Pasaran hartanah akan terus berkembang pada tahun depan kerana tiada jangkaan kemunculan gelembong, kata perunding hartanah. Mereka berkata minat belian yang kukuh dijangka diperolehi daripada pembeli asing dan banyak transaksi kediaman dijangka dilihat di kawasan bandar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata perlaksanaan projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari tahun hadapan hingga 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi.
Adalah penting bagi perancang dan penasihat kewangan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahaman mereka tentang keperluan syariah untuk menampung permintaan yang meningkat bagi produk dan perkhidmatan kewangan Islam.
Pemaju hartanah strata perlu lebih telus mengenai kos penyelenggaan keseluruhan bangunan dengan pembeli hartanah.
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang mendakwa harga tanah yang mahal adalah sebab utama rumah di negeri itu dijual pada harga yang tinggi.
Banyak syarikat dan industri kini berminat memindahkan operasi dari kawasan Lembah Klang seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Klang ke kawasan Sendayan, Enstek dan sekitar Negeri Sembilan.
Walaupun kebanyakan pakej-pakej pinjaman persendirian mengenakan kadar faedah yang tinggi, iaitu lebih daripada 8% setahun, tetapi bagi mendapatkan wang dalam masa yang singkat, alternatif ini masih boleh diterima pakai.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 bagi menangani projek perumahan terbengkalai di negara ini.