Sime Darby Berhad diminta memberi penjelasan berhubung pembelian 30 peratus saham syarikat pembangunan hartanah Eastern & Oriental (E&O) berjumlah RM776 juta secara tunai yang menimbulkan banyak keraguan serta dilihat sebagai satu urus niaga kurang bijak.
HomeGuru, laman web hartanah di Malaysia yang dimiliki AllProperty Media Pte Ltd dari Singapura, menyediakan jaminan bertulis tidak akan mengeluarkan senarai hartanah yang didakwa diambil daripada iProperty.com.my.
Pemilik hartanah di Jalan Sultan di sini yang terbabit dengan projek pembinaan terowong bawah tanah bagi MY Rapid Transit (MRT) membantah pembelian tanah dan pengambilalihan premis mereka.
MCA Selangor menyifatkan skim pemilikan kediaman persendirian yang diperkenalkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertujuan memudahkan rakyat negeri itu memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, sebagai satu umpan politik semata-mata.
Hartanah kediaman Malaysia telah ditetapkan harga secara realistik berbanding dengan hartanah di pasaran serantau yang lain dan mempunyai prospek untuk meningkat lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif MGPA Asia John Saunders.
Kadar belian kondominium di kawasan utama di Kuala Lumpur pada suku pertama 2011 mencatatkan angka memberangsangkan iaitu antara 65 peratus dan 88 peratus, kata pengerusi eksekutif CB Richard Ellis Malaysia Christopher Boyd.
Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu.
Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, sedang merangka strategi dan mengenal pasti tapak-tapak untuk membina lebih banyak rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku di Lembah Klang.
Sektor harta dan hartanah di Sarawak dijangka menikmati limpahan ekonomi daripada Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dalam tempoh lima tahun akan datang apabila semua aktiviti di bawah program pembangunan itu mula dilaksanakan.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, hari Isnin memperjelaskan bahawa pajakan tanah tidak diperbaharui secara automatik dan pemilik tanah perlu mengemukakan permohonan untuk memperbaharuinya.
Ekonomi negara akan turut terkena tempias sekiranya kedudukan ekonomi Jepun terjejas teruk akibat dilanda bencana gempa bumi kuat tengah hari Jumaat.
Harga harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara Januari dengan Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol.
Pemaju hartanah, S P Setia Bhd, membeli kawasan pegangan bebas utama seluas 108.5 hektar (268.11 ekar) di zon perdana di Cyberjaya bagi sejumlah RM420.4 juta daripada Setia Haruman Sdn Bhd.
Pemaju hartanah, I-City, akan memperkenalkan pengalaman “salji turun” yang pertama di Asia Tenggara, di Malaysia, apabila memperoleh hak ke atas mesin salji buatan Korea — untuk pusat artik seluas 50,000 kaki persegi di Shah Alam.
Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan bahawa pihaknya menghapuskan 30 peratus kuota perumahan bagi pembeli bumiputera di negeri itu.