Sukacita dimaklumkan kepada pembaca setia Drumah.com bahawa Pameran Hartanah & Perhiasan akan berlangsung di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei 2011 sempena sambutan Hari Belia Negara yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan pada akhir bulan hadapan.
Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu.
Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, sedang merangka strategi dan mengenal pasti tapak-tapak untuk membina lebih banyak rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku di Lembah Klang.
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei. Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, BNM berkata pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tahukah Anda, semenjak abad ke-16 lagi, seni hortikulur topiari diperkenalkan oleh kerajaan Rom. Topiari merupakan seni membina pohon arca bagi menghiasi kediaman mewah, istana dan masih popular sehingga kini.
Bentuk topiari itu sangat unik kerana kesenian dan kekereatifan pemangkasnya. Kebanyakan topiari dipangkas agar menyerupai kartun Disney, haiwan dahulu-kala seperti