Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007 dengan Akta Pengurusan Strata yang dijangka dilaksana tahun depan.
Allstones Group Asia Sdn Bhd, pemaju hartanah mahu industri perbankan mencari jalan memastikan kejayaan skim “Rumah Pertamaku”.
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan mencari tanah yang sesuai untuk membina rumah kos rendah dibawah program Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Pada 23 April 2011 yang lalu, akhbar Utusan menyiarkan bekas Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir menyarankan agar golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga. Menurut beliau, ini adalah amalan orang kaya di negara barat seperti Amerika Syarikat yang gemar membina perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama, kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas pemiliknya meninggal dunia.
Skim Rumah Pertamaku Naik 400k- meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri. Penambahan had ini boleh dinimkati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suam isteri bemula 2012.
Harga purata unit kediaman di ibu negara meningkat dua kali ganda iaitu RM448,750 seunit berbanding harga purata nasional RM201,851 dalam tempoh separuh pertama 2011, demikian menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, Jumaat.