Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini » Berita Bank Malaysia

235,908 Individu Diisytiharkan Bankrap Setakat Oktober 2011
Gambar Hiasan

Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Beliau berkata berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat.

“Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari.

“Bagaimanapun, keadaan ini belum mencapai tahap yang membimbangkan. Ini kerana di negara lain termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Thailand mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pelepasan daripada kebankrapan secara otomotik bagi tempoh tertentu… sebab itu jumlah kes kebankrapan di negara tersebut agak rendah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dialog berkaitan insolvensi di Kompleks Pentabdiran Persekutuan di Likas, hari ini.

Abdul Karim berkata sejak tahun 2005 hingga Oktober tahun ini, sejumlah 14,000 kes berjaya dilepaskan daripada bankrap atas budi bicara Ketua Pengarah JIM.

Budi bicara itu merujuk kepada orang yang bankrap membayar pinjaman secara berterusan lebih daripada lima tahun dan mereka memberikan kerjasama yang baik kepada JIM.

Abdul Karim berkata bagi Sabah, sebanyak 12,081 kes kebankrapan dilaporkan sehingga Oktober tahun ini, dan daripada jumlah itu, 832 kes berjaya dilepaskan.

Beliau berkata terdapat kurang daripada 20 peratus mereka yang terlibat dalam kes kebankrapan yang hadir dan memberi kerjasama kepada JIM.

Ini memberi impak kepada keberkesanan pentadbiran insolvensi yang kini mempunyai kekangan daripada segi sumber manusia, katanya.

Abdul Karim berkata kerajaan juga sedang mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 dalam usaha membantu mereka yang diisytiharkan bankrap meneruskan hidup tanpa bebanan hutang termasuk pelepasan secara otomotik.

“Perkara ini masih di peringkat kajian dan sebahagian daripada undang-undang yang dicadangkan sudahpun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian,” katanya.

– BERNAMA

Zeti Dilantik Semula Gabenor Bank Negara Malaysia Bagi Penggal Lima Tahun
Gambar Hiasan

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei.

Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, BNM berkata pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000.

Zeti, yang telah menerajui BNM sejak 10 tahun lepas, telah menerima beberapa anugerah kerana prestasinya dan telah dinamakan sebagai “Gabenor Bank Pusat Terbaik Tahun ini” oleh penerbitan Emerging Markets di Washington.

Beliau juga menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Tahunan di Dubai pada tahun lepas dan Anugerah Kepimpinan Industri Aset di dalam Kewangan Islam di anugerah tahunan Triple A Awards bagi Kewangan Islam 2010 bagi sokongannya di dalam pembangunan kewangan Islam di Malaysia dan di pasaran baharu muncul oleh The Asset Publishing and Research Limited, Hong Kong.

Sebagai Gabenor, beliau memainkan peranan penting di dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar monetari, sambil memastikan kestabilan sistem kewangan Malaysia.

Zeti juga bertanggungjawab kepada kejayaan transformasi sistem kewangan Malaysia kepada salah satu yang paling maju dan berdaya tahan di dalam ekonomi baharu muncul.

Ini termasuk menerajui pembangunan kewangan Islam di dalam negara dan pada peringkat dunia dan mengambil bahagian di dalam usaha meningkatkan sumbangan enterpris kecil dan sederhana ke dalam ekonomi negara ini.

Beliau juga aktif di dalam membentuk masa depan kerjasama kewangan di rantau Asia dan merupakan suara yang penting bagi ekonomi baharu muncul di dalam forum kewangan antarabangsa.

Zeti juga memainkan peranan penting di dalam transformasi organisasi bank pusat untuk menjadi fokus secara strategik dan dipacu prestasi yang baik. Ini turut melibatkan perubahan utama terhadap proses tadbir urus, pengurusan bakat dan menetapkan kerangka pengurusan risiko yang kukuh.

Pada 2009, beliau menerajui penggubalan satu perundangan perbankan pusat yang baharu.

Penggubalan Akta Bank Pusat Malaysia 2009 menyediakan Bank Negara Malaysia dengan mandat yang lebih jelas dan memberikan kuasa yang perlu bagi membolehkannya melaksanakan tanggung jawabnya secara berkesan.

