Seperti yang kita dengari dari pelbagai sumber berita media-media utama negara yang menyatakan prestasi jualan harta tanah di Malaysia amat memberangsangkan. Sesuatu yang lazimnya kadang-kadang di “overdone” oleh media-media didalam laporan mereka.
Bukan niat saya ingin membangkang, tetapi dari pandangan saya media-media ini kadang-kadang terlalu melonjak-lonjakkan berita tersebut. yang mana pada dasarnya keadaan tidaklah sebaik mana pun. Walau bagaimanapun, dari data pasaran hartanah yang di perolehi dari Jabatan pernilaian dan perkhidmatan harta ada beberapa faktor yang membawa kepada kestabilan pasaran malah pasaran hari ini masih didalam keadaan tidak menentu.
Mengikut teks laporan itu, pada awal tahun ini pemaju hartanah di Malaysia telah menawarkan 3,201 unit rumah baru dengan 676 unit tersebut telah dijual. Prestasi ini agak memberangsangkan jika kita melihat keadaan ekonomi dan pasaran yang lembab sejak akhir tahun 2008.
Walaupun ia nampak satu peningkatan jualan sebanyak 21.1% berbanding data tahun 2008 yang mana pada suku tahun pertama pertasi jualan pemaju-pemaju perumahan hanya dapat mencecah 5% sahaja. Tetapi jika kita membandingkan tahap penawaran tahun 2008 jauh lebih tinggi berbanding penawaran unit untuk jualan pada tahun ini.
Mengikut data yang diterima pada tahun lepas 2008 pemaju-pemaju di Malaysia menawarkan unit perumahan terbaru sebanyak 21,697 dan data ini menunjukkan penurunan sebanyak 44% pada tempoh waktu yang sama. Keadaan ini menunjukkan bahawa peamju-pemaju di Malaysia telah mengambil langkah berwaspada agar tidak melambakkan hartanah untuk dijual dipasaran. Keadaan ini membantu harga hartanah di Malaysia stabil pada tempoh waktu yang sementara.
Jadual Status diatas;
Tawaran 2009: 3,201 unit
Unit Jualan 2009: 676
Peratus Jualan 2009: 21.1%
Tawaran 2008: 21,679 unit
Unit Jualan 2008: 1084
Peratus Jualan: 5%
Penurunan sebanyak; 44% dari penawaran
Kurang 38% jualan dari tahun 2008
Sejak akhir-akhir ini kita telah mula nampak semakin banyak pemaju mula melancarkan produk-produk terbaru dan ini merancakkan kembali industri hartanah ketahap sediakala. Tetapi tahap permintaan masih didalam keadaan yang sedarhana. Sintom-sintom penantian masih lagi bermain didalam minda bakal pembeli dan mereka menunggu penawaran hartanah dengan harga yang lebih rendah. Pendapat saya, ianya sesuatu yang mustahil dan tidak praktikal untuk pembeli menanti harga rumah yang lebih rendah dari apa yang ditawarkan hari ini. Yang pasti tren pemilikan hartanah telah kembali dengan pakej dan sokongan institusi kewangan yang memudahkan pembiayaan dan tren ini akan pulih dan permintaan akan bertambah dari masa- kesemasa.
Jika anda masih berkira-kira untuk memiliki hartanah, lebih baik anda membuat keputusan segera. Jangan lupa untuk mempertimbangkan beberapa situasi seperti kenaikkan harga minyak beberapa bulan lagi yang mana ia pasti akan mempengaruhi harga dan kos-kos pembinaan. Diharap tiada pemaju yang terlalu ghairah untuk meningkatkan harga dan mengambil kesempatan diatas kenaikkan harga barangan nanti.
Dari berita-berita yang diterima dijangkakan bahawa industri hartanah di Malaysia akan kembali rancak pada awal bulan ogos 2009. Jika keadaan dan polisi kerajaan masih sama, saya berpendapat indstri hartanah akan stabil dan kukuh dengan sokongan dari institusi kewangan dan pembekal-pembekal industri yang berterusan ini terus kukuh sepenuhnya pada suku kedua tahun 2010.
Popularity: 1%
saya ingin mengetahui apakah strategi pemasaran yang dilakukan dalam memasarkan harta tanah kediaman. sekian.tq