Kerajaan Akan Keluarkan Garis Panduan “Komuniti Berpengawal”

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengumumkan tidak lama lagi garis panduan tentang kawasan perumahan jenis “komuniti berpengawal” berikutan kemunculan semakin banyak konsep perumahan seperti itu kebelakangan ini.

1,345 Syarikat Pemaju Disenarai Hitam

Sebanyak 1,345 syarikat pemaju dan lebih 5,000 pengarah syarikat berkenaan disenarai hitam kerana terlibat dalam projek-projek perumahan bermasalah sehingga kini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Kerjasama RM 1 bil Projek antara Sime Darby Property, Sunrise

Petaling Jaya : Dua nama besar pemaju hartanah, Sunrise Bhd dan Sime Darby Property Bhd, telah bekerjasama untuk memajukan projek komersial di Bukit Jelutong, Selangor yang bernilai RM 1 bilion.

Pemaju Di Kelantan Bimbang Dengan Syarat Kerajaan Negeri

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kelantan yang berhadapan dengan kos kenaikan harga barang binaan turut berhadapan dengan kelewatan kerajaan negeri meluluskan status tanah dan sistem penjualan bersyarat yang dikenakan.

Warga Asing Hanya Boleh Beli Kediaman RM500,000 Dan Ke Atas

Kerajaan meningkatkan sekali ganda nilai had minimum perolehan unit kediaman oleh kepentingan asing kepada RM500,000 dan ke atas, seunit, berkuatkuasa 1 Jan.

Cukai Keuntungan Hartanah Terpakai Pada Hartanah Yang Dijual Dalam Tempoh Lima Tahun

Cukai keuntungan hartanah kini hanya terpakai kepada hartanah yang dijual dalam tempoh lima tahun daripada pembelian, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syarikat Berpangkalan Di AS Mahu Wujudkan Kemudahan AS$300 Juta Di Enstek

Sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) merancang membina sebuah kemudahan bernilai AS$300 juta di Enstek, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH Properties Sdn Bhd Zaharuddin Saidon Sabtu.

Pasaran Hartanah Dijangka Meningkat Positif

Pasaran hartanah Malaysia dijangka menyaksikan peningkat secara beransur-ansur, dengan pembeli mula kembali ke pasaran selepas kebanyakannya menangguhkan pembelian sejak dua tahun lepas akibat kelembapan ekonomi.

Persatuan Mahu Rayu Langkah Mengenakan Semula RPGT

Persatuan-persatuan daripada industri hartanah akan menyerahkan memorandum rayuan bersama kepada Kementerian Kewangan, paling lewat Isnin depan, untuk tidak mengenakan semula cukai keuntungan hartanah (RPGT) bermula 1 Jan, 2010.

UEM Land Catat Untung Pracukai Lebih Tinggi Untuk Suku Ketiga

Keuntungan sebelum cukai UEM Land Holdings Bhd meningkat kepada RM9.793 juta untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2009 daripada RM4.272 juta suku yang sama tahun lepas.

Dewan Selangor Lulus Bajet Tambahan RM392 Juta Untuk Beli Hutang Talam

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Isnin meluluskan bajet tambahan sebanyak RM392 juta kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk membeli hutang Kumpulan Talam daripada kerajaan negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pasaran Hartanah M’sia Tunjuk Tanda-tanda Pemulihan

Pasaran hartanah Malaysia dijangka terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif menjelang akhir tahun, dipacu minat berterusan terhadap hartanah kediaman, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Isnin.

Paradigma Intan Rancang Lebih Banyak Projek Pembangunan Komersil

Pemaju hartanah Paradigma Intan Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan Emkay, bercadang melancarkan projek pembangunan komersil di NeoDamansara, Damansara Perdana, dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM587 juta…

Kerajaan Kaji Susun Semula Sektor Perumahan Dan Hartanah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dan membuat rombakan menyeluruh terhadap sektor perumahan dan hartanah untuk kebaikan semua pihak yang terlibat.

Pasaran Sewa Semakin Pulih, Kata Axis REIT Managers

Pasaran sewa, terutamanya dalam penyewaan industri, kini berada dalam aliran pemulihan dengan permintaan semakin meningkat, demikian menurut Axis REIT Managers Bhd.