– BERNAMA

Bank Negara: Sektor Perbankan Berkedudukan Baik Buat Penilaian Pinjaman Di Bawah Skim Rumah Pertamaku
Gambar Hiasan

Sektor perbankan berkedudukan baik untuk membuat penilaian kemampuan dan  kepercayaan kredit peminjam di bawah “Skim Rumah Pertamaku”.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata  tiada risiko kepada kualiti pinjaman isi rumah daripada skim itu kerana  tumpuan adalah bagi kemampuan.

“Pengesahan kemampuan adalah sangat penting dan bagi sektor perbankan ia  berkedudukan baik untuk membuat penilaian, dan ia juga tahu pendedahan  kredit peminjam,” katanya.

Zeti berkata demikian pada taklimat media mengenai pengeluaran Laporan  tahunan 2010 BNM dan Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan  2010, di sini, Rabu.

Menurutnya, terdapat ramai golongan muda yang mempunyai jaminan kerja,  prospek dan arus pendapatan yang baik, kombinasi suami dan isteri, yang  layak untuk memeterai perjanjian pinjaman bagi membeli hartanah di bawah  skim tersebut.

Di bawah skim tersebut, golongan muda yang mempunyai pendapatan kurang  daripada RM3,000 sebulan boleh mendapat pembiayaan 100 peratus untuk  membeli rumah yang menelan kos antara RM100,000 dan RM220,000 dengan  tempoh pembayaran semula sehingga 30 tahun, katanya.

Mengenai garis panduan berian pinjaman kepada bank-bank bagi hutang isi  rumah, Zeti berkata, ia akan diperkenalkan tidak lama lagi kerana BNM  telah mengeluarkan kertas konsep.

Zeti berkata garis panduan itu tidak dikeluarkan sekarang kerana  institusi perbankan perlu menyediakan mekanisme dalam sistem mereka  untuk memudahkan garis panduan baharu dan pada masa yang sama tidak  menyebabkan sebarang kelewatan dalam memproses pinjaman.

Beliau menjangka garis panduan itu diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini.

– BERNAMA

Najib Lancar Skim Rumah Pertamaku Bantu Golongan Muda Milik Rumah
Gambar Hiasan

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20  institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan  kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi  mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup  serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah  pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah  Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan  bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus  daripada  institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga  antara RM100,000 dan  RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30  tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran  pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah  tersebut,” kata Perdana Menteri.

“Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina  lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd,  Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank  Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia  Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic  Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al  Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB  Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered  Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC  Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri  mengumumkan  beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit  menerusi  Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program  Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk  membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos  Rendah,” kata  Najib.

– BERNAMA

Maybank Sasar Pertumbuhan 30 Peratus Pembiayaan Islam
Gambar Hiasan

Maybank Islamic Bhd menyasar mencapai pertumbuhan 30 peratus dalam  pembiayaan Islam bagi tahun kewangan ini yang berakhir pada 30 Jun,  2011.

Ketua pegawai eksekutifnya Ibrahim Hassan berkata semasa tahun kewangan  lepas, bank itu mencatatkan angka pertumbuhan sama kepada RM36 bilion.

Untuk mencapai sasaran itu adalah suatu yang mencabar tetapi ia boleh  dicapai, disokong oleh segmen pengguna dan juga korporat, katanya kepada  pemberita selepas permeterian i-Pembiayaan Berjangka Murabahah Komoditi  (CMFT-i) bernilai RM100 juta dengan Universiti Teknologi Malaysia, di  sini.

Ketika ini, 69 peratus portfolio pembiayaan bank tersebut disumbang  daripada segmen pengguna, manakala bakinya daripada segmen korporat.

“Dalam tempoh jangka panjang, kami menyasar gabungan 60 peratus pengguna dan 40 peratus korporat,” katanya.

Timbalan Presiden dan ketua perkhidmatan kewangan komuniti Maybank, Lim  Hong Tat berkata bank itu berada di landasan yang baik untuk mencapai  pertumbuhan pembiayaan yang ketara bagi segmen korporat dengan prospek  baik dilihat dalam sektor pendidikan.

