Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini » Dekorasi

Rancang dekorasi kamar tidur berasaskan Feng Shui
Gambar Hiasan

FENG SHUI  sinonim dengan kepercayaan kuno kaum Cina. Feng bermaksud angin manakala shui bermaksud air. Umumnya, ini merupakan  ilmu kaji bumi dan langit. Kepercayaan ini boleh diterapkan untuk merancang dekorasi kamar tidur demi mendapatkan nasib yang baik dan tidur yang lena. Paling penting dalam Feng Shui ialah mengetahui tentang tenaga chi, iaitu tenaga kosmos yang perlu diserap dengan baik oleh tubuh badan kita agar sentiasa sihat, segar dan bersemangat setiap hari.

Dari segi dekorasi, terdapat tiga fungsi feng shui.

(1)   Untuk menciptakan sebuah ruang dengan tenaga chi yang terbaik.

(2)   Untuk memulihkan feng shui buruk dalam sesebuah ruangan

(3)   Untuk meramal kebaikan, keburukan berdasarkan petanda yang kelihatan.

Terlebih dahulu kita mempelajari tabu (larangan) di kamar tidur.

Tidur di bawah kipas angin

Daun kipas dianggap menghapuskan tenaga chi yang berada di sekitarnya. Chi harus dihirup dan diserap dengan sihat oleh tubuh. Tidur di bawah kipas boleh menganggu kesihatan.

Kehadiran cermin dalam kamar

Cermin dianggap penolak bala atau chi negatif. Feng Shui menganggap cermin sebagai pengganda, perakam kejadian kerana sifat kristalnya. Cermin ini akan membawa gejala negatif seperti penyakit insomnia sekiranya dihadap secara langsung dan tidak baik untuk hubungan suami isteri.

Dilarang meletakkan hiasan bunga kering dalam vas kerana membawa tenaga chi  negatif.Gantikan dengan bunga hidup yang kecil-kecil serta gantikan airnya setiap hari. Bunga hidup membawa tenaga chi netral.

Hindari dari meletakkan katil bertentangan dengan bilik mandi kerana udara dingin dari situ boleh membawa penyakit seperti reumatik (dll).Sekiranya posisi sebegini tidak dapat dielakkan, letakkan penghadang di hadapannya.

Jangan meletakkan katil dengan kedudukan kaki kita menghadap pintu ketika tidur. Feng Shui mengganggapnya simbol kematian iaitu cara meletakkan keranda dan ini membawa nasib malang.

Pastikan kita tidak tidur di bawah alang

Semasa tidur, peralaran elektrik seperti televisyen, radio dll hendaklah dimatikan. Ini untuk mengelakkan pancaran gelombang elektromagnetnya mengganggu tidur dan psikologi kita.

Biasakan meletakkan akuarium berisi ikan mas atau menggantung gambar haiwan kesayangan. Feng Shui mempercayai ini sumber-sumber mendapatkan kekayaan.

Sampah jangan dibiarkan berserakan dalam kamar kerana kotoran menghalang punca rezeki.

Hapuskan segala benda yang mengingatkan kita tentang kesedihan, kegagalan (dll) kerana itu tidak baik untuk jiwa yang sihat.

Jika kamar mempunyai jendela, hendaklah kerap dicuci kerana tingkap yang kotor boleh memerangkap ‘chi’ dalam bilik, seterusnya berkumpul dan berkembang sehingga menghsilkan tenaga lembap yang tidak bagus untuk kesihatan dalaman tubuh. Begitulah juga dengan langsir atau tabirnya.

Buang pakaian yang sudah lama dari almari anda jika  tidak mahu menggunakannya lagi. atau  sedekahkan pada orang yang memerlukan. Feng Shui melarang kita menyimpan  pakaian yang koyak atau reput.

Ketahui peranan dan pentingnya tenaga chi dalam kamar tidur

Orang Cina percaya langit dan bumi merupakan sejenis kekuatan  yang menciptakan Chi,iaitu  kekuatan yang menghubungkan manusia dengan keadaan di sekelilingnya. Umumnya, tenaga chi  sangat penting untuk memelihara tubuh, persekitaran, dan keseimbangan emosi manusia.

*Energi Chi mengalir  dalam tubuh sepertimana pengaliran darah. Kalau energi chi di kamar tidur anda sesuai dengan keperluan, ini menghasilkan kebahagiaan. Ertinya, ia mempunyai pengaruh positif dalam hidup kita. Sebaliknya jika kamar tidur sentiasa ditampilkan negatif buat diri kita, energi chi di beberapa tempat turut dapat berpengaruh negatif terhadap diri.

* Bila Chi negatif. Bangunan atau pelengkap rumah tertentu yang mempunyai kesan negatif terhadap tenaga chi. Serat sintetis, bahan bangunan sintetis, cahaya buatan dan pendingin hawa mengandungi tenaga chi buatan yang secara negatif mempengaruhi energi chi penghuni dan dapat mengakibatkan kelemahan mental dan fizikal.

* Chi lemah. Tenaga chi menjadi lemah di ruangan yang gelap, ruang yang berserakan, dan kelembaban. Akibatnya, chi tersebut mendatangkan masalah kesihatan serius dan mengganggu kehidupan kita.

Demikian sedikit sebanyak tentang perancangan dekorasi berasaskan pengetahuan Feng Shui. Semoga perkongsian ini member banyak manfaat.

Perpustakaan Antara Dekorasi Terbaik Di Rumah
Gambar Hiasan

Pada 23 April 2011 yang lalu, akhbar Utusan  menyiarkan  bekas Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir  menyarankan  agar golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga. Menurut beliau,   ini adalah amalan orang kaya di negara barat seperti Amerika Syarikat  yang gemar membina perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama,  kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas pemiliknya meninggal dunia.

Kita asyik dan ghairah dengan pelbagai tips dekorasi, malah sentiasa inginkan sebuah Rumahku Syurgaku yang dipenuhi perabot antik atau hiasan dalaman ala-mediteranian, ala-Inggeris dan sebagainya. Tidak kah kita ingin  menjadikan Rumahku Syurgaku sebagai Rumahku Syurga Ilmuku? Ilmu itu lebih luas dari samudera dan cakerawala, bila kita mengadap Yang Esa, salah satu soalan yang kita harus jawab ialah tentang ilmu. Malah, ayat pertama yang diwahyukan kepada umat manusia juga tentang Ilmu iaitu surah Iqra’ –Baca lah.

