Pameran Hartanah & Perhiasan 2011-1 Juta Pengunjung

Sukacita dimaklumkan kepada pembaca setia Drumah.com bahawa Pameran Hartanah & Perhiasan akan berlangsung di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei 2011 sempena sambutan Hari Belia Negara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan pada akhir bulan hadapan.

Pelaburan Hartanah untuk Pendidikan Anak-anak – Bahagian 2

Sebagai contoh, rumah teres di kawasan Setiawangsa pada tahun 2000 bernilai RM120,000. Selepas 10 tahun berlalu, harga rumah tersebut meningkat menjadi RM300,000.

Oleh yang demikian, jika kita memohon untuk re-finance, pada margin 90%, sebanyak RM270,000 dapat diperolehi. Selepas menolak baki hutang sebelumnya, mungkin RM200,000 bersih dapat digunakan untuk pendidikan anak-anak bagi menyambung ke peringkat diploma dan ijazah.
Keuntungan ini akan menjadi lebih banyak jika dikira wang ansuran bulanan yang telah ‘dibayar’ oleh penyewa.

Pelaburan Hartanah untuk Pendidikan Anak-anak

Apabila perkataan ‘pelaburan hartanah’ dibincangkan, kebanyakan orang akan melihat dari sudut pendapatan sewa (rental income) dan juga keuntungan hasil jualan hartanah selepas nilainya meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa memang itu cara yang selalu dipraktiskan oleh orang ramai apabila melabur didalam bidang hartanah

Rumah Untuk Dijual Tip Jual Rumah Cara Online

Rumah untuk dijual atau menjual hartanah sememangnya memerlukan perancangan yang baik. Tetapi adakah anda tahu bagaimana menjadikan iklan hartanah itu lebih menonjol dari iklan-iklan yang lain?

Pertimbangan Semasa Membuat Pinjaman Perumahan

Bank manakah yang menyediakan pakej perumahan (housing loan/mortgage) paling menarik? Adakah pakej Islamik lagi elok jika dibandingkan dengan pakej pinjaman konvensional? Bagaimana pula dengan kadar faedah (interest rate) yang ditawarkan oleh setiap bank?

Sambungan 2: Tiada Deposit Atau Deposit Tinggi Mana Lebih Baik Apabila Membeli Rumah

Mari kita buat satu kes pembelajaran melalui pembelian hartanah dengan harga RM300,000.00, berapakah faedah yang kita bayar pada pihak bank setelah selesai membayarnya. Faedah bank setakah hari ini bergantung pada tawaran bank kepada

Tiada Deposit Atau Deposit Tinggi Mana Lebih Baik Apabila Membeli Rumah

Pelaburan adalah satu kaedah untuk kita mengurus kewangan agar dapat ia digunakan pada kemudian hari. Walau sehebat manapun bentuk pelaburan yang kita rancang, hakikatnya ia bakal menuntun kos tambahan dari pendapatan hakiki kita hari ini. Dengan pelaburan anda boleh mencipta hutang yang berganda atau anda boleh menyelesaikan hutang dengan cara yang terancang.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Sewa Rumah

Apakah itu Perjanjian Penyewaan Rumah? Perjanjian ini merupakan satu dokumen yang menggariskan hak-hak dan tanggungjawab penyewa serta tuan rumah. Biasanya, perjanjian ini ditandangani sebelum penyewa menduduki rumah tersebut. Jangka masa untuk perjanjian ini ialah bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak; iaitu sama ada setahun, 2 tahun ataupun 5 tahun.

Alternatif Bayaran Pendahuluan Rumah Bhg-2

Walaupun kebanyakan pakej-pakej pinjaman persendirian mengenakan kadar faedah yang tinggi, iaitu lebih daripada 8% setahun, tetapi bagi mendapatkan wang dalam masa yang singkat, alternatif ini masih boleh diterima pakai.

Alternatif Bayaran Pendahuluan Rumah

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh para pembeli hartanah ialah pembayaran duit muka (downpayment) kepada pemaju atau penjual rumah. Hal ini kerana jumlah wang yang perlu dikeluarkan adalah amat besar iaitu 10% dari harga rumah yang ingin dibeli dan baki 90% lagi biasanya dilangsaikan melalui pinjaman bank atau institusi kewanganan yang diktiraf.

Rumah 101 – Ciri Pemilihan Hartanah

Mahal la rumah kat PJ..baik ko cari rumah dekat area2 Nilai jer..situ murah2 lagi, Aku cadangkan baik ko beli rumah teres yang ada tanah… Kalo ko beli kondo, nanti bulan2 kene bayar maintenance fee..Bukan skali bayar..Setiap bulan kot

7 keburukan pelaburan hartanah yang perlu anda tahu

7 keburukan pelaburan hartanah yang anda perlu tahu adalah senarai umum bagi seseorang yang mahu mula melabur didalam hartanah. Pembelian hartanah tidak lah semudah yang kita sangkakan tetapi dengan cara yang betul anda boleh meminimakan risiko disamping memaksimakan keuntungan.

13 perkara yang anda perlu tahu semasa melawat hartanah sasaran

Didalam pemilihan hartanah yang sesuai dengan keperluan peribadi anda dan keluarga, pasti anda tertanya-tanya apakah cara yang betul untuk melihat hartanah? Bagaimana menilai hartanah itu sesuai dengan harganya? Dan akhir sekali apakah tindakan saya seterusnya?

Jangan mansuh diskaun bumiputera masih belum mampu

Cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada kerajaan negeri untuk memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah bukan jalan terbaik menjadikan pasaran hartanah kompetitif di Selangor.

Lokasi bukan perkara paling penting di dalam hartanah – Akhir

Minggu lepas kita telah memahami lokasi bukanlah satu perkara penting didalam pemilihan hartanah bagi tujuan pelaburan. Jika anda bercadang untuk menjadikan hartanah sebagai satu pelaburan dan menjadikan wang sewaan sebagai sumber utama kepada pendapatan anda. Ada beberapa perkara yang perlu dihalusi dan diketahui sebelum membuat sebarang keputusan.