Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini » Deko Rumah

Perpustakaan Antara Dekorasi Terbaik Di Rumah
Gambar Hiasan

Pada 23 April 2011 yang lalu, akhbar Utusan  menyiarkan  bekas Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir  menyarankan  agar golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga. Menurut beliau,   ini adalah amalan orang kaya di negara barat seperti Amerika Syarikat  yang gemar membina perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama,  kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas pemiliknya meninggal dunia.

Kita asyik dan ghairah dengan pelbagai tips dekorasi, malah sentiasa inginkan sebuah Rumahku Syurgaku yang dipenuhi perabot antik atau hiasan dalaman ala-mediteranian, ala-Inggeris dan sebagainya. Tidak kah kita ingin  menjadikan Rumahku Syurgaku sebagai Rumahku Syurga Ilmuku? Ilmu itu lebih luas dari samudera dan cakerawala, bila kita mengadap Yang Esa, salah satu soalan yang kita harus jawab ialah tentang ilmu. Malah, ayat pertama yang diwahyukan kepada umat manusia juga tentang Ilmu iaitu surah Iqra’ –Baca lah.

Saranan Tun Mahathir sememangnya sangat  baik dipraktikkan segera. Cuma isu membina perpustakaan ini tidak semestinya harus dimulakan atau dilaksanakan oleh orang-orang kaya. Kita yang hidup sederhana, malah orang miskin juga boleh memiliki perpustakaannya sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Mungkin rumah kita agak kecil berbanding rumah agam yang tersergam indah atau rumah banglo atau kondominium. Namun di setiap kediaman, sudah semestinya memiliki ruang yang tersembunyi seperti di bawah tangga, di pesisiran tangga, di dapur, malah di dalam bilik mandi! Ya, jika mengikut kebiasaan orang-orang Barat, mereka turut membaca di dalam bilik mandi, di dalam tandas, di dalam kenderaan bergerak, malah ketika berdiri menanti kenderaan awam. Kita bagaimana? Jangan malu untuk melakukannya. Jika kita tidak memulakan, siapa lagi?

Perpustakaan bagi ruangan tersembunyi

1.    Jika rumah anda bertangga,  rak-rak buku boleh dibina di pesisiran tangga, di bawah tangga (ruangan bawah tangga bukan sekadar  stor). Sama lah seperti anda menampal gambar-gambar anda di pesisiran tangga, itu satu kenangan, bukan? Buku juga boleh memberikan kenangan dan pengalaman.

2.    Di dapur, anda juga boleh menambah rak-rak khas untuk buku resepi, buku tentang tanaman dll bergantung pada keinginan anda. Mungkin ada di antara ibu-ibu minat membaca novel sambil menanti nasi ditanak atau kuah mendidih.

3.    Di kamar mandi, buku-buku kesukaan anda turut menambahkan nilai intelektual diri anda. Cuma raknya haruslah agak tinggi agar tidak basah.

4.    Di kamar tidur. Ini agak biasa bagi sesetengah orang meletakkan rak buku atau membaca sebelum melelapkan mata.

Apa gunanya perpustakaan  jika saya jarang berada di rumah?

Oh, ramai orang yang sentiasa bergerak dan berhijrah disebabkan tuntutan pekerjaan, tanggung jawab dan sebagainya. Mungkin anda juga. Perpustakaan di rumah tidak akan menjadi pembaziran terutama bagi anda yang sudah berkeluarga. Anda punya anak, isteri, suami, adik-beradik, rakan serumah dll yang boleh memanfaatkan ilmu.

Saya tidak mampu dengan kos membina perpustakaan kerana harga buku di pasaran sangat mahal.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Benar, harga buku agak mahal, terutama yang berkulit keras tetapi  kenalah selalu mengunjungi kedai buku atau pesta buku agar anda boleh mendapatkan diskaun. Juga,  anda jangan silau mata dengan kulit buku yang cantik atau bersifat bestseller. Jika mencintai ilmu, kita akan membeli apa sahaja asalkan sesuai dengan kehendak, minat dan keperluan kita. Anda suka memancing, belilah koleksi buku tentang itu. Anda gemarkan fesyen, belilah buku tentang rekaan pakaian, jahitan dll. Apa yang penting isi kandungannya, bukan kulitnya.

Anak saya kecil lagi, menyusu pun dia belum berhenti. Untuk apa buku dan perpustakaan? Apa kata tunggu dia besar dahulu.

Oh inilah antara alasan yang patut dihindari. Kita percaya pada “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” bermakna kita haruslah bersikap optimis dan memandang ke hadapan.

Anak yang dimewahkan dengan ilmu pastinya akan membesar dan dewasa bersama ilmu. Anak yang dibesarkan dengan hanya bermain play station, pastinya akan lebih suka berhibur. Pilihan anda bagaimana?

Lakukannya jika anda mahu. Jika kita tidak mencintai buku-buku, ke mana lagi duit poket hendak dicurahkan? Jadilah ibu bapa, penjaga dan saudara mara yang mencintai ilmu serta berkongsilah keindahan ilmu itu dengan waris generasi kita.

Akhir kata, percayalah – perpustakaan fizikal lebih bermakna daripada perpustakaan digital di dalam telefon bimbit anda.

Rumput hiasan penyegar laman
Kediaman anda berlaman luas tetapi sehingga kini hanya diselimuti pasir dan rumput liar yang jelek dipandang. Bagaimana jika hujung minggu ini anda luangkan masa sebentar dengan menanam rumput hiasan di laman tersebut. Kecil atau besarnya laman kediaman anda bukanlah ukurannya, tetapi inisiatif anda untuk mengindahkannya.