Kemudahan CMFT-i itu, ditambah dengan kemudahan pembiayaan lain  diluluskan sejak Julai 2010 bagi beberapa perbadanan dan institusi  berkaitan kerajaan berjumlah RM2 bilion, akan menjadi pemangkin untuk  meningkatkan portfolio pembiayaan Islam bank itu bagi tahun kewangan  ini.

“CMFT-i terbaharu kami mengukuhkan penerajuan pasaran Maybank Islamic  sebagai penyedia pembiayaan Islam terbesar di Malaysia serta mengekalkan  aspirasi kami menjadi bank Islam terbesar di Asean menjelang 2015,”  katanya.

Beliau berkata sejak Julai tahun lepas, bank itu menyertai dalam dua  janji niaga bersindiket/kelab sebagai pembiayai dengan jumlah penyertaan  RM1.1 bilion bagi projek-projek kerajaan.

– BERNAMA

Pakar Ekonomi: BNM Mungkin Naikkan SRR Antara 50 Hingga 100 Mata Asas
Gambar Hiasan

Bank Negara dijangka menaikkan keperluan rizab berkanun (SRR) dalam  mesyuarat dasar monetarinya yang bakal diadakan pada 11 Mac dalam usaha  mengekang lebihan mudah tunai di dalam sistem perbankan, kata seorang  pakar ekonomi.

Ketua ekonomi kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata  sementara dasar kadar semalaman (OPR) mungkin tidak akan dinaikkan kali  ini, sebaliknya terdapat jangkaan yang bank pusat akan menaikkan SRR.

“SRR dijangka dinaikkan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada  sistem perbankan dan pada masa yang sama memberi isyarat yang kawalan  yang lebih ketat berikutan jangkaan inflasi yang mungkin berlaku  disebabkan pertumbuhan kredit yang tinggi dalam sistem perbankan,” kata  beliau kepada Bernama.

Dr Yeah berkata pertumbuhan kredit yang tinggi boleh berlaku,  terutamanya daripada pinjaman perumahan memandangkan aliran masuk dana  lebih banyak tertumpu ke sektor hartanah.

“Kami rasakan yang SRR mungkin akan dinaikkan antara 0.5 peratus dan  satu peratus dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari yang akan  datang. Pada masa ini, SRR ialah pada satu peratus,” kata Dr Yeah.

Bank Negara telah mengurangkan secara berperingkat SRR sejak Disember  2008 daripada empat peratus kepada satu peratus pada Mac 2009.

Bulan lepas, bank pusat telah mengekalkan OPR semasa pada 2.75 peratus  tetapi telah membayangkan dasar tambahan seperti SRR dan langkah  peminjaman makro yang lebih berhemat sebagai cara untuk menampan risiko  makro ekonomi dan ketidakseimbangan kewangan.

The Oxford Business Group (OBG) dalam maklumat ekonomi terbarunya  semalam berkata yang kenaikan satu peratus dalam kadar SRR boleh  mengeluarkan kira-kira US$1.3 bilion daripada sistem perbankan.

Untuk OPR, Dr Yeah berkata sejak bank pusat menormalkan kembali kadar  faedah tahun lepas, ia masih mempunyai keanjalan untuk mengekalkan kadar  faedah pada paras semasa memandangkan tekanannya masih lagi boleh  diuruskan.

“Memandangkan tinjauan global masih lagi tidak menentu, sebarang  kenaikan kadar mungkin menjejaskan pertumbuhan permintaan domestik,”  kata beliau.

Dr Yeah berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada Bank  Negara akan tertekan untuk menaikkan kadar faedah kerana beberapa rakan  sejawatnya yang lain, terutamanya China, telah menaikkan kadar faedah  untuk mengekang tekanan inflasi.

Bank pusat Indonesia turut menaikkan kadar faedah Jumaat lepas  sementara bank pusat Filipina akan mengumumkan strategi terbarunya dalam  dasar monetari lewat Khamis.

Mengenai pengukuhan ringgit yang berterusan, beliau berkata, kenaikan  itu adalah seiring dengan kenaikan mata wang Asia yang lain, didorong  oleh sejumlah besar aliran masuk modal.

