Your search results

CCTV Kenapa ia Penting Pada Kita?

Posted by c-mi on 17/02/2013
| 0
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pakej CCTV pada hari ini datang dalam pelbagai warna pada harga yang berbeza dengan pilihan spesifikasi yang menepati bajet dan keperluan kita.

Ada di antara produk kamera (CCTV) yang sesuai dengan perniagaan kecil, manakala untuk perusahaan yang besar, anda memerlukan optimasi produk yang bersesuaian dengan sifat perniagaan itu sendiri. Walau apa juga pakej CCTV yang menjadi pilhan anda, sebaik-baiknya pastikan ianya berbaloi dengan wang yang anda keluarkan.

Dibawah disertakan Tip-tip penting semasa memilih sistem pengawasan berkamera (CCTV) di rumah atau pejabat anda.

1. Resolusi kamera Kualiti video dengan kadar kecerahan yang seimbang adalah ciri penting  yang perlu di pertimbangkan apabila anda membeli pakej CCTV untuk perniagaan. Kewujudan ciri-ciri ini bergantung kepada harga CCTV dan apa sistem pengawasan rumah atau perniagaan yang anda perlukan.

2. Anda boleh memastikan resolusi kamera (TVL) yang tinggi untuk kualiti gambar yang baik. Sebagai contoh untuk resolusi kamera semak spesifikasi TVL (Television Line) kebiasaanya digunakan oleh kamera “Analog” hari ini. Lebih tinggi TVL kamera, lebih baik kualiti gambar yang dikeluarkan.

3. Jika anda mencari kualiti gambar yang baik, sebaik-baiknya anda memilih kamera dengan kapisiti 600TVL dan keatas. Jika ianya di bawah dari itu, kualiti gambar pasti akan kurang memuaskan (kebiasaanya terlalu cerah atau gelap). Tetapi bergantung pada bajet anda, perbezaanya besar, tetapi beza pelaburan anda hanya beberapa ratus sahaja.

4. Ciri penting rakaman (DVR) CCTV hari ini membolehkan anda mengakses secara terus (Live Streaming) melalui komputer di rumah atau pejabat, dan jika anda punyai Internet pada telefon pintar.

5. Penambahan ciri seperti “Live Streaming” membolehkan anda untuk melihat video sebenar pada apa-apa aktiviti yang salah yang mungkin mengambil tempat di premis walaupun apabila anda berada jauh. Video masa nyata ini membolehkan anda untuk mengkatifkan sistem penggera keselamatan untuk mendapatkan bantuan polis segera.

6. Selain itu, CCTV untuk perniagaan menyediakan keselamatan untuk kakitangan dan pelanggan semasa waktu bekerja.

7. Selepas waktu perniagaan, CCTV berfungsi untuk terus melindungi premis anda dan harta benda walau pun anda tiada disana. Sistem pengawasan Malam terdiri CCTV dengan ciri-ciri penglihatan malam. Pada hari ini kamera “Inframerah” atau di panggil (IR) sangat sesuai untuk pengawasan waktu malam.

Kamera jenis ini dapat menangkap imej walaupun di kawasan cahaya rendah. Malah dalam kegelapan, kamera penglihatan malam amat penting kerana, boleh menangkap imej penceroboh dan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang mereka lakukan pada permis kita.

8. Pertimbangkan untuk melabur dalam kamera CCTV kalis air jika anda memerlukan kamera untuk pengawasan luar permis. Sistem kamera pengawasan ini sesuai apabila berhadapan dengan situasi bahaya alam sekitar seperti ketidak tentuan cuaca angin dan hujan. Kejelasan dan definisi imej dapat di kekalkan jika kamera CCTV kalis air dan ia tiak mudah mengalami kerosakan disebabkan oleh hujan.

9. Buat perancangan awal bagi memastikan ruang dan spot kamera yang diperlukan. Jumlah kamera bergantung pada kondisi dan ruang yang ingin anda awasi. Jika permis anda pada rumah teres dan kedai setingkat, cukup sahaja dengan dua atau empat kamera. “Four Channel” CCTV adalah produk sesuai untuk permis tersebut. Harga termasuk pemasangan didalam lingkungan RM1600 dan keatas.

10. Bergantung pada jenis kamera dan perancangan tempat letak kamera. Untuk rumah berkembar dan banglo atau permis perniagaan yang bertingkat dan besar, “Eight Channel” CCTV sudah memadai untuk anda. Untuk permis perniagaan yang lebih besar seperti kilang yang mempuyai ruang kerja yang luas dan bertindih, anda boleh berunding dengan perunding keselamatan anda untuk mendapatkan pakej 16 kamera sehingga lah 64 kamera.

Pada meraka yang ingin membuat pelaburan pada sistem keselamatan rumah, jom semak pakej CCTV di sini  www.drumah.com.my dan bandingkan spesifikansi dan harga tawaran yang di sediakan. Ikuti artikel seterusnya, bagaimana menaikan nilai rumah anda dengan cara paling mudah dan murah.

Terima kasih, Semoga berjaya pelabur semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <strong> <em> <pre> <code> <a href="" title="">