Kenali jenis-jenis rumput hiasan seperti rumput karpet tropika (axonosus compresus), Seranggoon (digitaria didactyla), Zoysia (Zoysia Matrella),Bermuda (Cynodon dactylon),Cintepede (Eremochloa ophiuroides), Saint Augustine (Stenotaphrum secundatum),Improved Bermuda (terdiri daripada Tif dwarf, tif way, tif green, tif fine). Walau bagaimanapun, antara rumput yang biasa diketahui, popular ditanam dan mudah ditemui di negara kita, seperti

1.Rumput Permaidani ( Carpet Grass )

-Tahan lasak dan tahan serangan serangga perosak.

2.Rumput Mutiara ( Pearl Grass )

-Penjagaan perlu rapi, terutama siraman dan pembajaannya. Agak mudah dijangkiti virus atau serangga perosak , tidak tahan cuaca panas dan tidak mampu melawan serangan pertumbuhan rumput liar. Walau bagaimanapun, rumput ini berwarna hijau gelap dan membebaskan oksigen yang lebih daripada rumput biasa. Mudahnya, rumput ini tidak perlu di potong ( triming ) kerap, memadai dengan cantasan ringan.

3.Rumput Padang (Cow grass)

-Rumput tahan lasak biasanya ditanam di bahu jalan, padang bola sepak atau tapak-tapak permainan. Kebaikannya, tahan daripada segala serangan perosak, penyakit, cuaca dan rumput liar serta cepat membiak. Bagaimanapun perlu ditrim sekerap dua minggu sekali.

Kaedah termudah menjaga rumput hiasan?

Umumnya, penyelenggaraan harian rumput tidak sukar semudah potong, siram,tanam semula dan juga mengawal rumpai tetapi kena faham perbezaan habitat pertumbuhannya, penjagaan dan pengaruh pengudaraan. Sedih, jika rumput yang indah tiba-tiba menunjukkan petanda layu, rosak dan tidak indah lagi. Rumput juga spesies hidup yang mudah diserang penyakit. Justeru, ketahui lah masalah rumput seperti kecederaan, tekanan (stress) , kekurangan nutrien (defisiensi) dan faktor luaran.

1. Kecederaan

-ditumpahi elemen kimia seperti baja, racun, minyak dll. Jadi, seelok-eloknya elakkan membancuh baja, racun dan sebagainya di atas kawasan rumput.  Jika tertumpah ke atas rumput, limpahkan sebanyak-banyak air di kawasan tumpahan untuk mencairkan sisa-sisa bahan kimia tersebut.

Jangan hairan jika anda boleh mengelap rumput dengan kain atau mengemopnya seperti permaidani serta perahkan di luar rumput.

-bagi rumput yang terkena najis haiwan dll, akan mati dan di sekelilingnya berwarna hijau. Jika baru terkena najis, anda juga boleh lakukan sepertimana di atas.

-mampatan tanah akibat dipijak. Disebabkan hal ini boleh merosakkan rumput, kebanyakan hotel, pejabat dll meletakkan papan tanda “Dilarang Memijak Rumput”.

Rumput perlukan ruang untuk bernafas, bermakna pengudaraan haruslah baik, jadi jika itu berlaku pada rumput anda, anda perlu menggemburkannya sedikit serta menambahkan bahan organik atau ubahlah laluan pejalan kaki. Jika tidak berkesan, nampaknya harus ditanam semula.

-pemotongan terlalu pendek sehingga daun rumput terpotong hingga kelihatan batang atau akarnya. Harus cermat dalam pemotongan.

2. Tekanan (stress) rumput

-Sepertimana manusia, rumput juga mengalami stressnya tersendiri misalnya rutin siraman berlebihan atau kurang. Rutin pembajaan turut mempengaruhi; jika berlebihan pertumbuhan rumput terlalu pantas manakala jika terlalu kurang baja, rumput menjadi kecil, kurus dan kelihatan tidak segar.

Rutin meracun juga perlu dihadkan. Terlalu banyak meracun rumput diibaratkan membakarnya hidup-hidup, maka rumput juga akan terencat pertumbuhannya atau mati.

3. Kekurangan nutrien (defisiensi)

- Kekurangan nutrient menyebabkan daun tua akan berwarna hijau muda dan pertumbuhannya terbantut. Cara mengatasi: cuma tambahkan baja sedikit demi sedikit.

- Kekurangan zat besi menyebabkan daun muda berwarna kuning walaupun rumput kelihatan seperti biasa, hanya warnanya sahaja tidak menarik seperti rumput kemarau. Seelok-eloknya, gunalah baja yang mengandungi zat besi.

- Biasanya rumput cepat kekurangan air. Siramlah dan jangan biarkan ia terus mengering.

4. Faktor luaran

-kekurangan matahari untuk melakukan proses fotosintesis menyebabkannya tumbuh panjang-panjang, mengurus dan mula tumbuh jarang. Pandai-pandailah mengatur tapak untuk menyemai agar pengudaraan dan pencahayaannya mencukupi.

Pilihlah spesies rumput yang sesuai dengan kawasan teduhan seperti rumput mutiara yang agak sensitif.

-angkara serangga perosak rumput seperti kulat rhizoctonia solani yang menyerang rumput jika sentiasa lembab, dollar spot yang menyerang rumput yang kekurangan air atau nutrien, atau cacing Army.

