Maybank Islamic Bhd menyasar mencapai pertumbuhan 30 peratus dalam pembiayaan Islam bagi tahun kewangan ini yang berakhir pada 30 Jun, 2011.
Bank Negara dijangka menaikkan keperluan rizab berkanun (SRR) dalam mesyuarat dasar monetarinya yang bakal diadakan pada 11 Mac dalam usaha mengekang lebihan mudah tunai di dalam sistem perbankan, kata seorang pakar ekonomi.
Peningkatan ringgit berbanding dolar AS secara beransur-ansur dijangka berterusan tahun ini tetapi kemungkinan mata wang Malaysia itu kembali ke paras sebelum krisis kewangan Asia pada tahun-tahun 1997/98 pada kira-kira 2.50 dalam jangka terdekat ini adalah tipis.
ECM Libra Investment Research menjangkakan pertumbuhan pinjaman akan berkurangan susulan unjuran pertumbuhan jualan hartanah yang mungkin perlahan pada lewat 2011.
Sahkan status sesebuah syarikat sebelum anda melabur.
Itulah nasihat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada orang awam yang mahu melabur wang mereka agar mereka tidak menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat palsu seperti skim cepat kaya yang menyamar sebagai syarikat pelaburan.
Penganalisis dan ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar Dasar Semalaman (OPR) pada separuh kedua tahun ini setelah memutuskan untuk mengekalkan kadar sedia ada.
Dinar emas dan dirham perak, yang akan diperkenalkan Kerajaan Perak, adalah instrumen pelaburan dan simpanan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Negara Islam perlu terus menggunakan mata wang kertas dan bukan dinar emas memandangkan sejarah menunjukkan sistem duit syiling boleh meningkatkan kadar faedah, dan inflasi sukar dikawal.
CIMB Islamic amat yakin dengan Flexi Select NID-i, iaitu produk pelaburan selama 10 tahunnya yang dibuka untuk langganan sehingga 25 Jan tahun ini dan terhad sehingga RM150 juta.
Adalah penting bagi perancang dan penasihat kewangan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahaman mereka tentang keperluan syariah untuk menampung permintaan yang meningkat bagi produk dan perkhidmatan kewangan Islam.
Skim pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang dilancarkan Isnin memberi peluang kepada golongan Bumiputera untuk turut sama merasai kekayaan negara dan berjaya dalam lapangan ekonomi.
Bank Negara Malaysia dijangka mula menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) tahun depan, kepada jumlah kumulatif antara 50 hingga 75 mata asas, menjadikannya ke paras neutral pada 3.50 peratus, demikian menurut MIDF Research.
Isu penyerahan harta daripada satu generasi kepada generasi seterusnya menjadi lebih mustahak apabila lebih ramai usahawan yang mencerminkan “era kemakmuran” Malaysia mencapai tahap-tahap akhir hayat mereka, dengan demikian berdepan dengan cabaran sukar membuat keputusan menyerahkan kuasa dan harta kepada generasi seterusnya.
Kerajaan Negeri Melaka akan menyediakan pinjaman untuk penjawat awam di negeri itu membeli rumah kedua, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu Khamis.
Bank Negara Malaysia Rabu mengumumkan pelaksanaan nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) maksimum sebanyak 70 peratus, berkuat kuasa serta merta yang akan terpakai bagi kemudahan pembiayaan rumah ketiga oleh peminjam.