Rumah Di Malaysia Hartanah Jual Beli Rumah Terkini » Perbankan

Kerajaan Diminta Contohi Negara Maju Beri Peluang, Pelepasan Kepada Golongan Muflis
Gambar Hiasan

Kerajaan perlu mencontohi negara maju yang memberi peluang dan pelepasan dengan syarat tertentu kepada golongan muflis untuk membina kehidupan baru, kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abd Razak.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 agar selari dengan keadaan semasa bagi mengelakkan golongan muflis terutama usahawan bumiputera berdepan masalah menguruskan perniagaan mereka.

“Mereka yang bankrap ini tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai sumber kewangan, malahan perlu membayar sejumlah wang kepada bank, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan dipenjarakan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tunku Azwil berkata kajian semula akta itu perlu dilakukan segera kerana ia bersifat menekan selain mendatangkan kesusahan kepada usahawan yang ingin memajukan perniagaan.

Sehingga hari ini, katanya, PPIM menerima kira-kira 80 aduan mengenai isu kebankrapan di kalangan usahawan bumiputera dengan pihak bank serta Jabatan Insolvensi Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) lebih prihatin dan profesional dalam membantu usahawan bumiputera untuk berjaya selaras dengan agenda kerajaan.

Beliau berkata PPIM menerima banyak aduan daripada usahawan bumiputera yang berdepan masalah ketika memohon bantuan kewangan untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan.

“Perkara utama ialah proses untuk SME Bank meluluskan permohonan pinjaman kewangan kepada mereka yang memakan masa bertahun-tahun. Mereka sudahlah tidak mempunyai modal cukup untuk berniaga, dan apabila berurusan dengan pihak SME Bank, terlalu banyak kerenah dalaman yang perlu dipenuhi,” katanya.

Nadzim berkata PPIM juga menggesa kerajaan agar lebih tegas dan mengekang kemasukan warga asing, terutama dari negara tertentu di Afrika, yang dilihat mendatangkan banyak implikasi negatif dan gejala sosial.

“Mereka ini datang kononnya menggunakan pas pelajar, namun dalam masa yang sama, terlibat dengan sindiket penipuan termasuk memerangkap gadis-gadis tempatan untuk dijadikan mangsa,” katanya.

– BERNAMA

235,908 Individu Diisytiharkan Bankrap Setakat Oktober 2011
Gambar Hiasan

Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Beliau berkata berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat.

“Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari.

“Bagaimanapun, keadaan ini belum mencapai tahap yang membimbangkan. Ini kerana di negara lain termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Thailand mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan pelepasan daripada kebankrapan secara otomotik bagi tempoh tertentu… sebab itu jumlah kes kebankrapan di negara tersebut agak rendah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dialog berkaitan insolvensi di Kompleks Pentabdiran Persekutuan di Likas, hari ini.

Abdul Karim berkata sejak tahun 2005 hingga Oktober tahun ini, sejumlah 14,000 kes berjaya dilepaskan daripada bankrap atas budi bicara Ketua Pengarah JIM.

Budi bicara itu merujuk kepada orang yang bankrap membayar pinjaman secara berterusan lebih daripada lima tahun dan mereka memberikan kerjasama yang baik kepada JIM.

Abdul Karim berkata bagi Sabah, sebanyak 12,081 kes kebankrapan dilaporkan sehingga Oktober tahun ini, dan daripada jumlah itu, 832 kes berjaya dilepaskan.

Beliau berkata terdapat kurang daripada 20 peratus mereka yang terlibat dalam kes kebankrapan yang hadir dan memberi kerjasama kepada JIM.

Ini memberi impak kepada keberkesanan pentadbiran insolvensi yang kini mempunyai kekangan daripada segi sumber manusia, katanya.

Abdul Karim berkata kerajaan juga sedang mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 dalam usaha membantu mereka yang diisytiharkan bankrap meneruskan hidup tanpa bebanan hutang termasuk pelepasan secara otomotik.

“Perkara ini masih di peringkat kajian dan sebahagian daripada undang-undang yang dicadangkan sudahpun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian,” katanya.

