Kerajaan perlu mencontohi negara maju yang memberi peluang dan pelepasan dengan syarat tertentu kepada golongan muflis untuk membina kehidupan baru, kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abd Razak.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meminta golongan muda yang ingin membeli rumah pertama agar berhubung dengan pihak bank selaku pembiaya Skim Rumah Pertamaku dan bukannya pihak pemaju.
Bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun depan.
Bilangan pembeli rumah yang gagal mendapat pinjaman perumahan bank semakin meruncing dan keadaan itu akan menjejaskan sektor perumahan negeri ini, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Khamis.
Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, berkuat kuasa serta merta, manakala Keperluan Rizab Berkanun (SRR), akan dinaikkan daripada 2.00 peratus kepada 3.00 peratus, berkuat kuasa 16 Mei.
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dijangka mengagihkan pinjaman berjumlah RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan tahun ini.
“Ia lebih tinggi berbanding tahun lepas sebanyak RM5.9 bilion, berikutan kenaikan dalam saiz maksimum pinjaman perumahan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein kepada pemberita di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.
Mulai tahun ini, bayaran kos guaman meningkat antara 300 dan 400 peratus iaitu daripada RM2,000 sebelum ini hingga kini boleh mencecah sehingga RM10,000, kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan.
Peningkatan ringgit berbanding dolar AS secara beransur-ansur dijangka berterusan tahun ini tetapi kemungkinan mata wang Malaysia itu kembali ke paras sebelum krisis kewangan Asia pada tahun-tahun 1997/98 pada kira-kira 2.50 dalam jangka terdekat ini adalah tipis.
ECM Libra Investment Research menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan berkurangan susulan unjuran pertumbuhan jualan hartanah yang mungkin perlahan pada lewat 2011.
Dinar emas dan dirham perak, yang akan diperkenalkan Kerajaan Perak, adalah instrumen pelaburan dan simpanan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung yakin pembeli rumah pertama Skim Rumah Pertamaku boleh membayar pinjaman perumahan mereka walaupun jika mereka tidak membayar bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.