CIMB Group Holdings Bhd Rabu mengumumkan pelupusan 65 hartanahnya kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada nilai RM302.5 juta kerana kumpulan itu tidak boleh memiliki hartanah.
Kumpulan itu dijangka mencatatkan keuntungan sehingga RM171 juta daripada langkah pelupusan tanah itu, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Langkah melupuskan hartanah itu bertujuan mengurangkan pendedahan kumpulan itu kepada risiko hartanah, serta mengumpul wang bagi tujuan modal kerja CIMB Bank, kata Kumpulan CIMB.
Hartanah itu sekarang diguna untuk menempatkan operasi perniagaan perbankan Kumpulan CIMB seperti cawangan dan pejabat perbankan.
Pelupusan itu dijangka selesai pada suku pertama 2010, kata kumpulan itu.
Kumpulan itu berkata, CIMB Bank telah menjalin perjanjian pajakan dengan KWSP bagi hartanah berkaitan.
– BERNAMA
Popularity: 1%