Kawalan biologi dan secara kimia hendaklah dilakukan. Gunakan racun serangga untuk mengawal serangga perosak, racun kulat untuk penyakit kulat. Racun boleh digunakan secara bergilir-gilir.

Tip Menjadikan Kamar Mandi Yang Menarik
Gambar Hiasan

Iklim panas lembab seringkali menjadikan tubuh kita berpeluh, berlengas dan tidak selesa. Ke mana lagi jika bukan kamar mandi lah tempat untuk menyegarkan tubuh dan memanjakan diri, merehatkan minda dan bersantai dengan aman.

Bayangkan bersantai di kamar mandi yang berbau harum sambil menikmati  keindahan warna dinding dan jubin lantai, serta deruan air paip yang menyegarkan. Terutama, kamar mandi yang dilengkapi jakuzi atau tab mandi. Namun, bukan semua orang memiliki kamar mandi terbaik.

Tips di bawah pasti dapat membantu untuk menjadikan kamar mandi anda tempat yang melegakan:

1.    Pencahayaan harus cukup kerana kamar mandi yang terang akan menjadikan diri kita lebih selesa. Terpulang pada kemampuan masing-masing untuk menggunakan lampu yang bagaimana. Ada juga orang gemar menggunakan lampu terang-benderang kerana semasa berendam, beliau membaca buku kegemarannya.

2.    Jika kamar mandi sangat sempit, lekatkan cermin berukuran besar di salah sebuah dinding. Ini menghasilkan ilusi yang terbukti dapat  menjadikan ruang sempit terasa lebih luas dan melegakan.

3.    Sesuaikan perabot atau peralatan dalam kamar mandi dengan keperluan. Tidak perlu menempatkan tab mandi  jika kita sememangnya jarang berendam, lebih-lebih lagi bagi ruang  yang  terbatas.

4.    Selalu membersihkan kamar mandi, cermin, perabot-perabot di dalamnya agar tidak comot dek percikan sabun, detergen, syampu atau  bahan lain. Kesan-kesan comot misalnya cermin menjadi kelabu atau jubin dinding kelihatan berdaki akan menyebabkan kita hilang selera untuk memanjakan diri. Ditambah jika kamar mandi berbau busuk.

5.    Segarkan kamar mandi dengan bau-bauan dan harum-haruman yang digemari. Jika kita menggemari bau lavender atau camomil, gunakan lah untuk mengharumkan kamar mandi. Kamar mandi harus wangi sepertimana kita memerlukan keselesaan di kamar tidur.

6.    Jika kita tidak mampu menghias kamar mandi dengan jubin dari lantai hingga dinding, kita boleh memilih cat yang sesuai dengan pencahayaan lampu. Walau bagaimanapun, penggunaan cat yang kalis air amat digalakkan walaupun harganya agak mahal.

Ini disebabkan cat mudah terkupas apabila terkena air atau wap di dalam kamar mandi, akhirnya rosak dan mencacatkan dinding.

Inginkan kamar mandi yang jauh lebih menarik?

Siapan dalaman asas seperti cat, jubin dan cermin bukan asing lagi bagi kita semua. Selain siapan yang asas, kita boleh menggunakan bahan lain untuk menghias kamar mandi sepertimana berikut:

1.Penggunaan border kertas dinding

Jika dinding kamar mandi tidak dilitupi oleh seramik keseluruhannya, kita gunakan border yang corak atau warnanya sesuai dengan jubin seramik dinding.

Kita boleh menampal border mengelilingi siling kamar mandi misalnya kerana kesan airy akan terhasil apabila memasuki kamar mandi dan melihat ke sekelilingnya.

2. Gaya tampalan jubin seramik

Jika hendak menampal keseluruhan dinding dengan jubin seramik, seeloknya ada gaya penampalan yang kreatif seperti menggunakan lis. Lis adalah jubin berasingan warna atau corak yang boleh ditampal sama ada di tengah, di tepi, ditampal sebagai border dan sebagainya.

Jika tidak menggunakan lis, memadai ditampal dengan stiker yang boleh dibeli di kedai-kedai hardware, harganya lebih rendah dan lebih banyak corak boleh dipilih, malah lebih mudah ditanggalkan dan diganti baharu.

3. Hiasan keranjang

Perhiasan seperti keranjang kayu, buluh atau rotan juga sesuai diletakkan di dalam kamar mandi. Ia boleh digunakan untuk menyimpan atau menyusun kelengkapan mandian, sekiranya kita tidak memiliki kabinet.

4.  Hiasan bunga hidup atau pokok hiasan

Bagi penggemar bunga hidup, gunakanlah hiasan ini sebaik-baiknya. Hiasan bunga hidup turut memberikan aura kepada kamar mandi selain haruman aromaterapi atau lilin  aromatik yang boleh dibeli di pasar raya.

Kita juga boleh meletakkan pasu-pasu berisi pohon hiasan yang kurang memerlukan cahaya matahari dan mudah dijaga seperti  Madagascar Dragon Tree or Red Edged Dracaena, yang sesuai dalam suhu kamar mandi kerana ia tidak dapat hidup dalam cuaca panas terik.

Selain itu, pokok ini  diiktiraf oleh NASA Clean Air Study dan didapati antara tanaman yang boleh membuang toksin di udara iaitu formaldehid. Ianya merupakan tanaman pembersih udara yang efektif dan antara tanaman terbaik membuang toksin jenis xylene dan trichloroethylene.