Saranan Tun Mahathir sememangnya sangat  baik dipraktikkan segera. Cuma isu membina perpustakaan ini tidak semestinya harus dimulakan atau dilaksanakan oleh orang-orang kaya. Kita yang hidup sederhana, malah orang miskin juga boleh memiliki perpustakaannya sendiri. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Mungkin rumah kita agak kecil berbanding rumah agam yang tersergam indah atau rumah banglo atau kondominium. Namun di setiap kediaman, sudah semestinya memiliki ruang yang tersembunyi seperti di bawah tangga, di pesisiran tangga, di dapur, malah di dalam bilik mandi! Ya, jika mengikut kebiasaan orang-orang Barat, mereka turut membaca di dalam bilik mandi, di dalam tandas, di dalam kenderaan bergerak, malah ketika berdiri menanti kenderaan awam. Kita bagaimana? Jangan malu untuk melakukannya. Jika kita tidak memulakan, siapa lagi?

Perpustakaan bagi ruangan tersembunyi

1.    Jika rumah anda bertangga,  rak-rak buku boleh dibina di pesisiran tangga, di bawah tangga (ruangan bawah tangga bukan sekadar  stor). Sama lah seperti anda menampal gambar-gambar anda di pesisiran tangga, itu satu kenangan, bukan? Buku juga boleh memberikan kenangan dan pengalaman.

2.    Di dapur, anda juga boleh menambah rak-rak khas untuk buku resepi, buku tentang tanaman dll bergantung pada keinginan anda. Mungkin ada di antara ibu-ibu minat membaca novel sambil menanti nasi ditanak atau kuah mendidih.

3.    Di kamar mandi, buku-buku kesukaan anda turut menambahkan nilai intelektual diri anda. Cuma raknya haruslah agak tinggi agar tidak basah.

4.    Di kamar tidur. Ini agak biasa bagi sesetengah orang meletakkan rak buku atau membaca sebelum melelapkan mata.

Apa gunanya perpustakaan  jika saya jarang berada di rumah?

Oh, ramai orang yang sentiasa bergerak dan berhijrah disebabkan tuntutan pekerjaan, tanggung jawab dan sebagainya. Mungkin anda juga. Perpustakaan di rumah tidak akan menjadi pembaziran terutama bagi anda yang sudah berkeluarga. Anda punya anak, isteri, suami, adik-beradik, rakan serumah dll yang boleh memanfaatkan ilmu.

Saya tidak mampu dengan kos membina perpustakaan kerana harga buku di pasaran sangat mahal.

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Benar, harga buku agak mahal, terutama yang berkulit keras tetapi  kenalah selalu mengunjungi kedai buku atau pesta buku agar anda boleh mendapatkan diskaun. Juga,  anda jangan silau mata dengan kulit buku yang cantik atau bersifat bestseller. Jika mencintai ilmu, kita akan membeli apa sahaja asalkan sesuai dengan kehendak, minat dan keperluan kita. Anda suka memancing, belilah koleksi buku tentang itu. Anda gemarkan fesyen, belilah buku tentang rekaan pakaian, jahitan dll. Apa yang penting isi kandungannya, bukan kulitnya.

Anak saya kecil lagi, menyusu pun dia belum berhenti. Untuk apa buku dan perpustakaan? Apa kata tunggu dia besar dahulu.

Oh inilah antara alasan yang patut dihindari. Kita percaya pada “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” bermakna kita haruslah bersikap optimis dan memandang ke hadapan.

Anak yang dimewahkan dengan ilmu pastinya akan membesar dan dewasa bersama ilmu. Anak yang dibesarkan dengan hanya bermain play station, pastinya akan lebih suka berhibur. Pilihan anda bagaimana?

Lakukannya jika anda mahu. Jika kita tidak mencintai buku-buku, ke mana lagi duit poket hendak dicurahkan? Jadilah ibu bapa, penjaga dan saudara mara yang mencintai ilmu serta berkongsilah keindahan ilmu itu dengan waris generasi kita.

Akhir kata, percayalah – perpustakaan fizikal lebih bermakna daripada perpustakaan digital di dalam telefon bimbit anda.

Rumput hiasan penyegar laman
Kediaman anda berlaman luas tetapi sehingga kini hanya diselimuti pasir dan rumput liar yang jelek dipandang. Bagaimana jika hujung minggu ini anda luangkan masa sebentar dengan menanam rumput hiasan di laman tersebut. Kecil atau besarnya laman kediaman anda bukanlah ukurannya, tetapi inisiatif anda untuk mengindahkannya.

Kenali jenis-jenis rumput hiasan seperti rumput karpet tropika (axonosus compresus), Seranggoon (digitaria didactyla), Zoysia (Zoysia Matrella),Bermuda (Cynodon dactylon),Cintepede (Eremochloa ophiuroides), Saint Augustine (Stenotaphrum secundatum),Improved Bermuda (terdiri daripada Tif dwarf, tif way, tif green, tif fine). Walau bagaimanapun, antara rumput yang biasa diketahui, popular ditanam dan mudah ditemui di negara kita, seperti

1.Rumput Permaidani ( Carpet Grass )

-Tahan lasak dan tahan serangan serangga perosak.

2.Rumput Mutiara ( Pearl Grass )

-Penjagaan perlu rapi, terutama siraman dan pembajaannya. Agak mudah dijangkiti virus atau serangga perosak , tidak tahan cuaca panas dan tidak mampu melawan serangan pertumbuhan rumput liar. Walau bagaimanapun, rumput ini berwarna hijau gelap dan membebaskan oksigen yang lebih daripada rumput biasa. Mudahnya, rumput ini tidak perlu di potong ( triming ) kerap, memadai dengan cantasan ringan.

3.Rumput Padang (Cow grass)

-Rumput tahan lasak biasanya ditanam di bahu jalan, padang bola sepak atau tapak-tapak permainan. Kebaikannya, tahan daripada segala serangan perosak, penyakit, cuaca dan rumput liar serta cepat membiak. Bagaimanapun perlu ditrim sekerap dua minggu sekali.

Kaedah termudah menjaga rumput hiasan?

Umumnya, penyelenggaraan harian rumput tidak sukar semudah potong, siram,tanam semula dan juga mengawal rumpai tetapi kena faham perbezaan habitat pertumbuhannya, penjagaan dan pengaruh pengudaraan. Sedih, jika rumput yang indah tiba-tiba menunjukkan petanda layu, rosak dan tidak indah lagi. Rumput juga spesies hidup yang mudah diserang penyakit. Justeru, ketahui lah masalah rumput seperti kecederaan, tekanan (stress) , kekurangan nutrien (defisiensi) dan faktor luaran.