Pada Rabu, ringgit mencecah paras ringgit seharian pada 3.0310 berbanding dolar AS.

Dr Yeah berkata perolehan yang tinggi untuk ringgit dan prospek  pertumbuhan serta tinjauan pertumbuhan domestik yang lebih baik turut  menyumbang kepada kenaikan mata wang tempatan.

“Kenaikan yang berterusan akan menarik lebih banyak aliran masuk jangka  pendek serta wang panas,” kata beliau sambil menambah yang kemungkinan  adanya rancangan rangsangan seterusnya di AS boleh merancakkan lagi  aliran masuk modal ke rantau Asia termasuk Malaysia.

Pada Rabu, pengerusi Rizab Persekutuan AS, Ben Bernanke, membayangkan  terdapatnya kemungkinan kelonggaran dasar kedua dan ketiga kerana ia  akan terus menyokong pemulihan ekonomi AS.

Dr Yeah berkata pengumuman itu telah menyaksikan tekanan jualan ke atas  dolar AS dan turut memberikan beberapa sokongan belian kepada mata wang  lain, terutamanya mata wang Asia.

“Kita perlu menyemak terutamanya jika Yuan China terus mengukuh dengan  cepat berbanding kadar kenaikan biasa. Buat masa ini, kita masih lagi  mengekalkan sasaran semasa kita,” tambah beliau.

Awal tahun ini, RAM Holdings Bhd telah mengunjurkan ringgit akan terus  meningkat tiga hingga lima peratus lagi, sekali gus membawa kadar  pertukaran antara RM2.93 dan RM2.99 untuk satu dolar AS tahun ini.

– BERNAMA

Sahkan Status Syarikat Sebelum Melabur, Kata Bank Negara
Gambar Hiasan

Sahkan  status sesebuah syarikat sebelum anda melabur.

Itulah nasihat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada orang awam  yang mahu melabur wang mereka agar mereka tidak menjadi mangsa kepada  syarikat-syarikat palsu seperti skim cepat kaya yang menyamar sebagai  syarikat pelaburan.

Bank pusat dalam senarai panduan mengenai isu-isu kewangan bagi orang  awam dan pengguna hari ini, berkata sebelum melabur, seseorang perlu  memastikan syarikat tersebut mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa  seperti BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

BNM berkata orang awam perlu berhati-hati dengan sebarang bentuk  strategi pemasaran yang menjanjikan pulangan tinggi atau keuntungan  tanpa risiko.

“Pulangan tinggi datang bersama risiko tinggi. Pastikan anda  mengumpulkan maklumat tambahan mengenai syarikat tersebut,” kata BNM.

Bagi mengesahkan status syarikat-syarikat, orang awam boleh menghubungi  BNM di talian 1-300-88-5465, SC (03-62048999/03-62048777) dan KPDNKK  (1-800-886-800).

Mengenai perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau panggilan gurauan,  terutama yang menjanjikan ganjaran tunai besar dengan syarat pemenang  perlu membalas SMS itu atau menghubungi balik panggilan, orang awam  perlu mengesahkan terlebih dahulu dengan memeriksa dengan BNM dan  berhati-hati dengan panggilan sedemikian.

BNM juga memberi amaran kepada orang awam mengenai hadiah dan ganjaran  daripada pihak yang tidak diketahui dengan membuka akaun perbankan  Internet.

“Ini mungkin satu penipuan. Jika anda telahpun terlibat, hubungi dan  buat laporan kepada bank anda dan pihak polis dengan segera untuk  tindakan lanjut mereka. Juga sentiasa maklumkan kepada kami,” kata bank  pusat itu.

Bagi perbankan Internet, pengguna dinasihatkan untuk mengelog keluar  dengan betul selepas menggunakan perbankan Internet dan membuang cache  memori selepas menyelesaikan urus niaga.

– BERNAMA

Bank Negara Kekalkan Kadar OPR, Dijangka Meningkat Pada Separuh Kedua
Gambar Hiasan

Penganalisis dan ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar Dasar Semalaman (OPR) pada separuh kedua tahun ini setelah memutuskan untuk mengekalkan kadar sedia ada.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari Khamis, Bank Negara memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 2.75 peratus berikutan inflasi yang rendah serta tiada bukti mengenai permintaan berlebihan yang menekan harga.

