Kadar belian kondominium di kawasan utama di Kuala Lumpur pada suku pertama 2011 mencatatkan angka memberangsangkan iaitu antara 65 peratus dan 88 peratus, kata pengerusi eksekutif CB Richard Ellis Malaysia Christopher Boyd.
Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu.
Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, sedang merangka strategi dan mengenal pasti tapak-tapak untuk membina lebih banyak rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku di Lembah Klang.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, hari Isnin memperjelaskan bahawa pajakan tanah tidak diperbaharui secara automatik dan pemilik tanah perlu mengemukakan permohonan untuk memperbaharuinya.
Harga harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara Januari dengan Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol.
Pemaju hartanah, S P Setia Bhd, membeli kawasan pegangan bebas utama seluas 108.5 hektar (268.11 ekar) di zon perdana di Cyberjaya bagi sejumlah RM420.4 juta daripada Setia Haruman Sdn Bhd.
Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan bahawa pihaknya menghapuskan 30 peratus kuota perumahan bagi pembeli bumiputera di negeri itu.
Nilai tanah di kawasan-kawasan penting utama di Kuala Lumpur boleh meningkat sebanyak 11 hingga 13 peratus setahun terutamanya ekoran pelaksanaan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT), kata HwangDBS Vickers Research.
Satu perkongsian pintar antara Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (SHTDA) dengan pemaju dari Semenanjung akan menyaksikan 20,000 unit rumah mampu milik dibina di seluruh Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.
Penduduk Blok 6 laut, Kampung Titingan dekat sini yang terlibat dalam kebakaran semalam tidak dibenarkan mendirikan rumah baru di kawasan berkenaan, kata Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
UDA Holdings Sdn Bhd tidak akan menyerahkan tanah di Lot Pt 57 Seksyen 11 di pusat bandar Kota Baharu, Kelantan, yang dibangunkan sebagai projek menaik taraf pusat perniagaan Arked UDA, kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri berkenaan.
AmResearch Sdn Bhd mengekalkan pendirian supaya pegangan ke atas sektor pembinaan ditambah memandangkan kesediaan kontrak baharu kini sudah semakin jelas.
Kerajaan masih belum bercadang untuk menaikkan harga siling bagi rumah-rumah berharga daripada RM220,000 hingga RM350,000, yang tidak memerlukan bayaran pendahuluan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.
Pasaran hartanah akan terus berkembang pada tahun depan kerana tiada jangkaan kemunculan gelembong, kata perunding hartanah. Mereka berkata minat belian yang kukuh dijangka diperolehi daripada pembeli asing dan banyak transaksi kediaman dijangka dilihat di kawasan bandar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata perlaksanaan projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari tahun hadapan hingga 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi.