D’Puncak, Pesona 3 Super Semi-D 2-tingkat di Bukit Jelutong, Shah Alam

No.6 Jln Awan Larat

No.6 Jln Awan Larat

Pesona 3 terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam adalah projek hartanah terbaru dan terakhir dalam kawasan D’Puncak dari Sime Darby. Pesona 3 merupakan SUPER semi-D yang eklusif di mana hanya 10 unit dibina di puncak tertinggi dalam Bukit Jelutong. Pemandangan dari puncak bukit sangat menarik di mana boleh melihat kehijauan hutan simpan Bukit Cerakah dan pemandangan jelas ke bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Subang.

Kepada yang sedia maklum Bukit Jelutong terletak bersebelahan Guthrie Corridor Expresway, NKVE dan Federal Highway. Laluan utama terus ke Bukit Jelutong adalah melaui NKVE dan Lebuhraya Guthrie memudahkan perjalanan serta menjimatkan masa. Bukit Jelutong adalah ‘Township’ yang direka begitu sistematik dengan kemudahan-kemudahan lengkap serta pesat membangun.

Perumahan di D’Puncak adalah paling popular ketika ini kerana mempunyai kejiranan yang eklusif bersebelahan semi-D dan bunglow, kawasan hijau dan rekreasi yang besar serta udara yang sejuk berangin di puncak bukit. Anda pasti berpuas hati dan hidup dalam kedamaian kerana kejiranan ini turut dibina pagar sekeliling kawasan D’Puncak disertakan dengan pengawal 24 jam.

Jenis Hartanah: Super Semi-D 2-Tingkat
Status Tanah: Kediaman
Pegangan: Pegangan Bebas
Luas Kawasan: 6,064 – 9764 K.p.s
Binaan: 5,118 – 5,516 K.p.s
Harga: Dari RM2,649,120 – RM3,139,081
Bil. Bilik Tidur: 5 + 1
Bil. Bilik Air: 6 + 1
Jumlah Unit/Lot: 10
Diskaun Bumi: 7%
Tarikh Siap: Q1 2010 (Dijangka)

Untuk Jenis Reka Bentuk dan layout D’Puncak – Pesona 3 sila layari http://property.simedarby.com/Pesona_3.aspx

Seni reka Pesona 3 adalah konsep moden dimana banyak ruang untuk keluarga serta bilik utama yang luas dan mewah.
* 1 ruang keluarga setiap tingkat, ruang tamu, dapur, makan dan keluarga yang besar & praktikal
* Terdapat ‘Garden terrace’ yang besambung dengan bilik utama untuk pemandangan

*Bilik tidur utama dilengkapi jakuzi

*Setiap bilik mempunyai bilik air masing-masing

* Siap dipasang sistem alarm
* Siap dibina kawasan untuk hiasan kolam air
* Hasil akhiran yang kemas dan berkualiti
* Ruang tempat letak kereta yang luas untuk 4 buah kereta
Fasiliti lengkap yang terdapat di dalam Bukit Jelutong seperti;
• Balai Polis
• Klinik
• Farmasi
• Pejabat Pos
• Stesen Minyak
• Sekolah Rendah/ Menengah
• Sekolah Menengah Agama (dalam pembinaan)
• Restoran& Kedai serbanika
• Taman rekreasi,padang bola,golf,tenis,bola keranjang
• Dewan-dewan serbaguna
Pemaju
Sime Darby Property Berhad (15631-P)
No. 2A,Persiaran Tebar Layar,Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor D.E.
Telefon: +6017-3040 149
amriahmad@gmail.com
http://property.simedarby.com

Peta

Shah Alam, Selangor, Malaysia

Gambaran Sebenar Kemajuan Projek

No 1,3,5,7 Jln Awan Larat U87E
No 1,3,5,7 Jln Awan Larat U87E
No 3,5,7,9 Jln Awan Larat U874D
No 3,5,7,9 Jln Awan Larat U874D
No 4 Jln Awan Larat U874D-1
No 4 Jln Awan Larat U874D-1
No 6 Jln Awan Larat U874A-2
No 6 Jln Awan Larat U874A-2
Sokong Kami! (Klik Iklan Di Bawah)

HTML tutorial
Sel, Jul 22, 2014 7:21:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Sab, Jul 19, 2014 6:31:00 AM, Continue reading at the source
Rab, Jul 16, 2014 1:45:00 PM, Continue reading at the source
Sab, Jul 12, 2014 1:47:00 PM, Continue reading at the source

Artikel berkaitan dari topik menarik ini:

Dikirim Oleh on Okt 20th, 2009 dan difailkan dibawah Jual & Beli Harta, Jual Rumah. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons, atau menjejak balik daripada tapak web anda. HakCipta terpelihara © 2009 - 2011 Drumah Homely Publication Sdn. Bhd.. Semua bahan berbentuk artikel dan gambar tidak dibenarkan untuk disalin, dicetak, diubahsuai, diterbitkan semula tanpa mendapat persetujuan Syarikat Penerbitan secara bertulis.

6 Ulasan Dari “D’Puncak, Pesona 3 Super Semi-D 2-tingkat di Bukit Jelutong, Shah Alam”

  1. juwita berkata:

    harga bagi rumah ni……kelayakan saya hanya 100k – 190k sahaja

  2. red oh red berkata:

    rumah ni murah gak

  3. khairol berkata:

    alamak..sold out la plak..

  4. collapes berkata:

    dah habis ke, baru nak belikan utk bapak dan atuk aku

  5. HidrogeN berkata:

    laaaaaaaa betul ke dah sold out?

  6. wanie berkata:

    wau rumah ny paling kayalah spa dpt…saia pnh tnggl dy uma ny best


Tinggalkan ulasan anda

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud