung.

Sementara itu, kerajaan Selangor menafikan terbabit dalam urusan jual beli rumah kos rendah seperti yang didakwa oleh kumpulan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk menguruskan penjualan mana-mana rumah kos rendah kerana semua urusan dilakukan secara terus melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah.

“Malah penjualan rumah murah tidak memerlukan sebarang deposit. Siasatan kami juga mendapati rumah-rumah murah yang ditawarkan kepada pembeli terbabit sebenarnya sudah ada pembeli,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan cuba membantu pembeli yang tertipu dengan menawarkan rumah murah di lokasi yang lain.

– BERNAMA

Melaka Tubuh Pusat Sehenti Perumahan Tawar 1,602 Rumah Belum Terjual
Gambar Hiasan

Kerajaan negeri menubuhkan Pusat Sehenti (OSC) Perumahan Negeri bagi menyalurkan maklumat tepat berkaitan projek perumahan kerajaan dan swasta yang berpotensi dimiliki di bawah kendalian Lembaga Perumahan Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata sebanyak 1,602 unit rumah ditawarkan oleh pemaju perumahan melalui OSC itu antara RM35,000 dan RM550,000 seunit dengan nilai keseluruhan RM386 juta.

Beliau berkata penubuhan OSC juga bagi menangani masalah lambakan kuota bumiputera yang masih belum terjual.

“Pertam Properties dan Hartanah Bumiputera Melaka menawarkan sebanyak 1,002 unit rumah dan kedai pejabat kuota bumiputera yang telah siap tetapi belum terjual dengan nilai keseluruhan RM253 juta,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perasmian OSC Perumahan Negeri Melaka, di Melaka Mall di sini, Jumaat.

Mohd Ali berkata penubuhan OSC merupakan komitmen bersungguh-sungguh kerajaan negeri untuk meningkatkan daya saing melalui penambahbaikan dan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Beliau berkata penubuhan OSC itu juga diharap dapat membantu menarik lebih ramai lagi pembeli rumah di kalangan bumiputera khususnya dan juga rakyat Malaysia yang lain untuk membeli rumah kali pertama.

Ini kerana, kata beliau, semua pemaju perumahan yang melaksanakan pembangunan perumahan di negeri ini akan berdaftar di bawah Lembaga Perumahan Melaka bagi memudahkan pengumpulan data berkaitan perumahan terutama melibatkan rumah yang belum terjual.

Beliau berkata langkah itu bagi membantu orang ramai membuat perbandingan dan keputusan terbaik dalam pemilihan rumah yang bersesuaian dengan kehendak mereka tanpa perlu bersusah payah ke pejabat pemaju perumahan.

“Ini kerana segala maklumat tentang lokasi rumah, harga, jenis dan pemaju boleh diperolehi di OSC tersebut,” katanya.

– BERNAMA

Akta Bangunan Dan Harta Diganti Dengan Akta Pengurusan Strata Tahun Depan
Gambar Hiasan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 dengan Akta Pengurusan Strata yang dijangka dilaksana tahun depan.

Menterinya Datuk Chor Chee Heung berkata akta baru itu bagi menambah baik kerja pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata, antaranya akan melibatkan sebahagian besar pemilik sebagai anggota Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang lazimnya diurus pemaju.

Langkah itu bagi mengatasi masalah yang sering timbul seperti pemilik tidak membayar caj penyelenggaraan dan sikap pemilik yang ambil mudah mengenai penyelenggaraan dan baik pulih bangunan, katanya kepada pemberita Jumaat.

“Ada juga pemaju yang tidak ambil peduli mengenai penyelenggaraan bangunan mereka, jadi kita mahu pemaju dan pemilik bersama-sama menubuhkan JBM di kawasan(bangunan) mereka,” katanya.

Justeru katanya, menerusi undang-undang baru tersebut semua pihak terbabit dapat membuat keputusan secara kolektif bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) di sini, berkata akta baru itu juga membolehkan pembeli menerima sijil hak milik strata serentak dengan dokumen lain termasuk sijil layak menduduki (CF).

