Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini » Teknologi Hartanah

Muhyiddin Mahu Kontraktor Melayu Berani Ceburi Bidang Baru
Gambar Hiasan

Kontraktor Melayu harus mencari peluang sendiri dalam usaha melibatkan  diri dalam program yang dirancangkan oleh kerajaan, kata Timbalan  Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kontraktor Melayu perlu berani menghadapi risiko menceburkan  diri dalam mempelbagaikan perniagaan mereka berikutan potensi dan  peluang pasaran sudah terbuka melalui pelbagai program transformasi  kerajaan.

“Kita harus jana peluang kita sendiri daripada tunggu kerajaan. Kita  cipta peluang dengan modal yang kita ada,” katanya ketika berucap pada  majlis makan malam dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan  Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) kali ke-32 di sini, malam Rabu.

“Kalau harga rumah dan harga tanah naik, kenapa tidak melihat untuk  kita menjadi pemaju daripada hanya menjadi kontraktor,” katanya.

Muhyiddin berkata kontraktor Melayu mampu bersaing dengan kontraktor  dari bangsa lain dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar, dinamik  dan sentiasa berubah.

–BERNAMA

Pinjaman Faedah Rendah Bagi Pembelian Panel Suria Menjelang Akhir Tahun
Gambar Hiasan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sedang berunding dengan Bank Negara Malaysia (BNM) tentang kemungkinan menyediakan pinjaman faedah rendah bagi pengguna yang membeli panel fotovoltaik (PV) suria.

Panel suria bagi satu puncak kilowat berharga kira-kira RM15,000.

“Bagi sebuah rumah biasa, tiga hingga empat puncak kilowat diperlukan, yang melibatkan kos RM45,000 hingga RM60,000,” kata Setiausaha Bahagian Tenaga Lestari kementerian itu, Badriyah Abd Malek.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran peralatan pembinaan industri baharu dan peralatan bangunan industri sedia ada indeks bangunan hijau (GBI) di sini.

Kementerian itu menyasarkan kadar faedah sebanyak empat hingga lima peratus bagi pinjaman itu, kata Badriyah sambil menambah bahawa institusi perbankan telah menunjukkan minat untuk menyediakannya tetapi memerlukan garis panduan daripada BNM.

Katanya, kementerian itu berharap kemudahan itu dapat disediakan menjelang akhir tahun.

Inisiatif demikian, katanya, juga sejajar dengan ‘Feed-in-Tariff’, iaitu satu mekanisme yang membolehkan tenaga dari sumber-sumber Tenaga Boleh Diperbaharui yang dikeluarkan oleh penjana tenaga bebas dan individu, dijual kepada grid pada harga runcit bagi satu tempoh masa yang ditetapkan.

– BERNAMA

Pameran Hartanah & Perhiasan 2011-1 Juta Pengunjung
Salam Sejahtera dari Drumah.com!

Sukacita dimaklumkan kepada pembaca setia Drumah.com bahawa Pameran Hartanah & Perhiasan akan berlangsung di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei 2011 sempena sambutan Hari Belia Negara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan pada akhir bulan hadapan.

Dengan ini kami menjemput seluruh pembaca “Drumah.com” untuk bersama-sama kami memeriahkan lagi sambutan Hari Belia Negara tahun ini. Pada mereka yang masih mencari hartanah yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet tertentu, mungkin disinilah tempatnya pencarian anda akan berakhir, oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan untuk memperolehi tawaran dan diskaun hebat sempena HBN2011 di Putrajaya;

Tempat: Presint 3, Putrajaya

Masa: 10.00 a.m – 10.00 p.m

Tarikh: 27  – 29 Mei 2011

PH&P pada tahun ini, menyediakan 40 tapak jualan berhawa dingin dengan 38 tapak jualan diluar yang lebih tersusun dan meriah dengan segmen perbincangan dan tip-tip terbaik dari penceramah hebat.

Dengan tema “warna-warna belia” Pameran Hartanah & Perhiasan tahun ini akan mengumpulkan lebih dari 30 pemaju hartanah disekitar lembah klang dengan jangkaan lebih dari 3000 unit hartanah dibuka untuk jualan kepada penggunjung pameran hartanah kali ini.

