Pemaju hartanah disaran membina rumah untuk pasaran lebih luas memandangkan rakyat, terutamanya dalam kumpulan berpenapatan rendah mendapati sukar untuk membeli rumah memandangkan harga terus meningkat.
Hartanah kediaman Malaysia telah ditetapkan harga secara realistik berbanding dengan hartanah di pasaran serantau yang lain dan mempunyai prospek untuk meningkat lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif MGPA Asia John Saunders.
Bilangan pembeli rumah yang gagal mendapat pinjaman perumahan bank semakin meruncing dan keadaan itu akan menjejaskan sektor perumahan negeri ini, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada Khamis.
Kontraktor Melayu harus mencari peluang sendiri dalam usaha melibatkan diri dalam program yang dirancangkan oleh kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemasan lantai yang indah sememangnya menjadi idaman semua isi rumah. Terdapat pelbagai pilihan lantai seperti jubin, kayu berlaminet, dan lain-lain. Jubin biasanya terdiri daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sedang berunding dengan Bank Negara Malaysia (BNM) tentang kemungkinan menyediakan pinjaman faedah rendah bagi pengguna yang membeli panel fotovoltaik (PV) suria.