Kadar pertumbuhan yang perlahan serta tekanan inflasi yang sederhana pada separuh pertama tahun ini merupakan faktor utama pihak berkuasa mengekalkan kadar OPR, kata penganalisis.

OPR ialah kadar faedah semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara dan digunakan untuk menguji arah dasar monetari. Ia merupakan kadar sasaran untuk operasi mudah tunai harian bank pusat.

Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata tidak ada keperluan untuk menaikkan OPR pada masa ini memandangkan inflasi yang terkawal manakala pertumbuhan pula menyederhana.

Beliau bagaimanapun menjangkakan inflasi akan meningkat pada bulan-bulan yang akan datang berikutan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

“Kami menjangkakan Bank Negara akan menaikkan OPR antara 50 dan 75 mata asas tahun ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank Dr Mohd Nazri Khan juga berkata bank pusat akan mengekalkan paras OPR semasa pada enam bulan pertama tahun ini.

Beliau menjangkakan bank pusat akan menaikkan kadar pada separuh kedua dengan sekurang-kurang 50 mata asas berikutan peningkatan inflasi.  Ketua Penyelidik Ekuiti Malaysia & Asean Deautsche Bank, Teoh Su-Yin bekata bank itu tidak menjangkakan peningkatan kadar di Malaysia dalam jangka pendek.

Beliau menjangkakan kadar akan dinaikkan sebanyak 50 mata asas mulai Julai hingga Disember.  Di Malaysia, kadar infalsi masih pada paras terkawal dan menjangkakan ia akan berlegar sekitar dua dan tiga peratus tahun ini, katanya.

Bank Negara mengekalkan OPR selepas tiga kenaikan, masing-masing pada Mac, Mei dan Julai tahun lepas, sebanyak 75 mata asas kepada 2.75 peratus kadar semasa.

Siri kenaikan itu merupakan sebahagian daripada potongan sejumlah 150 mata asas pada lewat 2008 dan awal 2009, sekali gus meletakkan kedudukan dasar monetari masih memihak kepada pengekalan pertumbuhan berbanding mengekang inflasi.

Bank Negara dalam pengumuman OPR hari ini berkata peningkatan mudah tunai global menjurus kepada peningkatan mudah tunai dalam sistem kewangan domestik.

“Meskipun mudah tunai dalam sistem kewangan adalah terurus, melangkah ke hadapan, instrumen dasar tambahan seperti keperluan rizab berkanun dan langkah-langkah pemberian pinjaman kehematan makro, mungkin perlu dipertimbangkan semula bagi menghindarkan risiko ketidakseimbangan ekonomi makro dan kewangan,” kata Bank Negara.  – BERNAMA

CIMB Yakin Dengan Produk Flexi Select NID-i
Gambar Hiasan

CIMB Islamic amat yakin  dengan Flexi Select NID-i, iaitu produk  pelaburan selama 10 tahunnya yang dibuka untuk langganan sehingga 25 Jan  tahun ini dan terhad sehingga RM150 juta.

Pelaburan minimum untuk produk yang distruktur dan berdasarkan konsep  Shariah Mudharabah Terhad itu ialah RM65,000 dan dalam gandaan  seterusnya  sebanyak RM5,000, kata ketua perbankan runcit, Peter England  Isnin.

Pembayaran bervariasi produk ini yang tertakluk kepada prestasi terbaik  di kalangan indeks ekuiti rujukan China, AS dan Eropah, membolehkan  para pelabur menyemak kembali tinjauan mereka setiap dua tahun dan  membuat keputusan seiring dengan pandangan pelaburan mereka, tambah  beliau.

“Kami amat yakin dengan prestasi produk ini dan kami menjangkakan  potensi pertumbuhan ekonomi di pasaran-pasaran utama ini, dirangsang  terutamanya oleh permintaan sektor persendirian, terutamanya di China,”  kata England.

Bagi membolehkan keuntungan pelbagai ini dibayar, hanya satu daripada  tiga indeks perlu ditutup pada atau melepasi paras permulaannya  berdasarkan tarikh pemantauan tempoh yang relevan, jelas beliau pada  majlis pelancaran produk itu di sini.