Disamping pelbagai pilihan unit hartanah dengan lokasi popular, Pameran Hiasan dirumah juga disatukan sebagai aktiviti tambahan bagi memeriahkan karnival. Expo seumpama ini bakal menghimpunkan lebih dari 30 pengusaha hiasan dan khidmat renovasi pada satu tempat dengan sebut harga dan tawaran hebat khas untuk pengunjung di Putrajaya.

Selain memperolehi khidmat nasihat dan rundingan kos untuk sesuatu perkhidmatan pameran ini juga menyediakan pelbagai promosi dengan harga jauh lebih rendah dari pasaran.

Untuk makluman semua, terdapat pelbagai aktiviti dan pameran lain yang berhampiran bakal membawa tarikan kepada Pameran Hartanah & Perhiasan di Putrajaya kali ini iaitu;-

1. Pameran “Phone fair”

2. Pameran “PC fair”

3. Auto Events – Hadapan Putrajaya Holding

4. Jom Heboh

5. Pertandingan Memancing

6. Karnival Kerjaya – PICC

7. “Celebrity Village” _ Hadapan Istana Kehakiman

8. Pertunjukan 3D Projection – Istana Kehakiman

9. Konsert Artis Antarabangsa (K-pop “Super Junior”) -Persimpangan KBS

10. Clash of The Band – berhampiran Istana Kehakiman

11. Persembahan Artis Tempatan – berhampiran Istana Kehakiman

12. Karnival Produk kecantikan dan Industri Desa dan pelbagai karnival lagi!

Bukan setakat itu sahaja, sebenarnya terdapat 200 aktiviti bakal berlangsung di Putrajaya dalam tempoh 3 hari. Oleh itu, jangan lepaskan peluang dan jom! ramai – ramai ke PH&P Presint 3, Putrajaya. – “dengan sasaran 1 Juta Pengunjung diPutrajaya!”.

Lokasi Tapak: Lat: 2.9159752869090947 Lng:101.68413162231445

Disokong Oleh:

* Nota: Untuk tempahan tapak pameran dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:-

Lobi, Menara KBS, No.27, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570, Putrajaya

atau boleh hubungi sekretariat Pameran Hartanah & Perhiasan 2011 ditalian terus:-

016-2034 402 cmi

012-351 3559 zul

010-431 4402 nas

016-205 8205 isaac

017-2153 847 nisa

014-3653 525 yusri

Rumah Untuk Dijual Tip Jual Rumah Cara Online
Drumah.my

Rumah untuk dijual atau menjual hartanah sememangnya memerlukan perancangan yang baik. Tetapi adakah anda tahu bagaimana menjadikan iklan hartanah lebih menonjol dari iklan pesaing yang lain?

Sejak pelancaran drumah.my (Portal Jual Beli Hartanah) bulan lalu, banyak email yang saya terima bertanyakan teknik menjual rumah yag boleh mereka gunakan. “Iklan dah letak tapi tak ada orang call pulak.. macam mana nak buat orang call ya?” tanya mereka.

Baiklah, hari ini kita akan kongsi beberapa teknik menjual hartanah “khas” secara maya. ikuti artikel ini; -

1. Langkah pertama adalah membersihkan rumah. Pastikan juga rumput dan lalang dipotong dan diracun. Kadang-kadang kita telepas pandang dan menganggap ia perkara biasa… padahal laman dan “porch” yang bersih bakal meyakinkan pembeli dan mencerminkan identiti pemiliknya. “First impression” sangat-sangat penting didalam urusan hartanah kita nanti.

2. Pastikan harga tawaran munasabah. Jangan asyik fikirkan keuntungan semata-mata. Semak dengan jiran-jiran atau penilai hartanah. Lebih mudah buat kajian sendiri dan nilai hartanah anda dengan rujuk pada artikel ini” Harga rumah dan strategi menilainya “.

3. Gunakan portal hartanah drumah.my untuk menjual. Letakkan seberapa banyak maklumat kedalam iklan. Lebih banyak maklumat lebih baik, ia membantu pembeli memahami keadaan hartanah dan mengelakkan anda “pitching” perkara yang sama berulang-ulang.