1. Kecederaan

-ditumpahi elemen kimia seperti baja, racun, minyak dll. Jadi, seelok-eloknya elakkan membancuh baja, racun dan sebagainya di atas kawasan rumput.  Jika tertumpah ke atas rumput, limpahkan sebanyak-banyak air di kawasan tumpahan untuk mencairkan sisa-sisa bahan kimia tersebut.

Jangan hairan jika anda boleh mengelap rumput dengan kain atau mengemopnya seperti permaidani serta perahkan di luar rumput.

-bagi rumput yang terkena najis haiwan dll, akan mati dan di sekelilingnya berwarna hijau. Jika baru terkena najis, anda juga boleh lakukan sepertimana di atas.

-mampatan tanah akibat dipijak. Disebabkan hal ini boleh merosakkan rumput, kebanyakan hotel, pejabat dll meletakkan papan tanda “Dilarang Memijak Rumput”.

Rumput perlukan ruang untuk bernafas, bermakna pengudaraan haruslah baik, jadi jika itu berlaku pada rumput anda, anda perlu menggemburkannya sedikit serta menambahkan bahan organik atau ubahlah laluan pejalan kaki. Jika tidak berkesan, nampaknya harus ditanam semula.

-pemotongan terlalu pendek sehingga daun rumput terpotong hingga kelihatan batang atau akarnya. Harus cermat dalam pemotongan.

2. Tekanan (stress) rumput

-Sepertimana manusia, rumput juga mengalami stressnya tersendiri misalnya rutin siraman berlebihan atau kurang. Rutin pembajaan turut mempengaruhi; jika berlebihan pertumbuhan rumput terlalu pantas manakala jika terlalu kurang baja, rumput menjadi kecil, kurus dan kelihatan tidak segar.

Rutin meracun juga perlu dihadkan. Terlalu banyak meracun rumput diibaratkan membakarnya hidup-hidup, maka rumput juga akan terencat pertumbuhannya atau mati.

3. Kekurangan nutrien (defisiensi)

- Kekurangan nutrient menyebabkan daun tua akan berwarna hijau muda dan pertumbuhannya terbantut. Cara mengatasi: cuma tambahkan baja sedikit demi sedikit.

- Kekurangan zat besi menyebabkan daun muda berwarna kuning walaupun rumput kelihatan seperti biasa, hanya warnanya sahaja tidak menarik seperti rumput kemarau. Seelok-eloknya, gunalah baja yang mengandungi zat besi.

- Biasanya rumput cepat kekurangan air. Siramlah dan jangan biarkan ia terus mengering.

4. Faktor luaran

-kekurangan matahari untuk melakukan proses fotosintesis menyebabkannya tumbuh panjang-panjang, mengurus dan mula tumbuh jarang. Pandai-pandailah mengatur tapak untuk menyemai agar pengudaraan dan pencahayaannya mencukupi.

Pilihlah spesies rumput yang sesuai dengan kawasan teduhan seperti rumput mutiara yang agak sensitif.

-angkara serangga perosak rumput seperti kulat rhizoctonia solani yang menyerang rumput jika sentiasa lembab, dollar spot yang menyerang rumput yang kekurangan air atau nutrien, atau cacing Army.

Kawalan biologi dan secara kimia hendaklah dilakukan. Gunakan racun serangga untuk mengawal serangga perosak, racun kulat untuk penyakit kulat. Racun boleh digunakan secara bergilir-gilir.

Tip Menjadikan Kamar Mandi Yang Menarik
Gambar Hiasan

Iklim panas lembab seringkali menjadikan tubuh kita berpeluh, berlengas dan tidak selesa. Ke mana lagi jika bukan kamar mandi lah tempat untuk menyegarkan tubuh dan memanjakan diri, merehatkan minda dan bersantai dengan aman.

Bayangkan bersantai di kamar mandi yang berbau harum sambil menikmati  keindahan warna dinding dan jubin lantai, serta deruan air paip yang menyegarkan. Terutama, kamar mandi yang dilengkapi jakuzi atau tab mandi. Namun, bukan semua orang memiliki kamar mandi terbaik.

Tips di bawah pasti dapat membantu untuk menjadikan kamar mandi anda tempat yang melegakan:

1.    Pencahayaan harus cukup kerana kamar mandi yang terang akan menjadikan diri kita lebih selesa. Terpulang pada kemampuan masing-masing untuk menggunakan lampu yang bagaimana. Ada juga orang gemar menggunakan lampu terang-benderang kerana semasa berendam, beliau membaca buku kegemarannya.

2.    Jika kamar mandi sangat sempit, lekatkan cermin berukuran besar di salah sebuah dinding. Ini menghasilkan ilusi yang terbukti dapat  menjadikan ruang sempit terasa lebih luas dan melegakan.

3.    Sesuaikan perabot atau peralatan dalam kamar mandi dengan keperluan. Tidak perlu menempatkan tab mandi  jika kita sememangnya jarang berendam, lebih-lebih lagi bagi ruang  yang  terbatas.

4.    Selalu membersihkan kamar mandi, cermin, perabot-perabot di dalamnya agar tidak comot dek percikan sabun, detergen, syampu atau  bahan lain. Kesan-kesan comot misalnya cermin menjadi kelabu atau jubin dinding kelihatan berdaki akan menyebabkan kita hilang selera untuk memanjakan diri. Ditambah jika kamar mandi berbau busuk.

5.    Segarkan kamar mandi dengan bau-bauan dan harum-haruman yang digemari. Jika kita menggemari bau lavender atau camomil, gunakan lah untuk mengharumkan kamar mandi. Kamar mandi harus wangi sepertimana kita memerlukan keselesaan di kamar tidur.

6.    Jika kita tidak mampu menghias kamar mandi dengan jubin dari lantai hingga dinding, kita boleh memilih cat yang sesuai dengan pencahayaan lampu. Walau bagaimanapun, penggunaan cat yang kalis air amat digalakkan walaupun harganya agak mahal.

Ini disebabkan cat mudah terkupas apabila terkena air atau wap di dalam kamar mandi, akhirnya rosak dan mencacatkan dinding.

Inginkan kamar mandi yang jauh lebih menarik?