Atau, taburkan sahaja kelopak bunga ke dalam tab mandi anda. Keindahan kamar mandi bukan hanya di spa-spa atau pusat kesihatan. Taburlah kelopak bunga kegemaran seperti kelopak mawar ke dalam tab mandi kita agar serinya menyelubungi sebaik sahaja kita melangkah masuk untuk memanjakan diri.

Semoga tips di atas memberi  manfaat.

Topiari suatu seni hortikultur yang unik dan menawan
Contoh Topiari

Tahukah Anda, semenjak abad ke-16 lagi, seni hortikulur topiari diperkenalkan  oleh kerajaan Rom. Topiari merupakan seni membina pohon arca bagi menghiasi kediaman mewah, istana dan masih popular sehingga kini. Bentuk topiari itu sangat unik kerana kesenian dan kekereatifan pemangkasnya.

Kebanyakan topiari dipangkas agar menyerupai kartun Disney, haiwan dahulu-kala seperti dinasour, binaan terkenal di dunia seperti Tembok Besar China dan lain-lain. Umumnya, pohon arca topiari menghiasi pusat-pusat perniagaan, pusat membeli-belah, rumah-rumah agam dan kini kebanyakan golongan pertengahan juga sudah mampu memilikinya.

Jenis pokok yang sesuai dijadikan topiari seperti berikut:

1. Tumbuhan berdaun kecil: – Kemuning,  beringin kuning (Ficus Benjamina), pokok Ara, (F Nitida variegata) dan daun teh.

2. Tumbuhan berbunga seperti  bunga kertas, bunga raya dan melur.

3. Tumbuhan bonsai yg renek, sederhana dan kekal hijau.

4. Tumbuhan lain  seperti Buxus sempervirens, arborvitae (Thuja spp.), bay laurel (Laurus nobilis), holly (Ilex spp.), myrtle (Eugenia or Myrtus species), yew (Taxus species), and privet (Ligustrum species.)

Nota: Pokok pagar yang biasanya dijadikan penghadang dan pengganti pagar adalah contoh topiari yang ringkas dan mudah dibina.

Bagaimanakah topiari dihasilkan?

Sudah tentu mula-mula anda memerlukan peralatan seperti  gunting kebun (shears atau pruning shears),malah perapi pagar renek (hedge trimmer) juga boleh digunakan. Bersedialah untuk aktiviti pemangkasan sepertimana saya ajarkan di bawah ini.

Seni memangkas yang mudah dan berkesan:

1.Terdapat pelbagai jenis bentuk boleh dihasilkan seperti topiari haiwan dan corak geometri (bebola, piramid dll).Pohon yang ingin dijadikan topiari perlulah dibentuk dengan menggunakan kerangka dawai mata punai,plastik dan bahan-bahan sintetik tertentu.

2. Pokok tersebut hendaklah ditanam  berhampiran acuan mata punai tersebut.Setelah pokok menjadi matang dan mampu mengikut acuannya,   barulah boleh dipangkas mengikut bentuk yang dikehendaki.

Sukar sedikit hendak melakukannya?

Saya punya tips mudah untuk anda menghasilkan topiari  tidak lebih dari satu hari.

Lakukan dengan teknik pemasuan.

1.    Bina sebuah acuan kegemaran anda menggunaan dawai mata punai.

2.    Jika anda sudah punya tanaman pasu, tanamkan sepasu tanaman kecil itu ke dalam acuan kerangka dawai tersebut.

3.    Tips: Umur tanaman hendaklah yang melebihi 10 minggu atau lebih lagi.

Nah, anda sekarang sudah memiliki sebuah topiari asas yang bakal menghiasi meja kerja anda atau ruang kecil anda.

Inginkan tips yang lebih mudah?

1.Bina sebuah acuan kerangka dawai mata punai kesukaan anda.

2. Isi tanah ke dalamnya.

3. Pindahkan sahaja tanaman daripada beg semaian ke dalam acuan tersebut. Tips yang sama, tanaman hendaklah berumur 10 minggu atau lebih.

Setelah kita mengetahui teknik-tenik memangkas dan pemasuan, anda perlu juga mengetahui jenis-jenis seni hortikultur ini agar idea anda semakin berkembang dan kreatif.

Dalam gambaran fikiran kita, topiari merupakan sebuah arca pokok, tetapi bagaimana pula dengan bonsai,arca, jalin dahan atau espalier? Ini seni yang bagaimana pula? Sila baca perbezaannya di bawah:

Seni arca – batang pohon dimanipulasi menjadi binaan perabot dll bergantung pada tumbesaran pokok dan juga teknik cantuman tisu tumbuhan.

Bonsai – Biasanya pokok ditanam dalam pasu atau bekas tertentu.Teknik pemangkasan turut digunakan untuk mengekalkan saiz mininya.

Jalin dahan (Pleaching) – pohon renek dijadikan besar seperti pagar renek (hedge) bagi membentuk domino, daun terup dan corak-corak yang lebih menarik yang lebih rumit.

Espalier - popular di negara Eropah bagi menghasilkan buah agar cepat matang seperti zaitun, fig,plum, apricot, epal dan pear. Pohon-pohon akan ditanam menjalar pada dinding bangunan.

Selain itu,bagaimana menjaga dan mengekalkan keindahan topiari?  1. Tidak perlu disiram selalu untuk mengelakkan akar dari terendam di dalam air. Justeru topiari memerlukan cahaya matahari yang secukupnya.

2.Bina acuan-acuan seterusnya jika anda mahu mengubah atau menambah pokok topiari anda menjadi bentuk lain.