4. Sebuah rumah yang hendak dijual secara online sebaik-baiknya disediakan gambar. Pernah dengar “a picture tells a thousand stories” dengan sekeping gambar anda telah menceritakan pelbagai perkara menarik didalam rumah anda.

Semakin ramai pencari hartanah menjadikan internet sebagai rujukan utama mereka. Internet lebih mudah, tanpa kesana, pembeli sudah boleh merasai dan melihat kondisi hartanah sasaran. Lawatan maya “virtua tour” pada portal hartanah banyak membantu pembeli membuat saringan sebelum membuat keputusan.

Tidak seperti iklan-iklan diakhbar… hitam dan putih dan tidak menarik. Saiz dan ukuran gambar terhad kerana pengiklanan disana amat mahal. Dengan internet tugas anda menyediakan gambar dan info menarik agar pembeli dapat membuat pertimbangan dengan cepat.

5. Gambar apa yang perlu di ambil? Tiada had atau syarat tertentu apabila menjual hartanah secara online. Kebiasaannya gambar hadapan rumah, ruang tamu, dapur, dan bilik tidur adalah lokasi yang kerap menjadi sasaran kamera.

Lakukan sesuatu yang kreatif. Apa kata jika anda sendiri bergaya didalam gambar bersama rumah kesayangan. Tidak perlu takut atau malu…  anda pemilik rumah dan anda perlu bangga kerana memilikinya. Setakat gambar “posing” bersama rumah bukan buat apa – apa pun… : )

6. Jangan lupa untuk ceritakan sedikit tentang keadaan rumah. Kongsikan perkara menarik semasa anda membeli hartanah ini dulu. Mungkin rumah itu mempunyai dapur yang luas, ruang tamu dengan siling tinggi atau bilik tidur yang telah diubah suai.

Gambarkan dengan jelas, jika tidak anda mungkin akan terlepas pembeli yang berpotensi nanti.

7. Kongsikan keadaan sekeliling hartanah. Mungkin anda boleh berkongsi maklumat tentang jiran yang ramah atau profesion mereka. Ia bakal membantu pembeli memahami persekitaran hartanah itu dengan lebih tepat. Kebiasaanya hampir semua pembeli ingin mengetahui siapakah jiran-jiran mereka.

8.  Jarak hartanah juga menjadi satu perkara penting semasa membuat keputusan. Sediakan maklumat lokasi hartanah itu dengan lokasi tumpuan lain. Seperti 15 minit untuk ke putrajaya, 25 minit ke KLCC atau 500 meter ke pasaraya.

9. Serlahkan fasiliti yang terdapat didalam kawasan hartanah seperti berdekatan dengan sekolah, kolej, universiti, klink, hospital swasta /kerajaan. Pastikan informasi yang diberi benar-benar wujud, jika tidak anda banyak membuang masa melayan panggilan yang anda sendiri tidak mampu menyediakannya.

10. Penggunaan Map sangat penting. Bukan semua orang mahir tentang nama jalan, dengan bantuan dari “Google Map” ia memudahkan si pencari untuk mencari hartanah itu nanti. Dari kajian Drumah, hampir 80% pencari hartanah hanya “skimming” iklan dan  tidak membacanya. Oleh itu pengiklan perlu menyediakan maklumat yang lengkap bagi membantu si pencari hartanah tadi lebih memahami keadaan rumah dikawasan itu.

11.  Letakkan talian tambahan “backup” untuk iklan tersebut. Pada waktu-waktu tertentu anda mungkin tidak berupaya untuk mengambil panggilan. Jadi letakkan nombor telefon isteri atau jika anda mempunyai ejen hartanah letakkan nombor telefon mereka. Ini bagi mengelakkan anda terlepas panggilan yang berpotensi. Jika anda tidak mahu diganggu pada jam 12 malam, letakkan waktu yang sesuai untuk dipanggil, ikut keselesaan anda.