Siapan dalaman asas seperti cat, jubin dan cermin bukan asing lagi bagi kita semua. Selain siapan yang asas, kita boleh menggunakan bahan lain untuk menghias kamar mandi sepertimana berikut:

1.Penggunaan border kertas dinding

Jika dinding kamar mandi tidak dilitupi oleh seramik keseluruhannya, kita gunakan border yang corak atau warnanya sesuai dengan jubin seramik dinding.

Kita boleh menampal border mengelilingi siling kamar mandi misalnya kerana kesan airy akan terhasil apabila memasuki kamar mandi dan melihat ke sekelilingnya.

2. Gaya tampalan jubin seramik

Jika hendak menampal keseluruhan dinding dengan jubin seramik, seeloknya ada gaya penampalan yang kreatif seperti menggunakan lis. Lis adalah jubin berasingan warna atau corak yang boleh ditampal sama ada di tengah, di tepi, ditampal sebagai border dan sebagainya.

Jika tidak menggunakan lis, memadai ditampal dengan stiker yang boleh dibeli di kedai-kedai hardware, harganya lebih rendah dan lebih banyak corak boleh dipilih, malah lebih mudah ditanggalkan dan diganti baharu.

3. Hiasan keranjang

Perhiasan seperti keranjang kayu, buluh atau rotan juga sesuai diletakkan di dalam kamar mandi. Ia boleh digunakan untuk menyimpan atau menyusun kelengkapan mandian, sekiranya kita tidak memiliki kabinet.

4.  Hiasan bunga hidup atau pokok hiasan

Bagi penggemar bunga hidup, gunakanlah hiasan ini sebaik-baiknya. Hiasan bunga hidup turut memberikan aura kepada kamar mandi selain haruman aromaterapi atau lilin  aromatik yang boleh dibeli di pasar raya.

Kita juga boleh meletakkan pasu-pasu berisi pohon hiasan yang kurang memerlukan cahaya matahari dan mudah dijaga seperti  Madagascar Dragon Tree or Red Edged Dracaena, yang sesuai dalam suhu kamar mandi kerana ia tidak dapat hidup dalam cuaca panas terik.

Selain itu, pokok ini  diiktiraf oleh NASA Clean Air Study dan didapati antara tanaman yang boleh membuang toksin di udara iaitu formaldehid. Ianya merupakan tanaman pembersih udara yang efektif dan antara tanaman terbaik membuang toksin jenis xylene dan trichloroethylene.

Atau, taburkan sahaja kelopak bunga ke dalam tab mandi anda. Keindahan kamar mandi bukan hanya di spa-spa atau pusat kesihatan. Taburlah kelopak bunga kegemaran seperti kelopak mawar ke dalam tab mandi kita agar serinya menyelubungi sebaik sahaja kita melangkah masuk untuk memanjakan diri.

Semoga tips di atas memberi  manfaat.

Tip Menjaga Kemasan Lantai
Gambar Hiasan

Kemasan lantai  yang indah sememangnya menjadi idaman semua isi rumah. Terdapat pelbagai pilihan lantai seperti jubin seramik, kayu berlaminet, dan lain-lain. Jubin biasanya terdiri daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya. Walaupun indah, kadang kala ia memerlukan perhatian dan penjagaan yang baik agar sentiasa terpelihara dan tidak rosak. Berikut saya nyatakan tips untuk menjaga kemasan lantai rumah kita:

JUBIN

1.Pemasangan jubin

Penjagaan jubin bermula daripada  hari pertama ia dipasang. Seelok-eloknya, jubin yang dipasang  tidak dipijak empat hari selepas dipasang. Sesuai dipijak dan digunakan secara lasak setelah dua minggu dipasang.

2.Cara menjaga jubin

-Sering diberus jika kotor, bilas dengan air kemudian dilap kering. Jangan membiarkan jubin dalam keadaan basah kerana ia mudah licin dan berbahaya kepada kita.

-Membersihkan kotoran simen yang melekat pada jubin dengan menggunakan pencuci asid yang sesuai.Ini boleh didapatkan di kedai hardware. Contohnya, asid sulfurik boleh sesuai untuk membersihkan  karat serta dakwat. Pencuci biasa yang beralkali pula sesuai untuk membersihkan kotoran biasa seperti tumpahan minuman, minyak dan lain-lain. Kerosen atau minyak tanah pula sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah.

Tips mudah mencuci lantai jenis seramik atau geranit: Cucilah dengan menggunakan bahan pencuci berasid lembut jika ia baru sahaja dipasang. Memadai mencuci kotoran minyak, gris dsb dengan air panas. Caranya, campurkan bahan pencuci  ke dalam air panas dan biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dicuci.

3. Petua orang lama jangan dilupakan.

Walaupun di pasaran sudah ada banyak bahan pencuci yang berkesan tetapi kita juga boleh mengamalkan petua dahulu kala. Sedikit sebanyak mungkin lebih menjimatkan wang dan belanja.

Jubin seperti marmar yang sudah lama biasanya akan menjadi pudar dan kurang berkilat lagi.Anda boleh mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus. Bersihkan permukaan marmar dengan menggunakan bahan ini tiga kali seminggu. Hasilnya pasti memuaskan.

4. Jubin anda berkulat?

Walaupun kelihatan kukuh, jubin juga boleh berkulat dan akan merosakkan pemandangan. Biasanya jubin yang rosak disebabkan oleh kulat, lumut dan kotoran yang jarang dibersihkan. Mudah untuk menghilangkannya, dengan menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin, cuka dan jus limau. Caranya ialah dengan memberus jubin tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk penaik.  Jika kotorannya sangat degil, letakkan kain yang telah dibasahkan dengan  cuka atau jus limau  terlebih dahulu, kemudian biarkan  selama beberapa jam sebelum memberus dan membilas. Bagi jubin yang berkulat atau berlumut, lebih mudah anda lap sahaja dengan kain  bercampur cuka, biarkan seketika kemudian beruslah dengan berus gigi lama.

LANTAI KAYU

Kini, lantai kayu menjadi trend bagi menggantikan jubin. Ini disebabkan kemasan kayu mencerminkan penampilan yang lebih natural dan klasik. Jika dahulu lantai kayu jenis parquet sering dipasang di dalam bilik tidur, tetapi kini lantai berlaminet lebih luas penggunaannya. Ia boleh menghiasi lantai di ruang tamu, ruang makan, malah sesetengahnya di dapur atau bilik rehat. Walau bagaimanapun setiap yang indah itu perlulah dijaga rapi agar keindahannya terpelihara.