3. Penyemburan racun serangga juga perlu untuk menghalang serangan serangga yang akan merosakkan bahagian-bahagian tertentu topiari.

4.Paling penting, anda perlu sentiasa peka dengan perubahan bentuknya disebabkan daun berlebihan atau ranting-ranting yang terkeluar, atau kering. Jadi, lakukan pemangkasan dan getuslah bahagian yang tidak diperlukan.

Diharapkan dengan tips di atas, anda kini bersedia dengan aktiviti baru membina topiari.

Dekorasi bagi ruangan sempit atau terhad
Gambar Hiasan

Faktor keluasan laman atau ruangan untuk menghias bukanlah satu masalah untuk mengindahkan  sesebuah kediaman. Artikel kali ini ingin memberikan tips sentuhan dekorasi bagi ruangan kecil , di kawasan terhad seperti balkoni, sudut dinding atau kolong udara di apartmen atau kondominium.Pelbagai kaedah untuk menyediakan sebuah ruangan atau laman kecil di balkoni kita.

Sesetengah kondominium memiliki laman kecil selain balkoni yang boleh dimanfaatkan dengan pergola mini atau mini air terjun. Di samping itu, unsur tanaman boleh dijadikan penghias sampingan, terutamanya tanaman gantung.

Tips: Silap jika anda beranggapan penggunaan pasu saja yang sesuai bagi tujuan bercucuk tanam. Sebaliknya, penggunaan kotak tanaman juga sesuai bagi menanam tumbuhan hiasan mahupun tanaman boleh dimakan serta herba. Meletakkan kotak tanaman di tingkap atau balkoni juga tidak memerlukan belanja dan peralatan yang mahal cukup sekadar kotak tanaman yang dibeli daripada kedai peralatan atau nurseri bunga.

Selain kotak tanaman kayu yang boleh dibina sendiri, mereka yang bercadang meletakkan bekas berkenaan boleh membeli kotak tanaman plastik atau bahan sintetik yang boleh didapati di kedai barang keperluan kebun atau pasar raya.

Pilihan tumbuhan:

Tips: Kita boleh  memilih beberapa jenis tumbuhan daripada dua atau 3 jenis warna dan ulang penanamannya di seluruh taman kecil di balkoni atau jendela anda. Pengulangan ini adalah satu kaedah untuk mendapatkan reka bentuk yang menarik dan tidak terlalu serabut untuk sebuah taman kecil, terutama di balkoni.

Berikut adalah beberapa jenis pilihan tanaman yang sesuai dan cantik:

Daun pudina bagi kotak tanaman

Daun  ini mempunyai bunga  cantik yang dikenali sebagai Salvia yang kecil berwarna garang seperti merah, merah jambu, jingga serta ungu, biasanya mudah ditemui di nurseri pokok. Ciri menarik Salvia adalah pokoknya merimbun dan sesuai diletakkan di serambi tingkap, muka pintu atau di laman.

Selain keindahannya, menanamnya juga mudah:  Untuk menanamnya, pastikan mempunyai sistem saliran yang baik dalam pasu, pastikan tanah yang digunakan bebas masalah rumpai, serangga dan penyakit dan mempunyai nilai pH 5.5 dan 6.5.   Media yang digunakan pula merupakan tanah gambut yang dicampur dengan  pasir dan habuk kelapa. Tanaman ini sesuai ditanam dalam kotak tanaman yang boleh disusun pada birai jendela atau balkoni.

Tanaman gantung

Tanaman jenis petunia atau  bougenville (bunga kertas), orkid, tanduk rusa dan lain-lain sebenarnya berpotensi untuk digunakan sebagai taman gantung. Petunia amat sesuai untuk kediaman yang mempunyai keluasan terhad dan ia bertambah menarik jika ditanam dalam pasu, sekali gus menyuntik semangat taman.

Tanaman yang berasal dari Amerika Selatan itu mempunyai 35 spesies asal dan kini kebanyakannya dikacukkan bagi menghasilkan petunia yang menarik.

Namun, tanaman yang menjuntai ke bawah merupakan pilihan yang lebih tepat seperti bunga seri pagi atau  daisi gerbera kerana ia mempunyai daya tarikan tersendiri termasuk bunga warna terang dan mudah didapati. Warnanya pula terdiri dari merah, putih, jingga, merah jambu, ungu dan kuning selain menampilkan pelbagai rona lain hasil kacukan.

Tips penjagaan tanaman gantung atau kotak tanaman:

•    Pastikan kedudukan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memangkas dahannya. Jika terlalu tinggi,  akan menjejaskan keindahan pokok itu.

•    Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.

•    Pastikan titisan air daripada pasu gantung itu tidak merosakkan sebarang objek di bawahnya. Gunakan pasu yang mempunyai piring pelapik bagi mengelakkan air melimpah.

•    Pokok gantung yang berukuran besar mudah mengotori kawasan persekitaran akibat daripada daun dan bunga yang berguguran. Sentiasa buang daun yang layu.

•    Untuk tumbuhan gantung, gunakan campuran tanah yang bersesuaian.

•    Pokok gantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Seeloknya siram dua kali sehari.

•    Pembajaan  teratur dapat memastikan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan cepat.

•    Selalu memeriksa  pokok bagi memastikan simptom serangan serangga atau penyakit.

Sekian semoga mendapat manfaat.