– BERNAMA

Skim Rumah Pertamaku: Pembeli Disaran Rujuk Pihak Bank
Gambar Hiasan

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meminta golongan muda yang ingin membeli rumah pertama agar berhubung dengan pihak bank selaku pembiaya Skim Rumah Pertamaku dan bukannya pihak pemaju.

Pengerusinya Datuk Wira Idris Haron berkata hanya pihak bank sahaja yang mampu untuk meluluskan semua permohonan pembelian rumah pertama di bawah skim tersebut.

“Ini kerana pihak bank mempunyai semua data tentang maklumat peminjam sama ada seseorang itu benar-benar pembeli rumah pertama atau sebaliknya.

“Dari situ juga pihak bank boleh mengesahkannya dan sekiranya layak, pembeli rumah pertama di bawah skim tersebut berhak memiliki rumah itu tanpa sebarang bayaran deposit,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 di Paya Rumput di sini, Selasa.

Idris berkata golongan muda atau pembeli rumah pertama hanya perlu mencari rumah yang dikehendaki, mengisi borang dan menghantarnya ke 25 buah institusi kewangan terpilih.

Beliau berkata skim tersebut tidak terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja di mana kakitangan swasta turut berhak menikmati tawaran skim tersebut dengan syarat mereka adalah pembeli rumah pertama.

Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada 8 Mac lepas merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

Melalui skim tersebut, golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun.

Sementara itu dalam majlis yang sama, sebanyak 18 buah sekolah rendah di negeri ini menerima sumbangan kewangan berjumlah RM77,000 daripada Powertek Berhad di bawah Program Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 yang ketujuh.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Powertek Dr Ong Peng Su berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM164,000 untuk membantu kanak-kanak sekolah mendapat pendidikan berkualiti.

– BERNAMA

Dana RM120 juta bantu Melayu Pulau Pinang
Gambar Hiasan

Bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membiayai program dalam aspek perumahan, keusahawanan dan modal insan.

Dana berkenaan sebahagian daripada RM165 juta yang diperuntukkan untuk tempoh dua tahun, mulai tahun ini. Sebanyak RM45 juta dibelanjakan tahun ini.

“Kita masih ada banyak lagi peruntukan yang boleh dibelanjakan untuk agenda pembangunan Bumiputera di negeri ini.

“Fokus perbelanjaan adalah kepada aspek perumahan yang mana orang Melayu di negeri ini mengalami masalah untuk membeli rumah berikutan harganya yang terlalu tinggi, lebih RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, semalam. Hadir sama, Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Azhar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, pembinaan rumah mampu milik berharga RM70,000 ke atas akan menjadi fokus Kerajaan Pusat berbanding sebelum ini yang memfokuskan kepada pembinaan rumah kos rendah.

Dua agensi bertanggungjawab melaksanakan projek pembinaan rumah iaitu PERDA dan Jawatankuasa Pemandu Sdn Bhd (JKPSB).

“Kita komited untuk membantu meningkatkan taraf hidup Bumiputera di negeri ini supaya mereka dapat hidup selesa serta setanding kaum lain pada masa depan, terutama pada 2020.

“Kita mahu rakyat memperoleh pendapatan setahun AS$15,000 (RM46,695) serta hidup selesa tanpa mengira kaum,” katanya.

Oleh Amin Ridzuan Ishak

Sumber: Berita Harian

Menteri Risau Banyak Permohonan Pinjaman Perumahan Ditolak Bank
Gambar Hiasan

Bilangan pembeli rumah yang gagal mendapat pinjaman perumahan bank  semakin meruncing dan keadaan itu akan menjejaskan sektor perumahan  negeri ini, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar  Abang Johari Tun Openg pada Khamis.

Katanya keadaan itu berlaku kerana ramai pemohon gagal memenuhi syarat   mempunyai baki pendapatan satu pertiga selepas ditolak bayaran balik  pinjaman.

Sebagai contoh, beliau berkata 100 daripada 300 pembeli rumah kos  rendah di Sg Tengah di sini terpaksa menolak tawaran kerana gagal  mendapat pinjaman dari pihak bank.

“Saya tidak mempunyai statistik namun pembeli rumah yang gagal mendapat  pinjaman perumahan dari bank semakin meruncing,” katanya pada satu  sidang media selepas berjumpa dengan wakil-wakil pihak bank dan  persatuan bank di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini pada Khamis.