1. Kita boleh meletakkan alas kaki sebelum ke setiap ruang yang dihiasi lantai kayu. Tujuannya untuk mengelakkan pasir,batu-batu halus atau rumput terbawa ke ruang tamu ketika melangkah masuk. Unsur-unsur tersebut boleh mencalarkan lantai kayu dan menjejaskan teksturnya . Walau bagaimanapun, jadikan tabiat menyapu lantai setiap hari satu kebiasaan agar rumah kita sentiasa bersih dan bebas dari habuk degil tersebut ataupun menggunakan pembersih hampagas.

2.  Ketika membersihkan lantai, hindari mengelapnya dengan kain yang terlalu basah. Terlebih dahulu, biasakan diri menyedut permukaan kayu dengan pembersih hampagas sebelum menyapu atau mengemop.

3. Jika permukaan kayu ditumpahi makanan, minuman dan sebagainya, lapkan segera dan jangan biarkan ia meresap ke dalam kayu tersebut. Sebaik-baiknya, kita halakan kipas angin ke tempat yang lembab untuk mengelakkan kelembapan masuk ke dalam kayu dan menjadikannya menggelembung atau merekah.

4. Alaskan perabot dengan pengalasnya agar tidak merosakkan permukaan lantai kayu.

5. Hindari memijak lantai kayu dengan kasut bertumit tinggi kerana dikhuatiri meninggalkan kesan lekuk dari sehari ke sehari.

6. Jangan membersihkan lantai kayu dengan bahan kimia atau wax (lilin) kerana ini mengakibatkan kusam, atau lantai menjadi sangat licin.

Sekianlah tips dari saya.Semoga bermanfaat kepada anda dalam menjaga kemasan lantai  “Rumahku Syurgaku”.

Topiari suatu seni hortikultur yang unik dan menawan
Contoh Topiari

Tahukah Anda, semenjak abad ke-16 lagi, seni hortikulur topiari diperkenalkan  oleh kerajaan Rom. Topiari merupakan seni membina pohon arca bagi menghiasi kediaman mewah, istana dan masih popular sehingga kini. Bentuk topiari itu sangat unik kerana kesenian dan kekereatifan pemangkasnya.

Kebanyakan topiari dipangkas agar menyerupai kartun Disney, haiwan dahulu-kala seperti dinasour, binaan terkenal di dunia seperti Tembok Besar China dan lain-lain. Umumnya, pohon arca topiari menghiasi pusat-pusat perniagaan, pusat membeli-belah, rumah-rumah agam dan kini kebanyakan golongan pertengahan juga sudah mampu memilikinya.

Jenis pokok yang sesuai dijadikan topiari seperti berikut:

1. Tumbuhan berdaun kecil: – Kemuning,  beringin kuning (Ficus Benjamina), pokok Ara, (F Nitida variegata) dan daun teh.

2. Tumbuhan berbunga seperti  bunga kertas, bunga raya dan melur.

3. Tumbuhan bonsai yg renek, sederhana dan kekal hijau.

4. Tumbuhan lain  seperti Buxus sempervirens, arborvitae (Thuja spp.), bay laurel (Laurus nobilis), holly (Ilex spp.), myrtle (Eugenia or Myrtus species), yew (Taxus species), and privet (Ligustrum species.)

Nota: Pokok pagar yang biasanya dijadikan penghadang dan pengganti pagar adalah contoh topiari yang ringkas dan mudah dibina.

Bagaimanakah topiari dihasilkan?

Sudah tentu mula-mula anda memerlukan peralatan seperti  gunting kebun (shears atau pruning shears),malah perapi pagar renek (hedge trimmer) juga boleh digunakan. Bersedialah untuk aktiviti pemangkasan sepertimana saya ajarkan di bawah ini.

Seni memangkas yang mudah dan berkesan:

1.Terdapat pelbagai jenis bentuk boleh dihasilkan seperti topiari haiwan dan corak geometri (bebola, piramid dll).Pohon yang ingin dijadikan topiari perlulah dibentuk dengan menggunakan kerangka dawai mata punai,plastik dan bahan-bahan sintetik tertentu.

2. Pokok tersebut hendaklah ditanam  berhampiran acuan mata punai tersebut.Setelah pokok menjadi matang dan mampu mengikut acuannya,   barulah boleh dipangkas mengikut bentuk yang dikehendaki.

Sukar sedikit hendak melakukannya?

Saya punya tips mudah untuk anda menghasilkan topiari  tidak lebih dari satu hari.

Lakukan dengan teknik pemasuan.

1.    Bina sebuah acuan kegemaran anda menggunaan dawai mata punai.

2.    Jika anda sudah punya tanaman pasu, tanamkan sepasu tanaman kecil itu ke dalam acuan kerangka dawai tersebut.

3.    Tips: Umur tanaman hendaklah yang melebihi 10 minggu atau lebih lagi.

Nah, anda sekarang sudah memiliki sebuah topiari asas yang bakal menghiasi meja kerja anda atau ruang kecil anda.

Inginkan tips yang lebih mudah?

1.Bina sebuah acuan kerangka dawai mata punai kesukaan anda.

2. Isi tanah ke dalamnya.

3. Pindahkan sahaja tanaman daripada beg semaian ke dalam acuan tersebut. Tips yang sama, tanaman hendaklah berumur 10 minggu atau lebih.

Setelah kita mengetahui teknik-tenik memangkas dan pemasuan, anda perlu juga mengetahui jenis-jenis seni hortikultur ini agar idea anda semakin berkembang dan kreatif.

Dalam gambaran fikiran kita, topiari merupakan sebuah arca pokok, tetapi bagaimana pula dengan bonsai,arca, jalin dahan atau espalier? Ini seni yang bagaimana pula? Sila baca perbezaannya di bawah:

Seni arca – batang pohon dimanipulasi menjadi binaan perabot dll bergantung pada tumbesaran pokok dan juga teknik cantuman tisu tumbuhan.

Bonsai – Biasanya pokok ditanam dalam pasu atau bekas tertentu.Teknik pemangkasan turut digunakan untuk mengekalkan saiz mininya.

Jalin dahan (Pleaching) – pohon renek dijadikan besar seperti pagar renek (hedge) bagi membentuk domino, daun terup dan corak-corak yang lebih menarik yang lebih rumit.

Espalier - popular di negara Eropah bagi menghasilkan buah agar cepat matang seperti zaitun, fig,plum, apricot, epal dan pear. Pohon-pohon akan ditanam menjalar pada dinding bangunan.