12. Jika talian kedua adalah individu yang tiada latar belakang menjual hartanah. Beritahu yang mereka hanya perlu mengambil nombor telefon si pemanggil dan seseorang akan menghubungi mereka nanti. Jangan lupa untuk bertanyakan waktu yang sesuai untuk memanggil beliau kembali. Jangan terkejut ada sesetengah orang akan menutup telefon seawal jam 6.30 ptg.

Walau apa juga kaedah atau teknik pemasaran yang kita guna. Jika anda perlukan khidmat profesional, jangan teragak-agak untuk melantik mereka.

Mungkin anda tahu beberapa perkara, tetapi bukan semua perkara anda tahu. Jadikan portal hartanah drumah.my sebagai platform untuk mempromosi hartanah. Atau sarankan ejen hartanah untuk mengiklankan rumah pada portal ini, kenapa tidak?  Ianya percuma sahaja.

Jika anda “copywriter” yang hebat, tiada salahnya anda sendiri mengiklanan hartanah tersebut pada portal hartanah drumah.my dan letakkan nombor ejen hartanah sebagai “hot-line” anda. Sama-sama membantu agar cepat-cepat kita dapat jual rumah tersebut.

Setakat itu sahaja tip kali ini, semoga berjaya pelabur semua.

Kawasan Pelupusan Sampah Negara Semakin Kritikal?
Gambar ilustrasi sahaja

Oleh Syed Azwan Syed Ali

Bahagian pertama daripada  dua siri rencana mengenai pelupusan sampah

KUALA LUMPUR, -  Kepesatan pembangunan menuntut sebuah negara membangun seperti Malaysia menguruskan sistem pelupusan sisa pepejal domestik dengan efektif.

Kerajaan amat komited dalam aspek berkenaan dan ini terbukti dengan kewujudan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta agensi seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Terdapat juga penggubalan Dasar Teknologi Hijau Negara.

Di peringkat antarabangsa, Malaysia menandatangani Protokol Kyoto 1997 bagi menangani kesan perubahan iklim dan pemanasan global ekoran daripada kesan rumah hijau.

Namun di sebalik komitmen itu, beberapa perkara memerlukan perhatian dan penambahbaikan segera terutama dari segi pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal (sampah) di negara ini.

TUJUH TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SANITARI

Hanya tujuh daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini merupakan tapak pelupusan sanitari yang mesra alam.

Maknanya, kurang 2.5 peratus daripada keseluruhan tapak pelupusan sisa itu diuruskan dengan baik dengan selebihnya beroperasi secara pembuangan terbuka atau ‘open-dumping’.

Bagi pakar pengurusan sisa pepejal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Ir Dr Hassan Basri, keadaan itu membayangkan pengurusan sisa pepejal di negara ini masih kurang efisyen.

“Ia juga kritikal untuk jangka panjang,” kata profesor kejuruteraan alam sekitar UKM.

Hujah Hassan bersandarkan kepada risiko pelupusan sampah secara pembuangan terbuka yang menyebabkan pencemaran air dan udara.

PELUPUSAN PEMBUANGAN TERBUKA CEMARKAN AIR, UDARA

Pencemaran air disebabkan peresapan ‘leachate’ (air larut resapan) ke dalam sumber air bawah tanah, manakala pencemaran udara disebabkan pembebasan gas Metana (CH4) yang terhasil daripada proses pereputan sampah.

Tapak pelupusan sampah pembuangan terbuka juga memerlukan kos tinggi untuk dibangunkan semula selain menurunkan nilai hartanah di kawasan berhampiran.

“Pembukaan tapak pelupusan baru juga sukar akibat saingan dengan keperluan infrastruktur lain (perumahan dan industri) kerana tanah yang terhad. Adalah sukar untuk mencari kawasan yang sesuai pada masa akan datang,” kata Dr Latifah Abdul Manaf, pensyarah alam sekitar dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tinjauan penulis di tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar mendapati kawasan itu mempunyai lapisan dasar yang menghalang leachate daripada meresap ke dalam sumber air bawah tanah, mempunyai sistem pengumpulan dan peredaran (melalui paip bawah tanah) leachate dan loji untuk merawat cecair toksik itu.