Abang Johari menyarankan para pembeli rumah di negeri ini agar  memastikan baki pendapatan sentiasa berada lebih daripada satu pertiga.

Beliau berkata kerajaan telah mewujudkan Syarikat Jaminan Kredit  Perumahan Bhd (SJKP), syarikat milik penuh Menteri Kewangan, untuk  membantu mereka yang tidak berpendapatan tetap untuk mendapatkan  kemudahan kewangan bagi membeli rumah.

“Dengan ini, lebih ramai rakyat di negeri ini akan mampu memiliki rumah,” katanya.

– BERNAMA

BNM Naikkan OPR Dan SRR Kepada Tiga Peratus
Gambar Hiasan

Bank Negara Malaysia  menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25  mata asas kepada 3.00 peratus, berkuat kuasa serta merta, manakala  Keperluan Rizab Berkanun (SRR), akan dinaikkan daripada 2.00 peratus  kepada 3.00 peratus, berkuat kuasa 16 Mei.

Kadar lantai dan siling koridor bagi OPR juga meningkat masing-masing  kepada 2.75 peratus dan 3.25 peratus, demikian menurut bank pusat dalam  satu kenyataan Khamis.

BNM berkata pemulihan ekonomi global berterusan pada suku pertama tahun ini tetapi pertumbuhan tidak seimbang di seluruh rantau.

Pertumbuhan di ekonomi maju, semasa tempoh berkenaan, kekal sederhana.

Di rantau ini, meskipun sederhana, pertumbuhan kekal kukuh, disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang kukuh.

Bagaimanapun, inflasi global meningkat dengan kenaikan harga tenaga dan  komoditi. Di beberapa negara, tekanan menaik terhadap inflasi disebabkan  oleh keadaan permintaan domestik

Menurut BNM, walaupun pemulihan dunia dijangka  berterusan, pada masa  depan, risiko yang menunjukkan penurunan meningkat, bertambah daripada  kemungkinan harga tenaga dan komoditi yang lebih tinggi, gangguan  bekalan susulan perkembangan di Jepun dan peningkatan ketidaktentuan  dalam aliran modal ke ekonomi-ekonomi baru muncul.

Bagi ekonomi dalam negara, petunjuk terkini menunjukkan pengukuhan  berterusan pelaburan swasta dan perbelanjaan penggunaan swasta mampan  pada suku pertama.

Prestasi eksport juga bertambah baik disokong oleh permintaan serantau.

Mengenai masa depan, BNM berkata penilaian bagi ekonomi Malaysia kekal  kukuh dengan laluan pertumbuhan teguh dan pertumbuhan pulih secara  beransur-ansur.

Menurut kenyataan itu, pertumbuhan akan disokong oleh pengembangan kukuh  permintaan domestik, dan keadaan pekerjaan yang mampan dan pertumbuhan  pendapatan dijangka menyediakan sokongan kepada penggunaan persendirian,  manakala pelaburan swasta diunjur mengukuh dalam persekitaran pelabur  yang bertambah baik.

Perkembangan di Jepun dijangka memberi kesan yang terhad terhadap  keseluruhan ekonomi domestik, kata bank pusat dan menambah bahawa  prospek positif bagi rantau ini dan permintaan kukuh bagi komoditi akan  terus menyokong ekonomi  Malaysia.

BNM berkata inflasi domestik terus meningkat, naik kepada tiga peratus  pada Mac kepada purata 2.8 peratus pada suku pertama 2011, terutamanya  disebabkan oleh harga bahan api dan makanan yang lebih tinggi.

Penilaian adalah bahawa faktor bekalan akan terus menjadi penentu utama  yang mempengaruhi harga pengguna. Harga tenaga dan komoditi global  diunjur kekal meningkat semasa tahun berkenaan, dengan inflasi rakan  dagang utama juga diunjur terus naik, katanya.

Bank pusat juga berkata yang beberapa petunjuk faktor permintaan  domestik boleh memberi tekanan menaik terhadap harga pada separuh kedua  tahun.

– BERNAMA

Zeti Dilantik Semula Gabenor Bank Negara Malaysia Bagi Penggal Lima Tahun
Gambar Hiasan

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei.

Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, BNM berkata pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000.

Zeti, yang telah menerajui BNM sejak 10 tahun lepas, telah menerima beberapa anugerah kerana prestasinya dan telah dinamakan sebagai “Gabenor Bank Pusat Terbaik Tahun ini” oleh penerbitan Emerging Markets di Washington.

Beliau juga menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Tahunan di Dubai pada tahun lepas dan Anugerah Kepimpinan Industri Aset di dalam Kewangan Islam di anugerah tahunan Triple A Awards bagi Kewangan Islam 2010 bagi sokongannya di dalam pembangunan kewangan Islam di Malaysia dan di pasaran baharu muncul oleh The Asset Publishing and Research Limited, Hong Kong.

Sebagai Gabenor, beliau memainkan peranan penting di dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar monetari, sambil memastikan kestabilan sistem kewangan Malaysia.

Zeti juga bertanggungjawab kepada kejayaan transformasi sistem kewangan Malaysia kepada salah satu yang paling maju dan berdaya tahan di dalam ekonomi baharu muncul.

Ini termasuk menerajui pembangunan kewangan Islam di dalam negara dan pada peringkat dunia dan mengambil bahagian di dalam usaha meningkatkan sumbangan enterpris kecil dan sederhana ke dalam ekonomi negara ini.

Beliau juga aktif di dalam membentuk masa depan kerjasama kewangan di rantau Asia dan merupakan suara yang penting bagi ekonomi baharu muncul di dalam forum kewangan antarabangsa.

Zeti juga memainkan peranan penting di dalam transformasi organisasi bank pusat untuk menjadi fokus secara strategik dan dipacu prestasi yang baik. Ini turut melibatkan perubahan utama terhadap proses tadbir urus, pengurusan bakat dan menetapkan kerangka pengurusan risiko yang kukuh.

Pada 2009, beliau menerajui penggubalan satu perundangan perbankan pusat yang baharu.

Penggubalan Akta Bank Pusat Malaysia 2009 menyediakan Bank Negara Malaysia dengan mandat yang lebih jelas dan memberikan kuasa yang perlu bagi membolehkannya melaksanakan tanggung jawabnya secara berkesan.

– BERNAMA

Bank Negara: Sektor Perbankan Berkedudukan Baik Buat Penilaian Pinjaman Di Bawah Skim Rumah Pertamaku
Gambar Hiasan

Sektor perbankan berkedudukan baik untuk membuat penilaian kemampuan dan  kepercayaan kredit peminjam di bawah “Skim Rumah Pertamaku”.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata  tiada risiko kepada kualiti pinjaman isi rumah daripada skim itu kerana  tumpuan adalah bagi kemampuan.

“Pengesahan kemampuan adalah sangat penting dan bagi sektor perbankan ia  berkedudukan baik untuk membuat penilaian, dan ia juga tahu pendedahan  kredit peminjam,” katanya.

Zeti berkata demikian pada taklimat media mengenai pengeluaran Laporan  tahunan 2010 BNM dan Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan  2010, di sini, Rabu.

Menurutnya, terdapat ramai golongan muda yang mempunyai jaminan kerja,  prospek dan arus pendapatan yang baik, kombinasi suami dan isteri, yang  layak untuk memeterai perjanjian pinjaman bagi membeli hartanah di bawah  skim tersebut.

Di bawah skim tersebut, golongan muda yang mempunyai pendapatan kurang  daripada RM3,000 sebulan boleh mendapat pembiayaan 100 peratus untuk  membeli rumah yang menelan kos antara RM100,000 dan RM220,000 dengan  tempoh pembayaran semula sehingga 30 tahun, katanya.

Mengenai garis panduan berian pinjaman kepada bank-bank bagi hutang isi  rumah, Zeti berkata, ia akan diperkenalkan tidak lama lagi kerana BNM  telah mengeluarkan kertas konsep.

Zeti berkata garis panduan itu tidak dikeluarkan sekarang kerana  institusi perbankan perlu menyediakan mekanisme dalam sistem mereka  untuk memudahkan garis panduan baharu dan pada masa yang sama tidak  menyebabkan sebarang kelewatan dalam memproses pinjaman.