Selain itu,bagaimana menjaga dan mengekalkan keindahan topiari?  1. Tidak perlu disiram selalu untuk mengelakkan akar dari terendam di dalam air. Justeru topiari memerlukan cahaya matahari yang secukupnya.

2.Bina acuan-acuan seterusnya jika anda mahu mengubah atau menambah pokok topiari anda menjadi bentuk lain.

3. Penyemburan racun serangga juga perlu untuk menghalang serangan serangga yang akan merosakkan bahagian-bahagian tertentu topiari.

4.Paling penting, anda perlu sentiasa peka dengan perubahan bentuknya disebabkan daun berlebihan atau ranting-ranting yang terkeluar, atau kering. Jadi, lakukan pemangkasan dan getuslah bahagian yang tidak diperlukan.

Diharapkan dengan tips di atas, anda kini bersedia dengan aktiviti baru membina topiari.

Dekorasi bagi ruangan sempit atau terhad
Gambar Hiasan

Faktor keluasan laman atau ruangan untuk menghias bukanlah satu masalah untuk mengindahkan  sesebuah kediaman. Artikel kali ini ingin memberikan tips sentuhan dekorasi bagi ruangan kecil , di kawasan terhad seperti balkoni, sudut dinding atau kolong udara di apartmen atau kondominium.Pelbagai kaedah untuk menyediakan sebuah ruangan atau laman kecil di balkoni kita.

Sesetengah kondominium memiliki laman kecil selain balkoni yang boleh dimanfaatkan dengan pergola mini atau mini air terjun. Di samping itu, unsur tanaman boleh dijadikan penghias sampingan, terutamanya tanaman gantung.

Tips: Silap jika anda beranggapan penggunaan pasu saja yang sesuai bagi tujuan bercucuk tanam. Sebaliknya, penggunaan kotak tanaman juga sesuai bagi menanam tumbuhan hiasan mahupun tanaman boleh dimakan serta herba. Meletakkan kotak tanaman di tingkap atau balkoni juga tidak memerlukan belanja dan peralatan yang mahal cukup sekadar kotak tanaman yang dibeli daripada kedai peralatan atau nurseri bunga.

Selain kotak tanaman kayu yang boleh dibina sendiri, mereka yang bercadang meletakkan bekas berkenaan boleh membeli kotak tanaman plastik atau bahan sintetik yang boleh didapati di kedai barang keperluan kebun atau pasar raya.

Pilihan tumbuhan:

Tips: Kita boleh  memilih beberapa jenis tumbuhan daripada dua atau 3 jenis warna dan ulang penanamannya di seluruh taman kecil di balkoni atau jendela anda. Pengulangan ini adalah satu kaedah untuk mendapatkan reka bentuk yang menarik dan tidak terlalu serabut untuk sebuah taman kecil, terutama di balkoni.

Berikut adalah beberapa jenis pilihan tanaman yang sesuai dan cantik:

Daun pudina bagi kotak tanaman

Daun  ini mempunyai bunga  cantik yang dikenali sebagai Salvia yang kecil berwarna garang seperti merah, merah jambu, jingga serta ungu, biasanya mudah ditemui di nurseri pokok. Ciri menarik Salvia adalah pokoknya merimbun dan sesuai diletakkan di serambi tingkap, muka pintu atau di laman.

Selain keindahannya, menanamnya juga mudah:  Untuk menanamnya, pastikan mempunyai sistem saliran yang baik dalam pasu, pastikan tanah yang digunakan bebas masalah rumpai, serangga dan penyakit dan mempunyai nilai pH 5.5 dan 6.5.   Media yang digunakan pula merupakan tanah gambut yang dicampur dengan  pasir dan habuk kelapa. Tanaman ini sesuai ditanam dalam kotak tanaman yang boleh disusun pada birai jendela atau balkoni.

Tanaman gantung

Tanaman jenis petunia atau  bougenville (bunga kertas), orkid, tanduk rusa dan lain-lain sebenarnya berpotensi untuk digunakan sebagai taman gantung. Petunia amat sesuai untuk kediaman yang mempunyai keluasan terhad dan ia bertambah menarik jika ditanam dalam pasu, sekali gus menyuntik semangat taman.

Tanaman yang berasal dari Amerika Selatan itu mempunyai 35 spesies asal dan kini kebanyakannya dikacukkan bagi menghasilkan petunia yang menarik.

Namun, tanaman yang menjuntai ke bawah merupakan pilihan yang lebih tepat seperti bunga seri pagi atau  daisi gerbera kerana ia mempunyai daya tarikan tersendiri termasuk bunga warna terang dan mudah didapati. Warnanya pula terdiri dari merah, putih, jingga, merah jambu, ungu dan kuning selain menampilkan pelbagai rona lain hasil kacukan.

Tips penjagaan tanaman gantung atau kotak tanaman:

•    Pastikan kedudukan tanaman ini digantung pada ketinggian melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkan penyelenggaraan seperti menyiram dan memangkas dahannya. Jika terlalu tinggi,  akan menjejaskan keindahan pokok itu.

•    Letakkan pokok gantung di kawasan yang mendapat cahaya yang cukup seperti serambi, anjung, tingkap dan pergola.

•    Pastikan titisan air daripada pasu gantung itu tidak merosakkan sebarang objek di bawahnya. Gunakan pasu yang mempunyai piring pelapik bagi mengelakkan air melimpah.

•    Pokok gantung yang berukuran besar mudah mengotori kawasan persekitaran akibat daripada daun dan bunga yang berguguran. Sentiasa buang daun yang layu.

•    Untuk tumbuhan gantung, gunakan campuran tanah yang bersesuaian.

•    Pokok gantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Seeloknya siram dua kali sehari.

•    Pembajaan  teratur dapat memastikan pokok menerima nutrien yang sesuai untuk pertumbuhan cepat.

•    Selalu memeriksa  pokok bagi memastikan simptom serangan serangga atau penyakit.

Sekian semoga mendapat manfaat.