Sambungan: Apakah tip ubahsuai yang meningkatkan nilai hartanah
Balkoni

Sambungan dari siri tip ubahsuai yang meningkatkan nilai hartanah Bahagian 1

4. Pintu Masuk: Cipta ruang cerah, bersih dan rapi untuk jalan masuk terutamanya pintu masuk rumah anda. Buangkan barang-barang yang tidak digunakan dan gantung lampu yang cantik-cantik. Di ruang serambi mungkin anda boleh mempertimbangkan penggunaan bangku panjang, atau meja demi-lune.

5. Perbaharui perkakasan: Jika anda tidak bersemangat untuk mengubahsuai, cukup hanya mengambil salah satu ruang di bilik mandi sebagai contoh dan gantikan alatan lama pada alatan-alatan baru sudah memadai. Stainless steel adalah pilihan yang sangat popular, dan mudah disuaikan dengan banyak gaya dan warna Almari.

6. Mengawal tarikan : Jangan meninggalkan aspek penting ini pada hartanah anda tanpa dijaga. Ini adalah satu kaedah seni menarik perhatian bakal pembeli ke rumah anda. Caranya dengan memiliki halaman rumput hijau yang bersih dan telah dipotong dengan rapi. Taman anda harus bebas daripada “haiwan mati” atau sisa-sisa makanan dan sesuatu yang ideal pada rumah itu adalah dengan memiliki beberapa tumbuhan yang ditanam dengan warna yang pelbagai dan sedap mata memandang.

7. Waktu Peribadi: Ini bererti waktu privasi. Pemasangan pagar yang cantik bakal memberikan satu suasana persendirian yang pasti dapat meningkatkan nilai hartnah anda. Dinding batu rendah yang berukiran seni juga adalah cara yang baik bagi menghasilkan garis pemisah yang unik diantara rumah pembeli dengan jiran-jiran.

8. Bilik Mandi utama: Walaupun kebanyakkan rumah lama mempunyai 2 bilik mandi di tingkat dua, Jangan lupa bilik air dibawah juga penting. Kerana pengubahsuaian pada bilik mandi dibawah bakal menunjukkan yang anda benar-benar menjagai hartanah ini sebaiknya, lagi pun ia juga mempamirkan tanggapan pertama yang elok pada diri anda. Tidak perlu menukar segala-galanya mungkin boleh mengambil salah satu atau kombinasi satu atau dua diantara lantai bilik, atau sinki dengan meja-top atau almari ke bilik mandi.

9. Suite Hotel: Semakin banyak yang anda lakukan makin menjadi-jadi keghairahan pembeli. Bina bilik mandi dari bilik tidur utama dengan sentuhan suasana istimewa seperti spa yang menyediakan perkhidmatan bertaraf lima bintang dan ia pasti mampu menarik pembeli. Fikirkan tab jet, jubin lantai panas, batu granit, marbel, tuala putih mewah dan satu almari simpanan yang besar. Kenapa besar? lagi besar lagi besarlah kesannya pada pembeli nanti.

10. Dapur baru: Terakhir tetapi amat penting adalah pengubahsuaian dapur. Kelengakapan yang paling disukai kebiasaanya adalah kaunter top batu, alat-alatan stainless steel,  barang ceramik, dan semua bentuk nada neutral ke warna bumi amat sesuai untuk diperhiaskan disini.

Didalam pengubahsuaian, anda perlu bersikap positif, dan tidak terlalu mengikut perasaan ingin mencari keuntungan. Hanya memikirkan keuntungan berlipat kali ganda adalah satu kesilapan didalam pengubahsuaian. Yang paling ideal anda membina hartanah ini dengan matlamat untuk keselesaan mereka yang membeli. Bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Artikel ini ditulis sebagai satu rujukan dan cadangan untuk penjual hartanah. Kerana kebiasaan hartanah yang dijual adalah rumah tinggal. Kenapa saya kata rumah tinggal? kerana kebanyakkan rumah-rumah yang ingin dijual tidak dibaik pulih. Sebab itu lah sesetengah hartanah yang terletak dilokasi terbaik tetapi tidak dapat dijual dengan harga semasa.

Kerana apa? kerana mereka menjual hartanah yang mereka sudah tidak perlu dan boleh dikatakan “rumah tinggal”. Sebaik-baiknya jika anda ingin menjual rumah atau mana-mana hartanah jual lah semasa anda menyukainya. Bukan hanya semasa membeli rumah anda inginkan kualiti dari pemaju, semasa anda memiliki dan ingin menjualnya juga adalah satu tanggungjawab kepada bakal pembeli.

Semoga berjaya pelabur semua…

10 Kesilapan Ruang Pejabat
Ruang Pejabat

Memilih ruang pejabat untuk perniagaan seumpama memilih rumah sendiri. Perniagaan anda mempunyai pelbagai keperluan dan memerlukan ruang untuk berkembang. Bagaimanapun, memilih ruang pejabat tidak semudah memilih sebuah rumah. Ada banyak pilihan yang harus dipertimbang sehingga membuatkan proses ini menjadi kompleks dan kadangkala mengecewakan. Pertimbangkan sepuluh kesilapan ruang pejabat ini sebelum memilih pejabat baru untuk perniagaan anda.

1. Mengorbankan Keperluan Untuk Hargai

Banyak perniagaan menderita kesan dari idea bahawa produk yang paling murah adalah yang terbaik. Hakikatnya, produk paling murah jarang merupakan produk yang terbaik. Penggunaan produk secara optimum memerlukan keseimbangan di antara keperluan perniagaan dengan harga produk. Dalam kes ini anda haruslah mempunyai pelan rancangan yang menyenaraikan keperluan anda dengan teliti sebelum memilih kemudahan yang mahu dibeli.