Beliau menjangka garis panduan itu diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini.

– BERNAMA

Bahagian Pinjaman Perumahan Agih Pinjaman RM6.8 Bil Kepada Kakitangan Kerajaan
Gambar Hiasan

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dijangka mengagihkan pinjaman  berjumlah RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan tahun ini.

“Ia lebih tinggi berbanding tahun lepas sebanyak RM5.9 bilion,  berikutan  kenaikan dalam saiz maksimum pinjaman perumahan yang  diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini,” kata Timbalan Menteri Kewangan  Datuk Dr Awang Adek Hussein kepada pemberita di sini.

Kerajaan telah menyemak semula struktur pinjaman berkuatkuasa 1 Jan,  2011 dengan pertambahan 15 peratus dalam jumlah pinjaman maksimum kepada  RM450,000 daripada RM360,000.

Sejak diperkenalkan, bahagian itu telah mengagihkan lebih RM76.2 bilion pinjaman kepada 975,549 kakitangan kerajaan.

Terdahulu, Awang Adek melancarkan ahli panel Takaful yang ketujuh untuk  bahagian pinjaman perumahan iaitu Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN).

PruBSN, usaha sama antara Prudential plc dan Bank Simpanan Nasional,  akan menawarkan dua produk iaitu PruBSN Gadai Janji dan PruBSN Rumahku  kepada 1.3 juta kakitangan kerajaan.

Mengenai industri Takaful, Awang Adek berkata dengan langkah  liberalisasi sektor itu baru-baru ini dan pengeluaran empat lesen  Takaful keluarga baharu, ia akan terus berkembang pesat kepada sekitar  20 peratus setahun dalam tempoh beberapa tahun ini.

Beliau berkata penggerak utama untuk pertumbuhan ini, antaranya ialah  penembusan yang rendah kepada perniagaan Takaful dengan meningkatnya  pendapatan dan kesedaran akan kepentingan perlindungan Takaful.

“Perniagaan Takaful pada masa ini menembusi kira-kira 10 peratus  daripada jumlah populasi. Terdapatnya potensi pasaran yang besar yang  boleh diceburi di luar sana.”

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif PruBSN, Azim Mithani berkata  dengan lebih ramai berhasrat membeli rumah idaman mereka, maka,  permintaan akan turut meningkat untuk perkhidmatan kewangan yang  menyediakan bantuan/bimbingan kepada pembeli rumah.

Sambil memberi contoh Laporan Status Pasaran Hartanah 2010 oleh Jabatan  Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia, Azim berkata sektor itu  mencatatkan kira-kira 84.4 peratus atau 10,413 unit kediaman baharu yang  dijual dalam tempoh enam bulan.

“Skala ini menunjukkan prestasi pasaran pinjaman, permintaan yang kian  meningkat untuk produk perlindungan Takaful dan menguatkan lagi  kepercayaan kami kepada ini ialah enjin pertumbuhan baharu untuk  PruBSN.”

Bagi meraikan pelancaran rasmi ini, Azim turut mengumumkan tawaran  eksklusif untuk kakitangan kerajaan di mana pemegang sijil PruBSN Gadai  Janji akan menikmati rebet lima peratus daripada jumlah premium mereka  jika mereka membeli pelan itu antara 1 April dan 30 Jun tahun ini.

PruBSN kini mempunyai lebih 300,000 pengguna, menyertai rangkaian  produk seperti Takafulink, Takafulink Cerdik, PruBSN Crisis Cover,  PruBSN Protect dan Perlindungan Tambahan serta paling terbaharu PruBSN  Ummah.

– BERNAMA

Najib Lancar Skim Rumah Pertamaku Bantu Golongan Muda Milik Rumah
Gambar Hiasan

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20  institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan  kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi  mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup  serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah  pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah  Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan  bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus  daripada  institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga  antara RM100,000 dan  RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30  tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran  pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah  tersebut,” kata Perdana Menteri.

“Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina  lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd,  Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank  Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia  Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic  Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al  Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB  Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered  Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC  Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri  mengumumkan  beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit  menerusi  Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program  Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk  membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos  Rendah,” kata  Najib.

– BERNAMA