Tanaman hiasan: Keindahan yang harus dijaga dan dikekalkan
Gambar Hiasan

Tanaman hiasan sememangnya bertujuan untuk memperindah landskap kita. Walau bagaimanapun, jika kurang diberi penjagaan sudah pasti keindahan yang diharap-harapkan akan hilang. Biasanya pokok hiasan  berasal daripada alam semulajadi. Justeru itu ia memerlukan cara penjagaan yang sesuai bagi memastikan ianya dapat tumbuh dengan subur dan kelihatan menarik apabila ditanam di taman, sama ada secara berpasu atau terus ke tanah. Jadi, fahami fakta asas penjagaan, kemudian baharulah dipraktikkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Tips asas penjagaan tanaman:

Simptom yang lazim pada tumbuhan adalah layu, kekuningan, melecur, tidak berbunga atau tumbesaran yang terbantut. Ini berpunca daripada amalan kultura yang tidak sempurna. Jadi kita perlu tahu faktor-faktor yang mempengaruhi tumbesaran tanaman hiasan, iaitu

a. Keadaan persekitaran : cahaya, kelembapan udara dan suhu

b. Air – Kaedah, Jumlah dan waktu pengairan

c. Baja – Jenis dan kaedah membaja

d. Jenis Serangga dan Penyakit

Sedikit pengetahuan tentang faktor-faktor di atas sebagai panduan kita meneruskan kerja-kerja penjagaan rutin seperti penyiraman, pemangkasan dan pembajaan.

1. Penyiraman pokok di tanah

Kekerapan menyiram bergantung pada keperluan pokok.

Siraman kawalan juga perlu dilakukan kerana faktor tanah dan keadaan cuaca juga memainkan peranan penting dalam menentukan kuantiti air yang diperlukan.

Tanah liat biasanya memerlukan sedikit air kerana ia mengandungi air yang banyak manakala tanah berpasir memerlukan kuantiti air yang lebih.

Umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan menyiram pada waktu tengahari.

2. Pemangkasan pokok di tanah

Pemangkasan memberi tekanan pada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada tujuan spesifik.

Tujuan pemangkasan- untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.

Membuat pemangkasan untuk mengekalkan saiz dan bentuk pokok boleh mencantikkan rupa bentuk pokok itu.

Memotong bahagian pokok yang menggangu laluan utiliti atau bangunan adalah untuk menjaga keselamatan pengguna atau penghuni.

Gunakan peralatan khas seperti gergaji atau gunting pokok yang tajam . Semasa pemangkasan, pastikan potongan adalah licin dan bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari kulit terserkah.

3.Pembajaan pokok di tanah

Baja penting untuk tumbesaran pokok tetapi pembajaan yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok dan  mati.

Kekurangan nutrien akan menyebabkan pokok terbantut dan tidak subur bukannya bermakna pokok perlukan baja lebih. Kadar baja yang betul amat penting untuk mengelak dari pembaziran serta menjaminkan tumbesaran dan pengeluaran bunga yang sihat.

Baja boleh dikategorikan kepada dua iaitu organik dan in-organik. Bentuk baja yang terdapat di pasaran adalah baja butiran yang lengkap dengan nutrien NPK; baja cecair yang lazimnya disembur ke permukaan daun; baja debu yang digaul dalam tanah campuran atau ditabur atas tanah dan baja yang dikeluarkan secara perlahan-lahan.

4. Penjagaan pokok dalam pasu (pemasuan semula)

Apabila pokok kian membesar, ruang dalam pasu jadi terhad. Bagi mengekalkan ia dapat terus tumbuh dengan subur, pemasuan semula perlu dilakukan.

a.  Tanda pokok perlu pemasuan semula

Tumbesaran lambat dan terencat

Daun mengecil, menguning dan layu

Tidak mengeluarkan bunga

Akar muncul di permukaan atau keluar dari lubang-lubang

Bekas atau pasu pecah

b. Cara pemasuan semula

Basahkan tanah dalam pasu dan tinggalkan  satu jam agar ianya menjadi lembut

Cabut pokok dan gegarkan untuk mengeluarkan tanah pada akar.

Potong akar yang mati dan rosak.

Sediakan pasu yang lebih besar dengan mengisi arang atau pecahan pasu di bahagian bawah sebagai penapis dan tambah dengan tanah baru sekurang-kurangnya 1/3 daripada bahagian pasu. Jika menggunakan pasu asal, pastikan telah dibersihkan terlebih dahulu.

Masukkan pokok ke dalam pasu dan penuhkan dengan tanah baru yang lembab. Padatkan di sekeliling pokok.

Mungkin anda mempunyai cara yang tersendiri, silakan  berkongsi di sini.

Taman Herba: Hayati keindahannya, nikmati khasiatnya
Gambar Hiasan

Trend penanaman herba secara sebagai tanaman hiasan adalah masih baru. Kebanyakan tumbuhan landskap yang terdapat di bandar-bandar  merupakan tumbuhan ornamental yang mempunyai nilai estetik yang cantik dan menarik.Tidak banyak tumbuhan aromatik dan herba yang digunakan sebagai sebahagian daripada tanaman landskap. Keindahan landskap akan lebih menarik jika tumbuhan hiasan turut diselang-selikan dengan tumbuhan aromatik dan herba sebagai salah satu identiti yang mempunyai nilai eksotik untuk menunjukkan kekayaan sumber alam semulajadi negara ini yg sudah tentu mempunyai khasiat tersembunyi.

Berikut adalah beberapa jenis herba dan khasiatnya:

Beluntas - Boleh dibuat sebagai ulam dan dapat membantu menghilangkan sengal-sengal tulang serta sakit pinggang

Bebuas – Boleh mengurangkan angin dalam badan, menambahan susu ibu, mengubati kecacingan dan menguatkan tenaga dalaman

Pandan- Rambut akan menjadi bersih, lebat  dan di samping itu dapat menyejukkan kepala

Lilipan- Getah lilipan di bahagian daunnya baik untuk menghilangkan bengkak, patah tulang, luka berdarah dan mengurangkan pembengkak bisul

Siantan- hampir semua bahagiannya boleh mengubati penyakit anoreksia dan muntah.

Daun manis – pengganti gula bagi pesakit kencing manis.

Rossele - kandungan vitamin C nya  tinggi boleh menjadikan awet muda, bersifat anti oksidan utk mencegah kanser,boleh menurunkan demam panas, juga penawar resdung dan alahan.

Dukung anak – merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.

Ulam raja – boleh mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Misai kucing - diminum sbg teh,boleh membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. selain itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang.Ia juga dpat mencegah pembentukan batu karang.Ia juga terkenal dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi

Teratai- jus dari daunnya boleh merawat cirit birit serta buasir. Bijinya digunakan untuk merawat demam dan insomnia kerana cirinya yang menyejukkan.

Halia –merawat luka, mencegah jangkitan parasit, masalah berkaitan penghadaman, angin serta memanaskan badan

Kunyit- membantu menyembuhkan luka di dalam badan, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema, digunakan sebagai jamu untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim serta mencuci darah. Isi kunyit boleh membantu melancarkan darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.