2. Memandang Rendah Perniagaan Anda

Ramai pemilik perniagaan tidak mengendahkan hakikat bahawa sesuatu perniagaan itu berkembang dan beroperasi ke arah masa depan. Ini bukan sahaja konsep yang membantu dalam kerja-kerja akaun tetapi ia juga adalah berguna apabila memilih ruang pejabat. Apabila menentukan keperluan untuk ruang pejabat fikirkan bahawa perniagaan anda memerlukan ruang untuk melakukan perniagaan sedia ada dan juga ruang untuk berkembang. Perniagaan yang tidak boleh berkembang biasanya akan menemui kegagalan maka janganlah anda memilih ruang yang menyekat perkembangan.

3. Melupakan Pelanggan

Pernahkan anda berada di ruang resepsi bilik doktor yang sungguh kusam sehingga anda meragui samada boleh mempercayai kata-kata doktor itu.  Adakah anda merasa cemas semasa diperiksa oleh doktor itu? Banyak perniagaan tidak menyedari bahawa impresi pertama pelanggan berlaku di ruang resepsi. Pastikan ruang resepsi anda memberi impresi pertama yang sangat positif kepada pelanggan supaya pelanggan lebih mudah menerima perniagaan anda.

4. Tidak Mengendahkan Persekitaran

Tiada apa yang menyatakan “Saya membeli ruang pejabat termurah yang boleh” lebih dari lokasi perniagaan anda di kawasan gelap yang jarang dilawati oleh manusia. Jika anda tidak mengendahkan persekitaran anda maka anda tidak memahami bahagian penting impresi pertama pelanggan kepada perniagaan anda.

5. Keselesaan Pekerja

Bukan satu perkara yang mudah untuk mengekalkan pekerja yang bagus sekarang ini. Memastikan pengalaman postif pekerja harus menjadi kepentingan utama anda. Pastikan pejabat anda mudah di akses dan selesa untuk bekerja.

6. Pengalaman Yang Menenangkan

Lampu malap, suhu yang tidak menentu dan ruang bekerja yang terlalu padat boleh merendahkan produktiviti pekerja. Pastikan sekeliling pejabat anda tidak ada ciri-ciri yang boleh memberi kesan negatif kepada pekerja atau pelanggan. Pilih ruang pejabat yang mampu memberi keselesaan kepada semua yang terlibat dengan perniagaan anda.

7. Kekurangan Storan

Setiap perniagaan mempunyai fail untuk disimpan. Fail-fail ini akan bertambah setiap bulan. Pastikan anda mempunyai kabinet fail yang mencukupi. Jika tiada ruang untuk kabinet tambahan maka perniagaan anda harus diperkembangkan lagi. Pastikan perancangan anda mencakupi keperluan storan fail atau barang-barang yang perlu disimpan.

8. Jangka pendek vs Jangka Panjang

Sebelum menandatangani perjanjian sewa anda harus memikirkan jangka masa yang anda perlukan. Walaupun perniagaan biasanya menandatangani perjanjian sewa untuk jangka masa yang panjang anda haruslah memahami berapa lama yang diperlukan dan harus memastikan perjanjian itu mudah dibatalkan sekiranya ada keperluan. Jangan menandatangani perjanjian sewa yang terlalu lama sehingga anda menerima kerugian untuk membayar baki sewa apabila mahu berpindah.

9. Kos

Pastikan anda menyedari semua kos yang terlibat kepada pemilik premis dan juga cukai pihak berkuasa.

10. Baca tulisan halus perjanjian guaman

Ini perkara paling asas yang harus anda ketahui. Jika anda mahu menandatangani sebarang dokumen guaman pastikan anda sudah mendapatkan nasihat profesional dari ejen komersil hartanah dan peguam.

Pilihlah Kemasan Logam Kabinet Terbaik!
Kabinet Aluminium

Bercadang memberikan wajah baru untuk rumah atau pejabat anda? Kalau ya, anda boleh lakukannya dengan kemasan kabinet baru. Cara ini boleh digunakan untuk memberi gaya baru pada rumah atau pejabat anda. Kebanyakan orang menukar gaya rumah atau pejabat dengan perabot dan pemasangan peralatan baru. Sebaliknya, ada cara lebih mudah iaitu mendapatkan kemasan kabinet yang boleh membantu memperhalusi gaya dalam masa yang singkat.

Cara ini bukan sahaja lebih murah malah memberi perubahan gaya kepada premis dengan serta merta. Anda bukan sahaja boleh mencantikkan rumah anda dengan pelbagai koleksi kemasan logam malahan pejabat juga. Biasanya, kabinet fail di pejabat diperbuat dari kayu atau besi. Kabinet dari logam selalunya lebih kuat dan lasak. Ia juga lebih tahan lama berbanding dengan kabinet jenis lain. Ia biasanya datang dengan jaminan selama 5 atau 15 tahun. Daya tahan kemasan yang digunakan bergantung kepada kualiti kabinet fail yang dibekalkan.

Pengguna yang ingin memilih kemasan harus memikirkan kegunaannya. Ia mestilah tahan lama dan lasak. Ada kemasan yang diperbuat dari kayu. Kemasan sebegini tidak sesuai untuk menyokong bahagian kabinet yang berat. Biasanya ia tidak disarankan untuk digunakan pada bahagian laci.