Pada masa yang sama, tapak pelupusan sampah sanitari juga mempunyai ‘penutup harian’ iaitu tanah liat atau plastik yang digunakan untuk menutup sampah yang dilupuskan bagi mengelakkan risiko bau dan dikerumuni binatang seperti lalat, tikus dan burung gagak.

Berbanding bau sampah yang boleh dihidu sejauh dua atau tiga kilometer dari kawasan pelupusan terbuka, masalah itu tidak berlaku di tapak pelupusan sanitari yang lebih ‘bersih’.

TAPAK PELUPUSAN SANITARI PILIHAN TERBAIK

Tapak pelupusan sanitari juga mempunyai sistem saluran paip untuk menyerap gas Metana yang dihasilkan daripada proses pereputan sampah dalam tempoh tertentu yang kemudian boleh ditukar menjadi tenaga elektrik.

Dalam kes Bukit Tagar misalnya, sel di tapak pelupusan yang ditutup pada November 2007, selepas beroperasi selama dua tahun, kini menjana 1.0 Megawatt elektrik yang digunakan bagi tujuan operasi di tapak pelupusan sisa pepejal sanitari itu.

Keadaan itu (sistem paip gas) juga boleh mengelakkan risiko berlakunya pembakaran tidak dijangka, ekoran pembebasan gas rumah hijau itu, yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Contoh terkini ialah kebakaran timbunan sampah setinggi 91.4 meter di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Gombak awal September lepas, dipercayai ada kaitan dengan pengurusan sampah tidak efektif.

Masalah pengurusan sisa pepejal sebenarnya bukan dialami di negara ini sahaja tetapi di negara lain ekoran kerancakan aktiviti ekonomi, peningkatan populasi dan guna tanah terhad.

PERTAMBAHAN POPULASI

Di Malaysia, dengan anggaran pertumbuhan populasi 2.4 peratus atau 600,000 orang setiap tahun (sejak 1994), lebih banyak sampah akan dihasilkan, seterusnya mengurangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Keadaan ini diburukkan dengan statistik terkini menunjukkan 113 daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini tidak lagi beroperasi. Kebanyakannya menunggu masa ditutup.

Malah ada juga disambung hayatnya untuk menampung sampah yang ada, misalnya di kawasan pelupusan sampah Sungai Sedu, Banting, yang menerima sampah domestik dari Sepang dan Putrajaya yang sepatutnya ditutup Jun lepas.

Lebih menyedihkan sebilangan besar daripada 113 tapak pelupusan yang ditutup itu bukan tapak pelupusan sanitari.

Namun apa yang lebih menarik, kebanyakan tapak pelupusan sampah itu diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pihak swasta, yang dilantik PBT.

Mengikut statistik PPSPPA sebanyak 114 tapak pelupusan diuruskan PBT meliputi 58 tapak pelupusan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak (41) dan Sabah (15).

FAKTOR KEKANGAN DAN PENYELESAIANNYA?

Bagi Prof Hassan persoalan ini ialah masalah kompleks melibatkan beberapa faktor berkait daripada kekurangan dana dan kepakaran, tahap kesedaran rakyat yang masih rendah dan kerangka undang-undang yang belum jelas.

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awan 2007 diluluskan pada 30 Ogos 2007, namun atas sebab-sebab tertentu, ia belum dikuatkuasakan.

Sumber industri melihat penangguhan itu berkaitan dengan proses penswastaan pengurusan sisa pepejal negara yang belum muktamad, sekalipun hakikatnya pengurusan sisa pepejal kini diurus syarikat Alam Flora, SWM Environment dan Idaman Bersih Sdn Bhd, mengikut zon masing-masing sejak 1996.

Ketika ini, ‘majikan’ bagi ketiga-tiga syarikat ini ialah PBT terbabit.

Berbalik kepada masalah pengurusan tapak pelupusan, kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan 1988 iaitu meningkatkan tahap tapak pelupusan sampah secara berperingkat ekoran sumber dana dan kepakaran yang terhad.