Tips merekabentuk lanskap herba

Untuk memperindah lanskap, kita boleh mencuba Konsep Edible Garden (taman yang boleh dimakan) telah diperkenalkan oleh MARDI. Konsep ini sesuai dgn gaya hidup penghuni kota yang sentiasa sibuk kerana prosesnya mudah, taman tidak perlu diselenggara setiap hari sebaliknya hanya menggunakan peralatan “timer” yang mengairi dan membajai mengikut masa yang telah ditentukan.Tanaman yang sesuai ditanam ialah yang bercambah dalam jangka masa pendek seperti sawi, tomato, pudina, serai,pandan,terung  dan sebagainya.

Menariknya konsep taman seperti ini lebih menggunakan kaedah fertigasi, iaitu yang berasaskan hidroponik (menanam tanpa menggunakan tanah). Kebaikannya, tanaman tidak dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium Rhizoctonia dan penyakit layu daripada bakteria  di bawah tanah. Tanaman juga dapat ditanam di mana-mana ruangan tanah, asalkan mendapat cahaya matahari untuk fotosintesis.

Selain kaedah fertigasi, kaedah minifertigasi turut diperkenalkan. Kaedah ini lebih mudah dengan hanya menggunakan sekam bakar dan habuk sabut kelapa di samping medium lain seperti pasir dan batu granit.

Akhir kata, tips merekabentuk taman herba anda adalah (1) memastikan gabungan yang sesuai seperti  bunga tahi ayam dan tomato.(2) Untuk kesan eksotik, buatkan pergola dan gantung pokok anda. (3) gunakan sabut kelapa  kering   untuk menutup celah-celah ruang.

Ini sekadar tips ringkas, bagaimana pula dengan ANDA? Pasti anda lebih berinformasi tentang taman herba.

Awas dengan tanaman hiasan yang cantik tapi berbahaya
Biji Kesturi

Tidak dinafikan ramai yang suka menghias landskap, sama ada di kawasan kediaman, pejabat atau ruang perniagaan. Elemen natural seperti tumbuh-tumbuhan menjadi pilihan ramai. Namun demikian, kita perlulah bijak memilih jenis tumbuhan  untuk menghias. Ini kerana, kebanyakan tumbuh-tumbuhan hiasan itu cantik tetapi ada yang beracun dan membahayakan kesihatan kita. Kebanyakan tanaman diketahui mengandung sekian jumlah racun (seperti alkaloids) untuk mekanisme pertahanan dirinya.  Jadi, kenali jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk anda.

1.  Tumbuhan yang beracun

Tumbuhan berduri, beracun, atau mempunyai getah yang gatal tidak sesuai ditanam sekiranya mempunyai anak-anak kecil. Contohnya  spesies tumbuhan berikut:

- Bunga Jepun Thevetia sp;  Oak leaf Euphorbia sp;  Bunga cina Tabernaemontana sp. – Getahnya gatal

- Kecubung Datura sp; – Daun , bunga , buah yang memabukkan

- Buta-buta Excoecaria sp;  dan Tulang-tulang Euphorbia tirucalli -Getah beracun

- Bunga loceng Allamanda cathartica; Getah beracun (seluruh tumbuhan)

- Adenium Adenium obesum Getahnya boleh jadi racun ikan

- Jarak buncit Jatropha podagrica Boleh menyebabkan koma kalau makan

- Saga laut Abrus precatorius; Biji beracun (1 biji boleh membunuh)

- Balung ayam Celosia argentea; Daun beracun

- Keladi hiasan Caladium sp; jusnya beracun

- Bunga tahi ayam Lantana camara; buahnya beracun boleh membawa maut

- Bushmanspoison -  digunakan oleh suku Khoisan di Afrika Selatan sebagai  racun untuk anak-anak panah mereka. Meski tanaman ini berbunga harum dan buahnya yang enak, tetapi getahnya merupakan racun berbahaya. Daun-daunnya sendiri boleh dijadikan bahan obat-obatan. Racunnya ini juga dikenal dengan sebutan “wintersweet”.

- Angel’s trumpet -sejenis  penyebab halusinasi yang seharusnya tidak digunakan  kerana boleh pengsan  Kandungan aktifnya adalah atropine, hyoscyamine dan scopolamine yang diklasifikasikan sebagai zat penghilang kesadaran atau anticholinergics.

2. Begitulah juga  bagi penggemar tanaman herba. Terdapat herba beracun seperti:

- Bintangur Laut – Keseluruhan pokok terutama daun dan bijinya didapati mengandungi minyak perengsa yang mengakibatkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit jika termakan. getahnya pula merbahaya kepada mata dan kulit.

- Bakung – Gel lendir atau jus pokok ini mengandungi racun alkaloid likori yang tahan haba. Sangat merbahaya jika termakan walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan.

- Balung ayam – Bahagian daunnya dikesan mengandungi sejumlah bahan alkaloid. Ia tidak merbahaya jika direbus dahulu sebelum diambil sebagai ubatan tradisional namun dalam jumlah atau kepekatan yang tinggi, ia boleh memudaratkan kesihatan.

- Seri pagi – Bijinya yang matang dikesan mengandungi racun alkaloid indol yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kabur penglihatan

- Kemunting cina- Daunnya yang tua mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya dalam keadaan mentah. Dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan.

- Sesudu- Kulit yang terkena getah akan merengsa merah dan bagi mereka yang berkulit halus pula akan menunjukkan kesan bagaikan terkena asid. Pandangan mata yang terkena getah akan menjadi kabur dan bagi keracunan serius, buta sementara. Getahnya jika tertelan akan menyebabkan muntah-muntah dan diarea yang teruk.

- Biji kesturi (castor bean) - Racun tanaman paling berbahaya di muka bumi. Sebiji kecil kesturi cukup untuk membunuh seorang dewasa hanya dalam beberapa minit saja kerana racun ricin di dalamnya.

- Rosary pea- akan menyebabkan demam, mual, mengeluarkan muntah berbusa, disfungsi gula darah, kejang-kejang, lalu menyerang ginjal,  pendarahan retina, dan luka dalam yang sukar pulih.

Rumusannya, anda pasti terkejut jika  sedar bahawa ada beberapa tanaman yang benar-benar sangat berbahaya tumbuh di sekitar kita, bahkan  menghiasi  meja makan kita? Jangan risau, setelah mengenali spesies tumbuhan yang berkenaan,  semoga info  di atas memberi manfaat.