Perbankan Persendirian Boleh Bantu Penggantian Dan Pindahan Harta Dengan Teratur

Isu penyerahan harta daripada satu generasi kepada generasi seterusnya menjadi lebih mustahak apabila lebih ramai usahawan yang mencerminkan “era kemakmuran” Malaysia mencapai tahap-tahap akhir hayat mereka, dengan demikian berdepan dengan cabaran sukar membuat keputusan menyerahkan kuasa dan harta kepada generasi seterusnya.

BNM Laksana 70 Peratus Nisbah Pinjaman Kepada Nilai Bagi Pembiayaan Rumah Ketiga

Bank Negara Malaysia Rabu mengumumkan pelaksanaan nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) maksimum sebanyak 70 peratus, berkuat kuasa serta merta yang akan terpakai bagi kemudahan pembiayaan rumah ketiga oleh peminjam.

Bank Negara Lantik Ahli Majlis Penasihat Syariah

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan ahli-ahli baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 1 Nov, 2010.

BNM Akan Kekang Gelembung Aset

Bank Negara Malaysia bakal mengambil tindakan awal untuk mengekang kenaikan aset atau harga secara mendadak. malah BNM buat masa ini tidak merancang untuk menghadkan atau menyekat pembeli-pembeli hartanah tulen yang mengambil pinjaman gadai janji.

Persidangan Akan Bincangkan Isu Riba Secara Mendalam

Persidangan Riba Dunia kali pertama yang bakal diadakan di sini tahun ini akan menjadi pentas bagi perbincangan secara komprehensif dan mendalam mengenai riba atau faedah dengan mengambil kira pelbagai perpektif.

Rancang Memperketatkan Peraturan Kad Kredit dan Hartanah Dalam Bajet 2011

Dalam bajet 2011 yang bakal dibentangkan beberapa hari lagi Kerajaan dijangka mengguna pakai undang-undang yang lebih ketat bagi pengunaan kad kredit dan mengekang aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah tempatan.

Bank Koperasi Milik Angkasa Beroperasi Tahun Depan

Bank koperasi yang bakal diterajui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dijangka memulakan operasinya selewat-lewatnya Jun tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad Didakwa Jalankan Koperasi Tanpa Lesen

Mahkamah sesyen Kuala Lumpur telah mendakwa empat ahli lembaga pengarah Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad kerana menjalankan koperasi tanpa lesen serta menjalankan perniagaan skim cepat kaya, dua tahun lepas.

Usaha Lahirkan Generasi Muda Yang Arif Perbankan Islam Dan Konvensional

Lima puluh penuntut dihantar ke Mesir bagi mengikuti pengajian program Ijazah Kewangan Islam di Universiti Al-Azhar bagi melahirkan generasi muda yang arif dalam sistem perbankan Islam dan konvensional.

CIMB Islamic Lancar Produk Baharu Biayai Hartanah Siap

CIMB Islamic Bank Bhd melancarkan produk pembiayaan hartanah Islam “Ijarah Property Financing-i” untuk membiayai rumah atau premis perniagaan yang telah siap.

Ringgit Naik Ke Paras Paling Kukuh Dalam Tempoh 28 Bulan

Ringgit meningkat ke paras paling kukuh dalam tempoh 28 bulan, dirangsang oleh pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua yang lebih baik daripada jangkaan iaitu 8.9 peratus serta laporan yang Bank Negara Malaysia telah melonggarkan peraturan ke atas transaksi ringgit bagi penyelesaian perdagangan.

Hanya Bank Negara Keluarkan Wang Yang Diiktiraf – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hanya Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

40,000 Pekerja Bank Bakal Terima ‘Durian Runtuh’

Lebih 40,000 pekerja bank akan menerima ‘durian runtuh’ antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

MBSB Dalam Perancangan Jadi Sebuah Bank Sepenuhnya

Malaysia Building Society Berhad (MBSB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, sedang dalam perancangan untuk menjadi sebuah bank sepenuhnya.

Suruhanjaya Di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Diwujudkan Jan 2011

Satu suruhanjaya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 akan diwujudkan selewat-lewatnya Januari tahun depan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.