Perubahan gaya boleh juga dilakukan pada kabinet perhiasan. Secara umum, kabinet perhiasan banyak diperbuat dari kayu gelap dan kaca. Ia membenarkan cahaya melalui lantai kabinet tanpa sebarang biasan. Untuk memberi gaya berlainan dengan mudah anda boleh menukar tombol pintu kabinet serta memasang lampu di dalamnya (jika tiada lampu).

Kabinet dapur pula mudah kotor dan kusam lebih-lebih lagi kemasannya yang disentuh dengan kerap.Penukaran kemasan di kabinet dapur akan menyegarkan rupa dan gaya baru pada dapur anda. Pastikan tombol kabinet adalah dari kualiti yang bagus. Walaupun dengan amalan penggunaan paling bersih, ia masih mudah dilekati kotoran lebih-lebih lagi tombol di kabinet dapur dan bilik air. Ketahanan dan kelasakan harus dijadikan kriteria penting pemilihan kemasan kabinet.

Anda boleh mencuba menukar gaya dengan mendapatkan kemasan dari pelbagai pilihan seperti kemasan antik, kemasan tembaga, kemasan kayu dan kemasan logam. Anda juga boleh memilih kemasan besi hitam antik untuk pemegang pintu dan untuk aksesori. Tombol almari, penarik laci, cangkuk permukaan, tombol wayar dan pemegang kotak juga boleh ditukar untuk mendapatkan gaya yang berlainan. Ada juga kemasan tombol besi yang mempunyai lapisan pelindung lilin lebah. Kemasan jenis hanya memerlukan penjagaan yang ringkas, mudah digilap dengan kain dan berus untuk memberi sinar. Anda juga boleh mendapatkan pandangan dari pakar untuk memilih kemasan tombol terbaik.

Yang penting, tanpa berbelanja besar anda juga boleh membuat perubahan gaya yang menarik!

Menyejukkan Ruang Dalaman Rumah
Living room

Adakah anda mendapati ruang dalaman rumah anda berasa panas? Sejak akhir-akhir ini suhu semakin meningkat disebabkan oleh pemanasan global. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat beberapa teknik yang dapat membantu untuk menyejukkan ruang dalaman rumah anda.

1)	Apabila anda ingin menukarkan siling asbestos kepada siling lain, tukarkanlah kepada fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

2)	Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini   menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.

3)	Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.

4)	Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.

5)	Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.

6)	Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau pon komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda. Selain itu, meningkatkan jumlah tenaga elektrik

Tips-tips mengubahsuai rumah anda
Dekorasi

Bosan dengan persekitaran dalam rumah anda? Mungkin inilah masa untuk menghias semula rumah anda. Anda perlu ada beberapa idea untuk mengubahsuai sebelum anda mengambil tindakan untuk mengubahsuai semula. Mungkin anda mahu mengubah daripada konsep tradisional kepada kontemporari. Walau apa pun tujuan anda, anda mungkin ingin melihat sama ada berbaloi atau tidak anda mengubah suai semula. Tanyakan pada diri anda beberapa soalan. Antaranya adakah terlalu banyak perabot di rumah anda, apakah jenis konsep yang anda ingin ketengahkan, adakah anda mahu konsep di dalam rumah anda kelihatan lebih bertenaga atau tenang? Sebaik sahaja anda sudah mendapat idea yang anda inginkan pada dekorasi rumah anda, mengubahsuai semula akan menjadi lebih mudah dan senang.

1) Lihat pada perubahan warna yang ingin dilakukan. Memilih untuk menukar warna adalah perkara yang mudah dan murah. Dengan menukar warna pada dinding rumah, rumah anda akan kelihatan lain dari sebelumnya. Contohnya dari suasana yang bosan kepada suasana yang lebih bertenaga.

2) Adakah anda ingin menukar tekstur dinding? Jika anda bijak memilih tekstur dinding dan warna, mengubahsuai semula perabot mungkin tidak perlu. Ini boleh menjimatkan wang anda kerana anda tidak perlu membeli perabot lain. Anda perlu membuat nota tentang langkah-langkah yang ingin dilakukan supaya anda tidak terlebih berbelanja serta dapat membantu anda menumpu pada barang yang anda ingin beli.

3) Belilah majalah dekorasi supaya dapat memberikan ilham tentang tips-tips pengubahsuian. Anda perlu beringat jika anda cuba untuk meniru betul-betul seperti yang terdapat pada majalah dekorasi, anda mungkin akan terlebih berbelanja. Oleh itu adalah lebih baik jika anda mengambil contoh gambar-gambar tersebut sebagai sumber inspirasi untuk menghias rumah anda. Cuba untuk mengubah suai perabot dengan meletakkan perabot tersebut di tempat lain. Ini dapat membuatkan suasana rumah anda kelihatan baru dan lain dari sebelumnya.

4) Pilihlah barangan, hiasan, perabot dan sebagainya mengikut keutamaan. Ini boleh memastikan anda memperoleh pada harga yang berbaloi. Sebelum anda membeli barangan baru, lihatlah dahulu persekitaran di dalam rumah anda. Selepas itu anda amatlah digalakkan untuk meninjau dahulu beberapa kedai perabot sebelum membuat keputusan untuk membeli perabot. Ini dapat membantu anda untuk mencari perabot yang sesuai dan pada harga yang berbaloi. Jika anda ingin lebih berjimat, anda bolehlah mencari barangan-barangan terpakai. Tidak semua barangan terpakai adalah buruk dan rosak. Jika anda pandai mencari barangan terpakai, anda dapat menghias rumah anda dengan cantik dan pada masa yang sama anda dapat berjimat. Barangan terpakai boleh dicari di kedai dan juga di internet.