Empat tahap pembaikan itu ialah pembuangan terkawal (tahap satu), kambusan sanitari dengan lapisan penutup harian (tahap dua), kambusan sanitari dengan sistem peredaran leachate (tahap ketiga) dan kambusan sanitari dengan rawatan leachate (tahap keempat).

Namun pelan tindakan itu dikatakan kurang berhasil dan ini dibuktikan dengan hanya tujuh tapak pelupusan sampah di negara ini diuruskan secara sanitari dan kebanyakannya dipelopori pihak swasta.

Tujuh tapak pelupusan sanitari itu ialah tiga di Selangor dan masing-masing satu di Kedah, Pahang, Melaka dan Johor.

KITAR SEMULA PANJANGKAN HAYAT KAWASAN PELUPUSAN

Keadaan ini diburukkan lagi dengan mentaliti masyarakat yang memandang mudah kepada kempen ‘kitar semula’ yang dua kali dilancarkan pada 1993 dan 2000 dibuktikan dengan peratusan kitar semula yang masih rendah sekitar lima peratus.

Angka ini amat jauh daripada sasaran kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang 2020 ditetapkan kerajaan apatah jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun dengan peratusan kitar semula melebihi 50 peratus.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan memikirkan langkah yang lebih efektif, selain mengadakan kempen dan iklan seperti membangunkan infrastruktur strategik dengan pihak swasta, menjalankan kajian holistik dan menguatkuasakan akta yang ada.

Masalah berbangkit seperti jadual kutipan sampah tidak menentu perlu diatasi secara telus dan tuntas.

Ini kerana dengan jumlah sampah yang semakin meningkat dan dijangka mencecah 30,000 tan sehari dalam tempoh kurang 11 tahun lagi, masyarakat tidak mempunyai pilihan selain daripada kitar semula.

Apa yang pasti, perubahan untuk mengitar semula boleh bermula dengan komitmen individu di rumah masing-masing, dengan mengurangkan sampah yang terpaksa dilupuskan.

– BERNAMA

Teknologi Pemetaan Masa Hadapan
Google Map

Masih ramai peserta industri hartanah di Malaysia tidak menggunakan internet sebagai satu alat hebahan.

Pernahkah anda menghadapi maslah untuk mencari rumah atau lokasi tapak projek? dengan teknologi dari google ini mungkin adalah satu jalan penyelesaian kepada anda.

Sebuah teknologi dari google yang diberi nama “google maps – direction” yang mugkin dapat di manfaatkan oleh peserta hartanah kita suatu hari nanti. Teknolog gps ini telah di manfaatkan kebanyakkan rakan seindustri dari amerika kerana kebanyakkan jalan-raya di sana telah direkodkan dengan satelite dan gambar lokasi.

Aplikasi map ini boleh digunakan untuk tujuan “virtual tour” kepada pengguna internet.  Saya sendiri mengunakan perkataan “virtual tour” didalam setiap email yang dihantar kepada prospek. Tidak kira lah prospek itu dari iproperty atau yang diperolehi apabila bersemuka mesti wajib saya selitkan, tetapi link yang saya hantarkan buat masa ini hanyalah beberapa gambar mengenai hartanah tersebut. Teknologi ini bukan saja dapat menyelesaikan masalah lokasi malah jika dapat diadaptasi oleh agensi atau pemaju memungkin satu kaedah pemasaran terbaik yang saya sendiri pun mengagumi akan idea tersebut.

<object width="425" height="344" data="http://www.youtube.com/v/dgJSXrkwshg&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en&feature=player_embedded&fs=1" type="application/x-shockwave-flash"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/dgJSXrkwshg&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&hl=en&feature=player_embedded&fs=1" /><param name="allowfullscreen" value="true" /></object>

Gabungan teknologi dan sedikit kretiviti ini akan memudahkan pembeli atau bakal pembeli yang mahu mengetahui keadaan dan aktiviti lokasi pembinaan. Kebanyakkan lokasi pembinaan hari ini ditutup oleh zink-zink yang membuatkan ramai pembeli masih ragu-ragu keatas projek pemaju.

Adakah terknologi percuma ini dapat digunakan di Malaysia? sama-sama kita nantikan.