Kerajaan Cari Tanah Bina Rumah Kos Rendah
Gambar Hiasan

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan mencari tanah yang sesuai untuk membina rumah kos rendah dibawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Menterinya Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, fokus kini akan diberi pada kawasan berkepadatan tinggi di mana berdasarkan kajian yang dibuat, hampir 90,000 keluarga memerlukan rumah untuk di diami disini.

“Walaupun  hartanah tersebut adalah rumah kos rendah, ia tetap berkualiti dengan keluasan 700 kaki persegi” katanya yang di petik dari akhbar thestar.

“Pada saat ini, rumah-rumah kos rendah akan dibina pada kawasan Wilayah Persekutuan dan Pahang manakala rumah kos rendah di Selangor dan Sabah akan di sewakan pada harga RM124 sebulan.”

Datuk Seri Chor berkata, rumah PR1MA adalah untuk mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih dari RM2500 sebulan.

Harga Rumah Meningkat Dua Kali Ganda Di KL
Gambar Hiasan

Harga purata unit kediaman di ibu negara meningkat dua kali ganda iaitu RM448,750 seunit berbanding harga purata nasional RM201,851 dalam tempoh separuh pertama 2011, demikian menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Jumaat.

Harga kediaman yang lebih tinggi didorong oleh permintaan yang kukuh, kenaikan kos input pembinaan, kekurangan tanah, dan pinjaman yang mudah diperoleh.

Laporan itu menyatakan peningkatan harga tanah kediaman merupakan faktor utama yang menyumbang kepada isu perumahan di Malaysia dan didorong oleh pertambahan jumlah penduduk di kawasan bandar dan peningkatan pendapatan isi rumah.

Faktor tersebut menyumbang kepada permintaan melebihi penawaran terutama bagi rumah kos rendah dan sederhana yang terjejas akibat projek perumahan terbengkalai dan lewat serta kawalan kualiti yang tidak mencukupi dan penggunaan bahan binaan berkualiti rendah.

Beberapa inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi isu berkenaan, antaranya memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku pada 8 Mac tahun ini untuk membantu golongan muda bawah 35 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Sehingga akhir Jun 2011, sebanyak 772 permohonan diterima dan 143 telah diluluskan dengan jumlah yang dijamin bernilai RM7 juta melalui skim itu.

Menurut laporan itu, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai lepas merupakan satu lagi program Perkongsian Awam-Swasta melibatkan kerajaan dalam menyediakan tanah dan kemudahan dana untuk pembinaan rumah di kawasan bandar pada harga berpatutan.

Fasa pertama PR1MA melibatkan pembinaan sebanyak 42,000 unit rumah di 20 kawasan termasuk Bandar Tun Razak, Cyberjaya, Putrajaya, Seremban Sentral dan Sungai Besi. Sebanyak 560 pangsapuri dibina dalam projek PR1MA pertama di Presint 11, Putrajaya.

Inisiatif memulihkan projek perumahan terbengkalai dilakukan dan sehingga akhir Julai lepas, 81 projek yang terdiri daripada 15,494 rumah telah dipulihkan.

– BERNAMA

Nazri Aziz Akan Jumpa PM Bincang Pengambilalihan Tanah Di Jalan Sultan Dan Bukit Bintang
Gambar Hiasan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok bagi membincangkan mengenai pengambilalihan tanah untuk Projek MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Kajang di Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang.

Mohamed Nazri berkata beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Syarikat Prasarana Sdn Bhd, yang bertanggungjawab dalam projek tersebut, supaya menimbang beberapa perkara, termasuk mencari laluan alternatif sebelum pengambilalihan tersebut dibuat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) berhubung isu itu di sini Selasa.

“Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat pernah berjumpa saya bagi menunjukkan laluan alternatif supaya projek tersebut dialihkan ke kawasan yang tidak jauh dari kawasan yang akan diambil alih itu,” katanya.

Proses pengambialihan tanah di Jalan Sultan bagi projek berkenaan mendapat bantahan dari pemilik hartanah, ahli sejarah dan aktivis seni budaya kaum Cina berikutan ia akan menjejaskan bangunan warisan sejarah yang berusia lebih 100 tahun di situ.

– BERNAMA