Pembayaran bervariasi ini mempunyai kadar untung purata 5.85 peratus  setahun tertakluk kepada prestasi indeks-indeks ini dan seterusnya,  peringkat permulaan ditetapkan semula ke atas setiap tempoh keuntungan  baharu bagi melindungi pelabur daripada penurunan ketara dalam  pasaran-pasaran ekuiti berkenaan.

Menurut England, secara alternatif, pelabur juga boleh beralih kepada  pilihan pembayaran keuntungan perlindungan indikatif 3.5 peratus  setahun.

Setiap tempoh keuntungan ialah untuk jangka masa dua tahun.

Bergerak ke hadapan, beliau berkata yang CIMB Islamic akan melancarkan 3-4 lagi produk tahun ini.

– BERNAMA

Perancang Kewangan Perlu Tingkatkan Pengetahuan, Kefahaman Tentang Keperluan Syariah
Gambar Hiasan

Adalah penting bagi perancang dan penasihat kewangan untuk meningkatkan  pengetahuan dan kemahaman mereka tentang keperluan syariah untuk  menampung permintaan yang meningkat bagi produk dan perkhidmatan  kewangan Islam.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Mohd Razif Abd Kadir  berkata dengan berbuat demikian mereka boleh lebih membantu meningkatkan  kesedaran dan kefahaman pengguna tentang kepelbagaian produk dan  perkhidmatan kewangan Islam yang ditawarkan dalam pasaran.

“Sekarang, industri kewangan Islam bernilai lebih US$1 trilion  (US$1=RM3.10) dan meningkat pada kadar 15-20 peratus setahun. Ia  dijangka mencapai US$2 trilion dalam jangka masa tiga tahun,” katanya di  majlis menandatangani perjanjian di antara Majlis Perancangan Kewangan  Malaysia (MFPC) dan universiti-universiti di sini pada Selasa.

Timbalan Gabenor itu berkata keperluan dan permintaan untuk perancangan  kewangan yang baik telah meningkat dan peranan penasihat profesional  akan menjadi lebih penting apabila kesedaran pelanggan lebih meningkat  mengenai kepentingan perancangan kewangan masa depan.

Beliau berkata peningkatan pada permintaan bagi perancang dan penasihat  kewangan didorong oleh perubahan dan peningkatan ekonomi Malaysia dan  kecanggihan kewangan pelanggan yang meningkat pesat.

Mohd Razif juga berkata perancang kewangan boleh memainkan peranan  penting dalam menggerakkan sumber-sumber negara untuk menjana  pertumbuhan dan membangunkan sistem kewangan dengan lebih lanjut.

“Ini dicapai dengan memastikan semua individu dalam masyarakat  mengambil bahagian dalam ekonomi, seperti mereka yang terpinggir dan  memasukkan mereka dalam sistem kewangan utama,” katanya.

Mohd Razif berkata ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang, industri  perancangan kewangan mempunyai peranan penting untuk membangunkan  rantaian nilai penuh perkhidmatan perantaraan pasaran kewangan.

Beliau berkata MFPC akan memainkan peranan penting dalam memastikan  kualiti dan standard perancang kewangan profesional untuk mendorong  industri kewangan Islam.

“Usaha ini, menerusi program perancangan kewangan syariah berdaftar   (syariah RFP) akan membantu menampung kekurangan pengamal kewangan  syariah berdaftar negara ini,” katanya.

Presiden MFPC, Kee Wah Soong, berkata majlis itu menyasarkan melatih 400-500 perancang kewangan syariah setiap tahun.

Malaysia, katanya, kini mempunyai kurang 300 perancang kewangan syariah.

MFPC menandatangani memorandum persefahaman dengan Open University  Malaysia untuk bersama-sama membangunkan program sarjana eksekutif dalam  perancangan kewangan.

Majlis itu juga menandatangani memorandum persefahaman dengan empat  universiti sebagai pembekal pelajaran bagi program perancang kewangan  berdaftar dan syariah RFP.

Universiti-universiti tersebut adalah Universiti Kebangsaan Malaysia,  University Utara Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan  University College Sedaya International.

– BERNAMA