Limpahan Ekonomi Daripada Score Selepas 2016, Kata Ketua Menteri

Sektor harta dan hartanah di Sarawak dijangka menikmati limpahan ekonomi daripada Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dalam tempoh lima tahun akan datang apabila semua aktiviti di bawah program pembangunan itu mula dilaksanakan.

Dekorasi bagi ruangan sempit atau terhad

Faktor keluasan laman atau ruangan untuk menghias bukanlah satu masalah untuk mengindahkan sesebuah kediaman. Artikel kali ini ingin memberikan tips sentuhan dekorasi bagi ruangan kecil , di kawasan terhad seperti balkoni, sudut dinding atau kolong udara di apartmen atau kondominium.Pelbagai kaedah untuk menyediakan sebuah ruangan atau laman kecil di balkoni kita.

Bank Negara: Sektor Perbankan Berkedudukan Baik Buat Penilaian Pinjaman Di Bawah Skim Rumah Pertamaku

Sektor perbankan berkedudukan baik untuk membuat penilaian kemampuan dan kepercayaan kredit peminjam di bawah “Skim Rumah Pertamaku”.

Tiada Pembaharuan Pajakan Tanah Automatik, Kata Awang Tengah

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, hari Isnin memperjelaskan bahawa pajakan tanah tidak diperbaharui secara automatik dan pemilik tanah perlu mengemukakan permohonan untuk memperbaharuinya.

Negara Turut Rasa Tempias Jika Ekonomi Jepun Terjejas Akibat Tsunami

Ekonomi negara akan turut terkena tempias sekiranya kedudukan ekonomi Jepun terjejas teruk akibat dilanda bencana gempa bumi kuat tengah hari Jumaat.

Harta Kediaman Dijangka Naik 13 Peratus 6 Bulan Pertama 2011

Harga harta kediaman dijangka meningkat pada kadar purata 13 peratus dalam tempoh antara Januari dengan Jun disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol.

Bahagian Pinjaman Perumahan Agih Pinjaman RM6.8 Bil Kepada Kakitangan Kerajaan

Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan dijangka mengagihkan pinjaman berjumlah RM6.8 bilion kepada kakitangan kerajaan tahun ini.

“Ia lebih tinggi berbanding tahun lepas sebanyak RM5.9 bilion, berikutan kenaikan dalam saiz maksimum pinjaman perumahan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein kepada pemberita di sini.

Pelaburan Hartanah untuk Pendidikan Anak-anak – Bahagian 2

Sebagai contoh, rumah teres di kawasan Setiawangsa pada tahun 2000 bernilai RM120,000. Selepas 10 tahun berlalu, harga rumah tersebut meningkat menjadi RM300,000.

Oleh yang demikian, jika kita memohon untuk re-finance, pada margin 90%, sebanyak RM270,000 dapat diperolehi. Selepas menolak baki hutang sebelumnya, mungkin RM200,000 bersih dapat digunakan untuk pendidikan anak-anak bagi menyambung ke peringkat diploma dan ijazah.
Keuntungan ini akan menjadi lebih banyak jika dikira wang ansuran bulanan yang telah ‘dibayar’ oleh penyewa.

Najib Lancar Skim Rumah Pertamaku Bantu Golongan Muda Milik Rumah

Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Institusi Kewangan Diminta Permudah Urusan Pembiayaan – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar semua institusi kewangan yang terlibat di bawah Skim Rumah Pertamaku mempermudahkan segala urusan pembiayaan bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

Pelaburan Hartanah untuk Pendidikan Anak-anak

Apabila perkataan ‘pelaburan hartanah’ dibincangkan, kebanyakan orang akan melihat dari sudut pendapatan sewa (rental income) dan juga keuntungan hasil jualan hartanah selepas nilainya meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa memang itu cara yang selalu dipraktiskan oleh orang ramai apabila melabur didalam bidang hartanah

SP Setia Beli Tanah Di Cyberjaya Berharga RM 420.4 Juta

Pemaju hartanah, S P Setia Bhd, membeli kawasan pegangan bebas utama seluas 108.5 hektar (268.11 ekar) di zon perdana di Cyberjaya bagi sejumlah RM420.4 juta daripada Setia Haruman Sdn Bhd.